You are on page 1of 4

LAMPIRAN

KELIRIENG DAN SALONG


Latar belakang:

(Tiang yang menyimpang mayat orang kenamaan dari ulu Belaga, terutamnanya kaum Kajang-
Kejaman dan Punan. Asalnya keliring ini dibawa dari Rumah Kejaman Lasah Long Segaham, Belaga)

Keliring dan Salong


Terdapat dua jenis struktur yang dibina iaitu Keliring (tiang kubur) dan Salong (lubang kubur).
Keliring dibuat daripada batang kayu yang besar dan keras yang diukir dari atas hingga
kebawah. Terletak di tepi bahagian atas adalah ruang untuk mayat hamba abdi dan pengikut
sementara di lubang atas adalah tempat menyimpan tempayan yang mengandungi tulang
ketua. Lantai batu berat terletak di atas lubang tersebut. Saiz diameter biasanya lebih daripada
enam kaki dan boleh mencapai sehingga 32 kaki tinggi biasanya di miliki oleh golongan berada.
Pondok Salong disokong sama ada oleh satu ataupun maksimumnya empat tiang yang tinggi.
Pondok pengebumian selalunya dimiliki oleh golongan aristokrat di mana tulang mereka
diletakkan di dalam tempayan dan diletakkan di ruang pondok yang dipenuhi hiasan berbentuk
putaran dan motif.

KLIRIENG KEJAMAN! TAPI ORANG PERTAMA DISEMADIKAN DI SINI BUKAN KEJAMAN TAPI
KAYAN.

Klirieng yang tersegam di perkarangan Muzium Sarawak ini lebih dikenali sebagai Klirieng
Taman Tipuong Tului. Nama sebenar beliau adalah Tului Kebing, anak kepada Kebing Lalang.
Mereka adalah laja (Raja/Ketua Kaum) Kejaman pada abad ke 18.

Tapi bukan Tipuong Tului, mahupun Kebing Lalang yang pertama disemadikan di Klirieng ini
tetapi Levan Avun atau Livan Abun (rujuk Edmund Leach 1955) - emak saudara (auntie) kepada
Tului Kebing.

Kisah Livan Abun, balu kepada Oyong Hang ini amat menarik. Beliau masih remaja ketika suami
pertama Oyong Hang, yang Charles Brooke panggil "Yonghang" (Charles Brooke 1866)
meninggal dunia. Oyong Hang adalah ketua kaum Kayan Uma Levurieng, di Pila. Balu beliau,
Livan Abun kemudiannya bernikah lagi dengan suami kedua, bernama Sagieng Selawik. Sagieng
ini anak bongsu kepada Laja Punan Ba, Selawik dan Usun Dian.

Pernikahan mereka diatur oleh kedua keluarga. Sagieng yang ketika itu sudah ada "girl friend" -
tapi gadis Punan tersebut keturunan panyin (rakyat merdeka/biasa). Laja (Raja) masa ini mesti
kahwin dengan laja juga, bukan macam sekarang. Perkahwinan Sagieng dengan Livan tidak
bahagia, kerana Sagieng selalu "dating" dengan kekasih beliau.
Kerabat Livan Abun (Kayan) amat marah dengan tindakan Sagieng. Emak Sagieng, Usun Dian,
kerabat dekat Oyong Hang, memujuk anak beliau kembali kepada isteri. Tapi Sagieng tidak
mahu walaupun ketika itu Livan sudah mengandung anak beliau (lanjut sila rujuk Edmund Leach
1955).

Sagieng nekad tidak mahu kembali kepada isteri. Beliau kemudian disuruh oleh ayah dan emak
beliau berkelana ke Tatau, tinggal bersama abang sulung beliau, Tigeang Selawik untuk
meredakan ketegangan. Tapi Sagieng kemudiannya ke Lavang (Labang) kemudian berkahwin
semula dengan gadis Vaie Segaan, Njalagei. Sekarang petempatan yang dibina Sagieng Selawik
ini dikenali sebagai Punan Padan, Sebauh Bintulu. Klirieng beliau masih berdiri di Pandan
sehingga sekarang. Sagieng meninggal sebelum 1865 (rujuk Beccari 1904).

Manakala Klirieng Tului Kebing ini mula dibina oleh Kebing Lalang dan anak beliau Tului Kebing
pada tahun 1850 dan didirikan pada 1852. Tujuan asal Klirieng ini dibina adalah untuk semua
ahli keluarga Kebing Lalang. Tapi pada tahun 1863, Kebing Lalang melarikan diri dari serangan
Raja Brooke dan meninggal dunia di Urung Bulau (tanya orang Kejaman mana tempat ini).

Jadi orang pertama disemadi di atas klirieng ini adalah Livan. Kemudian Tului Kebing. Ia dibawa
ke Kuching pada penghujung tahun 1972.
Gambar ini diambil dari Rumah Kejaman Lasah, Long Segaham Belaga.

You might also like