You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PENDUDUK TAMAN DELIMA RAYA 10

KALI PERTAMA TAHUN 2020(Bil 1/2020)


(PERJUMPAAN KALI KE 8)
SEJAK 2016

Tarikh                         : 03 Januari (Jumaat)


Masa                          : 9.00 malam
Tempat                      : Rumah Pengerusi ( Lot 420)

Kehadiran ;

1 Tuan Haji Jaapar Bin Ahmad Pengerusi


2 Tuan Haji Raffi Bin Ghazali Timbalan Pengerusi
3 Tuan Haji Mohd .Arshad Bin Abu Bakar Naib Pengerusi
4 En. Jaafar Ahmad Setiausaha
5 En Rohmen Bendahari
6 En Jafarun Bin Jaafar Keselamatan
7 En Roslan Pengangkutan
8 Tuan Haji Ishafudin Idris Kebajikan
9 En Fikri Rohaizad Sukan
1 En Hidayat Khan
0
1 Tuan Haji Baharom
1

Tidak Hadir ( bertugas diluar)

1 En Wan
2 En Rosli
3 En Azhari
4 En. Asri
5 En. Nasrul

AGENDA 1 – UCAPAN PENGERUSI TAMAN MERANGKAP PENGERUSI MAJLIS

1.1  Bersyukur kepada Allah kerana diberikan kesempatan dan kesihatan untuk kita bertemu
setelah setahun tidak ada sebarang pertemuan.

1.2  Mengalu-alukan kehadiran warga baru rumah bernombor 03 saudara Fikri dan ahli keluarga
beliau. Pengerusi memohon semua ahli memperkenalkan diri dan rumah masing-masing.

1.3  Beliau juga berharap agar mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama
dari semua warga Delima Raya 10. Pengerusi juga memaklumkan bahawa sepanjang tahun 2019
tiada sebarang mesyuarat diadakan dan pertemuan terakhir adalah pada tahun 2018 semasa
perjumpaan hari keluarga.
1.4  Pengerusi memaklumkan bahawa selama empat tahun bersama, beberapa program telah
berjaya dilaksanakan, beliau juga mengucapkan syabas kepada semua penduduk atas kerjasama
semua, khasnya Program Hari keluarga mendapat sambutan baik dari semua ahli.

1.5   Pengerusi mengedarkan cenderamata berbentuk kalender 2020 kepada semua yang hadir
dan bersama-sama merancang program sepanjang tahun 2020.

1.6  Semua ahli harus menjalinkan perhubungan yang baik agar semua permasalahan di dalam
kawasan taman ini dapat dibincang dan diselesaikan bersama, contohnya infrastruktur taman,
keselamatan dan kebajikan ahli.

1.7 Pengerusi menegaskan objektif persatuan adalah sebagai satu saluran kepada penduduk
mengutarakan masalah dan diselesaikan bersama, sebagai pengerusi taman ini merangkap MPK
beliau akan berusaha menerima sebarang masalah dan beusaha semampu yang boleh untuk
membantu. Oleh itu,beliau mengharapkan struktur pengurusan Taman ini perlu dilakukan dengan
teratur agar dapat merancang program dengan sistematik. Pengerusi mencadangkan membentuk
semula jawatankuasa baru untuk tahun 2020.

1.8 En Rohmen mencadangkan En Jaafar Ahmad bertindak sebagai setiausaha yang baru
menggantikan En Roslan. Keputusan sebulat suara menerima cadangan beliau.

2. AGENDA 2 – PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1.  Tuan haji Arshad mencadangkan yang minit mesyuarat lalu disahkan dan disokong oleh En
Rohmen.

3.0.  AGENDA 3 - PERKARA-PERKARA BERBANGKIT.

3.1   Tuan Haji Raffi membangkitkan giliran bertugas membuka dan menutup palang. Beliau kesal
ada di kalangan warga culas dan gagal melaksanakan tanggungjawab tanpa makluman.

Tindakan semua ahli 

3..2.    Pengerusi mencadangkan diadakan susunan semula jadual bertugas. Semua ahli bersetuju
diadakan perubahan pada tugas pengerusi setiap 31 hb. Jika berlaku perubahan ahli yang
bertugas boleh maklumkan secara perbincangan di kalangan ahli yang bersetuju untuk membuat
penggantian pada tarikh tersebut.

NO RUMAH NAMA TARIKH BERTUGAS


01 Tuan Haji Raffi Bin Ghazali 01 hb 02 hb
03 En Fikri Rohaizad 03 hb 04 hb
05 En. Asri 05 hb 06 hb
07 En. Jaafar Ahmad 07 hb 08 hb
09 En Hidayat Khan 09 hb 10 hb
11 En Rohmen Tabias 11 hb 12 hb
13 En azahari 13 hb 14 hb
15 En Jafarun Bin Jaafar 15 hb 16 hb
17 En. Wan 17 hb 18 hb
19 En Nasrul 19 hb 20 hb
21 En Roslan 21 hb 22 hb
23 Tuan Haji Baharom 23 hb 24 hb
25 En. Rosli 25 hb 26 hb
27 Tuan Haji Ishafudin Idris 27 hb 28 hb
29 Tuan Haji Mohd .Arshad Bin Abu Bakar 29 hb 30 hb
Lot 420 Tuan Haji Jaapar Ahmad 31 hb

3.3.    Pengerusi menegaskan bahawa masa bertugas membuka dan menutup adalah kekal pada
12.01 pagi dan membuka semula jam 5.30 pagi ( sebelum azan suboh) pada hari berkenaan.
Walau bagaimanapun. Masa menutup dibenarkan pada jam 11.30 malam( perlu dimaklumkan
jika terdapat ahli yang masih bertugas diluar)

4.0 AGENDA 4 – PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN

4.1.  En. Rohmen selaku bendahari melaporkan penyata kewangan yang terkumpul sejak 2016
hingga 2019. Beliau menyatakan tiada pengutan sumbangan pada tahun 2019. Baki semasa
adalah 1691.45 berakhir 31 Disember 2019.

