You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Bagi kursus elektif Pengenalan Kepada Teknologi Rumah Tangga (RBTS3023), kami
diminta untuk melakukan beberapa gerak kerja amali masakan. Pada amali yang kedua,
kami diarahkan untuk melakukan amali masakan bagi hidangan minum petang
berasaskan bater cair, bater pekat dan kuih tradisional.
Kumpulan kami telah memutuskan untuk membuat hidangan dengan menggunakan
bater pekat. Bater ialah campuran tepung dan cecair seperti air, susu dan santan.
Manakala bater pekat pula memiliki konsistensi yang pekat dengan hanya memerlukan
sedikit air berbanding bater cair. Oleh itu, kami memilih untuk melakukan gerak kerja
masakan untuk membuat cucur udang.
Sementara itu, disebabkan cucur udang adalah hidangan savouri maka ia
digandingkan dengan sandwich telur dan buah tembikai. Bagi minuman pula, kumpulan
kami memilih minuman panas, iaitu teh o. Proses penyediaan kesemua hidangan ialah
menggoreng minyak penuh, persediaan sejuk dan menyeduh.
Berikut merupakan laporan bagi gerak kerja kumpulan kami untuk amali masakan
yang kedua.
BORANG B

PILIHAN MASAKAN

Bil. Pilihan Masakan Ramuan Utama Kaedah


2 cawan tepung gandum
1. i(a) Cucur udang Menggoreng
½ sudu kecil serbuk penaik minyak penuh
1 cawan isi udang
1 sudu kecil serbuk pati ayam
¾ sudu kecil garam
½ cekak daun kuchai
½ cawan taugeh
1 biji bawang besar
¼ sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
sos cili(pencicah)

Sejenis sandwich 4 keping roti


…..savouri Sedikit daun salad Persediaan sejuk
-sandwich telur 4 biji telur
750 gram mayonis
½ sudu besar garam
1 biji cili merah
½ bawang
(kesemuanya digaul sehingga
sebati)

3 sudu besar serbuk teh


2. ii(b) Minuman teh o Menyeduh
-½ mangkuk gula halus
panas
1 helai kain alas meja.
3. iii(c) Persiapan meja Menyediakan meja
4 cawan dan piringnya.
untuk empat orang
2 pinggan menghidang
4 piring hidangan.
1 teko teh,cawan gula.
4 camca teh.
Gubahan bunga.
BORANG C

SENARAI BELI-BELAH DAN ANGGARAN KOS


(BAHAN KERING)

Bil. Bahan Kering Kuantiti Harga Seunit Jumlah Kos


(RM) (RM)
1. Tepung gandum 2 cawan 3.00 0.50
2. Baking powder 1/2 cawan 1.30 0.10
3. Serbuk knorr pasti 1 sudu 2.10 0.40
sedap
4. Garam 3/4 sudu 0.70 0.05
5. Serbuk kunyit 1/4 sudu 4.40 0.15
6. Sos cili 3 sudu 2.20 0.20

Jumlah Kos bahan RM1.40


BORANG D

SENARAI BELI-BELAH DAN ANGGARAN KOS


(BAHAN BASAH)

Bil. Bahan Basah Kuantiti Harga Seunit Jumlah Kos


(RM) (RM)
1. Isi udang 1 cawan 6.00 6.00
2. Daun kuchai 1/4 cekak 1.20 0.30
3. Taugeh 1/2 cawan 0.50 0.25
4. Bawang besar 3/4 biji 0.40 0.30
5. Telur 1 biji 0.45 0.45

Jumlah Kos bahan RM7.30


BORANG E

SUSUNAN KERJA

Masa Susunan Kerja Catatan

8:15 pagi Menyiapkan bahan dan alatan untuk


memasak
(25 minit)
Menyiapkan meja untuk empat orang
8:40 pagi
1. Alaskan meja dengan kain alas meja.
(30 minit) 2. Susunkan pinggan, mangkuk dan
cawan.
3. Isikan cawan gula dengan gula
4. Sediakan gubahan bunga.

Menyediakan sandwich telur


9:10 pagi Persediaan sejuk
5. Sediakan inti dan daun salad.
(30 minit) 6. Sapukan marjerin pada roti.
7. Sediakan sandwich,potong dan
hidang dalam pinggan.
8. Balut dengan plastik hidang.

.
Menyediakan cucur udang
9:40 pagi Menggoreng minyak
9. Cuci dan bersihkan bahan basah
penuh
(1 jam 15 seperti udang,daun kucai, bawang
minit) merah, cili merah dan taugeh
10. Toskan bahan basah tadi.
11. Ayakkan tepung gandum dan serbuk
penaik bersama-sama.
12. Adunkan campuran tepung tadi
dengan serbuk kunyit, garam, kiub pati
ayam dan sedikit air.
13. Campurkan adunan dengan kesemua
bahan basah tadi.
14. Tambahkan air sedikit demi sedikit
sehingga adunan tadi menjadi sekata.
15. Panaskan minyak di dalam kuali.
16. Gorengkan adunan cucur udang
dengan api yang sederhana.
17. Angkat dan toskan cucur udang
apabila warna cucur sudah keperang-
perangan.
18. Susun dan hidang cucur di dalam
pinggan bujur.
19. Balutkan dengan plastik pembungkus
10:55 pagi Menyediakan minuman teh o Menyeduh
(30 minit) 20. Panaskan teko
21. Seduhkan air panas dengan teh
selama 10 minit
22. Bancuhkan teh dengan gula
11:25 pagi Menghidangkan makanan
(15 minit) 23. Aturkan cucur udang dan sandwich
telur diatas meja
24. Susun minuman teh o panas

