You are on page 1of 14

Bahagian C Jawab semua soalan.

[BAB 1]
1 ) Gambar berikut menunjukkan salah satu kemakmuran negara yang terdapat sejak dahulu lagi.

(a) Apakah sumber alam negara kita? Buku Teks m.s. 6 [6 markah]

F1 Kaya dengan galian [1]

Hla Seperti bijih timah, emas dan perak [1]

Hlb Kegiatan melombong bijih timah dan emasdijalankan oleh masyarakat tempatan [1]

F2 Negara kita juga dikenali sebagai pusat pengeluaran sumber hasil hutan [1]

H2 Seperti rempah-ratus, damar dan rotan [1]

F3 Hutan rimba di negeri-negeri Melayu, Sarawak dan Sabah terkenal dengan hasil hutan [1]

H3 Seperti kayu-kayan, kapur barus, rotan, damar, getah jelutung, kayu gaharu dan kayu
cendana [1]

F4 Kaya dengan hasil laut [1]

H4 Seperti sirip ikan yu, timun laut, rumpai laut dan mutiara [1]

(b)Masyarakat tempatan sejak dahulu memanfaatkan hasilalam negara kita.Jelaskan. [6 markah]

F1 Masyarakat tempatan mempunyai sifat kreatif dan berkemahiran tinggi [1]

Hla Berjaya menghasilkan kraf tangan yang indah danmenarik daripada hasil alam [1]

Cl Contohnya, daun mengkuang, daun pandan, daun nipah dan buluh [1]

H1b Boleh dianyam menjadi tikar atau bakul [1]

F2 Masyarakat Melayu juga mahir dalam pertukangan kayu [1]

C2 Contohnya, membuat perahu, membuat perabot daripada rotan dan menempa alat
senjata tradisional[1]

F3 Di Sarawak, terdapat kegiatan menenun kain pua dan menyulam selendang [1]

(c) Jika anda pemimpin, cadangkan tindakan yang patut diambil untuk mengekalkan kemakmuran
hasil alamnegara. [ KBAT 8 markah]

F1 Mewujudkan jabatan yang berfungsi nenjaga kemakmuran hasil alam [1]

F2 Melahirkan modal insan yang mahir dalam bidang ini [1]

F3 Menggalakkan masyarakat sejak awal terlibat dalam bidang ini [1]

F4 Merancang bajet serta sokongan lain terhadap jabatan yang berkaitan [1]

F5 Menggalakkan dan memperbanyak penubuhan Pusat Penyelidikan dan


Pembangunan(R&D)untuk meningkatkan pertumbuhan hasil alam negara [1]
F6 Mengetatkan kawalan serta pemantauan terhadap hasil alam negara agar tidak pupus [1]

F7 Kawasan hutan yang telah ditebang ditanam semula dengan anak-anak pokok [1]

F8 Memperkasakan undang-undang untuk memelihara hasil alam negara [1]

2)Kuasa-kuasa Barat telah menggunakan pelbagai strategi dalam menguasai negara kita.

(a)Apakah matlamat kuasa-kuasa Barat yang datang untuk menguasai negara kita?

Buku Teks m.s. 11-13 [6 markah)

F1 Mendapatkan barangan mewah [1]

F2 Memerlukan pelabuhan persinggahan [1]

F3 Memerlukan pusat pengumpulan barang [1]

F4 Menyebarkan agama Kristian [1]

F5 Kesan Revolusi Perindustrian [1]

F6 Kemunculan industri kereta [1]

F7 Perkembangan industri mengetin [1]

F8 Menguasai kekayaan bumi [1]

F9 Persaingan kuasa Barat meluaskan pengaruh [1]

F10 Pembukaan Terusan Suez [1]

F11 Ciptaan kapal wap [1]

F12 Penciptaan telegraf[1]

F13 Slogan “Beban Orang Putih” [1]

(b)Terangkan strategiyang telah digunakan oleh Belanda dalam usaha untuk meluaskan pengaruhnya
ke negara kita. Buku Teks m.s. 20 [6 markah)

F1 Serangan fizikal [1]

Hla Berperang dengan penduduk tempatan disebabkanmonopoli bijih timah oleh Belanda [1]

H1b Di Pulau Pangkor pada tahun 1650 dan di KualaPerak pada tahun 1651 [1]

H1c Berperang dengan angkatan Selangor, Rembau danJohor pada tahun 1763 [1]

H1d Disebabkan oleh perselisihan berkaitan denganperdagangan [1]

