You are on page 1of 4

BM Karangan Tahun 4.

Tajuk  :  Cita-cita Saya.


Isi : Mengapakah saya memilih cita-cita itu? Siapakah idola? Apakah yang saya dibuat
untuk mencapai cita-cita itu? Harapan saya.
Contoh Karangan  1 :  Cita-cita Sebagai Seorang Pereka Fesyen Pakaian.
         Nama saya Shareena binti Shahar. Saya adalah pelajar Tahun 4 Melati. Saya
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling. Apabila saya besar nanti, saya bercita-cita
menjadi seorang pereka fesyen pakaian yang terkenal.
         Saya memilih untuk menjadi seorang pereka fesyen pakaian kerana saya suka
pakaian yang cantik dan berwarna-warni. Saya tertarik hati dan berminat dengan cita-cita ini
setelah melihat pertunjukkan pakaian rekaan terbaru yang ditayangkan di televisyen. Semua
pakaian tersebut cantik dan baru.
         Di antara ramai-ramai pereka fesyen di dunia ini. Saya meminati fesyen pakaian yang
dihasilkan oleh Rizalman daripada Malaysia. Hal ini kerana rekaan beliau sesuai dengan cita
rasa saya. Rekaan beliau juga banyak dipakai oleh artis dan pemimpin negara.
         Saya banyak membaca dan belajar melukis dan mewarna demi mencapai cita-cita
saya ini. Saya juga banyak menyimpan gambar-gambar fesyen terbaru untuk dijadikan
rujukkan. Saya juga kerap merakanm dan menonton rancangan pertunjukkan fesyen demi
menambah pengetahuan.
          Saya berharap saya akan mencapai cita-cita saya itu. Saya juga berharap fesyen
rekaan saya tersebut akan menjadi kegemaran orang ramai.
GURU KESAYANGAN SAYA
Nama saya Ahmad Hazim Aiman. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan
Setiawangsa. Saya belajar di kelas 3 Dinamik.
Terdapat sepuluh orang guru mengajar di kelas saya. Guru kesayangan saya ialah
Puan Nawal. Beliau berasal dari Taiping, Perak. Puan Nawal sudah berkahwin dan
mempunyai dua orang anak.
Puan Nawal mengajar saya Bahasa Melayu dan Sains. Beliau sangat pandai
mengajar. Saya mudah faham apa yang di ajar oleh beliau. Beliau mengajar dengan penuh
dedikasi Saya suka cara beliau mengajar.
Puan Nawal seorang guru yang baik. Beliau juga sangat rajin bekerja dan tidak jemu
mengajar kami.
Beliau agak tegas tentang disiplin pelajar-pelajarnya tetapi masih boleh bertolak ansur
terhadap pelaja-pelajarnya yang bermasalah. 
Kami semua sukakan Puan Nawal. Saya sukakan beliau sebab beliau juga seorang
yang lemah lembut dan bersifat keibuan. Belaiu juga suka memberi nasihat kepada saya
dan rakan-rakan di dalam kelas.

Saya berasa amat bertuah mendapat seorang guru seperti Puan Nawal. Saya juga
bercita-cita mahu menjadi seperti beliau apabila dewasa nanti. Saya akan membalas jasa-
jasa beliau dengan belajar rajin-rajin dan menghormati beliau walaupun beliau sudah tidak
mengajar saya lagi.
AKU SEBUAH BASIKAL

 Aku berasal dari ’Negara Matahari Terbit“. Aku dibuat di sebuah kilang besi 
 waja yang tidak besar .Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan 
 plastik.
        Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -
 kawanku yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh
 gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.
        Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal 
 dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar 
 ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu,aku mendapati 
 ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.
        Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku 
 lemas. Setahunkemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu 
 badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawaaku dan kawan-kawanku
 ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.
        Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang  
 sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.

Tajuk : Aku sehelai baju

           Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku 
 dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga 
 yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.
            Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis 
 bernama Linda.Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja
 kawan-kawan Linda melihat diriku, mereka semua memuji kecantikan yang
 aku miliki.
            Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat  
 badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.
            Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan 
 aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. 
 Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis 
 kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.
            Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. 
 Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya
 menjadi penghuni setia almari usang.

SOALAN  :

Tuliskan sebuah karangan biografi yang bertajuk “Ibu saya”.

Pendahuluan  :

 nama – umur – tempat lahir – tarikh lahir

Isi-isi  :

 pendidikan yang diterima


 ibu bekerja sebagai seorang guru
 ibu melahirkan, membesarkan sejak kecil
 pandai menggambil hati anak-anak – tidak garang – lemah lembut dan
penyabar

Penutup  :

 mengenang dan menghargai jasa ibu

       Setiap manusia di dunia ini mempunyai seorang ibu.  Begitu juga dengan


saya.  Ibu saya bernama Siti Maisarah binti Kassim.  Usianya sekarang ialah 32
tahun.  Beliau dilahirkan di Kampung Air Tawar, Kota Tinggi, Johor.  Tanggal 13
Februari 1970 beliau dilahirkan.          Ibu saya mendapat pendidikan awal di
Sekolah Kebangsaan Air Tawar selama enam tahun.  Kemudian beliau
menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kota Tinggi selama lima
tahun.  Keputusan peperiksaannya yang cemerlang telah melayakkannya
menempatan diri di Maktab Perguruan Pengkalan Chepa, Kelantan. Pada tahun
1990, bermulalah kerjaya beliau sebagai seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan
Durian Guling, Terengganu.
          Pada tahun 1996 hingga kini, ibu bertugas di Sekolah Kebangsaan Sri
Serdang.  Ibulah insan yang melahirkan dan membesarkan saya dan adik-adik
sejak kecil.  Beliau seorang yang pandai mengambil hati anak-anak.  Beliau
tidaklah garang walaupun pada wajahnya menampakkan kebengisan.  Ibu saya
seorang yang lemah lembut dan penyabar.  Walaupun beliau dalam kepenatan
selepas pulang mengajar, tetapi beliau tidak pernah menjadikan kami tempat
melepaskan kemarahannya.          Saya berasa sangat bertuah memiliki seorang
ibu yang penyayang dan aamt memahami.  Akanku kenang dan hargai jasamu ibu
sepanjang hayatku.  Engkaulah ratu hatiku.

You might also like