You are on page 1of 35

6.1.

1
6.2.1
Apakah maksud sistem
ketaksamaan linear ?

Gabungan dua atau lebih ketaksamaan linear


dikenali sebagai sistem ketaksamaan linear
Latihan Pengukuhan

SPM 1977
S1 Kek Span memerlukan 150g tepung dan 90 g lemak. Kek Dundee memerlukan 240g tepung dan 240g
lemak. Seorang tukang masak bercadang membuat x kek span dan y kek Dundee dan di ada 3 kg tepung
dan 2 kg lemak.
Nyatakan dua ketaksamaan selain daripada 𝑥 ≥ 0 dan 𝑦 ≥ 0, yang mesti dipenuhi oleh x dan y.
Latihan Pengukuhan
SPM 1983
S2 Sebuah bakul mengandungi x biji epal dan y biji limau. Buah epal berharga 45 sen sebiji dan buah
limau berharga 60 sen sebiji. Jika kos semua buah dalam bakul itu tidak melebihi RM15 dan bakul
itu mengandungi sekurang-kurangnya tiga kali lebih banyak buah limau daripada buah epal.
Nyatakan dua ketaksamaan selain daripada 𝑥 ≥ 0 dan 𝑦 ≥ 0, yang mesti dipenuhi oleh x dan y.
Latihan Pengukuhan
SPM 1982
S3 Jadual dibawah menunjukkan bilangan murid yang didaftarkan bagi kursus sains dan kursus
sastera dalam suatu sekolah persendirian dan yuran yang dikenakan pada seorang murid.
Nyatakan ketaksamaan -ketaksamaan yang dipenuhi oleh x dan y mengikut syarat-syarat
berikut:
Bilangan murid Yuran sebulan bagi
Kursus
yang didaftarkan seorang murid
Sains x RM40
Sastera y RM20

(a) Tidak lebih daripada 50 orang murid didaftarkan bagi kursus sains.
(b) Sekurang-kurangnya 20 orang murid didaftarkan bagi kursus sastera.
(c) Jumlah bilangan murid yang didaftrakan dalam sekolah itu tidak melebihi 80 orang.
(d) Jumlah yuran yang dikutip oleh sekolah itu adalah sekurang-kurangnya RM1600 sebulan.
Latihan Pengukuhan

S4 SPM 1984
Dalam suatu jualan menghabiskan stok, seorang ejen diberi baju kemeja jenis A dan jenis B untuk dijual.
Ejen itu diberi maksimum 500 helai baju kemeja untuk dijual dengan syarat ia menjual sekurang-kurangnya
100 helai kemeja jenis A dan 200 helai kemeja jenis B. x helai kemeja jenis A dan y helai kemeja jenis B
dijual oleh ejen itu.
(a) Tulis tiga ketaksamaan selain daripada 𝑥 ≥ 0 dan 𝑦 ≥ 0 yang mesti dipenuhi oleh x dan y.
(b) Jika ejen itu mendapat komisen sebanyak RM4 bagi setiap helai kemeja jenis A yang dijual dan RM3
bagi setiap helai kemeja jenis B yang dijual dan jumlah komisen yang diperolehinya ialah sekurang-
kurangnya RM1200, tulis satu lagi ketaksamaan yang mesti dipenuhi oleh x dan y.
Latihan Pengukuhan

S5 SPM 1986
Seorang penjual buah-buahan , menjual hanya buah epal dan oren. Buah-buahan itu semuanya dijual dalam
bungkusan yang mengandungi 4 biji epal setiap bungkusan dan buah oren dijual dalam bungkusan yang
mengandungi 8 biji setiap bungkusan. Diberi bahawa penjual itu menjual x bungkusan epal dan y bungkusan
oren sehari, tulis ketaksamaan-ketaksamaan dalam x, y yang memuasakan syarat-syarat berikut :
(a) Ia menjual sekurang-kurangnya 15 bungkusan epal.
(b) Ia menjual sekurang-kurangnya 10 bungkusan oren.
(c) Ia menjual sekurang-kurangnya 30 bungkusan buah-buahan itu.
(d) Ia menjual tidak melebihi 320 biji buah-buahan kesemuanya.
Latihan Pengukuhan

S6 SPM1987
Sebuah lori menghantar barang untuk jualan ke kedai A dan ke kedai B sahaja pada setiap kali perjalanannya.
Pada sekali perjalanannya, lori itu menghantar x tonne barang ke kedai A dan y tonne barang ke kedai B. Berat
barang yang dihantar oleh lori it ke kedai A dan ke kedai B pada sekali perjalanan itu memuaskan syarat-syarat
berikut:
(i) Jumlah berat barang yang dihantar ke kedua-dua kedai A dan B tidak kurang daripada 4 tonne.
(ii) Jumlah berat barang yang dihantar ke kedua-dua kedai A dan B itu tidak melebihi 7 tonne.
(iii) Berat barang yang dihantar ke kedai B adalah sekurang-kurangnya 2 tonne.
(iv) Berat barang yang dihantar ke kedai B tidak melebihi 2 kali ganda berat barang yang dihantar ke kedai A.
Tulis ketaksamaan-ketaksamaan dalam x, y yang memuaskan syarat-syarat yang dinyatakan di atas.
Latihan Pengukuhan