H1e Berperang dengan angkatan Johor dan Selangorpada tahun 1784 [1]

H1f Disebabkan perebutan perairan Selat Melaka [1]

H1g Berperang dengan angkatan Selangor di KualaSelangor pada tahun 1784 dan 1785 [1]
F2 Perjanjian [1]

H2a Mengadakan perjanjian dengan Perak pada tahun1650 [1]

H2b Untuk mendapatkan bijih timah [1]

H2c Mengadakan perjanjian dengan Selangor pada tahun1786 [1]

H2d Sultan Ibrahim bersetuju menjual bijih timah kepadaBelanda [1]

F3 Pakatan [1]

H3a Belanda mengadakan pakatan dengan Johor padatahun 1641

H3b Berjaya mengalahkan Portugis di Melaka [1]

H3c Mengadakan pakatan dengan British dalam memeterai Perjanjian Inggeris-Belanda [1]

(c)Jelaskan tindakanyang sewajarnya dilakukan oleh rakyat untuk mengekalkan kestabilan dan
kemakmuran negara. KBAT[8 markah]

F1 Sentiasa bersyukur menjadi warganegara Malaysia [1]

F2 Hidup bersatu padu dalam masyarakat [1]

F3 Saling menghormati [1]

F4 Sentiasa mempertahankan nama baik negara daripada anasir luar [1]

F5 Berani dan bersedia menjaga kedaulatan negara [1]

F6 Rajin dan berusaha memajukan diri [1]

F7 Mengamalkan prinsip Rukun Negara [1]

F8 Mematuhi undang-undang negara [1]


3) (a) Huraikan peluasan kuasa Belanda di negara kita. [6 markah]

F1 Serangan fizikal [1]

H1a Berperang dengan penduduk di Pulau Pangkor(1650) dan di Kuala Perak(1651) berikutan dasar
monopoli bijih timah Belanda [1]

H1b Berperang dengan angkatan Selangor danRembau kerana bimbang penguasaan Selangor ke atas
Selat Melaka pada tahun1763. [1]

H1c Berperang dengan Johor akibat perselisihantentang perdagangan pada tahun 1782 [1]

H1d Pada tahun 1784, Belanda menyerangangkatan Johor dan Selangor kerana masalah perebutan
perairan Selat Melaka. [1]

H1e Berperang dengan angkatan Selangor di KualaSelangor pada tahun 1784 dan 1785 [1]

F2 Perjanjian [1]

H2a Menandatangani perjanjian dengan Perakuntuk mendapatkan bijih timah pada tahun1650. [1]

H2b Mengadakan perjanjian dengan Selangor pada tahun 1786. [1]

H2c Sultan Ibrahim bersetuju menjualkan bijih timahkepada Belanda. [1]

F3 Pakatan [1]

H3a Belanda mengadakan pakatan dengan Johordan berjaya mengalahkan Portugis di Melaka pada
tahun 1641. [1]

H3b Belanda mengadakan pakatan dengan British dan bersetuju memeterai Perjanjian Inggeris-
Belanda 1824 [1]

(b) Bandingkan strategi British dari aspek manipulasi dan serangan fizikal bagi mengembangkan
kuasanya di negara kita. [6 markah]

F1 Manipulasi [1]

H1a Memanipulasi masalah pewarisan takhta Kesultanan Johor. [1]

H1b Bertujuan menduduki Singapura pada tahun1819. [1]

H1c Pada tahun 1871, berlaku campur tangan di Perak. [1]

H1d Manipulasi masalah perebutan takhta di Perak. [1]

H1e Mendesak Sultan Selangor menerima pelindungan British. [1]

H1f Menggunakan serangan lanun ke atas kapaldagangnya berhampiran Kuala Langat sebagai alasan.

F2 Serangan rumah api Tanjung Rachado. [1]

H2 Mendakwa sultan gagal memelihara keselamatan di perairan. [1]

F3 Campur tangan di Negeri Sembilan. [1]

H3a Mengqunakan konflik antara pembesar di Sungai Ujong sebagai alasan [1]
H3b Memberi sokongan kepada Dato' KelanaDapat memberi manfaat kepada kepentingan British. [1]

F4 Serangan fizikal [1]

H4a Menyerang Naning. [1]

H4b Penghulu Dol Said enggan tunduk kepadakekuasaan British. [1]

H4c Membedil Kuala Terengganu. [1]

H4d Supaya Sultan Omar tidak mencampuri masalah Perang Saudara di Pahang [1]

H4e Masalah takhta Sultan Mahmud Lingga tidak dicampuri. [1]

(c)Jelaskan usaha-usaha bagi menangkis strategi kuasa Barat untuk menguasai negara kita.

