You are on page 1of 10

MODUL PERNIAGAAN DKBB ( SMK CHIO MIN )

Arahan : Kertas ini mengandungi 40 soalan. Jawab kesemua soalan yang diberikan berdasarkan pilihan jawapan
yang diberikan.

1. Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?


A Mendapatkan keyakinan daripada pelabur C Untuk memajukan perniagaan
B Membantu golongan yang kurang berkemampuan D Menawarkan barang dan perkhidmatan

2. Perniagaan manakah merupakan milikan tunggal?


A Restoran Fatimah C Kedai Runcit Ali & Jimmy
B Nashmir Sdn. Bhd D Klinik Azmi dan Rakan-rakan

3. Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan.

Bentuk perniagaan di atas dikenal sebagai


A Francais C Syarikat
B Koperasi D Usaha sama

4. Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang hubungkait antara ketiga-tiga sektor?
I Sektor kedua memerlukan sektor utama untuk membekalkan bahan mentah
II Sektor pertama memerlukan sektor ketiga untuk membekalkan pekerja
III Sektor ketiga membantu untuk memproses bahan mentah sektor kedua
IV Sektor ketiga membantu untuk memasarkan produk sektor kedua

A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV

5. Maklumat di bawah berkaitan skala perniagaan.


 Aktiviti perniagaan yang melibatkan sebuah negara dengan negara lain.
 Barang yang dihasilkan dieksport ke luar negara.

Skala perniagaan tersebut ialah


A skala zon C skala tempatan
B skala negeri D skala kebangsaan

6. Isu perlindungan pengguna akan dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab seperti..


A Parlimen
B Kerajaan Pusat
C Tribunal Tuntutan Pengguna
D Suruhanjaya Syarikat Malaysia
7. Rajah di bawah menunjukkan kitaran ekonomi

Kadar pertumbuhan

Tempoh masa

Manakah antara pernyataan berikut berkaitan fasa X?

I Pendapatan kerajaan merosot III Pekerja dibayar upah yang tinggi


II Kadar pengangguran meningkat IV Pendapatan penduduk meningkat
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

8. Rajah di bawah berkaitan dengan campuran pemasaran.


Produk
Harga

Campuran Pemasaran

X Promosi

Pernyataan manakah yang berkaitan denggan unsur bertanda X?


A Kos pengeluaran yang tinggi akan merugikan peniaga
B Pembungkusan penting untuk menjamin produk tahan lama
C Barang perlu diedarkan ke merata-rata tempat untuk meningkatkan jualan
D Peniaga perlu menjalankan kegiatan pengiklanan untuk meningkatkan jualan

9. Maklumat berikut ialah kaedah menangani pengangguran.

kerajaan memberi galakan kepada majikan supaya membenarkan


pekerja terus bekerja dengan insentif tertentu
Kaedah di atas digunakan untuk menangani
A pengangguran kitaran C pengangguran struktur
B pengangguran teknologi D pengangguran bermusim

10. Antara yang berikut, yang manakah dikategorikan sebagai organisasi bukan bermotifkan untung?
I Kedai Runcit Rahman III Syarikat Pertama Berhad
II Koperasi Pengangkutan Pahang Berhad IV Majlis Perubatan Malaysia
A I dan II C II dan III
B II dan IV D III dan IV

11. Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan objektif kepada perniagaan?
A Mengenalpasti tujaun penubuhan
B Mengenalpasti sasaran yang ingin dicapai
C Membantu perniagaan membuat perancangan
D Memudahkan perniagaan menilai prestasi perniagaan

12. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan konsep perancangan strategik organisasi.

 Boleh dibahagikan kepada matlamat jangka pendek dan jangka panjang


 Matlamat yang ditełapkan untuk jangka pendek kurang daripada lima tahun

Apakah konsep perancangan strategik berkenaan?


