You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN EHSAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


52100 KEPONG SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03-62762618 / 03-62722962

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SMKTE.100-2/4/2(23)
Tarikh : 04 April 2014

Kepada,
Ibu bapa / penjaga,
Murid PPKI,
SMK Taman Ehsan.

Tuan, Puan
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SMPKV INDAHPURA JOHOR DAN PPKI SMK BUKIT KATIL, MELAKA.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) SMK Taman Ehsan akan mengadakan satu Program
Lawatan Sambil Belajar yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 21 - 23 Mei 2014 (Rabu - Jumaat )


Masa : 3 Hari 2 Malam
Tempat : Johor dan Melaka.
Bayaran : RM 200.00

3. Objektif utama lawatan sambil belajar ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan dan
bimbingan kepada murid PPKI SMKTE yang berpotensi melanjutkan pelajaran mereka dalam aliran
vokasional yang di tawarkan oleh KPM. Aktiviti lawatan sambil belajar ini hanya melibatkan 30 orang
murid PPKI SMK Taman Ehsan sahaja.

4. Bagi memastikan kelancaran program ini, pihak sekolah telah menetapkan beberapa syarat yang
perlu diambil perhatian oleh ibu bapa / penjaga ( LIHAT LAMPIRAN):-

5. Segala kerjasama dan keprihatinan ibu bapa / penjaga mengenai perkara di atas diucapkan jutaan
terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

“ INSAN ISTIMEWA TANGGUNG JAWAB BERSAMA”

Sekian, Terima kasih

……………………………………………….
Normala Bt Abdullah
Pen. Kanan PPKI
SMK Taman Ehsan.
LAMPIRAN
Syarat- syarat penyertaan.

i. Murid yang yang telah dikenalpasti oleh guru berpotensi melanjutkan pelajaran dalam aliran
vokasional.

ii. Murid yang boleh menguruskan diri dan hanya memerlukan pemantauan minimum daripada
GURU dan PPM sahaja ditawarkan mengikuti program ini.

iii. Murid yang mengalami masalah kesihatan diminta untuk memaklumkan maklumat kesihatan
mereka lebih awal kepada guru bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

iv. Sumbangan murid merangkumi segala pembelanjaan makan dan minum sepanjang program
tersebut.

v. Penyertaan adalah terhad kepada 30 orang murid sahaja. Ibu bapa perlu memberi maklum balas
selewat-lewatnya 21 April 2014. Kelewatan memberi maklum balas tidak akan dilayan sama sekali.

vi. Segala kelengkapan pelajar perlu disediakan oleh ibu bapa/ Penjaga.
( SIla pastikan kelengkapan di bawa mencukupi bagi 3 hari 2 malam program tersebut)
Nama dan alamat Ibubapa/Penjaga

.........................................................,

.........................................................,

......................................................... Tarikh:.................................

Kepada,
Pengetua,
SMK Taman Ehsan,
Jalan E ¾, 52100 Kepong,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA MENYERTAI LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SMPK VOKASIONAL


INDAHPURA JOHOR DAN PPKI SMK BUKIT KATIL MELAKA.

Saya ............................................................ ibu bapa/penjaga kepada ................................................

Kelas ................................ membenarkan/tidak membenarkan* anak jagaan saya menyertai kegiatan

LAWATAN SAMBIL BELAJAR pada 21 MEI 2014 hingga 23 MEI 2014.

2. Saya faham bahawa pihak sekolah telah memberi penerangan dan akan mengambil
langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sewajarnya. Meskipun begitu pihak sekolah tidak
akan bertanggungjawab sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku dan saya tidak akan
membuat pendakwaan jika berlaku sebarang kemalangan semasa kegiatan dijalankan.

3. Saya memberi kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya atau penganjur
memberikan apa-apa rawatan kecemasan ke atas anak saya jika didapati perlu.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

..........................................................

Ibu bapa/penjaga:.....................................................

No. Kad Pengenalan:...............................................

No. Telefon: Rumah .................................... H/P:...........................................

* Sila potong yang mana berkenaan

You might also like