You are on page 1of 21

FUNGSI PETEMPATAN

JENIS PETEMPATAN
● Petempatan ialah kawasan tempat tinggal manusia
● Terdapat dua jenis petempatan iaitu;
-petempatan kekal
-petempatan sementara
● Petempatan sementara ialah kawasan kediaman
untuk jangka pendek seperti petempatan pekerja
balak dan petempatan orang asli
● Petempatan kekal ialah kawasan kediaman yang
tetap untuk suatu jangka masa yang panjang
PETEMPATAN LUAR BANDAR
● Petempatan luar bandar merujuk kepada
kawasan petempatan yang mempunyai ciri-
ciri ekonomi yang berasaskan pertanian
● Fungsi petempatan luar bandar boleh
dibahagikan kepada fungsi
ekonomi,sosial,dan governan
FUNGSI PETEMPATAN LUAR BANDAR
● Ekonomi
-Dari segi ekonomi,petempatan luar bandar berfungsi
sebagai pusat mengumpul dan memproses hasil
pertanian dan perikanan
● Sosial
-Dari segi sosial,petempatan luar bandar menyediakan
pelbagai kemudahan asas dan kemudahan sosial seperti
kemudahan air bersih,elektrik,dll
● Governan
-Dari segi governan,petempatan luar bandar
menyediakan perkhidmatan kerajaan,mungkin terdapat
ketua kampung sebagai perantaraan antara penduduk
dengan kerajaan
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERLETAKAN DAN TABURAN PETEMPATAN LUAR
BANDAR
● Fizikal

-Bentuk muka bumi seperti tanah pamah rata,pinggir


pantai,dan tanah tinggi
● Ekonomi
-Terdapat kegiatan pertanian dan pusat
perlancongan
● Sosial
-Biasanya terletak di tepi sungai.
-Air sungai juga digunakan untuk pengairan kawasan
pertanian selain di jadikan jalan pengangkutan
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERLETAKAN DAN TABURAN PETEMPATAN LUAR
BANDAR
● Governan

-Pembukaan tanah rancangan


-Rancangan pembangunan luar bandar yang di
anjurkan kerajaan menggalakkan pertumbuhan
petempatan luar bandar.Rancangan ini menyediakan
kemudahan asas seperti jalan raya dan bekalan air
PETEMPATAN BANDAR
● Petempatan bandar merujuk kepada petempatan
yang mempunyai ciri-ciri moden dari segi guna
tanah,kegiatan ekonomi,kemudahan sosial dan
infrastruktur,serta cara hidup penduduk.
● Di Malaysia status bandar tercapai apabila suatu
kawasan petempatan itu mempunyai penduduk
melebihi 10 000 orang.
FUNGSI PETEMPATAN BANDAR
● Setiap bandar mempunyai fungsi masing-masing
● Fungsi sesuatu petempatan bandar dapat di kenal
pasti berdasarkan peranan utamanya dari segi
ekonomi,sosial,dan governan.
FUNGSI PETEMPATAN BANDAR
● Ekonomi
-Pembangunan petempatan bandar lazimnya diikuti oleh
perkembangan sektor ekonomi bandar berkenaan.
-Antara fungsi petempatan bandar dari segi ekonomi adalah
sebagai bandar perindustrian,bandar pelabuhan.bandar
perlombongan,bandar pelancongan dan bandar teknologi
maklumat

1.Bandar Perindustrian
-Banyak kegiatan industri dijalankan seperti kilang plastik dal
sebagainya
-Contoh bandar seperti Petaling Jaya Dan Nilai
2.Bandar Pelabuhan
-Berfungsi sebagai tempat yang menggalakkan kegiatan
perniagaan dan perdagangan
-Contoh bandar seperti Klang,Kuantan,dan Kuching
3.Bandar perlombongan
-Bandar perlombongan wujud akibat kegiatan perlombingan
yang dijalankan secara giat.
-Contoh bandar seperti Kertih dan Bintulu
4.Bandar Pelancongan
-Terkenal dengan aktiviti pelancongan.Bandar ini menjadi
tarikan pelancong tempatan dan luar.
-Contoh bandar seperti Port Dickson,Genting Highland,dan
Melaka
5.Bandar Teknologi Maklumat
-Berfungsi untuk mengembangkan penggunaan teknologi
maklumat dan telemunikasi (ICT) di kalangan penduduk
Contoh bandar seperti Cyberjaya.
FUNGSI PETEMPATAN BANDAR
● Sosial
-Sesetengah petempatan bandar menyediakan perkhidmatan.
-Bandar pendidikan,bandar satelit dan bandar di raja memberi
perkhidmatan sosial yang penting kepada penduduk.

