You are on page 1of 1

Perlembagaan Badan Kebajikan Sekolah Guru & staf Sk

Lebir,
Berkuat kuasa 1.04.2016

1. Perlantikan pengerusi Badan Kebajikan Guru, staf & Ahli Jawatankuasa hanya sah untuk 2 tahun sahaja.
Pemilihan pengerusi dan AJK BKG akan dilakukan selepas tempoh tersebut.

2. Bayaran yuran BKG ditetapkan RM150 untuk setahun iaitu Januari hingga oktober bersamaan dengan RM
15.00 sebulan untuk semua guru dan RM 10.00 staf sokongan Sk Lebir.

3. Hadiah ahli dan isteri bersalin akan diberikan kepada Ahli Badan Kebajikan yang mendapat cahayamata.
Hadiah untuk ahli atau isteri bersalin RM40.00 .

4. Hadiah perkahwinan kali pertama akan diberikan kepada Ahli Badan kebajikan yang berkahwin pada tahun
semasa di sekolah mengikut kutipan kewangan semasa daripada semua ahli Badan Kebajikan.Sumbangan
Badan kebajikan ditetapkan RM 50.00.

5. Khairat Kematian akan diberikan kepada mana-mana ahli Badan Kebajikan yang kematian anak, suami, isteri,
ayah & ibu kandung serta mertua. Jumlah yang ditetapkan RM 100 bagi satu keluarga dan di tambah dengan
kutipan pungutan sumbangan semasa.

6. Sumbangan dalam bentuk kewangan akan diberikan kepada ahli BKS dan ahli keluarga (suami,
isteri,anak,ayah dan ibu kandung serta mertua.) yang ditimpa musibah(banjir, kebakaran, ragut, dll)yang
menyebabkan kerugian atau masuk hospital/wad. Jumlah yang ditetapkan RM 100.00 dan ditambah dengan
sumbangan semasa (kritikal) Manakala RM 50.00 dan ditambah dengan sumbangan semasa (biasa) daripada
semua ahli Badan Kebajikan Sekolah.

7. Sumbangan dalam bentuk kewangan akan diberikan kepada anak ahli BKS yang melanjutkan pengajian di
IPTA/IPTS di peringkat Diploma atau Ijazah serta semua A dalam peperikasaan awam UPSR, PT3 dan SPM.
Ahli Badan kebajikan bersetuju menyumbangkan. Jumlah yang ditetapkan RM50.00

8. Duit minyak akan diberikan kepada mana-mana ahli Kelab Warga yang menguruskan hal ehwal/aktiviti badan
kebajikan sekolah mengikut lokasi berikut:

a)Gua Musang- RM30 ( Duit Minyak ) b)Kuala Krai - RM30 ( Duit Minyak )
c)Kota Bharu - RM50 ( Duit Minyak )d)Lain-lain tempat- RM30-RM50(Duit Minyak )

9. AJK Badan Kebajikan Sekolah berharap agar semua guru dapat bekerjasama demi kebaikan bersama. Harap
maklum.

10. Sumbangan utk.guru berpindah RM 50.00 dan guru bersara RM 200.00.

“BADAN MULIA WARGA TERBELA”


“ TEKUN TANGGA KEJAYAAN”

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(SALAHUDIN HJ.MAMAT) (SURAYA BINTI HJ .LATIP)


Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah), Guru Besar,
18300 Gua Musang, SK Lebir 18300 Gua Musang,
Kelantan. Kelantan.

You might also like