You are on page 1of 2

Rosli Bin Saadan (2017) telah membuat satu kajian untuk mengenalpasti perbezaan antara

orientasi matlamat dan kebimbangan pra-pertandingan di kalangan atlet hoki bawah 18 tahun.
Bukan itu sahaja, penyelidik juga membuat kajian bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan
orentasi matlamat dan kebibangan pra-pertandingan di antara kumpulan-kumpulan kajian. Kajian
yang dijalankan oleh beliau adalah berbentuk kuasi eksperimen. Dalam kajian ini juga seramai
144 orang peserta dipilih untuk menjadi subjek dan kajian ini menggunakan dua boring soal
selidik iaitu soal selidik Task and Ego Orientation in Sport Questionnaire (TEOSQ; Duda &
Nicholls, 1992). Dan soal selidik Revised Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2R;
Cox et al., 2003). Hasil dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
antara jantina bagi pembolehubah bersandar dan dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan antara kumpulan dalam semua pembolehubah bersandar.

Kajian yang seterusnya adalah untuk membuat perbandingan tahap kebimbangan pra-
pertandingan dalam kalangan atlet hoki Majlis Sukan Sekolah Malaysia (Rosli Saadan, Lim
Boon Hooi, Hamdan Mohd Ali, Mohamad bin Bokhari & Norida binti Abdulah, 2016). Dalam
kajian ini seramai 144 atlet hoki (72 lelaki dan 72 perempuan) yang berumur antara 15 hingga 18
tahun telah dipilih untuk menjadi subjek bagi kajian ini. Penyelidik juga telah menggunakan
boring soal selidik Revised Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2R) yang dibentuk
oleh Cox et al., pada tahun 2003 dengan bertujuan untuk mengukur tahap kebimbagan pra
pertandingan dalam sukan hoki. Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina bagi subskala kebimbangan kognitif. Dapatan
kajian juga telah menujukkan bahawa atlet perempuan memiliki tahap kebimbanagan pra-
pertandingan kognitif dan somatic yang tinggi berbanding atlet lelaki. Namun, atlet lelaki
mempunyai tahap keyakinan diri yang tiggi berbanding atlet perempuan.

Kajian mengenalpasti profil psikologi atlet kriket wanita Malaysia telah dijalanakan oleh Nur
Syuhadah Sailan, Nelfianty Hj. Mohd Rasyid dan Santhiramathy Subramaniam (2016). Seramai
21 atlet kriket wanita Malaysia telah dipilih untuk menjadi sampel bagi kajian ini. Kajian ini juag
menggunakan tiga soal selidik iaitu soal selidik Sport Mental Toughness Questionnaire (SMTQ)
untuk ketahanan mental atlet, soal selidik Sport Competition Anxiety Test (SCAT) untuk menilai
kebimbangan atlet dan soal selidik Leardership Scale for Sport (LSS) untuk menguji gaya
kepimpinan jurulatih. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya seorang atlet sahaja yang
mempunyai ketahanan mental yang tinggi dan manakala 20 orang atlet mempunyai kekuatan
mental yang rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa seramai 8 orang atlet yang
mendapat skor pada tahap kebimbangan yang tinggi, 13 orang atlet berada pada tahap
kebimbangan yang sederhana dan tiada atlet yang berada pada tahap kebimbangan yang rendah.

Seterusnya, kajian berbentuk tinjauan bertujuan untuk membandingkan tahap kebimbangan pra-
pertandingan bagi atlet acara balapan dan padang bagi atlet lelaki bawah 18 tahun dari Bahagian
Pedalaman Sabah (Joseph Nandu & Hasnol Noordin, 2020). Sampel kajian ini terdiri daripada 64
orang atlet lelaki yang berumur 18 tahun kebawah iaitu 32 orang atlet acara balapan (100 meter,
200 meter, 400 meter dan 800 meter) dan 32 orang atlet acara padang (lompat jauh, lompat
tinggi, lompat kijang dan lontar peluru) yang menyertai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah
Sekolah Daerah Pedalaman, Sabah. Penyelidik juga telah menggunakan soal selidik Competitive
State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2) yang terdiri dari tiga subskala untuk mengukur kebimbangan
kognitif, kebimbangan somatik dan keyakinan diri yang telah dialih bahasa oleh (Aris Fazil Hj.
Ujang, 2005) ke dalam Bahasa Melayu. Hasil daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kebimbangan pra-pertandingan antara atlet acara
balapan dan padang. Dapatan bagi subskala kebimbangan kognitif dan somatik juga adalah
signifikan dan manakala perbezaan adalah tidak signifikan bagi subskala keyakinan diri.

You might also like