1.Bandar Pendidikan
-Menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan khususnya
institusi pengajian tinggi kepada penduduk
-Banyak peluang pekerjaan wujud di kawasan ini seperti
pensyarah,tutor dan penyelidik
-Contoh bandar seperti Tanjung Malim
2.Bandar Satelit
-Berfungsi sebagai kawasan sokongan kepada bandar induk.
-Pembangunan yang pesat di bandar induk menyebabkan
perebakan pembangunan ekonomi khususnya kegiatan
perindustrian ke bandar satelit.
-Contoh bandar seperti Petaling Jaya,Ayer Keroh dan
Senawang
3.bandar Diraja
-Bandar diraja menempatkan tempat kediaman rasmi bagi
sultan atau kerabat diraja.
-Upacara dan adat istiadat rasmi diraja di jalankan di sini
-Contoh bandar seperti Kuala
Kangsar(Perak),Klang(Selangor)dan Pekan(Pahang)
FUNGSI PETEMPATAN BANDAR
● Governan
-Fungsi sesuatu bandar juga berkait rapat dengan polisi
kerajaan.
-Pembinaan pejabat kerajaan dan penempatan agensi
kerajaan di sesuatu kawasan membolehkan bandar
berkenaan berperanan sebagai bandar pentadbiran,bandar
pertahanan dan bandar sempadan

1.Bandar Pentadbiran
-Berfungsi sebagai ibu negara atau ibu negeri.
-Contoh bandar seperti Putrajaya,Kota Kinabalu,dan Kuching
2.Bandar Pertahanan
-Berfungsi sebagai pangkalan angkatan tentera.
-Penempatan pangkalan tentera mempengaruhi
perkembangan bandar berkenaan
-Contoh bandar seperti Port Dickson,Lumut,dan Butterworth
3.Bandar Sempadan
-Berfungsi sebagai jalan keluar dan jalan masuk antara
negara kita dengan negara jiran.
-Perkhidmatan imigresen terdapat di bandar sempadan bagi
memastikan pelawat mempunyai dokumen perjalanan yang
sah
Contoh bandar seperti Padang(Perlis),Johor Bahru(Johor)
dan Tebedu(Sarawak)
FAKTOR MEMPENGARUHI PELETAKAN DAN
TABURAN PETEMPATAN BANDAR
● Faktor-faktor yang mempengaruhi peletakan sesuatu
petempatan bandar ialah fizikal,ekonomi,sosial,dan
governan.
1.Fizikal
-Petempatan bandar tertumpu di dataran aluvium dan pinggir
laut.
2.Ekonomi
-Beberapa bandar di Malaysia berkembang kerana
terdapatnya sumber semulajadi.
3.Sosial
-Petempatan bandar biasanya berkembang di pertemuan
antara dua jalan perhubungan.
-Pembinaan lebuh raya di Malaysia memajukan kawasan
terpencil yang dilalui oleh lebuh raya berkenaan.
4.Governan
-Keputusan pihak berkuasa memindahkan pusat pentadbiran
ke tempat yang baru mewujudkan suatu petempatan bandar
terancang seperti Putrajaya.
● Pusat pentadbiran ini dilengkapi dengan kemudahan
perumahan dan infrastruktur.
SALING BERGANTUNG ANTARA LUAR BANDAR
DENGAN BANDAR
● Bandar bergantung kepada luar bandar untuk memperoleh
makanan dan bahan mentah untuk perindustrian dan
perdagangan.
● Bandar merupakan pasaran bagi hasil pertanian dan
penternakan dari luar bandar.
● Bandar menyediakan banyak kemudahan untuk penduduk
luar bandar.Peluang pendidikan tinggi terdapat di bandar
seperti bandar Baru Bangi dan Tanjung Malim.
● Bandar yang yang mempunyai perkhidmatan perubatan
moden membolehkan kemudahan kesihatan yang lebih baik
disediakan untuk penduduk luar bandar.
● Bandar menjalankan fungsi pentadbiran untuk penduduk luar
bandar
SALING BERGANTUNG ANTARA BANDAR DENGAN
BANDAR
● Sesebuah bandar tidak dapat menyediakan semua barang
dan perkhidmatan yang diperlukan oleh penduduknya.Oleh
itu,wujud saling bergantung antara sebuah bandar dengan
bandar yang lain
● Petaling Jaya berfungsi sebagai bandar satelit kepada Kuala
Lumpur dengan menyediakan lebih banyak tapak
perindustrian dan petempatan untuk menampung keperluan
bandar induk
PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN PETEMPATAN
LUAR BANDAR KEPADA PETEMPATAN BANDAR
● Setiap petempatan mengalami perubahan dari kawasan kecil
kepada kawasan yang lebih luas.
● Pertambahan penduduk di kawasan petempatan luar bandar
menyebabkan kawasan berkenaan berubah menjadi bandar.
● Sebagai contoh ialah Kuala Lumpur dahulunya ialah sebuah
petempatan perlombongan yang berkembang menjadi bandar
kecil dan berkembang menjadi ibu negeri negeri Selangor dan
kini menjadi ibu negara Malaysia.
Sekian Terima Kasih

You might also like