A Visi C Objektif

B Polisi D Prosedur

13. Aktiviti manakah yang berkaitan dengan peranan bahagian fungsian kewangan dalam organisasi perniagaan?
A Aktiviti mendapatkan dana dan mengagihkan dana dengan cekap
B Aktiviti menentukan objektif kewangan organisasi untuk jangka panjang
C Aktiviti mengawal kewangan setiap bahagian dalam organisasi perniagaan
D Aktiviti merancang, menyusun, mengarah, dan mengawal sumber kewangan

14. Bagaimanakah aktiviti yang dijalankan oleh bahagian fungsian pemasaran dapat meningkatkan
keuntungan perniagaan?
A Mengurangkan kos C Meningkatkan permintaan
B Meningkatkan penawaran D Meningkatkan pengeluaran

15. Antara yang berikut, sumber manakah yang dikategorikan sebagai sumber luaran semasa menjana idea baharu
produk?
I Pembekal III Pelanggan
II Kakitangan khidmat pelanggan IV Penyelidikan dan pembangunan
A I dan II C I dan IV
B I dan III D III dan IV

16. Maklumat di bawah berkaitan dengan teknologi maklumat terhadap bahagian fungsian E dalam sesebuah
organisasi.

Apakah bahagian fungsian E?


A Jualan C Pembelian
B Pengeluaran D Pemasaran
17. Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pengurusan sumber manusia?
A Usaha untuk membina imej baik organisasi
B Usaha untuk membangun tenaga kerja dalam organisasi
C Usaha untuk mengurangkan risiko akibat kemerosotan perniagaan
D Usaha untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dalam organisasi

18. Situasi di bawah ini berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia dalam organisasi.

Konsep pengurusan Jepun seperti Total Quality Management (TQM), Kaizen, dan Zero Defect
diamalkan bertujuan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.

Apakah peranan pengurusan sumber manusia yang tersebut?


A Menggalakkan kreativiti dan inovasi C Latihan peningkatan kemahiran
B Membentuk persekitaran kerja yang positif D Pemantapan budaya profesional

19. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Puan Azza , seorang akauntan bertauliah
 Pernah bekerja sebagai pegawai kewangan di sebuah syarikat cari gali minyak
antarabangsa selama 10 tahun
 sekarang ingin menjadi jururunding pelaburan dalam syarikat minyak dan gas

Apakah keperluan kemahiran kebolehkerjaan yang ada pada puan Azza?


I Kelayakan yang sesuai III Berpengalaman dalam industri
II Keberkesanan mencapai sasaran kumpulan IV Berpengetahuan tentang produk
A I dan II C II dan III
B II dan IV D III dan IV

20. Maklumat di bawah berkaitan dengan satu bentuk penggajian

En. Wong bekerja sebagai jurujual penapis air minuman. beliau akan menerima ganjaran dari pihak
majikan bergantung kepada jumlah jualan penapis air pada setiap bulan. semakin banyak penapis air
dijual, semakin banyaklah ganjaran yang diperolehi olehnya.

Apakah jenis ganjaran yang diterima oleh Encik Wong?


A Komisen C Elaun
B Dividen D Gaji asas

21. Antara berikut, manakah merupakan sumber teknologi


I Lesen perisian III Peralatan kilang
II Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi IV Kemahiran dan pengalaman
A I dan II C I dan III
B II dan III D III dan IV

22. Pernyataan manakah yang merujuk kepada pengurusan sumber teknologi sebuah syarikat telefon pintar?
A Kilang dan mesin yang canggih
B Jenis dan model telefon yang pelbagai
C Mendaftar paten reka bentuk baharu telefon
D Bangunan dan kemudahan yang serba lengkap
Soalan 34 adalah berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah ini.

