You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

PEMBINAAN
DEWAN TERBUKA
SK. TAGAROH KOTA MARUDU

OLEH:
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SESI 2020/2021
SEKOLAH KEBANGSAAN TAGAROH

ULASAN GURU BESAR

1
1.0 LATAR BELAKANG PROJEK

SK.Tagaroh Kota Marudu merupakan salah satu buah sekolah di daerah Kota Marudu yang
belum ada kemudahan seperti dewan terbuka. Sekolah Kebangsaan Tagaroh merupakan
antara sekolah yang terawal dibina di daerah Kota Marudu. Lokasinya lebih kurang 6
kilometer dari Pekan Kota Marudu. la dibina di sebuah kawasan tanah lapang dan rata
dengan keluasan 3.46 ekar. Kedudukan sekolah ini amat strategik kerana ia dibina
ditengah beberapa buah kampung seperti Kg. Tagaroh, Kg. Wani, Kg. Pinatau, Kg. Langkon
Baru, Kg. Taginambur, Kg. Togop dan Kg. Tunggung. 7 buah kampung ini menghantar
anak-anak mereka bersekolah di SK. Tagaroh. Majoriti muridnya iaitu 85% adalah daripada
suku kaum Dusun manakala 15% lagi adalah daripada suku kaum Bajau, Cina, Sino dan
Melayu.

PROFIL SEKOLAH

Nama : SK. Tagaroh, Kota Marudu


Alamat : Peti Surat 57, 89108 Kota Marudu
Tarikh ditubuhkan : 1 Januari 1965
Kod : XBA5110
Kategori :A
JPN : Luar Bandar
Kawasan Parlimen : Kota Marudu
Majlis Bandaran : Kota Marudu
No. Telefon : 088-662436
No. Fax : 088-663437
Luas kawasan : 3.46 ekar
Peringkat : Sekolah Rendah
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu

Pada tahun 2010, SK. Tagaroh mendapat diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan untuk
menerima New Deal sekolah berprestasi tinggi. Pada ketika itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru
dengan kerjasama Yayasan Sabah Cawangan Kudat telah melaksanakan program keibubapaan
dan pelajar selama 2 hari untuk melaksanakan Program Rancangan Khas tersebut. Sekolah
terpaksa membuka 2 ruang bilik darjah untuk memastikan program itu dapat dijalankan.
Dengan justifikasi di atas, maka pihak PIBG SK. Tagaroh ingin mengemukakan permohonan
Pengubahsuaian Bilik Darjah menjadi Dewan Terbuka Serbaguna secara bergotong-royong bagi
melaksanakan pelbagai aktiviti dalam sekolah dan aktiviti kemasyarakatan sekitar 7 buah
kampung persekitaran sekolah di daerah Kota Marudu.

2
2.0 OBJEKTIF PROJEK

i) Dewan Besar Terbuka Serbaguna yang lengkap dengan kemudahan prasarana


terkini dapat digunakan untuk pelbagai tujuan aktiviti pendidikan murid-murid dan
kemasyakaratan. (Keibubapaan)

ii) Kemudahan Dewan Besar Terbuka Serbaguna dapat menampung kapasiti enrolmen
pelajar atau masyarakat yang ramai dengan keadaan yang selesa dan kondusif.

iii) Dewan Besar Terbuka Serbaguna ini mampu menyumbang impak besar dalam
tranformasi pendidikan dan melahirkan modal insan yang gemilang di SK. Tagaroh,
Kota Marudu.

iv) Dewan Besar Terbuka Serbaguna ini boleh digunakan oleh pelajar sebagai tempat
perhimpunan semasa hujan atau program-program lain seperti sukaneka, program
motivasi pelajar dan ibu bapa.

3.0 KOMPONEN PROJEK

SPESIFIKASI UMUM

DEWAN BERBUMBUNG

1. Ukuran keluasan ialah Panjang 100 kaki x Lebar 36 kaki


2. Tiang Besi / Kerangka
3. Bumbung ‘Metal Deck’ / Kerangka Besi
4. Lampu 15 unit
5. Kipas angin 20 unit

SPESIFIKASI KHUSUS

3.1) Pentas utama


3.2) Bilik Persalinan
3.3) Kemudahan Tirai dan hiasan pentas
3.4) Kipas
3.5) Lampu
3.6) Gelanggang Serbaguna
3.7) Stor

4.0 JANGKAAN MASA HADAPAN


4.1 Pentas

3
4.2 Gelanggang serbaguna

5.0 ANGGARAN KOS


5.1 Anggaran kos bagi pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung ialah RM
150,000.00 (Ringgit Malaysia : Seratus Lima Puluh Ribu Sahaja).

6.0 SASARAN
6.1 Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tagaroh
6.2 Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)
6.3 Komuniti setempat di kawasan Kampung Tagaroh

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat
Pn. Hajjah Adiah binti Haji Mustapha
Guru Besar

Pengerusi
En. Ismail bin Sulaiman

Timbalan Pengerusi
Pn. Bibiana Bt. Yahoi

Setiausaha
En. Datu Muhammad Farid bin Datu Liman

Bendahari
Pn. Aime Gilong

AJK
En. Fowzi bin Boman
En. Ulik bin Likud
Pn. Dg. Rusneh binti Datu Hussin
Pn. Miloi binti Sinoh
En. Abdul Wahid bin Mohd Sah
En. David Singgi
Pn. Soinie Lampaki
Pn. Siti Mariam binti Ag. Mattassan
En. Albert bin Gintulak
En. Angin bin Akon
Pn. Mimiwati binti Sakaria

4
8.0 SUMBER PERUNTUKAN
8.1 Pejabat Daerah Kota Marudu, Sabah

9.0 PENUTUP

Secara ringkasnya, harapan PIBG dan Komuniti Sekolah agar permohonan ini dapat
memberikan impak yang positif terhadap seluruh warga sekolah dan pihak PIBG serta
masyarakat umum. Di samping itu, dapat mencapai objektif murni dengan jayanya.
Gambar disertakan bersama permohonan ini.

Disediakan oleh,

.................................................................
(DATU MUHD FARID BIN DATU LIMAN)
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sesi 2020/2021
Sekolah Kebangsaan Tagaroh

Disahkan Oleh,

.............................................
(EN. ISMAIL BIN SULAIMAN)
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sesi 2020/2021
Sekolah Kebangsaan Tagaroh

Disokong Oleh,

...............................................................
(HAJAH ADIAH BINTI HAJI MUSTAPHA)
Guru Besar
Merangkap Penasihat
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sesi 2020/2021
Sekolah Kebangsaan Tagaroh

5
LAMPIRAN 1

PANJANG 100 KAKI X LEBAR 36 KAKI


KEADAAN SEBELUM ATAP BERBUMBUNG

6
LAMPIRAN 2

100 KAKI PANJANG X 36 KAKI LEBAR


KEADAAN SELEPAS ATAP BERBUMBUNG

7
100 KAKI PANJANG X 36 KAKI LEBAR
KEADAAN SELEPAS ATAP BERBUMBUNG

You might also like