SPM1988
S7
Satu cawangan persatuan dibenarkan menghantar x orang wakil lelaki dan y orang wakil perempuan ke
satu persidangan agung tahunan persatuan itu dengan syarat-syarat berikut:
(i) Jumlah bilangan wakil yang dihantar oleh cawangan itu adalah sekurang-kurangnya 5 orang.
(ii) Jumlah bilangan wakil yang dihantar oleh caweangan itu tidak merlebihi 8 orang.
(iii) Cawangan itru menghantar sekurang-kurangnya 1 orang wakil lelaki.
(iv) Bilangan wakil perempuan melebihi bilangan wakil lelaki dekurang-kurangnya 1 orang.
Tulis ketaksamaan-ketaksamaan dalam x, y yang memuaskan syarat-syarat yang dinyatakan di atas.
Latihan Pengukuhan

S8 SPM1989
Satu kumpulan penari kebangsaan ingin membeli x helai baju kebaya yang berharga RM80 sehelai dan y helai
baju kurung yang berharga RM60 sehelai dengan syarat-syarat berikut :
(i) Sekurang -kurangnya 20 helai baju kurung mesti dibeli.
(ii) Jumlah baju kebaya dan baju kurung yang dibeli mestilah sekurang-kurangnya 40 helai.
(iii) Bilangan baju kurung yang dibeli tidak melebihi 3 kali ganda bilangan baju kebaya yang dibeli.
(iv) Jumlah perbelanjaan untuk membeli baju kebaya dan baju kurung itu tidak melebihi RM4800.
Tulis ketaksamaan-ketaksamaan dalam x, y yang memuaskan syarat-syarat yang dinyatakan di atas.
Latihan Pengukuhan

S9 SPM1990
Dalam satu minggu tertentu, Fatimah diupah menjahit x helai pakaian jenis A dan y helai pakaian jenis
B dengan syarat berikut:
(i) Bilangan pakaian jenis A yang dijahit oleh Fatimah sekurang-kurangnya 3 helai
(ii) Jumlah pakaian jenis A dan jenis B tidak melebihi 10 helai.
(iii) Bilangan pakaian jenis A tidak kurang dfaripada bilangan pakaian jenis B.
(iv) Bilangan pakaian jenis A tidak melebihi dua kali ganda bilangan pakaian jenis B.
Tuliskan satu ketaksamaan dalam x dan /y bagi tiap-tiap syarat di atas .
Latihan Pengukuhan

1993/K2/15
S10 Sebuah kilang kecil menghasilkan model A dan model B bagi suatu barang. Pada sesuatu hari, kilang itu
menghasilkan x unit model A dan y unit model B, dengan keadaan x  0 dan y  0. Masa yang diambil
untuk menghasilkan satu unit model A dan satu unit model B masing-masing ialah 5 minit dan 4 minit.
Penghasilan barang itu pada sesuatu hari dihadkan oleh syarat berikut:

I : Bilangan unit model A tidak melebihi 60.


II : Bilangan unit model B melebihi dua kali ganda bilangan unit model A sebanyak 10 unit atau
kurang.
III : Jumlah masa untuk menghasilkan model A dan model B tidak melebihi 400 minit.

Tuliskan satu ketaksamaan bagi tiap-tiap syarat di atas.


Latihan Pengukuhan
1994/K2/16
S11 Diberi x dan y ialah dua integer positif dengan keadaan berikut:

I : Nilai x melebihi nilai y sebanyak 10 atau lebih.


II : Nilai minimum bagi 2x + 3y ialah 60.
1
III : Nilai maksimum bagi 2x + 3y ialah 2 2 kali nilai minimum bagi 2x + 3y.

Tuliskan satu ketaksamaan bagi tiap-tiap keadaan di atas.


Latihan Pengukuhan

1995/K2/16
S12 Sebuah kilang mengeluarkan kereta mainan dalam dua model, sedan dan sport,
menggunakan mesin A dan mesin B. Dalam seminggu, kilang itu mengeluarkan x unit
model sedan dan y unit model sport. Mesin A memerlukan 70 minit untuk menghasilkan satu
unit model sedan dan 40 minit untuk satu unit model sport. Mesin B memerlukan 20 minit
untuk menghasilkan satu unit model sedan dan 80 minit untuk satu unit model sport.
Pengeluaran kilang itu dalam seminggu dihadkan oleh syarat berikut:

I : Jumlah masa mesin A digunakan tidak melebihi 4 200 minit.


II : Jumlah masa mesin B digunakan sekurang-kurangnya 1 600 minit.
III : Bilangan pengeluaran model sport tidak melebihi dua kali bilangan pengeluaran
model sedan.

