SET 2 MODUL BM KERTAS 1 CEMERLANG Amanjaya PDF

You might also like

You are on page 1of 4

1103/1

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Dua Jam Lima Belas Minit

MODUL SOALAN TOPIKAL CEMERLANG


AMANJAYA
2018
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

BAHASA MELAYU
KERTAS 1
SET 2
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan.Sekiranya ruang
jawapan tidak cukup sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawasan peperiksan
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Modul ini mengandungi 4 halaman bercetak .


Bahagian A

[30 markah]

[Masa dicadangkan : 45 minit]

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada kepentingan semangat kejiranan.

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan semangat kejiranan. Panjangnya huraian


hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN

Memupuk semangat kerjasama Melahirkan masyarakat yang harmoni

Menjamin keselamatan sesebuah kawasan


Soalan:

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada kepentingan semangat kejiranan.

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan semangat kejiranan. Panjangnya huraian


hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Tugasan soalan : Calon dapat menghuraikan kepentingan semangat kejiranan.

Cadangan Jawapan:

1. Memupuk semangat kerjasama.


1.1 semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat sesuatu tempat
1.2 aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau
perjumpaan bulan komuniti.
1.3 Masyarakatakan lebih mesra dan saling membantu tanpa mengira bangsa dan
warna kulit.

2. Melahirkan masyarakat yang harmoni.


2.1 semua masyarakat memahami antara satu sama lain.
2.2 dapat mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masya
2.3 masyarakat bersatu padu seia sekata dapat mewujudkan suasana yang tenang dan
aman

3. Menjamin keselamatan sesebuah kawasan.


3.1 Kawasan perumahan perlu ditingkatkan keselamatannya supaya keamanan dalam
sesebuah masyarakat terjamin.
3.2 Masyarakat harus meningkatkan keselamatan kawasan tersebut untuk
mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
3.3 Keselamatan penduduk terjamin.
.

Peribahasa:
i. Bagai aur dengan tebing
ii. Jiran sepakat membawa berkat.
Karangan Respon Terbuka ( Bahagian B)

Remaja merupakan bakal pemimpin negara pada masa hadapan.

Huraikan peranan ahli keluarga dalam melahirkan remaja yang mampu menjadi
pemimpin negara pada masa hadapan.

a) Tugasan
Murid dapat menghuraikan peranan ahli keluarga dalam melahirkan remaja yang
mampu menjadi pemimpin negara pada masa hadapan

b) Format : Tiada

c) Cadangan jawapan :
1. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian
1.1 disenangi oleh orang lain
1.2 rasional dalam tindakan
1.3 menghormati dan menghargai orang lain
1.4 boleh bertolak ansur
1.5 tidak bersikap mementingkan diri

2. mengamalkan ajaran agama dengan taat


2.1 memiliki akhlak yang baik
2.2 tidak mudah terpengaruh oleh tingkah laku negatif
2.3 tidak bersikap prejudis terhadap penganut agama lain
2.4 menghormati kepercayaan orang lain

3. membantu remaja memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan


3.1 memberi sokongan moral (kata-kata perangsang/ penghargaan)
3.2 menyediakan kemudahan untuk remaja belajar
3.2 menghantar remaja menghadiri kelas tambahan/ tuisyen

4. membantu remaja untuk menguasai kemahiran tambahan


4.1 menghantar anak ke kelas kemahiran tertentu (kelas komputer/ kelas bahasa
Inggeris)
4.2 menggalakkan anak-anak aktif dalam aktiviti kokurikulum

5. meningkatkan keyakinan diri remaja


5.1 membimbing anak untuk membuat keputusan
5.2 mewujudkan komunikasi berkesan dengan anak-anak
5.3 menggalakkan anak-anak menyertai pelbagai pertandingan

d) Ungkapan menarik
i. ringan tulang
ii. pemuda harapan bangsa, pemudi tiang agama
iii. alah bisa tegal biasa
iv. bagai aur dengan tebing

You might also like