You are on page 1of 1

KUMARAN A/L SELADORREY

8, Jalan Pertanian 48,


Taman Universiti,
81300 Skudai,
Johor.

Guru Tingkatan 4 RC
SMK Taman Universiti,
Taman Universiti,
81300 Skudai,
Johor. 16 Mac 2019

Tuan,

Tidak Hadir ke Sekolah


Merujuk kepada perkara di atas, saya Kumaran A/L Seladorrey, bapa kepada
Sanggetha A/P Kumaran, Tingkatan 4RC.

2. Untuk pengetahuan pihak Tuan, anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada
17 Mac 2019 kerana menghadiri upacara sembahyang bagi mendiang abang saya, iaitu pak
cik kepada Sanggetha yang meninggal dunia pada 2 Mac 2019.

3. Saya juga dimaklumkan bahawa anak saya perlu menduduki ujian pada hari
tersebut. Oleh itu, saya meminta pihak tuan untuk membenarkan anak saya mengambil
ujian tersebut pada hari yang ditetapkan oleh pihak tuan.

4. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan amat saya hargai dan
dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

KUMARAN A/L SELADORREY

You might also like