You are on page 1of 4

DT00202

PENDIDIKAN UNTUK KELESTARIAN (ELEKTIF)

DRAF PERANCANGAN PROJEK LESTARI


(KAWASAN KORIDOR BAWAH UTARA & ATAS UTARA)

PENSYARAH:
PROFESOR MADYA DR. MOHD. ZAKI ISHAK (PENYELARAS)
DR. MUSIRIN MOSIN
DR. CHRISTINA ANDIN

NAMA AHLI KUMPULAN N0. MATRIK


KEVIN LARSON S. GALONO PP1912007T
CANDYRILLA VERA BARTHOLOMEW PP1912071T
MARCELLA GOHUN PP1912034T
CHRISTINA PATIRIK PP1912090T
MOHD. FARID ABD. HAJIS PP1912092T

1.0 Pengenalan

1
Program Kampus Lestari adalah salah satu projek berkumpulan yang diinisiatifkan
oleh Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi
subjek kursus Pendidikan Untuk Kelestarian kepada para pelajar Diploma Pendiidkan
Lepasan Ijazah (DPLI) Sesi 2019. Program Kampus Lestari ini juga adalah selaras
dengan inisiatif UNESCO terhadap 17 keutamaan Pembangunan Kelestarian
disamping dapat memberikan pemahaman kepada para pelajar DPLI berkenaan
konteks, justifikasi, dan teori berkaitan pembangunan kelestarian untuk tujuan
pendidikan. Selain itu, ia selaras dengan matlamat UMS untuk menjadi peneraju
program EcoCampus yang memfokuskan kepada pendekatan inovatif, releven, dan
kemapanan persekitaran. Dalam proses pelaksanaannya, Projek Kampus Lestari
dibahagikan kepada dua pilihan kategori iaitu Projek Lestari Kehijauan dan Projek
Lestari Pengurusan dan diimplementasikan di sekitar kawasan FPP yang telah
ditetapkan.

1.1 Asas Pertimbangan

Selaras dengan kriteria penilaian yang ditetapkan, kumpulan kami berhasrat untuk
melaksanakan Projek Lestari Fakukti berasaskan kepada Amalan 5R (Refuse,
Reduce, Reuse, Recycle, Rot) atas kesedaran bahawa kapasiti tapak pelupusan
sampah di sekitar Kota Kinabalu yang semakin terhad. Lebih membimbangkan lagi,
kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam sumber air
bawah tanah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan. Proses mengitar semula
melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan
yang sebelum ini dianggap sebagai sampah-sarap. Sebagai permulaan, tindakan
awal yang akan dan sedang diambil ialah mengumpul bahan-bahan yang mudah
didapati di sekitar rumah seperti botol plastik, tayar-tayar terpakai, papan, dan cat-
cat lama. Bahan-bahan yag berasaskan besi dan bahan sisa organik terutamanya
tanah hitam juga akan dikumpul dan digunapakai.

Selain itu, Amalan 3K turut diimplementasikan. Konsep 3K dipilih kerana ia


membantu memberangsangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di fakulti. 3K
merujuk kepada Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan yang turut merangkumi
komponen keindahan, keceriaan, dan lanskap. Malahan, sebagai bakal guru,
pemahaman dan penghayatan konsep ini amat penting kerana jika ketiga-tiga
elemen ini diterapkan ke dalam suasana persekitaran sekolah kelak, sudah pasti para

2
guru dan pelajar akan menjadi lebih selesa, selamat dan berkeyakinan dalam
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fakulti atau sekolah
yang bersih, sihat dan selamat amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar
bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek,
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ringkasnya, draf kertas kerja ini adalah sebagai satu pergerakan asas aktiviti yang
sedang dijalankan oleh kumpulan kami iaitu seramai 5 orang ahli dari Kumpulan
DPLI Seksyen 3. Oleh itu, segala perancangan yang teliti telah dijalankan sebagai
panduan asas untuk memastikan program ini berjaya direalisasikan. Sehubungan
dengan itu, segala butiran dan maklumat perancangan yang diperlukan telah
dicatatkan dalam kertas kerja ini.

1.2 Pelan Kawasan Fakulti

Foyer FPP Gym Sukan


Ruang Legar

Blok B
Blok A

Mini Auditorium
Surau
Cafe

Kawasan Projek Lestari


Penghijauan yang dipilih

1.3 Objektif Projek

3
Antara objektif perlaksanaan projek ini ialah:

1) Melaksanakan aktiviti memelihara alam sekitar yang meliputi kebersihan dan


penghijauan persekitaran dalam kalangan warga fakulti.
2) Menggalakkan warga fakulti menguruskan alam sekitar secra berhemah melalui
pengurusan sisa, pemeliharan sumber dan kelestarian alam.
3) Memupuk nilai dan kesedran menjaga alam sekitar dalam kalangan warga
fakulti.
4) Menjadikan amalan 5R sebagai budaya sekolah dan dipraktik di rumah serta
komuniti.
5) mengembeling usaha ke arah merealisasikan Projek Lestari Fakulti.
6) Membantu warga UMS mengenali nama dan kegunaan pokok herba, bunga, dan
bahan-bahan organik yang digunakan.

You might also like