You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA

MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN PRESTASI TINGGI SEKOLAH 


SPTS) PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-4 TAHUN 2014

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Zainuren bin Haji Mohd Nor, Timbalan Pengarah Bahagian Sukan
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan diiringi oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mahmudi bin Bakri, Ketua Sektor
Pengurusan Sekolah dan Yang Dihormati Tuan Haji A.Rahman bin Haji Ngit, Ketua Sektor Pembangunan
Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor serta para tetamu kehormat ke Majlis Penutupan Kejohanan
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Peringkat Kebangsaan Kali ke-4 2014.

LAGU NEGARAKU

LAGU 1MURID 1SUKAN

Para hadirin dipersilakan duduk.

TARIAN SELAMAT DATANG


Tarian oleh : SK ( ASLI ) Sg. Bumbun, Selangor

Bismillahirrahmanirrahim

1. Yang Berbahagia Tn. Zainuren bin Haji Mohd Nor, Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan
Malaysia
2. Yang Berusaha Tuan Haji Mahmudi bin Bakri, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, menjalankan tugas Timbalan
Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 
3. Pn. Lucia Quek, Ketua Sektor Pembangunan Sukan, Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia
4. Tuan Haji A.Rahman bin Haji Ngit, Ketua Sektor Pembangunan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
5. Encik Izham bin Md Isa, Ketua Unit Sukan, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah 
6. Pegawai-pegawai Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia,
7. Ketua-ketua Sektor, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,
8. Ketua-ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri-negeri
9. Pegawai-pegawai Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
10. Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Selangor
11. Pegawai-pegawai Unit Sukan PPD Daerah Negeri Selangor
12. Ketua-ketua Kontinjen Negeri-negeri dari seluruh Malaysia
13. Para pegawai Kejohanan
14. Jawatankuasa Pengelola, seterusnya para jurulatih, guru, ibu bapa dan semua atlet yang diraikan sekalian.

Bandar Kulim nun di utara,


Tempat kenangan sejarah tersirat.
Salam takzim pembuka bicara,
Mengalukan kedatangan hadirin hadirat.

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, izinkan kami memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa
kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dan berkumpul di Emerald Ballroom, Hotel
Goldcourse, pada petang yang indah ini bagi melaksanakan Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Prestasi Tinggi
Sekolah (SPTS) Peringkat Kebangsaan kali ke-4 untuk tahun 2014. 

Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Tuan Zainuren bin Haji Mohd Nor dan para hadirin, bahawa bermula dari 15
September sehingga 18 September 2014 telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah Peringkat
Kebangsaan di beberapa lokasi yang telah ditetapkan bagi permainan badminton, balapan dan padang, memanah,
bola sepak, sepak takraw, hoki, gimnastik dan gimrama. Kejohanan ini dilangsungkan bertujuan untuk menggalakkan
dan memberi peluang kepada semua atlet murid mempamerkan bakat dan kebolehan masing-masing melalui
kejohanan sukan bermula dari peringkat negeri hinggalah ke peringkat kebangsaan. Selain itu, diharapkan
kejohanan ini dapat menyemai semangat kesukanan yang tinggi dalam diri para pelajar, berdaya saing secara sihat
dan dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual sejajar dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan modal insan yang juga merupakan bakal pewaris kepimpinan
negara pada masa akan datang. 

Kalau pergi ke tanjung keramat,


Anak manis jangan di angkat.
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat.
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita sama-sama
bermunajat menadah tangan memohon taufik dan hidayah agar majlis kita pada hari ini diberkati dan dirahmati Allah
SWT. Dengan segala hormatnya dipersilakan Ustaz Fadzli bin Mohd Idris untuk memimpin bacaan doa.

DOA

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Fadzli bin Mohd Idris atas bacaan doa itu tadi.

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainuren bin Haji Mohd Nor dan hadirin sekalian,

Sebagai halwa mata dan telinga, marilah kita sama-sama menyaksikan Persembahan Multimedia daripada Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri Selangor.

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA DARIPADA BTPN SELANGOR

Terima kasih diucapkan kepada BTPN Negeri Selangor atas Persembahan Multimedia itu tadi.

Seterusnya marilah kita saksikan pula satu lagi persembahan tarian daripada murid-murid SK Pulau Menanti,
Sepang Selangor Darul Ehsan.

PERSEMBAHAN TARIAN

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada murid-murid SK Pulau Meranti yang telah mempersembahkan tarian
sebentar tadi.

Majlis kini diteruskan dengan ucapan. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha
Tuan Haji Mahmudi bin Bakri, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, menjalankan tugas Timbalan Pengarah, Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Prestasi Tinggi
Sekolah (SPTS) Peringkat Kebangsaan kali ke-4 bagi tahun 2014 untuk menyampaikan ucapan. Majlis
mempersilakan.

UCAPAN TIMBALAN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR


Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Mahmudi bin Bakri atas ucapan itu
tadi.

