You are on page 1of 29

Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

PROGRAM PERLINDUNGAN
SINARAN BAGI AKTIVITI
PENYELENGGARAAN PERALATAN
SINARAN

DISEDIAKAN OLEH :

MNE SOLUTIONS (M) SDN BHD


Suite D2-8-2, Pusat Perdagangan Dana 1
Jalan PJU 1A/46
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Tel:03-78427622/9622
Fax:03-78427922

WEB : www.mnesolutions.com

MNE SOLUTIONS (M) SDN BHD

0
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

PROGRAM PERLINDUNGAN SINARAN

KANDUNGAN Muka Surat

i.PENDAHULUAN 2
ii.SINGKATAN 2
iii.PERAKUAN 3

BAHAGIAN 1: STRUKTUR ORGANISASI PENGURUSAN 4


PERLINDUNGAN SINARAN

BAHAGIAN 2: BIDANG DAN TANGGUNGJAWAB 5-7


2.1 Tanggungjawab Pemegang lesen
2.2 Tanggungjawab orang yang bertanggungjawab
terhadap lesen (OBTL)
2.3 Tanggungjawab Pegawai Perlindungan
Sinaran (PPS)
2.4 Tanggungjawab Pengendali Senggaraan

BAHAGIAN 3: PROGRAM LATIHAN PEKERJA SINARAN 8


BAHAGIAN 4: HAD OPERASI UNTUK PEKERJA SINARAN 9
BAHAGIAN 5: PROSEDUR PENGAWASAN, KENDALIAN 10
DAN PENYIMPANAN REKOD
BAHAGIAN 6: PROSEDUR KENDALIAN PERALATAN 16
SINARAN
BAHAGIAN 7: PROSEDUR KEADAAN DI LUAR JANGKAAN 18
BAHAGIAN 8: PELAN KESELAMATAN SINARAN 20
A. PENILAIAN BAHAYA SINARAN AKIBAT 21
SITUASI YANG DISEBABKAN OLEH
BENCANA ALAM
B. PENILAIAN BAHAYA SINARAN AKIBAT 22
KEGAGALAN SISTEM (FAKTOR TEKNOLOGI)
C. PENILAIAN BAHAYA SINARAN DISEBABKAN 23
FAKTOR MANUSIA
D. PENILAIAN BAHAYA SINARAN DISEBABKAN 24
SITUASI YANG MELIBATKAN BAHAN
BERBAHAYA
E. RUMUSAN ANALISIS BAHAYA 25

BAHAGIAN 9: RUJUKAN 26

LAMPIRAN A: CONTOH PROSEDUR KENDALIAN 24


PERALATAN SINARAN

1
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

PENDAHULUAN

Program perlindungan sinaran ini bertujuan untuk menjelaskan segala perkara yang berkaitan dengan
pelaksanaan dan perjalanan lesen kelas ‘H’ bagi aktiviti perkhidmatan penyengaraan radas penyinaran
yang dianugerahkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) kepada syarikat MNE Solutions
(M) Sdn Bhd.

SINGKATAN

Singkatan perkataan yang digunakan di dalam program ini


mempunyai makna seperti berikut:

a. AELB adalah singkatan dalam Bahasa Inggeris kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

b. OBTL adalah orang yang bertanggungjawab terhadap lesen

c. PPS adalah pegawai perlindungan sinaran

d. PY adalah penyelia sinaran

2
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

PERAKUAN

Saya mengesahkan bahawa program perlindungan sinaran ini telah disediakan berdasarkan kepada garis
panduan AELB dan bertanggungjawab melaksanakannya mengikut seperti yang telah dinyatakan di
dalam program ini. Kegagalan mematuhi dan melaksanakannya membolehkan pendakwaan dibuat ke
atas saya di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304).

