You are on page 1of 5

CONTOH SOALAN KBAT PT3

TINGKATAN 1

Bab 1

1.Cara menghargai warisan negara/


⮚ Melawat bangunan bersejarah bersama keluarga atau rombongan sekolah
⮚ Kita perlu menyokong usaha murni kerajaan demi kepentingan warisan dan sejarah negara kita.
⮚ Memberikan sumbangan untuk memelihara dan mengekalkan khazanah negara
⮚ Menjadikan pusat tarikan pelancong
⮚ Menjadikan mata pelajaran sejarah wajib di peringkat sekolah.
⮚ Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah sejarah seperti Fort Cornwalis di Pulau
Pinang,A Famosa di Melaka dan Dutch Square di Melaka
⮚ Menggalakkan penyelidikan dalam memelihara dan memulihara khazanah negara dengan
mengadakan peruntukan khas seperti Bangunan Cheong Fatt Tze telah dianugerahi pingat Unesco
Heritage 2000 Award.

2. Kepentingan sejarah
⮚ Mengenal asal usul
⮚ Mengambil iktibar
⮚ Memupuk patriotism
⮚ Mengukuhkan perpaduan
⮚ Membangunkan negara dan bangsa
⮚ Mengaplikasikan kemahiran pemikiran sejarah
⮚ Berupaya mendidik generasi akan datang mencintai negara
⮚ Bersifat empati
⮚ Meneruskan kegemilangan tamadun bangsa Malaysia
⮚ Membentuk warganegara yang mempunyai jati diri dan keperibadian mulia

Bab 2

3. Langkah-langkah menjaga alam sekitar


⮚ Menjaga kebersihan rumah (individu)
⮚ Berjimat ketika menggunakan kemudahan elektrik dan air(individu)
⮚ Memupuk kesedaran menjaga persekitaran yang bersih dan menjaga persekitaran yang bersih dan
menjaga alam sekitar dengan tidak membuang sampah dan merosakkan kemudahan awam
(negara)
⮚ Menjaga kebersihan sungai,sekolah dan pusat kemudahan awam(negara)
⮚ Sentiasa peka untuk menjimatkan tenaga yang digunakan bagi kemudahan awam.(negara)
⮚ Berusaha bersama-sama menjaga kelestarian alam sekitar
⮚ Mengurus hal ehwal menjaga bumi daripada berlaku kemusnahan

Bab 3

4.Nilai /kepentingan zaman prasejarah


⮚ Mendidik kita bersikap tabah menghadapi cabaran
⮚ Menjadikan warganegara yang baik dan berdaya tahan
⮚ Wujud rasa bangga terhadap sejarah,tradisi dan budaya negara
⮚ Dapat memupuk sikap rajin/gigih
⮚ kreatif
⮚ inovatif bagi menjadi warganegara yang bertanggungjawab
5. Cara manusia zaman Prasejarah memanfaatkan alam sekitar untuk kelangsungan alam sekitar untuk
kelangsungan kehidupan mereka
⮚ berpindah randah untuk mencari makanan
⮚ mencipta barangan daripada batu,tanah liat dan logam
⮚ menggunakan batu dalam aktiviti harian
⮚ sungai menjadi tempat bermulanya penempatan kerana mendapat bekalan air dan makanan

Bab 4

6. Bandar Impian
⮚ perlu sistematik mengikut susunan teratur
⮚ mempunyai pembinaan bangunan yang cantik dan unik
⮚ terdapat kawasan perumahan/sistem perumahan elektronik
⮚ terdapat kawasan perdagangan dan pelabuhan
⮚ terdapat pusat pentadbiran
⮚ mempunyai sistem perparitan yang baik
⮚ menjaga kebersihan alam sekitar
⮚ Bandar siber
⮚ Sistem perhubungan moden,pantas dan tanpa kesesakan
⮚ Selamat dan aman

Bab 5

7. Langkah-langkah yang boleh dicontohi daripada kejayaan tamadun awal dunia


⮚ Mempunyai pemimpin yang berwibawa
⮚ Menguasai ilmu pengetahuan
⮚ Mempunyai pentadbiran yang berkesan
⮚ Mempunyai displin yang tinggi
⮚ Tidak mudah putus asa
⮚ Bijaksana memanfaatkan sumber alam
⮚ Membanyakkan kajian dan penyelidikan
⮚ Menguasai bidang teknologi dan sains

