You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) BUKIT WAHA,

81900 KOTA TINGGI, JOHOR.

KERTAS KERJA JOHOR STEM ONLINE CHALLENGE 2020


KATEGORI SEKOLAH RENDAH

TARIKH : 18 JUN - 15 JULAI 2020

TEMPAT : SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)

SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) BUKIT WAHA


81900 KOTA TINGGI, JOHOR
KERTAS KERJA JOHOR STEM ONLINE CHALLENGE 2020
KATEGORI SEKOLAH RENDAH

1.0 PENGENALAN

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Keseniaan (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia


(KPM) bersama-sama Unit Pembangunan Bakat Murid (UPBM), Sektor Pembangunan Murid
(SPM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) telah merancang pelaksanaan pertandingan-
pertandingan Kokurikulum Akademik STEM sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) Covid19. Pelaksanaan pertandingan-pertandingan Kokurikulum Akademik
STEM ini merupakan usaha BSKK, KPM dan UPBM, SPM, JPNJ bagi memastikan Inisiatif
Pengukuhan STEM, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat terus dilaksanakan walaupun
dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid19.
 
 
2.0 MATLAMAT

Dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pertandingan Kokurikulum Akademik STEM sepanjang


Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pihak BSKK, KPM dan UPBM, SPM, JPNJ telah
membuat perubahan ke atas pelaksanaan pertandingan-pertandingan yang sebelum ini
dilaksanakan dalam Karnival STEM. Usaha melaksanakan aktiviti-aktiviti pertandingan
Kokurikulum Akademik STEM bertujuan merealisasikan salah satu elemen utama
(Keberhasilan Murid) dalam Inisiatif Pengukuhan STEM, iaitu melahirkan murid yang
berkebolehan mereka cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi,
menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu melalui
pembelajaran bersepadu merangkumi STEM yang mengaplikasikan konteks dunia
sebenar.

3.0 OBJEKTIF

Pertandingan-pertandingan yang akan diadakan sepanjang tempoh PKP Covid19 ini


berfokuskan pengetahuan dan kemahiran individu murid. Dalam pertandingan-pertandingan
ini, murid-murid diberi peluang untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam
menghasilkan projek-projek STEM di rumah masing-masing dan projek-projek tersebut akan
dihantar secara dalam talian kepada Pegawai STEM, UPBM, SPM, JPNJ untuk dinilai di
peringkat negeri sebelum dipertandingkan di peringkat kebangsaan. Kebanyakan daripada
pertandingan ini juga berkonsepkan dalam talian di mana, murid-murid boleh mengaplikasi
penggunaan teknologi ICT dalam menghasilkan projek dalam pertandingan-pertandingan yang
disediakan.

4.0 TARIKH

Bil. Pertandingan Tarikh Pelaksanaan


1 Pertandingan i-Think Science Concept 18 Jun - 15 Julai 2020
2 Pertandingan Digital Poster 18 Jun - 15 Julai 2020
3 Pertandingan Face Shield Design 18 Jun - 15 Julai 2020
4 Pertandingan Bercerita STEM 18 Jun - 15 Julai 2020
5 Junior Olimpiad Matematik Julai 2020
6 Pertandingan Science Infografic 18 Jun - 15 Julai 2020
7 Projek Digital Video 18 Jun - 15 Julai 2020
8 Pertandingan STEM Show 18 Jun - 15 Julai 2020
9 Pertandingan Science Craft 18 Jun - 15 Julai 2020
10 Junior Olimpiad Fizik Julai 2020

5.0 TEMPAT

Secara dalam talian (online)

6.0 ACARA YANG DISERTAI

-Pertandingan Digital Poster


-Pertandingan Bercerita STEM

7.0 PENYERTAAN

-Pertandingan Digital Poster


i. Muhammad Amirul Ashraaf Bin Norsahrizam
ii. Muhammad Afnan El Fateh Bin Nor Azlan
iii. Nurul Iman Binti Mohamad Amin
iv. Damia Madihah Binti Hairizal
v. Aliya Syafiqah Binti Mohd Shaifullizam

-Pertandingan Bercerita STEM


i. Nurul Iman Binti Mohamad Amin

8.0 GURU PEMBIMBING

- En. Hafidz Arif bin Ismail


- En. Hasrulnizam Bin Hassan
- Cik Nur Shafini Binti Mohamed Amin
- Pn. Siti Mariam Binti Mat Yassim

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL BUTIRAN JUMLAH

1. Peralatan/Prop RM 20.00

JUMLAH RM 20.00

10.0 PENUTUP

Johor Stem Online Challenge 2020 yang diadakan ini adalah amat diharapkan agar menjadi
pemangkin dalam menggalakkan murid-murid meningkatkan pengetahuan dan cinta akan ilmu
Sains dan Teknologi. Semoga ia memberi manafaat kepada setiap peserta yang mewakili
sekolah masing-masing dalam karnival ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………….. ………………………….

(HAFIDZ ARIF BIN ISMAIL) (ABDULLAH BIN ZAKARIA)


GURU KAUNSELING PK KOKURIKULUM,
SK (F) BUKIT WAHA SK (F) BUKIT WAHA

Disahkan oleh,

………………………….

(SARMIN BIN HAIRI)


GURU BESAR,
SK (F) BUKIT WAHA

You might also like