Orang bertanggungjawab terhadap Lesen (OBTL )

_______________________________ ___________________________
Nama: Dr Arun Kumar A/L Beshamber Nath Nama:

Jawatan: Ketua Pegawai Eksekutif Jawatan :

Tarikh: 10hb Ogos 2015 Tarikh:

Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS)

_______________________________ ___________________________

Nama: Mohd Dani Bin Sanin Name:

Jawatan: Penolong Pengurus Besar Jawatan:

Tarikh: 10hb Ogos 2015 Tarikh:

3
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

STRUKTUR PENGURUSAN PERLINDUNGAN SINARAN PEMEGANG LESEN

Rajah 1.1 - Struktur Pengurusan Perlindungan Sinaran Syarikat

PEMEGANG LESEN
MNE SOLUTION (M) SDN BHD
P
EME
GAN
G LESEN (OBTL)
ORANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP
LESE
N2

PEGAWAI PERLINDUNGAN
SINARAN (PPS)

PENYELIA SINARAN (PY)

PENGENDALI ( TOLOK)

4
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

BAHAGIAN 2

BIDANG DAN TANGGUNGJAWAB

2.1 Tanggungjawab Pemegang Lesen

1. Melantik orang yang bertanggungjawab terhadap lesen (OBTL) dari kalangan ahli Lembaga Pengarah.

2. Memastikan hanya OBTL dan Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS) sahaja yang berurusan dengan
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

3. Memastikan segala aktiviti yang melibatkan sinaran mengion mematuhi Akta Perlesenan Tenaga Atom
1984 (Akta 304) dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya.

2.2 Tanggungjawab Orang Yang Bertanggungjawab Terhadap


Lesen (OBTL)

1. Menjalankan segala urusan yang berkaitan dengan AELB.

2. Menyediakan infrastruktur (termasuk peruntukan kewangan dan latihan) yang diperlukan oleh PPS dan
P(S).

3. Mencalonkan kepada AELB seorang pekerja syarikat yang memenuhi semua syarat yang diperlukan
oleh AELB, untuk diiktiraf sebagai PPS.

4. Menjelaskan kepada PPS mengenai tanggungjawab sebagai PPS.

5. Memastikan program perlindungan sinaran yang diterimapakai adalah selaras dengan arahan dan
kehendak AELB seterusnya dipatuhi dan dilaksanakan.

5
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

6. Memastikan semua pemeriksaan perubatan dilakukan oleh Pengamal Perubatan berdaftar yang
diluluskan oleh AELB sahaja.

7. Menyedia, mengemaskini dan menyimpan semua bentuk rekod yang diarahkan oleh AELB.

8. Memastikan segala aktiviti yang melibatkan sinaran mengion mematuhi Akta Perlesenan Tenaga Atom
1984 (Akta 304) dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya.

2.3 Tanggungjawab Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS)

1. Menyedia dan mengemaskini program perlindungan sinaran bila mana perlu atau apabila diarahkan
oleh AELB.

2. Menyediakan program perancangan dan kesediaan kecemasan, melaporkan sebarang kecemasan


radiologi kepada AELB dan membuat siasatan mengenai kejadian tersebut.

3. Mengenalpasti dan menganalisis bahaya radiologi di kawasan kerja dan persekitaran.

4. Melaksanakan kerja penyenggaraan peralatan sinaran mengikut prosedur yang ditetapkan oleh
pengeluar peralatan sinaran setelah diluluskan oleh AELB.

5. Mengatur program pengawasan perubatan bagi pekerja sinaran.

6. Mengenalpasti jenis dan tahap latihan perlindungan perlindungan sinaran untuk pekerja sinaran.

7. Mengkelaskan dan melabelkan kawasan kerja mengikut Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom
(Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010.

8. Menyedia dan melaksanakan program pemonitoran dos pekerja sinaran, kawasan dan persekitaran.

9. Memastikan peralatan perlindungan sinaran di dalam keadaan baik dan sentiasa digunakan oleh
pekerja.

6
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

10. Memastikan pengambilan, pemberhentian dan persaraan pekerja sinaran mematuhi prosedur yang
ditetapkan oleh AELB.

11. Memastikan sebarang perubahan lokasi peralatan sinaran yang hendak dilakukan mendapat kebenaran
AELB terlebih dahulu.

