You are on page 1of 2

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

Kepada:
Senarai Edaran,
Peserta Strategic Partnership Program (SPP),
Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA),
Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

JEMPUTAN SESI INTERAKSI DENGAN PENYELIA UTAMA


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Selaku Ketua Kadet di Kementerian Kesihatan Malaysia bagi program SPP DPA
INTAN 2/2020, saya Intan Adlina Binti Azlan mengalu-alukan kehadiran Tuan/Puan ke
sesi interaksi ini.

3. Sesi akan diadakan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya.


Tuan/Puan diminta untuk memaklumkan serta memohon pelepasan daripada penyelia
lapangan di bahagian masing-masing, seperti butiran berikut:

Tarikh: 28/08/2020 (Jumaat)


Masa: 9.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat SUB, Bahagian Sumber Manusia, Aras 10, Blok E7,
Kementerian Kesihatan Malaysia (Putrajaya)
4. Sesi ini bertujuan untuk menimba pengalaman serta berkongsi pandangan
bersama YBrs. Dr Azlena Binti Haron, yang sudi meluangkan masa beliau pada tarikh
berkenaan.

5. Atas pertimbangan, maklum balas, serta keprihatinan daripada pihak Tuan/Puan


saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

(INTAN ADLINA BINTI AZLAN)


Ketua Kadet bagi Peserta Strategic Partnership Program (SPP)
Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN 2/2020
Kementerian Kesihatan Malaysia
Senarai Edaran:

Sidang 4
Nur Nazurah Binti Mohd Nasir
Bahagian Khidmat Pengurusan

Sidang 5
Hafizan Bin Mohamad Noor
Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa

Sidang 5
Amiruddin Bin Abdul Karim
Bahagian Pembangunan

Sidang 5
Intan Adlina Binti Azlan
Bahagian Perolehan dan Penswastaan

Sidang 5
Siti Athira Binti Ahmad Zailan
Bahagian Sumber Manusia

You might also like