You are on page 1of 2

Penyataan Masalah

Kecenderungan dan idea untuk mengkaji sejauhmana tahap kebimbangan dan kebangkitan
pemain lelaki dan perempuan pasukan “Dodgeball” UPSI. Kebimbangan dan kebangkitan
pemain lelaki dan perempuan pasukan “Dodgeball” UPSI mempengaruhi prestasi.
Objektif Kajian
1. Untuk mengukur tahap kebimbangan antara pemain lelaki dan perempuan pasukan
“dodgeball” UPSI.
2. Untuk mengukur tahap kebangkitan antara pemain lelaki dan perempuan pasukan “dodgeball
UPSI.
3. Mengenalpasti hubungan antara kebimbangan dan kebangkitan pemain lelaki dan perempuan
pasukan “dodgeball” UPSI.
Metodologi Kajian
a) Reka bentuk kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kaedah deskriptif melalui soalan dari borang soal
selidik Competetive State Anxiety Inventory (CSAI-2). Rasional pengkaji memilih rekabentuk
kajian tinjauan ini ialah untuk mengukur sejauhmana kebimbangan dan kebangkitan pemain
lelaki dan perempuan pasukan “Dodgeball UPSI”.
b) Sampel kajian
Terdiri daripada 30 atlet pasukan “Dodgeball” UPSI yang dalamnya terdiri daripada 15 (50%)
atlet lelaki dan 15(50%) atlet perempuan.
c) Instrumen kajian
Data-data daripada responden dikutip menggunakan alat ukur ‘Competitive State Anxiety
Inventory – 2 (CSAI-2) yang diperkenalkan oleh Martens, Vealey, Bump dan Smith’s (1990).
Borang soal selidik ini mengandungi 16 item yang terdiri 6 item untuk kebimbangan kognitif,
manakala kebimbangan somatik dan keyakinan diri masing-masing dengan 5 item. Setiap item
mempunyai skala empat mata dalam mengumpul maklumat kewujudan kebimbangan serta
keyakinan diri. Jumlah skor untuk setiap konstruk akan dikira dengan menjumlahkan kesemua
item di bawah konstruk masing-masing. Oleh yang demikian, skor yang terendah untuk setiap
subjek kajian ialah 9 bermaksud kurang bimbang (berkeyakinan) manakala skor yang tertinggi
ialah 36 bermaksud kebimbangan yang tinggi (tidak berkeyakinan) untuk setiap konstruk
berdasarkan skala skor. Hanya item 14 perlu diterbalikkan skor kerana pernyataan atau item
tersebut dinyatakan dalam bentuk negative.
d) Prosedur kajian
Pada peringkat awal, pengkaji mencari tajuk yang bersesuaian dan kemudiannya berjumpa
dengan pensyarah psikologi iaitu Profesor Madya Dr. Nelfianty binti Mohd Rasyid untuk
berbincang mengenai tajuk kajian yang kami telah pilih. Oleh itu dengan perbincangan yang
telah dilakukan maka pengkaji dapat melakukan kajian dengan lebih baik dan tersusun. Pengkaji
menyerahkan borang soal selidik CSAI-2 kepada atlet “Dodgeball” UPSI selepas latihan yang
kebiasaannya dijalankan setiap hari Rabu. Subjek mengambil masa lebih kurang lima hingga
sepuluh minit untuk menjawab keseluruhan soalan yang terdapat dalam borang soal selidik.
Borang soal selidik diserahkan kembali apabila selesai menjawabnya dan pengkaji mengumpul
kesemua borang soal selidik tersebut untuk peringkat seterusnya iaitu penganalisaan data
e) Analisis data
Data yang diperolehi telah dikumpul dan dianalisis. Statistik deskriptif digunakan menerangkan
pembolehubah berkategori dalam bentuk min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus.

You might also like