4.2 Beliau memaklumkan terdapat ahli taman yang tidak menjelaskan bayaran penuh
sumbangan yang sepatutnya. Pengerusi memohon dinyatakan jumlah bayaran tertunggak
tersebut. Ahli sebulat suara bersetuju agar semua warga yang belum menjelaskan wajar
menjelaskan mengikut kemampuan.

4.3 Berikut adalah ahli yang masih belum menjelaskan jumlah penuh sepanjang tempoh 2016-
2018. Jumlah tertunggak ini wajar diselesaikan setelah diputuskan sebulat suara.Tunggakan pada
2017 adalah RM 180 dan 2018 adalah RM 730.00

Bil Nama ahli 2017 2018 Jumlah


(RM 15.00) (RM 10.00)
1 En. Wan - 120 120
2 En .Azahari 180 120 300
3 En. Rosli - 120 120
4 En. Nasrul - 120 120
5. En Jafarun Telah dijelaskan 120 120
6. En. Asri - 90 90
7 En. Nasrul 20 20
8. En. Jaafar 20 20
JUMLAH RM 180.00 RM 730.00 RM 910.00
4.4 Untuk tahun 2020 kutipan akan dibuat jika ada program yang hendak dilaksanakan.
Bendahari memaklumkan bahawa semua ahli dapat menyelesaikan sumbangan yang lepas dan
memahami tanggungjawab bersama. Bayaran boleh dilaksanakan secara ansuran.

Tindakan : Semua
ahli

5.0 AGENDA 5- PEMBENTANGAN AKTIVITI PERSATUAN

5.1  Tuan Haji Arshad mencadang mesyuarat diadakan sekurang-kurangnta DUA kali setahun
dan tarikh seterusnya akan ditentukan kemudian.

5.2 Tuan Haji Arshad mencadangkan diadakan gotong –royong untuk mengemaskan pokok-
pokok yang menganggu laluan orang ramai. Dicadang pada bulan Februari hujung minggu dan
tarikh ditentukan kemudian. Beliau mencadang pokok palma dibuang terus kerana menghalang
kabel elektrik.

Tindakan : Semua ahli

5.2.  Pengerusi mencadang diadakan hari Keluarga bersama warga Delima Raya pada tahun ini
setelah setahun tiada program. En Jafarun memaklumkan bahawa aktiviti ini sesuai diadakan
pada 14 April 2020 pada hari selasa jam 8.00 malam. Pada tarikh ini majoriti ahli tidak kemana-
mana kerana cuti umum sehari pada 15.4.2020(Hari Melaka bersejarah). Semua ahli bersetuju
sebulat suara.

Tindakan : semua ahli

5.3 Tuan Haji Raffi mencadangkan kita meneruskan aktiviti memasang bendera pada bulan
kemerdekaan dan bersama-sama memeriahkan bulan kemerdekaan dengan menaikkan bendera di
rumah masing-masing. Pengerusi memaklumkan bahawa semua bendera ada dalam simpanan
beliau dan akan mengedarkan pada masa tersebut nanti.

Tindakan : Semua ahli

6.0 AGENDA 6- HAL-HAL LAIN

5.1 En. Jaafar memohon tindakan agar ‘culvert’ yang letakkan di dalam longkang dapat
dialihkan untuk mengelakkan sampah sarap menyekat laluan air. Beliau mencadang jika aktiviti
penambakan tanah oleh jiran disebelah untuk tujuan kediaman sebaiknya hanya perlu
menggunakan laluan masuk yang sedia ada sahaja.Semua ahli bersetuju dan akan memaklumkan
kepada tuan tanah.

Tindakan : Pengerusi
5.2 En Jafarun mencadang ‘padlock’ yang lama ditukarkan. Beliau juga mencadangkan
menggunakan padlock jenama ‘Three Circle’ yang lebih mesra dan mudah diuruskan. Cadangan
telah dipersetujui semua ahli. Tetapi setiap rumah hanya dibekalkan satu anak kunci sahaja.

Tindakan : Bendahari/ En. Jafarun

5. UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT

5.1.  Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ahli yang hadir dan
mengucapkan terima kasih kepada En Roslan di atas sumbangan beliau sebelum ini selaku
setiausaha.

5.2  Pengerusi mohon agar semua warga Delima Raya 10, sentiasa berfikiran terbuka dan
professional dalam mengharungi kehidupan bersama. Beliau juga mengharapkan semua aktiviti
dapat semua ahli dapat bersama-sama untuk menjayakannya kelak.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10:45 malam

Disediakan oleh Disahkan oleh:

(JAAFAR AHMAD ) (HAJI JAAPAR BIN AHMAD)


Setiausaha Taman Delimaraya 10 Pengerusi Taman Delima Raya 10

You might also like