12. Menyelia kerja-kerja berikut:


a. Kerja penyenggaraan yang dilakukan terhadap peralatan sinaran.

b. Operasi pengawalan dan menyelamat sewaktu kecemasan.

13. Memeriksa, menyimpan dan mengemaskini rekod-rekod berikut:


a. Rekod pemeriksaan perubatan ke atas pekerja sinaran [(LPTA/BM/5)(seksyen A)].

b. Rekod dedahan pekerja sinaran [(LPTA/BM/5)(seksyen B)].

c. Rekod pengambilan, pemberhentian atau pertukaran pekerja sinaran.

d. Rekod penyenggaraan peralatan sinaran.

e. Rekod tentukuran alat pengesan sinaran.

f. Rekod kemalangan sinaran.

g. Rekod kursus/latihan pekerja sinaran.

h. Rekod lawatan pemeriksaan AELB.

2.4 Tanggungjawab Pengendali Senggaraan.

1. Mematuhi semua arahan, prosedur dan peraturan yang dikeluarkan oleh PPS bagi mengawal dedahan
sinaran mengion.

7
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

2. Menjalankan kerja-kerja penyengaraan peralatan sinaran mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh
pengeluar atau pembuat peralatan sinaran bagi mengelakkan sebarang dedahan tak perlu kepada dirinya
atau kepada rakan-rakan sejawatnya.

3. Menggunakan alat pengawasan personel dan apa-apa kelengkapan peranti sebagaimana yang
disediakan dan diarahkan oleh pemegang lesen, untuk menghadkan apa-apa kemungkinan dedahan.

4. Melaporkan serta merta kepada PPS sekiranya kerosakan atau kehilangan sebarang kelengkapan
perlindungan sinaran seperti lencana filem, alat pengesan sinaran dan sebagainya.

5. Tidak mengganggu, memindah, mengubah atau mengalih apa-apa peranti keselamatan atau
kelengkapan lain yang diberikan untuk perlindungan dirinya atau perlindungan orang lain, melainkan jika
diberikan kuasa untuk berbuat demikian.

6. Melaporkan serta merta semua kejadian dedahan sinaran tak sengaja kepada PPS.

7. Dalam keadaan luar biasa, pengendali senggaraan akan mengambil langkah-langkah perlu mengikut
prosedur yang ditetapkan dan segera memberitahu PPS mengenai keadaan itu.

8. Melaporkan kehamilannya (bagi pekerja wanita) serta merta kepada PPS dan pengamal perubatan
berdaftar.

8
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

BAHAGIAN 3

PROGRAM LATIHAN PEKERJA SINARAN

1. Pemegang lesen akan mengadakan sama ada secara dalaman atau luaran, latihan/kursus perlindungan
sinaran kepada pekerja sinaran yang baru sebagai latihan/kursus pra-pekerjaan. Latihan /kursus ini antara
lainnya akan menekankan perkara-perkara berikut:

a. menerangkan fungsi Akta 304 dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya.
b. tanggungjawab sebagai pekerja sinaran.
c. risiko kesihatan yang terlibat dalam kerjanya sebagai pekerja sinaran.
d. langkah pencegahan yang perlu diambil.
e. cara bekerja menggunakan peralatan sinaran dengan selamat dan berkesan termasuk sistem
penghadan dos.
f. penerangan tentang bahaya peralatan sinaran.
g. cara pengkelasan kawasan kawalan, seliaan dan bersih.
h. pelan dan prosedur kendalian biasa.
i. pelan dan prosedur sekiranya berlaku kejadian/ kemalangan sinaran.
j. langkah pemulihan selepas kejadian/kemalangan sinaran.
k. latihan kecemasan.
l. latihan penyenggaraan peralatan sinaran.

2. Latihan/kursus perlindungan sinaran (refresher course) akan diadakan oleh pemegang lesen secara
dalaman (inhouse) atau luaran kepada semua pekerja sinaran. Ianya akan diadakan sekurang-kurangnya
sekali dalam tempoh 3 tahun.

