You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PONDOK UPEH

11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG

KERTAS KERJA

PROGRAM MINDA SIHAT 2013


“MINDA SIHAT HIDUP SELAMAT”

ANJURAN :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING &


UNIT HAL EHWAL MURID (HEM)
SMK PONDOK UPEH, BALIK PULAU, PULAU PINANG
KERTAS KERJA
PROGRAM MINDA SIHAT 2013

1.0 PENGENALAN
Program Minda Sihat 2013 merupakan satu program khas yang dirangka khusus untuk semua
pelajar sekolah ini. Program ini merupakan program kerjasama antara Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Program ini
bertujuan meningkatkan daya tindak murid dalam pengurusan diri bagi menghadapi stres.
Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Hal
Ehwal Murid SMKPU dan Pusat Kesihatan Daerah Barat Daya.

2.0 MATLAMAT
Mengenal pasti pelajar yang menghadapi tanda kemurungan, kerisauan dan stres untuk diberi
intervensi yang bersesuaian supaya mereka bertindak secara positif.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


Antara objektif yang telah digariskan ialah :
 Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga sekolah tentang kepentingan
kesihatan mental.
 Mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam kalangan murid melalui pelaksanaan
saringan minda sihat bagi tahap stres, kerisauan dan kemurungan.
 Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada guru-guru untuk mengenal pasti murid-
murid yang mempunyai masalah mental contohnya tekanan perasaan yang berterusan,
kemurungan dan masalah emosi serta tingkah laku.
 Merujuk pelajar yang mengalami masalah emosi, psikologi dan mental kepada pihak
bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.

4.0 KELOMPOK SASARAN


Semua pelajar tingkatan 4 dan berkeperluan khas
5.0 STRATEGI PELAKSANAAN
Program ini dijalankan secara berterusan sepanjang bulan Julai 2013 hingga November 2013

6.0 TENTATIF PROGRAM

JADUAL PELAKSANAAN
Saringan 1 : Julai (Minggu 1)
Proses data : Julai (Minggu 2 hingga 4)
Intervensi : Ogos (Minggu 1 hingga 4)
Saringan 2 : September (Minggu 1 hingga 2)
Proses data : September (Minggu 3 hingga 4)
Laporan ke PPD : Oktober (Minggu 1 hingga 2)
Laporan ke JPN : Oktober (Minggu 3)
Laporan ke KPM : 1 November 2013
TARIKH MASA AKTIVITI
26 Jun 2013 3.00 – 3.30 ptg Penerangan pelaksanaan Program Minda Sihat kepada Pentadbir
dan guru
1 Julai 2013 7.40 – 3.00 ptg Mendapat senarai nama pelajar berkeperluan daripada guru kelas
dan guru matapelajaran
2 Julai 2013 7.40 – 3.00 ptg Pelancaran Program Minda Sihat 2013
Saringan 1 untuk pelajar tingkatan 4 dan pelajar berkeperluan
Sepanjang 7.40 – 3.00 ptg Promosi Program Minda Sihat 2013
Julai Analisa data dan kenal pasti pelajar untuk menjalani intervensi
Pembinaan sudut Minda Sihat
Aktiviti pelajar berkaitan kesedaran Minda Sihat
Sepanjang 7.40 – 3.00 ptg Pelaksanaan intervensi pelajar yang berkeperluan
Ogos (kaunseling individu, kaunseling kelompok berfokus, kemahiran
relaksasi, pernafasan dan sebagainya)
2 September 7.40 – 3.00 ptg Saringan 2 untuk pelajar tingkatan 4 dan pelajar berkeperluan
2013
Sepanjang 7.40 – 3.00 ptg Promosi Minda Sihat
September Analisa data dan laporan kepada pentadbir, guru dan jabatan.
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Pendapatan Jumlah Perbelanjaan Jumlah


Unit Bimbingan dan Kaunseling RM 300.00 Cenderahati dan hadiah pelajar RM 150.00
Bahan aktiviti RM 150.00
Jumlah RM 300.00 Jumlah RM 300.00

8.0 PENUTUP
Diharapkan dengan terlaksananya program ini dapat memberi impak yang positif kepada
semua pihak khususnya pelajar. Melalui program ini, pelajar dan guru-guru didedahkan
dengan keupayaan untuk mengenal pasti pelajar mempunyai masalah emosi dan mental
disamping pelajar dapat diberi kemahiran dalam menangani stres cabaran kehidupan
seharian. Semoga program ini dapat menjadi pemangkin melahirkan warga sekolah dan
warga Malaysia yang mempunyai kesihatan mental yang baik.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………........... ......................................................
(EN. MOHD AZNI BIN ABU HASSAN) (PN. ROHAIDA BINTI OMAR)
Guru Bimbingan dan Kaunseling, GPK Hal Ehwal Murid (HEM),
SMK Pondok Upeh, SMK Pondok Upeh,
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

Disahkan oleh :

…………………………………..
(PN. HJH. ZAIMAH BINTI A. LATIFF)
Pengetua,
SMK Pondok Upeh,
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

You might also like