You are on page 1of 4

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA,
PERAK DARUL RIDZUAN.

AJK (SIJIL)

NAMA: NG CHINPEI

OBJEKTIF:

1. Menyediakan sijil.
2. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan senarai nama kelas masing-
masing.
3. Sediakan anggaran perbelanjaan sijil.
4. Taklimat tatacara penyampaian sijil kepada semua wakil penerimaan sijil (raptai).
5. Bekerjasama dengan Bendahari, Pengacara Majlis dan Protokol.
6. Berbicang dengan ajk peralatan bagi penyediaan peralatan keperluan penyerahan
sijil (alas meja, alas dulang, dulang,)

Pada 26 hingga 29 Ogos 2019, seramai 50 orang peserta Unit Beruniform Bulan Sabit
Merah (BSMM) telah menyertai perkhemahan unit beruniform Pusat Kokurikulum Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Sebelum perkhemahan berlangsung, mesyuarat pertama iaitu mesyuarat pelantikan


ahli jawatankuasa bagi melancarkan perkhemahan ini diadakan. Mesyuarat ini dijalankan
dengan kehadiran yang penuh iaitu ahli BSMM yang terdiri daripada Unit T6, T8 dan T9 di
bawah bimbingan pensyarah Unit Kokurikulum, Tuan Haji Noor Azmi bin Osman selaku
penyelaras unit beruniform dan jurulatih BSMM. Saya dilantik sebagai ahli jawatankuasa
pelaksana untuk urusan sijil. Mesyuarat kedua diadakan dengan tujuan perjumpaan dengan
semua ahli jawatankuasa sijil untuk pembahagian kerja.

Kami memulakan tugasan kami dengan membuat anggaran perbelanjaan sijil dan
menghantar kepada bendahari. Setelah mendapatkan senarai nama kelas masing-masing
daripada setiausaha, kami mula berkerjasama untuk menyediakan sijil bagi setiap ahli
BSMM. Selepas menyiapkan sijil, kami mula membuat persediaan bagi penyerahan sijil.
Tugasan kami adalah bekerjasama dengan pengacara majlis dan protokol dan kemudiannya
menjalankan raptai penyampaian sijil bersama semua wakil penerimaan sijil.

Penyerahan sijil dijalankan pada 29 Ogos 2019 sempena majlis penutupan.


Bidang tugas AJK sijil dapat melatih seseorang individu berkomunikasi dengan orang
lain dengan lebih baik contohnya ketika berbincang dengan bendahari, pengacara majlis,
protokol serta wakil penerimaan sijil. Selain itu, bidang tugas ini juga dapat melatih
seseorang individu melakukan kerja dengan cekap dan pantas. Hal ini kerana,bidang tugas
ini secara tidak langsung membantu melicinkan perjalanan perkhemahan sekiranya tugas
dilakukan dengan cekap tanpa melakukan kesilapan.

Disediakan oleh, 31 OGOS 2019

_______________________
(NG CHIN PEI)

AJK Sijil
Unit Bulan Sabit Merah Malaysia
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA,
PERAK DARUL RIDZUAN.

SENARAI SEMAK

Bil Perkara Catatan ( / atau x)


.
1. Sebelum
 Perlantikan AJK pelaksana untuk urusan sijil.
 Perjumpaan dengan semua AJK sijil untuk
pembahagian kerja.
 Mendapatkan senarai nama kelas masing-masing
daripada setiausaha.
 Sediakan anggaran perbelanjaan sijil

2. Semasa
 Menjadi usher sewaktu penyerahan sijil
berlangsung.
 Menyusun sijil untuk diedarkan kepada wakil
penerimaan sijil.
 Memastikan sijil dalam kuantiti yang cukup.

3. Selepas
 Membuat laporan.
 Menghantarkan laporan kepada AJK
Dokumentasi.
Lampiran

Gambar 1. Ahli-ahli BSMM berada dalam barisan apabila penyerahan sijil sempenan majlis
penutup berlangsung.

You might also like