11:40 pagi Mengemas dan menyusun perkakasan


( 20 minit)
BORANG F

SENARAI PERALATAN MENGHIDANG DAN PERANGGU MEJA

Bil. Item Kuantiti


1 Pinggan besar bujur 1
2 Garfu kecil 4
3 Bekas plastik 10
4 Piring kecil 4
5 Cawan dan piring 4
6 Teko/jag air 1
7 Napkin 4
8 Gubahan bunga 1
9 Alas meja 1
10 Pinggan besar bulat 1
11 Camca teh 4
12 Besen 2
13 Kuali 1
14 Sudip 1
15 Tapis 1
16 Papan pemotong 2
17 Pisau 3

REFLEKSI
Untuk amali pertama bagi subjek Pengenalan kepada Ekonomi Rumah Tangga
(RBTS3203), kami ditugaskan untuk menyediakan satu hidangan minum petang bersama
dengan minuman. Kumpulan kami terdiri daripada empat orang ahli, iaitu Ainur Munirah Binti
Hasan, Nur Amalia Binti Yusof, Nur Syiffa Najiha Binti Mohd Hashim dan saya, Nur ‘Umairah
Binti Zakaria. Kami diberi pilihan sama ada memilih masakan yang menggunakan bater
pekat, bater cair atau kuih tradisonal. Kumpulan kami memilih bater pekat dengan memilih
cucur udang sebagai menu kumpulan kami.
Persiapan kami bermula dengan mengadakan perbincangan dengan kumpulan lain
untuk tujuan membeli barang dan bahan masakan. Senarai dan rangka kerja kami telah
disemak terlebih dahulu oleh pensyarah sebelum meneruskan perbincangan.
Memandangkan kumpulan kami memilih menu minum petang dengan menyediakan cucur
udang yang bersifat savouri, maka kami gandingkannya dengan hidangan sandwich telur.
Minuman yang telah kami pilih pula ialah air teh o panas.
Semasa memulakan amali masakan, terdapat beberapa peraturan dan langkah
keselamatan yang perlu dipatuhi termasuklah memastikan semua alatan memasak berada
dalam keadaan yang baik dan tidak dibenarkan bergurau semasa melaksanakan amali.
Segala gerak kerja perlulah dilakukan dengan sistematik dan terancang.
Pensyarah turut membantu kami dalam menjalankan amali masakan. Pelbagai
pengetahuan baru yang kami peroleh hasil daripada didikan pensyarah, iaitu Puan Zaleha
binti Endot. Kemahiran semasa menyukat, membancuh dan menghidang makanan turut
diambil berat kerana ia akan mempengaruhi hasil masakan kami.
Dari aspek penyusunan peranggu meja, kesilapan yang dilakukan adalah kurang
berbanding dengan amali masakan sebelumnya. Hal ini kerana kajian dan bacaan awal
telah dilakukan oleh kami sebelum memulakan amali masakan. Tidak dilupakan juga tunjuk
ajar oleh pensyarah di dalam taklimat awal sebelum memulakan amali serta pemantauan
serta didikan langsung pensyarah sepanjang amali dijalankan telah membantu gerak kerja
kami lebih efisien daripada sebelumnya.
Sementara itu, aspek kebersihan turut dititikberatkan semasa menjalankan kerja
amali. Aspek tersebut adalah penting bagi memastikan makanan yang bakal dihidangkan
tidak berada dalam keadaan tercemar. Justeru, pensyarah sering mengingatkan kepada
kami supaya sentiasa memastikan semua alatan dan tempat kerja kami berada dalam
keadaan yang bersih. Kami juga dilatih untuk sentiasa mengemas sebelum dan selepas
melakukan kerja memasak di dalam dapur.
Kesimpulannya, bagi amali masakan yang kedua terdapat beberapa kelemahan
yang telah diatasi dan tidak berulang seperti amali masakan pertama dahulu. Hal ini kerana,
nasihat dan tunjuk ajar pensyarah, kelemahan tersebut dapat ditangani dan berharap agar
tidak mengulangi kesilapan yang serupa pada amali akan datang.

JAHITAN SUSUP JELUJUR


JAHITAN SUSUP JELUJUR DUA SELARI
JAHITAN SILANG PANGKAH
JAHITAN RANTAI
JAHITAN BULU AYAM
JAHITAN BUNGA PADI
JAHITAN CHEVRON
JAHITAN KUKU KAMBING
JAHITAN SUSUP KIA DUA SELARI
JAHITAN COUCHING
JAHITAN PEKINIS

You might also like