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Zainuren bin Haji Mohd Nor,
Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia, untuk menyampaikan ucapan Perasmian
Penutupan Kejohanan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Peringkat Kebangsaan Kali ke-4 untuk tahun 2014.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN SUKAN KPM

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Zainuren bin Haji Mohd Nor atas ucapan itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis dilanjutkan lagi dengan acara penyampaian hadiah. Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha Tuan Mohd Mahmudi bin Bakri, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor dengan diiringi oleh Tuan Haji A.Rahman Bin Haji Ngit, Ketua Sektor, Sektor
Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, untuk menyampaikan cenderamata dan Sijil
Penyertaan kepada Ketua-Ketua Kontinjen MSS Negeri.

Dipersilakan Ketua Kontinjen :


1. Negeri Selangor 
2. Negeri Perlis
3. Negeri Negeri Sembilan
4. Negeri Johor
5. Negeri Pahang
6. Negeri Terengganu
7. Negeri Sabah
8. Negeri Sarawak
9. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
10. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya
11. Negeri Kelantan
12. Negeri Melaka 
13. Negeri Pulau Pinang
14. Negeri Perak
15. Negeri Kedah, dan
16. Wilayah Persekutuan Labuan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mahmudi bin Bakri, Ketua Sektor
Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, kerana sudi menyampaikan cenderamata dan sijil
penyertaan kepada Ketua-Ketua Kontinjen Majlis Sukan Sekolah Negeri. Sebagai tanda terima kasih, majlis dengan
hormatnya mempersilakan Yang Dihormati, Tuan Haji A.Rahman Bin Haji Ngit, untuk menyampaikan cenderamata
kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Mahmudi sebagai tanda tulus ikhlas. Majlis mempersilakan.

CENDERAMATA KEPADA VIP

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Bagi menyempurnakan acara, majlis
dengan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Zainuren bin Haji Mohd Nor, Timbalan Pengarah,
Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan diiringi oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Mahmudi
bin Bakri, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Selangor untuk menyampaikan sijil dan hadiah.
Dipersilakan.

Dimulakan dengan acara Medley Relay :


Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Wilayah Persekutuan Kula Lumpur
Dijemput wakil kontinjen untuk menerima sijil dan hadiah.
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Pahang
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Kedah
Dipersilakan semua peserta untuk menerima sijil dan hadiah.
dan Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Johor

Seterusnya bagi acara Balapan dan Padang :


Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Selangor
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sarawak
dan Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Johor
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian, medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri
Sabah.

Bagi Acara Badminton :


Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sabah
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Kedah
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian, medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri
Melaka.

Seterusnya bagi acara Sukan Memanah:


Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Perak
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Pahang
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Selangor
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian, medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri
Kedah.

Bagi acara sukan Bola Sepak :


Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Johor
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Perak
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Kelantan
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian, medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri
Sembilan.

Bagi Acara Sukan Sepak Takraw :


Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sabah
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sembilan
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Kelantan
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian, medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri
Perak.

Bagi Sukan Gimnastik :


Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Pahang
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Selangor
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sabah
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian, medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri
Johor.

Bagi Sukan Gimrama :


Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Johor
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sarawak
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Selangor
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian, medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.

Seterusnya, bagi Sukan Hoki Kategori Perempuan:


Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Kelantan
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Perak
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Johor
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian, medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri
Selangor.

Dan Bagi Sukan Hoki Kategori Lelaki:


Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Perlis
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sembilan
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Johor
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian, medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri
Melaka.

Hadirin yang dikasihi sekalian, kini tibalah kita pada saat yang ditunggu-tunggu. Dengan bangganya majlis
mengumumkan Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Peringkat Kebangsaan Kali
ke-4 bagi Tahun 2014 diungguli oleh Negeri Johor ( 41 mata ). Tahniah diucapkan!

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Zainuren bin Haji Mohd nor kerana sudi
menyampaikan sijil dan hadiah kepada para pemenang. Sebagai tanda terima kasih, majlis dengan hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Mahmudi bin Bakri untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang
Berbahagia Tuan Zainuren. Majlis mempersilakan.

CENDERAMATA KEPADA VVIP

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Mahmudi atas penyampaian
cenderamata itu tadi. 

Demikianlah tadi berakhirnya majlis penyampaian sijil dan hadiah bagi Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Prestasi
Tinggi Sekolah (SPTS) Peringkat Kebangsaan kali ke-4 Tahun 2014. Tahniah diucapkan kepada kontinjen yang
berjaya meraih kemenangan pada kejohanan kali ini, dan kepada yang tewas, cuba lagi pada masa akan datang.
Kami mewakili seluruh ahli jawatankuasa pengelola Kejohanan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Peringkat
Kebangsaan kali ke-4 Tahun 2014 mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas
kerjasama dalam menjayakan kejohanan ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Atas segala
kelemahan dan kekurangan sehingga menimbulkan kesulitan, maaf jua kami pohon. Semoga kita berjumpa lagi pada
masa akan datang. 

Kami akhiri majlis dengan serangkap pantun

Mancis digores menyala api,


Sinar kilauan menyambar para.
Walau SPTS berakhir di sini,
Semangat kesukanan terus membara.

Sebagai penutup majlis pada petang ini, para hadirin dipersilakan berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu 1 Murid
1 Sukan.

LAGU 1 MURID 1 SUKAN

Sekian sahaja majlis pada pagi ini. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum WBT dan terima kasih. 
Dijemput para tetamu kehormat dan jemputan untuk menikmati jamuan yang disediakan.

Sekian terima kasih, majlis bersurai.

You might also like