3. Program latihan dalaman (in-house training program) yang disediakan oleh pemegang lesen akan
dikemukakan kepada AELB untuk diaudit.

9
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

BAHAGIAN 4

HAD OPERASI UNTUK PEKERJA SINARAN

1. Had Dos Tahunan yang ditetapkan oleh MNE Solutions (M) Sdn Bhd adalah seperti yang ditetapkan
oleh Peraturan-peraturen Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran keselamatan Asas) 2010.

2. Had operasi untuk personel ditetapkan sebanyak 10 mSv/tahun atau lebih rendah tertakluk kepada
kelulusan AELB, supaya had dos tahunan sebanyak 20 mSv/tahun tidak dilampaui.

3. Bagi had dos dalam keadaan khas, pemegang lesen akan memohon kelulusan bertulis daripada AELB
terlebih dahulu daripada AELB untuk sesuatu perubahan sementara pada kehendak had dos bagi pekerja
tertentu.
3. Bagi kes di mana had ini dilampaui, pemegang lesen akan melaporkannya kepada AELB dengan kadar
segera.

10
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

BAHAGIAN 5
PROSEDUR PENGAWASAN, KENDALIAN DAN PENYIMPANAN REKOD YANG
BERKAITAN

BIL JENIS REKOD PENGAWASAN, KENDALIAN DAN PENYIMPANAN REKOD RUJUKAN

BIL JENIS REKOD REKOD PENGAWASAN, KENDALIAN DAN PENYIMPANAN RUJUKAN


REKOD

1. LESEN 1. OBTL atau PPS akan memastikan semua aktiviti adalah berkaitan dengan
tujuan, jenis dan model peralatan sinaran yang dilesenkan sahaja.

2. Lesen akan disimpan selagi sah dah salinannya akan dipamer pada setiap
peralatan sinaran. Satu salinan lesen dan lampirannya akan dibawa setiap kali
kerja-kerja luar dijalankan.
2. Pembaharuan lessen akan dibuat tidak kurang dari 30 hari sebelum tarikh
tamat tempoh sah lessen.

1. Bagi tujuan rekod LPTA/BM/5 (Seksyen A) pemeriksaan terdiri dari:


2. Rekod
perubatan a. Pemeriksaan perubatan pra-pekerjaan (bagi pekerja yang bekerja dalam
pekerja sinaran
kawasan seliaan dan kawalan).
LPTA/BM/5
(Seksyen A) b. Pengawasan kesihatan am.
c. Kajian semula kesihatan secara berkala (sekurang-kurangnya 3 tahun
sekali bagi pekerja di kawasan kawalan).
d. Pemeriksaan perubatan khas (dilakukan dengan serta-merta bagi pekerja
yang menerima dos melebihi had yang ditetapkan).
e. Pemeriksaan perubatan apabila berhenti bekerja atau bersara.

2. Pemeriksaan perubatan bagi tujuan rekod LPTA/BM/5 (Seksyen A) akan


dilakukan oleh pengamal perubatan yang diluluskan oleh AELB sahaja.

3. Rekod akan disimpan oleh pemegang lesen selagi pekerja masih bekerja
dengan pemegang lesen berkenaan.

11
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

4. Apabila pekerja berhenti kerja sebagai pekerja sinaran atau bersara, rekod
ini akan dihantar ke AELB untuk simpanan atau rujukan.

5. Apabila pemegang lesen mengambil pekerja baru yang pernah menjadi


pekerja sinaran, pemegang lesen akan mendapatkan rekod perubatan pekerja
itu dari majikan lamanya atau AELB (sekiranya rekod telah diserahkan oleh
majikan lamanya).

6. Apabila pemegang lesen berhenti operasi dan pemegang lesen lain


mengambilalih oeprasi tersebut, pemegang lesen terdahulu hendaklah
memindahkan semua rekod perubatan pekerja kepada pemegang lesen baru.

