You are on page 1of 1

PERLEMBAGAAN KELAB WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN PALOH 1&2

PINDAAN 23 JANUARI 2022

1. Pelantikan pengerusi Kelab Warga dan Ahli Jawatankuasa hanya sah untuk setahun sahaja.
` Pemilihan pengerusi dan AJK Kelab Warga akan dilakukan selepas tempoh tersebut. Ahli
Jawatankuasa yang dilantik pada tahun semasa tidak akan dilantik untuk tahun berikutnya.

2. Bayaran yuran Kelab Warga ditetapkan RM 120.00 untuk semua guru, RM 50.00 untuk
kakitangan sekolah dan guru KAFA. Kutipan bermula 24 Januari 2022.

3. Hadiah guru dan isteri bersalin akan diberikan kepada ahli Kelab Warga yang mendapat
cahaya mata pertama di SK Paloh 1&2. Hadiah guru dan isteri bersalin akan diberikan RM
30.00 dari tabung Kelab Warga dan tambahan kutipan semasa.

4. Hadiah perkahwinan kali pertama akan diberikan kepada ahli Kelab Warga yang berkahwin
pada tahun semasa di SK Paloh 1&2 sebanyak RM 30.00 dari tabung Kelab Warga dan
tambahan kutipan semasa.

5. Khairat kematian dari tabung Kelab Warga sebanyak RM 100.00 akan diberikan kepada
mana-mana ahli Kelab Warga yang kematian anak, suami, isteri, ayah dan ibu kandung
serta tambahan dari kutipan semasa. Manakala kutipan untuk kematian mertua pula adalah
berdasarkan kutipan semasa sahaja.

6. Sumbangan dalam bentuk kewangan dari tabung Kelab Warga sebanyak RM 50.00 akan
diberikan kepada ahli Kelab Warga yang ditimpa musibah (masuk wad, kemalangan,
bencana).

7. Sumbangan dalam bentuk kewangan dari tabung Kelab Warga sebanyak RM RM 50.00 akan
diberikan kepada guru berpindah yang telah berkhidmat lebih daripada 3 tahun. Manakala
sumbangan sebanyak RM 30.00 adalah untuk guru berpindah yang berkhidmat tidak lebih
daripada 3 tahun.

8. Sumbangan dalam bentuk kewangan dari tabung Kelab Warga kepada guru bersara
adalah seperti berikut:

Guru Besar: RM 200


Penolong Kanan: RM 150
Guru Akademik: RM 100

9. AJK Kelab Warga 2022/2023 berharap agar semua ahli dapat bekerjasama demi kebaikan
bersama. Harap maklum.

-Kelab Mulia Warga Terbela-

Disediakan oleh, Disahkan oleh, Disahkan oleh,

_____________________ ______________________________ _______________________


(ILHAM IZZAT B. ADNAN) (MOHAMMAD SAIFUL AZWA B. JUSUH) (WAN MOHD IKRAM B. WAN ADIK)

You might also like