You are on page 1of 3

LAPORAN PROGRAM “TITIK KASIH”

YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH


ALTERNATIF TELUK LAYAN,
UMS.

1.0 PENDAHULUAN
Pada 21 september iaitu bersamaan hari sabtu, satu program yang dinamakan “titik
kasih” telah dijalankan di Sekolah Alternatif Teluk Layan,ums yang dianjurkan dibawah
subjek Keterlibatan Komuniti (MPU 2412). Program “titik kasih” ini terdiri daripada
pelajar kolej KTYS yang mengambil subjek Keterlibatan Komuniti (mpu 2412) iaitu
seramai 15 orang daripada Diploma Pengajian Islam Dengan Pembangunan Sumber
Manusia dan 4 orang daripada Diploma Kewangan Syariah. projek pendidikan ini dinaik
taraf kepada Sekolah Alternatif Teluk Layan, sebagai sebuah institusi yang mendokong
objektif yang sama seperti Sekolah Alternatif Semporna, Sekolah Alternatif Tawau, dan
Sekolah Alternatif Rumah Panggi.

Pada April 2019, sebuah Teratak Mahasiswa telah dibina di Kampung Teluk Layan
dengan menggunakan hasil sumbangan dan solidariti rakyat daripada pelbagi negeri di
seluruh Malaysia. Teratak ini berfungsi sebagai pusat ilmu, iaitu kawasan Sekolah
Alternatif, dan juga sebagai pusat kebudayaan dan penyatuan/komuniti antara
mahasiswa dan penduduk di Teluk Layan. 
Sehingga kini, jumlah pelajar di Sekolah Alternatif Teluk Layan adalah seramai 40
orang, masing-masing tidak mendapat pendidikan formal di mana-mana institusi
pengajian rendah. Sekolah Alternatif beroperasi pada setiap hari Jumaat dan Sabtu,
bermula pada jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari. Di samping membuka akses kepada
pendidikan, akses kepada pemeriksaan kesihatan, gotong-royong kebersihan serta
bantuan bekalan harian turut dilaksanakan secara berkala oleh mahasiswa dengan
kerjasama pelbagai organisasi serta individu-individu dari luar.
2.0 OBJEKTIF

Program ini adalah untuk memberi peluang kepada persatuan komuniti untuk
mengeratkan hubungan silaturrahim dengan penduduk setempat di Sekolah Alternatif
Teluk Layan, selain itu, program ini juga untuk menyalurkan sedikit ilmu kepada murid-
murid Sekolah Alternatif Teluk Layan serta prihatin dengan keadaan mereka yang serba
kekurangan, objektif seterusnya adalah untuk mempromosikan Kolej Teknikal Yayasan
Sabah dalam kalangan masyarakat.

3.0 PERJALANAN DAN AKTIVITI PROGRAM

Program ini dijalankan selama 1 hari yang mana pelajar bertolak daripada kampus c,
Kolej Teknikal Yayasan Sabah pada jam 7.30 am pagi dan tiba dilokasi pada pukul 8.30
am pagi. Setiba di lokasi pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mana
pembahagian kumpulan ini secara pemilihan, kemudian peserta diberikan masa untuk
berkenalan dengan kanak-kanak Sekolah Alternatif Teluk Layan, ums. Aktiviti peserta
bermula pada pukul 8.50 a.m pagi 21 september 2019 dimana sesi 1 pembelajaran
bermula dimana kumpulan yang dibahagikan akan mengajar setiap tahap kelas yang
sudah ditentukan, seperti kumpulan 1 dimana 3 ahli orang akan mengajar kelas tahap
1, pelajar kelas tahap 1 masih tidak kenal huruf dan kumpulan 1 akan menagajar
mereka tentang keagamaan iaitu wudhuk terlebih dahulu, begitu juga dengan kumpulan
2 dan 3 dimana kumpulan ini akan ,mengajar wudhuk di kelas tahap 2 dan 3, kelas
tahap 2 sudah fasih mengeja dan sudah pandai menulis manakala kelas tahap 3 sudah
pandai mengeja,mengira dan bina ayat.seterusnya, setiap kumpulan akan mengajar
tentang niat dan solat. Aktiviti ini melatih para peserta membentuk sahsiah diri dalam
setiap kumpulan. Program ini berakhir pukul 12 tengah hari dimana semua peserta
bersurai dan menyampaikan cenderahati kepada cikgu tetap Sekolah Alternati Teluk
Layan iaitu terdiri daripada ahli Borneo Komrad.

4.0 FAEDAH YANG DIPEROLEHI

Faedah yang diperolehi daripada program ini dapat mendidik dan meningkatkan
keyakinan peserta yantg jitu dalam melakukan sesuatu yang baru tanpa melihat kepada
status dan taraf, selain itu program ini juga dapat melatih dan menanamkan sifat saling
bantu membantu dalam diri tanpa mengira bangsa dan agama dimana pelajar yang
,menyertai program ini adalah pelajar yang terdiri daripada semester 3.
5.0 RUMUSAN

diharap program “titik kasih” ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan dating
kepada pelajar Kolej Teknikal Yayasan Sabah agar dapat memperkukuhkan sifat saling
prihatin dalam diri pelajar

You might also like