8. Cara menghadapi cabaran


⮚ Sentiasa meningkatkan pengetahuan
⮚ Meningkatkan ketrampilan diri
⮚ Menambah baik kemahiran kendiri seperti komunikasi
⮚ Menjalinkan hubungan sosial dengan pelbagai pihak peringkat tempatan dan antarabangsa
⮚ Sifat berdaya tahan
⮚ Berdaya saing
⮚ Daya juang yang tinggi
⮚ Cth penglibatan dalam Program Latihan Khidmat Negara

Bab 6

9. Nilai yang dapat dicontohi daripada kemajuan Tamadun Yunani dan Tamadun Rom
⮚ Mendorong kita supaya berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kemajuan
⮚ Nilai-nilai demokrasi yang diasaskan mendidik kita agar menjunjung tinggi dan sanggup
mempertahankan nilai tersebut
⮚ Melahirkan semangat patriotism untuk membangunkan negara
⮚ Setiap warganegara menjunjung tinggi adat resam
⮚ Menghormati undang-undang negara
Bab 7

10. Mengapakah kekuatan tentera menjadi ciri penting untuk meluaskan kuasa?
⮚ Untuk mencapai kemenangan di medan peperangan
⮚ Melambangkan keagungan kerajaan
⮚ Meluaskan empayar
⮚ Asas kekuatan kerajaan
⮚ Setia dan patriotic kepada negara

11. Kebaikan sistem peperiksaan/pendidikan


⮚ Melahirkan masyarakat yang berilmu dan berkeyakinan
⮚ Melahirkan masyarakat yang progresif dan saintifik bagi membangunkan negara
⮚ Menguji pemahaman kefahaman pelajar
⮚ dapat mengenal pasti pelajar yang berpotensi dan berkemampuan
⮚ Melahirkan masyarakat yang berdisplin dan mematuhi peraturan
⮚ Melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab
⮚ Dapat Mengenal pasti individu yang berkemahiran dalam sesuatu jurusan/bidang
⮚ Membentuk sahsiah yang mulia
⮚ Melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif
⮚ Melahirkan masyarakat yang berkelayakan tinggi untuk menjawat jawatan yang tinggi seperti
pemimpin negara
⮚ Melahirkan masyarakat/individu yang berwawasan dan berpandangan jauh

Tingkatan 2

Bab 2

Perdagangan

Cara/langkah/usaha memajukan bidang perdagangan:

⮚ Melahirkan pedagang yang berilmu pengetahuan tentang bidang perdagangan


⮚ .Menubuhkan Akademi laut Malaysia untuk melatih angkatan laut menjaga perairan Negara supaya
keselamatan pedagang terjamin
⮚ Mendedahkan pelajar kepada bidang perdagangan melalui menawarkan jurusan perdagangan
⮚ .Mengadakan prasarana pelabuhan yang lebih bertaraf dunia untuk menarik pedagang
⮚ Memartabatkan kerjaya pedagang melalui media massa
⮚ Mengadakan hubungan perrdagangan dengan semua negara di dunia
⮚ mempelbagaikan barang perdagangan
⮚ menghasilkan barangan perdagangan yang berkualiti

Pertanian
Cara-cara untuk meningkatkan/memajukan sektor pertanian:
⮚ melahirkan petani yang berilmu pengtahuan tentang bidang pertanian
⮚ mendedahkan pelajar terhadap sektor pertanian dengan menawarkan jurusan pertanian.
⮚ mementingkan bidang penyelidikaan dan pembangunan dalam pertanian
⮚ mencipta kaedah pertanian yang moden
⮚ Menggalakkan penggunaan tanah secara optimum
⮚ menggunakan baja kimia dan organik/baka yang baik untuk meningkatkan hasil pertanian yang
berkualiti
⮚ menggalakan inovasi dalam pertanian
⮚ menjalankan pertanian secara besar-besaran
⮚ melakukan aktiviti hiliran untuk setiap hasil pertanian
⮚ memberikan bantuan kewangan/subsidi kepada pengusaha hasil pertanian
⮚ Mempelbagaikan hasil tanaman supaya tidak bergantung pada tanaman utama
⮚ meningkatkan pendapatan petani untuk menggalakkan lebih ramai menceburi dalam
pertanian
Nilai/iktibar yang boleh dicontohi daripada kerajaan Alam Melayu
⮚ kepentingan mengekalkan kestabilan politik
⮚ berusaha meningkatkan kebolehan diri
⮚ bijaksana dalam memanfaatkan kekayaan sumber alam
⮚ bersikap kreatif dan inovatif
⮚ mentaati pemimpin dan pemerintah