Cik Ema menguruskan sebuah butik pakaian di Bandar Indera Mahkota, Pahang yang dikenal sebagai EmaS
Boutique. Beliau menggaji seramai lima orang tukang jahit wanita yang berpengalaman. Untuk menghasilkan
pelbagai fesyen pakaian, beliau menggunakan beberapa jenis mesin yang canggih. Semua mesin jahit
diselenggarakan dan dibaik pulih dari semasa ke semasa. Semua hasil pakaian dipamerkan di satu bilik
pameran yang luas di premis yang sama. Hal ini dapat membantu pelanggan memilih pakaian yang
dikehendaki Oleh mereka. Beliau mengambil insurans kebakaran dan kecurian untuk mengelakkan kerugian.

23. Manakah yang merujuk kepada sumber teknologi Ema's Boutique?


A Pelbagai fesyen pakaian
B Bilik pameran yang luas
C Mesin jahit Yang canggih
D Tukang jahit berpengalaman

24. Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran produk Mbagi Faridah Enterprise.
Kos tetap RM150 000
Bilangan unit keluaran 13 500 unit
Titik pulang modal 10 000 unit
Harga jualan seunit RM78

Berapakah kos berubah seunit bagi produk M?


A RM55 C RM75
B RM63 D RM150

25. Antara yang berikut, manakah yang merupakan modal sesebuah perniagaan?
I Jentera III Wang tunai
II Inventori IV Pengurus syarikat
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

26. Maklumat di bawah ini berkaitan keuntungan sebuah syarikat berhad.


Bayaran dividen (RM
Tahun Untung bersih (RM juta) Rizab (RM juta)
juta)
2015 250 100 150
2016 300 100 200
2017 3350 100 250
Syarikat ingin meningkatkan operasi pengeluaran pada tahun 2018 untuk memenuhi satu kontrak luar negara.
Syarikat memerlukan modal sebanyak RM400 juta untuk membuka sebuah kilang baharu untuk tujuan tersebut.
Apakah sumber pembiayaan yang paling sesuai digunakan oleh syarikat berkenaan?

A Overdraf bank C Pinjaman jangka panjang bank


B Modal daripada keuntungan D Pinjaman daripada agensi kerajaan

27. Maklumat yang berikut berkaitan dengan Encik Rahim


Encik Rahim seoran pengusaha restoran. Memandangan perniaggaannya mendapat sambutan yang baik, beliau
mengambil keputusan untuk membuka laggi restoran
.
Beliau bercadang menggunakan sumber pembiayaan dalaman dan bukan sumber pembiayaan luaran. Mengapa?
I Modal daripada sumber pembiayaan dalaman tidak terhad
II Sumber pembiayaan luaran memerlukan jaminan dan cagaran
III Sumber pembiayaan luaran tidak sesuai untuk perniagaan restoran
IV Sumber pembiayaan dalaman dapat mengelakkan pembayaran faedah

A I dan II C II dan III


B II dan IV D III dan IV

28. Gambar di bawah ini berkaitan dengan Puan Diana, pemilik Kedai Bunga Diana.

Hasil harian : RM200 - RM250


Sewa bulanan : RM1 500
Gaji pembantu : RM1 000 sebulan
Modal tambahan yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan : RM30 000

Puan Diana mengambil keputusan untuk membuat permohonan kepada TEKUN Nasional untuk keperluan
modal tambahan.

Mengapakah Puan Diana mengambil keputusan untuk membuat permohonan kepada TEKUN Nasional dan
bukan dengan bank dan institusi kewangan?
I Pinjaman tidak tertakluk kepada terma dan syarat
II Beliau tidak mempunyai cagaran bernilai
III Jumlah pinjaman tidak terhad
IV Kos pinjaman lebih murah

A I dan II C II dan III


B I dan III D II dan IV

29. Maklumat yang berikut berkaitan dengan penyata aliran tunai


RM
Baki awal (200)
Pemiutang 100
Pinjaman 150
Jualan tunai 300
Penghutang 250

Berapakah baki akhir?


