You are on page 1of 10

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

BOLA TAMPAR
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira seratus sepuluh tahun (110


tahun) yang lalu, iaitu pada tahun 1895. Orang yang bertanggungjawab
memperkenalkannya ialah William G. Morgan. Beliau telah memperkenalkan
permainan tersebut di Holyoke, Massachussetts, Amerika Syarikat. Ketika itu beliau
mendapati permainan bola keranjang agak lasak dan bercadang untuk
memperkenalkan permainan yang seumpamanya tetapi kurang lasak.

Pada mulanya, permainan ini dinamakan ‘Mintonette’, tetapi ditukar kepada


‘volley ball’ kerana permainan tersebut banyak menggunakan pergerakan secara
lambung atau lambungan. Permainan tersebut menjadi agak popular. Tambahan
pula ia menggunakan tiub bola keranjang yang lebih lembut dan dapat
mengurangkan kecederaan dan kesakitan pada tangan para pemain.

Permainan ini mula dipopularkan di luar Amerika Syarikat pada 1900 di


Kanada, Cuba 1905, Puerto Rico 1909, Filiphina 1910, Uruguay 1912, China 1913
dan Jepun 1917. Ia terus berkembang selepas Perang Dunia
Pertama dan Perang Dunia Kedua, terutamanya oleh tentera-
tentera Amerika Syarikat. Pertubuhan Bola Tampar
Antarabangsa ditubuhkan di Paris pada tahun 1947.
Kejohanan Antarabangsa Pertama pula
diadakan pada tahun 1949, iaitu hanya untuk
kaum lelaki sahaja. Hanya pada tahun 1952,
kejohanan tersebut membuka penyertaan
kepada kaum wanita. Permainan ini
kemudian maju setapak lagi apabila diterima
dan dipertandingkan di Sukan Olimpik, pada
tahun 1964

Di Malaysia, permainan bola tampar


mula diperkenalkan pada tahun 1927.
Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia atau
MAVA ditubuhkan pada tahun 1959.

61
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEPERLUAN DAN PERALATAN

Gelanggang Permainan

RF (Penyerang
Kanan) 9m
RB (Bek Kanan)

CB (Bek Tengah) LB (Bek Kiri)


Garisan
Tengah LF (Penyerang Kiri)
CF (Penyerang
Tengah)
m
3
Garisan Penyerang
m
3

Ka Kedudukan para pemain


wa 18 m
sa bola tampar di gelanggang
n
Se
rvi
s

Gelanggang bola tampar boleh dibuat di


padang terbuka atau tertutup.

2.43 m

2.24 m Pakaian Pemain


Ketinggian jaring untuk
wanita senior – 2.24 m
Ketinggian jaring untuk
lelaki senior – 2.43 m

Bola tampar

Pemain lelaki Pemain wanita/perempuan

62
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

BAGAIMANA BOLA TAMPAR DIMAINKAN

Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua


pasukan pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enam
orang pemain utama dan enam pemain simpanan. Mata diperoleh dengan
meletakkan atau memasukkan bola ke kawasan lawan masing-masing. Para
pemain hanya dibenarkan menggunakan mana-mana anggota badan daripada
bahagian atas pinggang untuk memukul atau memainkan bola. Permainan
bermula sebaik sahaja wisel ditiup iaitu selepas undian untuk memulakan servis
dilakukan.

Skor (Pengiraan Mata)

1. Di peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di


peringkat sekolah pula, pertandingan atau permainan dijalankan dalam 3
set sahaja. Pasukan yang paling banyak memenangi set permainan, akan
diisytiharkan sebagai pemenang.

2. Skor bagi permainan di peringkat antarabangsa dan kejohanan serta


perlawan bukan penentuan ialah 25 mata. Bagi perlawanan atas set
penentuan, skornya ialah 15 mata, dengan minimun kelebihan 2 mata.

3. Pemain yang membuat servis akan berdiri di sebelah belakang iaitu di


sepanjang garisan luar gelanggang. Servis perlu dilakukan dalam tempoh 5
saat selepas wisel dibunyikan.