Bab 5
Ciri-ciri/sifat yang perlu ada pada rakyat/pelajar/warganegara/bagi mengekalkan perpaduan/kedaulatan
⮚ Bersifat baik sangka
⮚ berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat
⮚ menghormati semua lapisan masyarakat
⮚ mencintai keamanan
⮚ mempunyai perancangan dan strategi yang rapi dalam segala perkara
⮚ tidak bersifat perkauman
⮚ meningkatkan jati diri
⮚ berwawasan
⮚ tidak mudah putus asa
⮚ meningkatkan jati diri
⮚ berkerjasama bagi wujudkan keadaan harmoni
⮚ tidak mudah putus asa
⮚ meningkatkan ilmu pengetahuan
⮚ mahir dalam bidang ICT
⮚ menjadi pekerja yang mahir
⮚ mengikuti perrkembangan semasa dunia
⮚ sentiasa berrsedia menerima perubahan
⮚ berazam menjadi individu yang berkemahiran dalam pelbagai bidang
⮚ mengekalkan perpaduan
⮚ berfikiran terbuka

Ciri-ciri pemimpin yang menjaga keamanan /keharmonian dan kesejahteraan Negara:


⮚ Menggelakkan peperangan dengan cara aman/melalui rundingan
⮚ .sedia membantu negara miskin
⮚ .Menghapuskan diskriminasi dan penindasan
⮚ .menjalinkan hubungan diplomatik dengan semua negara di dunia
⮚ .Memupuk semangat setia kawan dengan negara lain
⮚ .menekankan prinsip keadilan kepada semua Negara
⮚ .bekerjasama mengatasi masalah ekonomi,politik dan social
⮚ bersuara lantang membantah sebarang penganiyaan/perkara yang menggugat keamanan negara

Tingkatan 3

Bab 1 – 8

Cara-cara mengekalkan kedaulatan/langkah menangani ancaman penjajahan bentuk baru


⮚ menjadi generasi berilmu dan berkemahiran
⮚ mewujudkan kestabilan politik
⮚ memperkukuh perpaduan kaum
⮚ berusaha memajukan ekonomi negara
⮚ memilih pemimpin yang berwibawa
⮚ tidak terlibat dengan kegiatan subversive
⮚ mengamalkan pemikiran yang rasional
⮚ mempunyai jati diri yang kukuh
⮚ bangga dengan identity budaya tradisi
⮚ tidak mengagungkan kebudayaan negara lain
⮚ menjaga kebajikan rakyat
⮚ mengukuhkan sistem pertahanan
Cara mewujudkan pentadbiran yang kompetitif/mantap/cekap
⮚ memperkukuhakan jati diri
⮚ menguasai teknologi komunikasi
⮚ meningkatkan kualiti barang dagangan
⮚ penggabungan bank
⮚ meraih sinergi secara maksimum
⮚ memperbaiki tahap keuntungan
⮚ mengukuhkan ekonomi negara
⮚ mengamalkan budaya beretika dan berintegriti
⮚ kerja berpasukan dapat meningkatkan produktiviti kerja
⮚ memberi perkhidmatan yang berkualiti,cekap,adil dan amanah
⮚ mengamalkan layanan 4S(senyum,salam,sabar dan sopan)
⮚ memastikan sifar rasuah
⮚ patuh kepada undang-undang

Langkah meningkatkan pembangunan ekonomi Malaysia ke tahap antarabangsa


⮚ meluaskan pasaran ekonomi
⮚ pertukaran teknologi
⮚ menjalinkan hubungan luar
⮚ mempromosikan kawasan yang berpotensi utk pelancongan
⮚ meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran
⮚ bersikap kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk yang cemerlang
⮚ mengamalkan pembangunan Bandar dan luar Bandar
⮚ menaik taraf infrastruktur dan kemudahan awam

Langkah-langkah menangani cabaran untuk mempertahankan kedaulatan negara


⮚ memperoleh pendidikan yang luas
⮚ mengamalkan konsep rukun negara
⮚ menerapkan nilai patriotism
⮚ memiliki kekuatan dan kemampuan tentera
⮚ menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum
⮚ bersifat produktif untuk meningkatkan prestasi ekonomi
⮚ bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara

You might also like