[8 markah]

F1 Menyatupadukan rakyat. [1]

F2 Menguatkan jati diri rakyat. [1]

F3 Memastikan rakyat mendapat pendidikan yang sempurna. [1]

F4 Memodenkan negara /negeri. [1]

F5 Mengukuhkan kedudukan ekonomi. [1]

F6 Menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara jiran. [1]

F7 Menyokong sistem pemerintahan beraja. [1]

F8 Sentiasa mengambil berat tentang perkembangan semasa [1]

(Mana-mana jawapan yang munasabah)

(C) Jelaskan kepentingan Pendidikan kepada masyarakat hari ini. [8 markah]

F1 Menjamin masa depan yang lebih cerah. [1]

F2 Menggalakkan perkembangan ilmu [1]

F3 Menjadi masyarakat berfikir. [1]

F4 Menggunakan ilmu sains dan teknologi. [1]

F5 Mengubah taraf hidup seseorang [1]

F6 Melahirkan masyarakat cemerlang [1]

F7 Memajukan negara. [1]

F8 Melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif [1]

(Mana-mana jawapan yang munasabah)


Bahagian C Jawab semua soalan [BAB 2]

1 Maklumat berikut berkaitan dengan persengketaan dan ancaman kuasa asing yang menggugat
Kesultanan Kedah.

 Perebutan takhta Kesultanan Kedah


 Ancaman Siam

(a)Berdasarkan maklumat tersebut, jelaskan pendudukan British di Pulau Pinang

Buku Teks m.s. 34 [6 markah]

F1 Perebutan takhta Kesultanan Kedah [1]

H1a Krisis perebutan takhta berlaku apabila SultanMuhammad Jiwa (1710-1778)melantik Tunku
Abdullah sebagai Raja Muda Kedah [1]

H1b Kerabat Diraja Kedah yang tidak bersetuju denganpelantikan tersebut telah berpakat dengan
Bugis di Selangor [1]

H1c Untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa [1]

H1d Sultan Muhammad Jiwa berusaha memohonbantuan ketenteraan daripada SHTI daripada
serangan Bugis [1]

F2 Ancaman Siam [1]

H2a Siam menuntut kembali bunga emas daripadakerajaan Kedah [1]

H2b Sultan Kedah berasa tergugat lalu memohon bantuan SHTI [1]

F3 Tipu Helah Francis Light menduduki Pulau Pinang [1]

H3a Francis Light menyedari kedudukan strategik Pulau Pinang berjanji bahawa SHTI akan memenuhi
syarat yang dipohon oleh baginda Sultan Kedah [1]

H3b Sultan Abdullah yang berpegang pada janji tersebut menawarkan Francis Light membuka
petempatan di Pulau Pinang pada tahun 1786 [1]

H3c Tawaran ini dibuat sementara menunggu jawapan SHTI berkaitan dengan syarat yang ditawarkan
oleh baginda [1]

H3d Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Prince of Wales [1]

H3e Petempatan mereka dipanggil sebagai Georgetown sempena nama Raja England [1]

[Maksimum = 6 markah]

(b)Pemimpin Kedah berusaha untukmengekalkan kedaulatan kerajaannya melalui beberapa


Tindakan.Jelaskan usaha yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tersebut.

Buku Teks m.s. 34-35 [6 markah]

F1 Sultan Muhammad Jiwa berusaha memohon bantuan ketenteraan daripada SHTI [1]

Hla Untuk mempertahankan kedaulatan negeri daripada serangan Bugis [1]

H1b Sultan Muhammad Jiwa mengadakan rundingan dengan Edward Monckton [1]
H1c Bertindak tegas untuk tidak mempersetujui rundingan kerana SHTI tidak menjamin keselamatan
Kedah daripada ancaman Bugis [1]

F2 Sultan Abdullah yang berpegang pada janji dengan SHTI demi mempertahankan negara [1]

F3 Sultan Abdullah menghimpunkan angkatan perang di Seberang Perai untuk mengambil semula
Pulau Pinang [1]

H3 Setelah menyedari tipu muslihat Francis Light kerana enggan memberi bantuan ketenteraan [1]

[Maksimum = 6 markah)

(c) Jelaskan iktibar daripada peristiwa pendudukan dan pengukuhan kuasa luar di Pulau Pinang.
KBAT[8 markah]

