You are on page 1of 2

LATIHAN RANGKAI KATA SETARA

Teliti penggunaan kata majmuk dan rangkai kata setara dalam ayat berikut.

Tandakan ( / ) jika penggunaannya betul dan tandakan ( X ) jika penggunaannya salah.

1. Semua pejabat-pejabat pos seluruh negara menawarkan pembayaran bil setempat tanpa apa-apa
bayaran tambahan. [ ]

2, Cuti Hari Sabtu minggu ketiga diberikan kepada semua kakitangan kerajaan sebagai tambahan
kepada cuti Hari Sabtu minggu pertama. [ ]

3. Beberapa buah kereta-kereta kebal tentera Amerika telah dimusnahkan oleh tentera Iraq semasa
Perang Teluk. [ ]

4. Ibu-ibu bapa diseru agar memberi perhatian terhadap kegiatan anak-anak mereka semasa cuti
sekolah. [ ]

5. Semua maklumat tentang syarikat itu akan dikemaskini untuk memudahkan pengurusannya. [
]

6. Dia menyusun atur perabot di dalam rumahnya berpandukan majalah Anjung Seri yang
dilanggannya setiap bulan. [ ]

7. Tulisannya yang seperti cakar ayam itu sukar dibaca dan dapat menjejaskan markahnya dalam
peperiksaan. [ ]

8. Bangunan itu direka bentuk oleh seorang arkitek terkenal yang mendapat pendidikan di luar
negara. [ ]

9. Karangan yang mencampuraduk isi antara yang sesuai dengan yang tidak sesuai akan mendapat
markah yang rendah. [ ]

10. Majlis itu berjalan lancar mengikut aturcara yang telah ditetapkan. [ ]
11. Setiap pagi dia menerima duit kopi daripada ayahnya sebagai perbelanjaan hariannya di sekolah.
[ ]

12. Semua pinggan-pinggan dan mangkuk itu dipinjamkan kepada Pak Mail yang akan mengadkan
kenduri perkahwinan anak perempuannya. [ ]

13. Semua buku-buku kerja itu diedarkan oleh pengedar yang telah memperoleh kebenaran daripada
Jabatan Pendidikan Negeri. [ ]

14. Setiap anggota masyarakat mesti hidup bersatu-padu untuk mewujudkan sebuah negara yang
harmoni. [ ]

15. Semua guru matapelajaran Bahasa Melayu telah mengikuti kursus Pemantapan Tatabahasa
anjuran Pejabat Pelajaran Daerah. [ ]

You might also like