A RM400 C RM600
B RM650 D RM800

30. Maklumat yang brikut berkaitan dengan nisbah pusing ganti stok Syarikat Q & Q BBhd.
Butiran 2015 2016
Nisbah pusing ganti stok 2.5 kali 5.0 kali

Apakalı kesimpulan anda?


I Jualan syarikat pada tabun 2016 lima puluh peratus lebill berbanding tahun 2015
II Jualan dan keuntungan syarikat menurun pada tahun 2016 berbanding tahun 2015
III Syarikat membeli stok baharu pada tahun 2016 sebanyak sekali ganda lebih berbanding tahun 2015
IV Kecekapan pihak pengurusan menguruskan stok untuk menjana untung meningkat pada tahun 2016

A I dan II C II dan III


B II dan IV D III dan IV

31. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan margin untung kasar bagi Syarikat Teguh Sdn. Bhd. bagi tahun 2015
dan tahun 2016.
Jenis Nisbah 2015 2016
Peratus margin untung kasar 40% 25%

Pernyataan manakah yang betul?


I Kos jualan syarikat menurun pada tahun
Il Syarikat kurang cekap menetapkan harga jualan
Ill Syarikat tidak mengawal kos jualan dengan cekap
IV Syarikat tidak cekap menguruskan liabiliti syarikat
A I dan II C II dan IV
B II dan III D III dan IV

32. Antara yang berikut, kemahiran manakah yang dapat membangunkan karakter diri seseorang usahawan?
I Kemahiran berfikir III Kemahiran berkomunikasi
II Kemahiran manipulatif IV Kemahiran membuat keputusan
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

33. Pada pendapat anda, adakah kereta merupakan stok berisiko tinggi?
A Ya, kerana kereta mudah rosak
B Tidak, kerana kereta boleh disimpan lama
C Tidak, kerana permintaan kereta tinggi
D Ya , kerana kereta mengambil masa yang lama untuk dijual

34. Apakah ciri keperibadian usahawan yang dimiliki oleh seseorang yang berusaha mengubah suai sesuatu produk
supaya menjadi lebih bermutu.
A Kreatif C Inovatif
B Berpandangan jauh D Berinisiatif dan berpandagan jauh

35. Dokumen manakah yang difailkan sebagai rekod kos operasi


I Bil air III Bil internet
II Memo IV Slip daftar tunai
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

36. Butiran manakah yang tidak direkodkan dalam Penyata Aliran tunai?
A Gaji C Sewa kedai
B Belian kredit D Bayaran kepada penghutang

37. Apakah matlamat usahawan menjalankan promosi?


A Mendapat untung C Mendapat hak paten
B Memujuk pengguna D Mengurangkan kos pengeluaran

38. Rancangan perniagaan juga dikenali sebagai..


I Kertas kerja III Pelan induk Perniagaan
II Kertas cadangan IV Pelan hala tuju perniagaan

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

39. Elemen manakah dalam rancangan perniagaan yang memberikan gambaran ringkas yang spesifik berkaitan
dengan projek yang dijalankan
A Objektif projek C Ringkasan eksekutif
B Ringkasan Operasi D Kedudukan tapak projek

40. Elemen X dalam rancangan perniagaan melampirkan Penyata Aliran tunai perniagaan. Apakah elemen X?
A Rancangan Kewangan C Rancangan Operasi
B Rancangan Pemasaran D Rancangan Pentadbiran

Kertas soalan tamat. Semoga berjaya.


PANDUAN PEMARKAHAN KERTAS 1
PERNIAGAAN TINGKATAN 5 2018

1 D
2 A
3 A
4 C
5 A
6 C
7 A
8 C
9 D
10 B
11 B
12 C
13 D
14 C
15 B
16 D
17 B
18 B
19 D
20 A
21 C
22 D
23 C A=7
24 D B = 12
25 B C= 11
26 C D = 10
27 B
28 D
29 A
30 B
31 B
32 D
33 D
34 C
35 B
36 C
37 B
38 B
39 C
40 A

You might also like