F1 Kepentingan mengamalkan sifat berwaspada terhadap sebarang keputusan yang dibuat [1]

F2 Mengamalkan sikap berhati-hati dengan kuasa asing[1]

F3 Berhati-hati dalam membuat sebarang perjanjian [1]

F4 Pemimpin perlu bersepakat [1]

F5 Mempertingkat keupayaan pertahanan [1]

F6 Mengelakkan pertelingkahan sehingga membolehkan kuasa asing campur tangan [1]

F7 Berani mempertahankan negara daripada pencerobohan kuasa asing [1]

F8 Tidak melibatkan kuasa luar untuk menyelesaikan masalah dalaman [1]

[Mana-mana jawapan munasabah diterima]

2 Perjanjian London 1824 telah menamatkan pertikaian antara pihak British dengan Belanda.

(a) Jelaskan pertikaian yang berlaku antara kuasa British dengan Belanda di Singapura.

Buku Teks m.s. 40 [4 markah]

F1 British berjaya memajukan Singapura dalam tempoh yang singkat dan berrtekad
mempertahankannya [1]

F2 British yakin Singapura meniadi pelabuhan bebas dan pangkalan tentera yang penting di Alam
Melayu[1]

F3 Belanda mendakwa Singapura berada di bawah lingkungan pengaruhnya dan menuntut British
berundur dari Singapura [1]

F4 Belanda juga bimbang kemajuan Singapura menjejaskan perdagangan di Betawi, iaitu pelabuhan
utama Belanda di Alam Melayu [1]

[Maksimum = 4 markah]
(b)Jelaskan kesan Perjanjian London 1824 terhadap Kesultanan Johor Riau.

Buku Teks m.s. 44-45[8 markah]

F1 Singapura menjadi tanah jajahan British [1]

Hla Sultan Hussein Muhammad Shah dan Temenggung Abdul Rahman didesak menandatangani
perjanjian menyerahkan Singapura kepada British [1]

H1b Sultan Hussein Muhammad Shah meninggalkan tempat persemayamannya di Kampung Gelam
Singapura dan berpindah ke Banda Hilir Melaka [1]

H1c Pemerintah Johor yang kemudiannya memindahkan pusat pemerintahan Johor ke Johor Bahru
[1]

F2 Berakhir Kesultanan Riau Lingga [1]

H2a Pada tahun 1911, institusi Kesultanan Riau Lingga dihapuskan oleh Belanda [1]

H2b Wilayah Riau Lingga kemudiannya diperintah secara langsung oleh Belanda [1]

F3 Pengisytiharan kedaulatan Pahang [1]

H3a Perpecahan Kesultanan Johor Riau berlaku apabila Bendahara Tun Ali di Pahang cuba
membebaskan Pahang daripada Kesultanan Johor Riau [1]

H3b Berikutan pengukuhan kuasa Barat di Singapura dan Johor serta pergolakan di Riau Lingga [1]

H3c Pada tahun 1853, dengan muafakat pembesar Pahang, Bendahara mengisytiharkan Pahang
sebagai negeri yang bebas dan berdaulat [1]

[Maksimum = 8 markah]

(c)Cadangkan tindakan yang perlu dilakukan oleh pemimpin dalam mengekalkan kedaulatan dan
kemakmuran kerajaannya. KBAT [8 markah]

F1 Mentadbir dengan cekap [1]

F2 Mengelak daripada melakukan sebarang konflik [1]

F3 Mengamalkan pentadbiran yang cekap dan bersih [1]

F4 Menyatukan masyarakat [1]

F5 Berwawasan dalam mentadbir [1]

F6 Merancang melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran [1]

F7 Mengamalkan keadilan dan amanah dalam pentadbiran [1]

F8 Mempunyai visi dan misi untuk kepentingan semua rakyat [1]

[Mana-mana jawapan munasabah diterima]

[Maksimum = 8 markah]
3 (a) Jelaskan masalah yang melanda Kesultanan Kedah berdasarkan perkembangan berikut:

(i)Perebutan takhta [3 markah]

F1 Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778) melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah.
Pelantikan tersebut tidak dipersetujui oleh Kerabat Diraja Kedah. [1]

F2 Mereka berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa Sultan
Muhammad Jiwa mendapatkan bantuan SHTI. SHTI menghantar Edward Monckton untuk berunding
dengan Sultan Muhammad Jiwa. [1]

F3 Rundingan gagal kerana SHTI tidak dapat memberikan jaminan akan melindungi Kedah daripada
serangan musuh. [1]

(ii) Ancaman Siam [3 markah]

F1 Semasa Perang Siam-Burma, Kedah berhenti menghantar bunga emas kepada Raja Siam. [1]

F2 Pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah (1778-1798), Siam menuntut kembali penghantaran
bunga emas daripada kerajaan Kedah. [1]

F3 Sultan Abdullah berasa tergugat lalu meminta bantuan SHTI. [1]

(b) Maklumat berikut merujuk kepada pertapakan SHTI di Pulau Pinang

Pada tahun 1786Francis Light membuka petempatan di Pulau Pinang dengan menamakannya
Prince of Wales Island.

