You are on page 1of 3

e-NPQEL

KONSEP JARINGAN DAN JALINAN

Berdasarkan daripada mandat KPI SBT Versi tahun 2014 yang telah diluluskan oleh
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) pada
20 November 2014, Bidang Jaringan dan Jalinan membawa wajaran sebanyak 10%
merupakan salah satu bidang KPI untuk mencapai pengiktirafan Sekolah Berprestasi
Tinggi.

BIDANG KPI WAJARAN


KPI 1 Prestasi Akademik 40%
KPI 2 Prestasi Kokurikulum 20%
KPI 3 Jaringan & Jalinan 10%
KPI 4 Etos & Watak Sekolah 10%
KPI 5 Bimbingan 10%
KPI 6 Penandaarasan 10%

DEFINISI JARINGAN DAN JALINAN

Terma Definisi

Jaringan (Networking) Hubungan kerjasama antara sekolah dengan sekolah lain


dalam negara (Kebangsaan) (rendah & menengah) di dalam negara (daerah & negeri)
dengan melaksanakan aktiviti (secara bersemuka atau
maya) berfokuskan bidang:
a) Kurikulum
b) Kokurikulum
c) Hal Ehwal Murid (HEM); atau
d) Pengurusan

Jaringan (Networking) Hubungan kerjasama antara sekolah dengan sekolah di


luar negara (Antarabangsa) luar negara atau sekolah antarabangsa di Malaysia
dengan melaksanakan aktiviti (secara bersemuka atau
maya) berfokuskan bidang:
a) Kurikulum
b) Kokurikulum
c) Hal Ehwal Murid (HEM); atau
d) Pengurusan
Jalinan (Linkages) Hubungan kerjasama antara sekolah dengan organisasi
dalam negara (Kebangsaan) (agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, IPTA, IPTS,
Badan Korporat, Badan Berkanun, NGO);
i) di dalam negara (daerah & negeri); atau
ii) cawangan organisasi Malaysia yang beroperasi di
luar negara (induknya di Malaysia)
dengan melaksanakan aktiviti (secara bersemuka atau
maya) berfokuskan bidang:
a) Kurikulum
b) Kokurikulum
c) Hal Ehwal Murid (HEM); atau
d) Pengurusan

(Contoh: Universiti Malaya, Universiti LimKokWing,


Bomba. Malaysian Student Department (MSD) di
London, Persatuan Bulan Sabit Malaysia).

Jalinan (Linkages) Hubungan kerjasama antara sekolah dengan organisasi


luar negara (Antarabangsa) (agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, IPTA, IPTS,
Badan Korporat, Badan Berkanun, GLC, NGO)
i) di luar negara; atau
ii) cawangan organisasi luar negara yang beroperasi
di Malaysia (induknya di luar negara)
dengan melaksanakan aktiviti (secara bersemuka atau
maya) berfokuskan bidang:
a) Kurikulum
b) Kokurikulum
c) Hal Ehwal Murid (HEM); atau
d) Pengurusan

(Contoh: University of South Carolina, British Council,


Kedutaan Indonesia, World Wildlife Fund (WWF),
Regional Centre for Education in Science & Mathematics
(RECSAM), Curtin University Sarawak)

(Rujukan sumber daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan


Sekolah Kecemerlangan)

You might also like