Tuliskan satu ketaksamaan bagi tiap-tiap syarat di atas.


Latihan Pengukuhan
1996/K2/16
S13 Seorang pengusaha kraf tangan menghasilkan dua jenis barang, P dan Q melalui dua proses iaitu mengukir
dan menggilap. Sebuah barang P mengambil masa 1 jam untuk diukir dan 20 minit untuk digilap. Sebuah
barang Q mengambil masa 20 minit untuk diukir dan 40 minit untuk digilap. Dalam sehari, pengusaha itu
dapat menghasilkan x buah barang P dan y buah barang Q mengikut syarat-syarat berikut:

I : Jumlah masa maksimum untuk mengukir ialah 12 jam.


II : Jumlah masa untuk menggilap sekurang-kurangnya 6 jam.
III : Nisbah bilangan barang Q kepada barang P yang dihasilkan tidak melebihi 2 : 1.

Tuliskan tiga ketaksamaan yang memenuhi syarat-syarat di atas.


Latihan Pengukuhan
1997/K2/17
S14 Seorang pengusaha bercadang menanam pokok orkid dan pokok mawar di atas sebidang tanah seluas
300 m2 dengan peruntukan kos membeli anak pokok sebanyak RM4 000. Sepokok orkid yang berharga
RM8 memerlukan ruang tanah seluas 0.2m2. Sepokok mawar yang berharga RM2 memerlukan ruang
tanah seluas 0.3 m2. Bilangan pokok mawar yang hendak ditanam oleh pengusaha itu melebihi bilangan
pokok orkid sekurang-kurangnya 200 pokok. Pengusaha itu menanam x pokok orkid dan y pokok mawar.

Tuliskan tiga ketaksamaan selain daripada x  0 yang memuaskan syarat-syarat di atas.


Latihan Pengukuhan

1998/K2/16
S15 Mak Limah membuat dua jenis kek. Kek jenis A memerlukan 120 g mentega dan 300 g tepung. Kek jenis
B memerlukan 240g mentega dan 200 g tepung. Mak Limah hanya mempunyai 8.4 kg mentega dan 12 kg
tepung untuk membuat x biji kek jenis A dan y biji kek jenis B. Mak Limah membuat kek jenis A yang
bilangannya tidak lebih daripada tiga kali bilangan kek jenis B.

Tuliskan tiga ketaksamaan selain daripada x  0 dan y  0 yang memuaskan syarat-syarat di atas.
Latihan Pengukuhan

1999/K2/16
S16 Sebuah koperasi sekolah membeli baju sekolah dan baju sukan daripada seorang pemborong masing-
masing dengan harga RM10 dan RM6 sehelai. Bilangan baju sekolah mesti sekurang-kurangnya dua kali
bilangan baju sukan. Koperasi itu hanya mempunyai modal sebanyak RM8 000. Koperasi itu ingin
menjual baju sekolah dan baju sukan itu masing-masing dengan harga RM15 dan RM10 sehelai dan
menetapkan jumlah keuntungan tidak kurang daripada RM2 000.
Diberi koperasi itu menjual x helai baju sekolah dan y helai baju sukan.

Tuliskan tiga ketaksamaan selain daripada x  0 dan y  0 yang memuaskan syarat-syarat di atas.
Latihan Pengukuhan
2000/K2/16
S17 Diberi x dan y masing-masing mewakili bilangan pelajar Tingkatan Satu dan bilangan
pelajar Tingkatan Empat yang akan dipilih untuk memasuki sebuah sekolah menengah
berasrama penuh. Syarat pemilihan pelajar ditetapkan seperti berikut:

(i) Bilangan pelajar Tingkatan Empat boleh melebihi bilangan pelajar Tingkatan Satu
selebih-lebihnya 200 orang.

(ii) Bilangan pelajar Tingkatan Empat mestilah sekurang-kurangnya daripada


bilangan pelajar Tingkatan Satu.

Tuliskan duan ketaksamaan selain daripada x  0 dan y  0 yang memuaskan syarat-


syarat di atas.
Latihan Pengukuhan
2001/K2/16
S18 Masa Persediaan Masa Menjahit
Pakaian
(minit) (minit)
Baju kemeja 45 50

Seluar panjang 30 70

Sebuah kedai jahit hanya mengambil upah untuk menjahit baju kemeja dan seluar panjang sahaja. Masa
persediaan dan masa menjahit setiap helai baju kemeja dan seluar panjang ditunjukkan dalam Jadual 2.

Masa persediaan maksimum yang boleh digunakan ialah 10 jam dan masa menjahit sekurang-kurangnya 5
jam 50 minit. Nisbah bilangan baju kemeja kepada seluar panjang tidak melebihi 4 : 5. Dalam suatu
jangka masa yang tertentu kedai itu dapat menyiapkan x helai baju kemeja dan y helai seluar panjang.

Tuliskan tiga ketaksamaan selain daripada x  0 dan y  0 yang memenuhi syarat-syarat di atas.

You might also like