Terangkan cara British berjaya mengambil kesempatan daripada keadaan 1(a) di atas untuk

menduduki Pulau Pinang. [6 markah]

F1 Sultan Abdullah meminta Francis Light untuk menyampaikan tawaran baginda kepada Gabenor
Jeneral British di India. [1]

H1a Francis Light menyedari kepentingan Pulau Pinang kerana kedudukannya yang strategik. [1]

H1b Francis Light memberi jaminan SHTI akan memenuhi syarat. [1]

H1c Sultan Abdullah berpegang kepada janji Francis Light. [1]

H1d Membenarkan Francis Light membuka petempatan di Pulau Pinang. [1]

F2 Sementara itu, Sultan Abdullah menunggu jawapan daripada SHTI. [1]

H2a Francis Light menduduki Pulau Pinang sebelum jawapan SHTI diberi. [1]

H2b Menamakan petempatan mereka Georgetown. [1]

H2c Bersempena dengan nama Raja England pada masa itu. [1]

H2d Bendera Union Jack mula dinaikkan di Pulau Pinang pada 11 0gos 1786. [1]
(c) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengelakkan kejadian seperti pendudukan Pulau
PinangolehFrancis Light tidak berulang pada hari ini?

KBAT [8 markah]

F1 Sentiasa berwaspada dengan tindakan kuasa luar. [1]

F2 Memantapkan pentadbiran negara. [1]

F3 Mengeratkan perpaduan rakyat. [1]

F4 Mengambil tahu tentang perkembangan dunia semasa [1]

F5 Memperkasa sistem pendidikan negara. [1]

F6 Memajukan ekonomi negara. [1]

F7 Mematuhi perlembagaan negara [1]

F8 Menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara jiran. [1]

(Mana-mana jawapan yang munasabah)

4.(a) Nyatakan syarat-syarat yang dipersetujui dalam Perjanjian London 1824 oleh:

(i)British [3 markah]

F1 Berundur dari Sumatera. [1]

F2 Menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda. [1]

F3 Berjanji tidak akan membuka petempatan baharu di Kepulauan Riau Lingga dan kepulauan lain di
selatan Singapura. [1]

(ii) Belanda [3 markah]

F1 Mengiktiraf petempatan British di Singapura. [1]

F2 Menyerahkan Melaka dan jajahan takluknya kepada British. [1]

F3 Berjanji tidak akan membuka petempatan baharu di Tanah Melayu. [1]


(b) Peta berikut menunjukkan perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau berikutan Perjanjian
London 1824.

Bagaimanakah perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau berlaku? [6 markah]

F1 Singapura menjadi tanah jajahan British. [1]

F2 Johor dan Singapura berada di bawah pengaruh British. [1]

F3 Diperintah oleh Sultan Hussein Muhammad Shah dan Temenggung Abdul Rahman. [1]

F4 Sultan dan Temenggung didesak menandatangani perjanjian untuk menyerahkan Singapura


kepada British pada Ogos 1824. [1]

F5 Sultan Hussein berpindah ke Banda Hiir Melaka. [1]

F6 Meninggalkan tempat persemayamannya diKampung Gelam, Singapura. [1]

F7 Kesultanan Riau Lingga diperintah oleh Sultan Abdul Rahman. [1]

F8 Pada tahun 1911, Belanda menghapuskaninstitusi Kesultanan Riau Lingga. [1]

F9 Wilayah Riau Lingga diperintah secara langsung oleh Belanda melalui Residen Riau. [1]

F10 Pahang mengisytiharkan kedaulatannya [1]

F11 Bendahara Tun Ali i di Pahang cuba membebaskan Pahang [1]

F12 Pada tahun 1853, Bendahara Tun Ali mengisytiharkan Pahang bebas daripada Kesultanan Johor
Riau dengan muafakat pembesar Pahang [1]
(c) Pada pendapat anda, apakah peranan rakyat dalam usaha memelihara kedaulatan sesebuah
negara? KBAT [8 markah]

F1 Perpaduan rakyat memberi kekuatan kepada negara. [1]

F2 Sokongan rakyat mengukuhkan lagi pucuk pimpinan negara [1].

