You are on page 1of 2

KERTAS KERJA MEMOHON BANTUAN KEWANGAN PIBG UNTUK

MENGHANTAR PASUKAN KE KEJOHANAN BADMINTON MSS BAHAGIAN SIBU


2020

1. PENGENALAN
Kejohanan Badminton MSS Bahagian Sibu merupakan aktiviti tahunan pihak PPD Sibu untuk
mencari wakil Sibu ke peringkat Negeri. Kejohanan ini mempromosikan sukan badminton di
sekolah kawasan luar bandar bagi meluaskan peluang anak-anak di kawasan luar bandar.

2. MATLAMAT
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, maka kejohanan ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk
melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk
memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa,
Negara dan agama.

3. OBJEKTIF
Kejohanan Badminton MSS Bahagian Sibu mempunyai objektif seperti berikut :
 Mencungkil bakat baru murid di sekolah rendah dari umur 12 tahun ke bawah.
 Menanam minat murid dalam semua kalangan murid di sekolah rendah dan menengah
 Memberi peluang kepada murid menunjukkan bakat mereka dalam sukan Badminton
 Memberi pendedahan kepada murid mengenai sukan Badminton

4. KUMPULAN SASARAN
Murid yang berumur 12 tahun ke bawah untuk sekolah rendah.

5. SENARAI NAMA MURID


NAMA MURID KELAS
Luqman Nul Hakim Bin Dzulkarzie 6 GLORY
Sebestian Nading Ak Sat 6 GLORY
Daniel Jimbat Ak Watson 6 GLORY
Gracy Lian Ak Banun 6 GLORY
Angelyn Candy Ak Jabang 6 GLORY
6. BAJET
Pengurus pasukan memerlukan bajet seperti berikut :

Bil Perkara Harga Seunit Kuantiti Jumlah

1 Bulu tangkis (MAXX Super Series 77) RM78 1 RM78

2 Makanan RM7 RM7 x 7 x RM147


*3 hari

Jumlah Keseluruhan RM225

*bermaksud bilangan hari bergantung kepada pencapaian peserta di kejohanan nanti.

7. PENUTUP
Semoga permohonan ini dapat membantu pasukan badminton sekolah. Selain itu, pasukan
badminton berharap permohonan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................... .....................................
(ANDREW ANDERSON AK SANG) (JOANES AK UNO)
Guru Pengiring, Guru Besar,
SK St Francis Xavier(M), Kanowit SK St Francis Xavier(M), Kanowit

Diluluskan

Tidak diluluskan

............................................
(JIMMY AK BUJANG)
Yang Di Pertua PIBG,
SK St Francis Xavier(M), Kanowit

You might also like