Servis dilakukan bergilir-gilir. Setiap Pemain yang menghasilkan mata


pemain (atas), berpeluang melakukan (bawah), akan berpeluang membuat
servis. servis sekali lagi dan seterusnya jika
markah diperoleh.

63
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PUKULAN-PUKULAN DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR

Pukulan Menyangga (Digging)

Teknik untuk menyangga. Luruskan lengan untuk


Rapatkan kedua-dua ibu menyangga dengan
jari baik

Rendahkan badan supaya


bola yang disangga
melepasi jaring

Pukulan Mengumpan (Setting)

Buka jari-jari supaya


membentuk tiga segi seperti di
dalam gambar dan sentuh
bola pada ketinggian kepala

Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan dapat membuat rejaman

64
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Pukulan Rejam/Rejaman (Spiking)

Pukulan rejaman dibuat dengan tapak


tangan terbuka dan dikeraskan.

Teknik Pukulan Rejaman

Menghalang (Blocking)

Lonjakan bagi
menghalang pukulan
hendaklah dilakukan
serentak dengan lonjakan
pemain lawan yang
merejam bola

65
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TEKNIK DAN KEMAHIRAN BOLA TAMPAR

Servis

Pergerakan secara turutan kemahiran servis bawah tangan dengan


menggunakan bahagian pangkal tapak tangan yang keras atau bahagian
belakang tapak tangan

Pergerakan secara turutan bagi kemahiran servis menggunakan teknik pusing


belakang

66
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Pergerakan secara turutan kemahiran servis ala tenis dengan bola


dilambungkan dengan ketinggian yang agak munasabah dan mudah bagi
seseorang pemain untuk memukulnya.

Pergerakan secara turutan kemahiran servis gaya putar dengan bola


dilambungkan sambil tangan memukul pada bahagian tepi bola.

67
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN BERPASUKAN – RELI (RALLY)

Reli adalah keadaan di mana kedua-dua pasukan berbalas-balas pukulan.


Pasukan yang sama handal akan membuatkan permainan berpanjangan dan
menjadi menarik.

Reli yang panjang membuat


sesuatu permainan itu menjadi
menarik

CADANGAN LATIHAN

1 Servis 2

1 Bola dipukul secara berperingkat-peringkat untuk latihan


servis sehinggalah melepasi jaring

Latihan servis ke dinding secara


pukulan atas bahu
3

Membuat latihan servis ke arah dinding


Tandakan pada dinding, garisan melintang yang
mempunyai ketinggian dua meter, dua meter setengah
dan tiga meter. Pemain dikehendaki berdiri sejauh lima
meter daripada jaring dan melakukan servis secara
pukulan atas bahu ke dinding. Arahkan pukulan ke
sasaran secara berperingkat-peringkat. Kemudian ulangi
pukulan pada setiap sasaran sebanyak lima kali.

68
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

2 Latihan Pukulan Sangga

1.8 m

1m
Latihan menyangga
bersendirian
Latihan menyangga boleh dilakukan ke arah
dinding pada jarak 1 meter dan pada arah
ketinggian kira-kira 1.8 meter.

Latihan menyangga bola ke


dinding bersama rakan

3 Latihan Mengumpan Bola

Melambung dan menangkap


bola dengan ketinggian Latihan mengumpan dan Latihan mengumpan dan menyangga
paras dahi menyangga pada dinding pada dinding secara berpasangan

Latihan mengumpan
bersama rakan

Latihan mengumpan dengan


menggunakan gelung rotan

69
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4 Latihan Membuat Rejaman atau Merejam Bola

Melonjak dan memukul bola melepasi jaring untuk latiham merejam bola

5 Latihan Menghalang/Membuat Hadangan (Blocking)

Latihan merejam dan menghalang bola.


Semasa membuat rejaman, tangan tidak
boleh menyentuh atau melintasi jaring

Lonjakan serentak di hadapan jaring

70

You might also like