F3 Rakyat dapat menjamin keamanan negara. [1]

F4 Keharmonian rakyat menjamin pelaksanaan dasar pembangunan negara. [1]

F5 Sokongan rakyat diperlukan untuk mempertahankan institusi raja. [1]

F6 Kestabilan politik / negara terletak pada tangan rakyat. [1]

F7 Usaha rakyat menjamin kemakmuran negara. [1]

F8 Jati diri rakyat yang kuat dapat menangani cabaran kuasa luar. [1]

(Mana-mana jawapan yang munasabah)

5 (a) Jelaskan pentadbiran Negeri-negeri Selat. [6 markah]

F1 Pentadbiran diketuai oleh seorang Gabenor [1]

F2 Residen Konsular dilantik membantu Gabenordalam pentadbiran. [1]

F3 Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran yang pertama [1]

F4 Pusat pentadbiran berpindah ke Singapura pada tahun 1832. [1]

F5 Pentadbiran diletak di bawah Pejabat India setelah SHTI dibubarkan [1]

F6 Pejabat India diketuai oleh Setiausaha Negara untuk lndia. [1]

F7 Undang-undang British dikuatkuasakan di Negeri-negeri Selat. [1]

F8 Pejabat India tidak mampu mentadbir Negeri-negeri Selat dengan baik. [1]

F9 Tidak memberi perhatian bagi melindungi kepentingan pedagang Negeri-negeri Selat. [1]

F10 Menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pedagang Negeri-negeri Selat. [1]
(b) Maklumat berikut berkaitan dengan perubahan pentadbiran Negeri-negeri Selat.

Bantahan dan desakan golongan pedagang dan penduduk tempatan yang tidak berpuas hati
dengan pentadbiran Pejabat India menyebabkan pentadbiran Negeri-negeri Selat berpindah dari
Pejabat India ke Pejabat Tanah Jajahan di London pada tahun 1867.

Huraikan punca-punca ketidakpuasan hati tersebut. [6 markah]

F1 Undang-undang bagi Negeri-negeri Selat diluluskan oleh Majlis Perundangan di lndia [1]

H1a Tiada wakil dari Negeri-negeri Selat di Majlis Perundangan India. [1]

H1b Pejabat India gagal mengawal masalah rompakan terhadap kapal dagang di Negeri- negeri Selat.
[1]

C1 Gagal mengatasi kekacauan akibat daripada pertelingkahan kumpulan Cina di Negeri-negeri Selat.
[1]

F2 Pejabat India mahu menjadikan mata wang rupee lndia sebagai mata wang Negeri-negeri Selat. [1]

H2 Mata wang Dolar Sepanyol I telah lama digunakan. [1]

C2 Peiabat India bercadang untuk mengenakan cukai pelabuhan di Negeri-negeri Selat. [1]

F3 Menjejaskan taraf pelabuhan bebas Negeri-negeri Selat. [1]

C3 Pejabat India menjadikan Negeri-negeri Selat tempat buangan banduan. [1]

F4 Menjejaskan imej Negeri-negeri Selat sebagai pusat perdagangan. [1]

(c) Kegagalan Pejabat India mentadbir Negeri-negeri Selat dengan sempurna menyaksikan timbulnya
rasa tidak puas hati dalam kalangan saudagar-saudagar Negeri-negeri Selat.

Apakah iktibar yang anda peroleh daripada perkembangan tersebut? [8 markah]

F1 Pemerintahan yang sistematik mampu memelihara kedaulatan negara. [1]

F2 Pemerintahan yang lemah menggugat kestabilan negara. [1]

F3 Rakyat tidak berpuas hati dengan pemerintahan yang lemah. [1]

F4 Pemerintahan yang lemah menyababkan rakyat hilang keyakinan terhadap pemerintah. [1]

F5 Pemerintahan yang lemah membuka peluang kepada campur tangan kuasa asing. [1]

F6 Sistem pemerintahan yang mantap mengeratkan perpaduan rakyat. [1]

F7 Pemimpin hendaklah memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat. [1]

F8 Sistem pemerintahan yang mantap menjamin keutuhan ekonomi. [1]

(Mana-mana jawapan yang munasabah)

You might also like