1. Bagi tujuan rekod LPTA/BM/5 (Bahagian B), setiap pekerja sinaran akan
3 Rekod dedahan
pekerja sinaran dibekalkan dengan lencana filem atau TLD untuk dipakai semasa kendalian.
LPTA/BM/5
Dosimeter saku akan dibekalkan oleh pemegang lesen sekiranya perlu.
(Seksyen B)

2. PPS akan merekodkan dos yang diterima oleh setiap pekerja sinaran setiap
bulan.

3. Keputusan pemonitoran pekerja dan status dedahan sinarannya akan


diberitahu oleh PPS kepada pekerja tidak lewat 14 hari dari tarikh keputusan
diterima.

4. Dos-dos yang diterima oleh pekerja semasa operasi biasa, dedahan khas
terancang, dedahan tak sengaja dan kecemasan akan direkodkan dalam buku
rekod yang sama.

5. Sekiranya dos tahunan dilampaui, OBTL bertanggungjawab melaporkan


kepada AELB dan memberikan surat tunjuk sebab dalam tempoh 21 hari dari
tarikh surat arahan memberikan tunjuk sebab dikeluarkan oleh AELB.

6. Penilaian dedahan dos bagi tujuaan rekod LPTA/BM/5 (Seksyen B) akan

12
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

dilakukan oleh PPS.

7. Rekod akan disimpan oleh pemegang lesen selagi pekerja masih bekerja
dengan pemegang lesen berkenaan.

8. Apabila pekerja berhenti kerja sebagai pekerja sinaran atau bersara, rekod
ini akan dihantar ke AELB untuk simpanan atau rujukan.

9. Apabila pemegang lesen mengambil pekerja baru yang pernah menjadi


pekerja sinaran, pemegang lesen akan mendapatkan rekod dedahan pekerja
sinaran untuk pekerja itu dari majikan lamanya atau AELB (sekiranya rekod
telah diserahkan oleh majikan lamanya)

10. Apabila pemegang lesen berhenti operasi, semua rekod dedahan sinaran
pekerja sinaran akan diserahkan kepada AELB untuk simpanan atau rujukan.

1. Kebenaran akan didapatkan daripada AELB sekurang-kurangnya 14 hari


4 Rekod
pertukaran/ sebelum sebarang pertukaran/pengambilan/pemberhentian OBTL, PPS, PY
pengambilan/
atau pengendali senggaraan dilakukan.
pemberhentian
pekerja sinaran 2. Rekod ini akan disimpan oleh pemegang lesen dalam tempoh 2 tahun
selepas aktiviti ini dijalankan.

5 Rekod
1. PPS perlu memastikan peralatan sinaran disenggara oleh pihak yang
penyenggaraan
peralatan diiktiraf oleh AELB/disenggara sendiri sekurang-kurangnya setahun sekali
sinaran
bila berlaku kerosakan atau apabila diarahkan oleh AELB.

2. Sebarang pengubahsuaian peralatan sinaran serta aksesorinya tidak akan


dilakukan kecuali mendapat kebenaran AELB.

3. Kerja-kerja penyenggaraan akan dilakukan oleh :

13
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

i. Pengendali senggaraan P(S) yang diiktiraf oleh AELB mengikut model


radas yang dilesenkan sahaja.
ii. Kebenaran untuk melakukan penyenggaraan akan dipohon daripada AELB
sebelum kerja tersebut dijalankan dengan menggunakan borang yang
ditetapkan oleh AELB.
iii. Laporan penyenggaraan akan dikemukakan kepada AELB dalam tempoh
30 hari selepas kerja tersebut dijalankan.
3. Rekod penyenggaraan akan disimpan oleh pemegang lesen dalam tempoh
2 tahun selepas aktiviti ini dijalankan.

1. Syarikat akan memiliki sekurang-kurangnya 2 unit alat pengesan sinaran


6 Rekod
tentukuran alat luar bagi setiap premis.
pengesan
2. Alat pengesan sinaran luar akan ditentukur di agensi yang diiktiraf oleh
sinaran luar
(survey meter) AELB sekurang-kurangnya sekali setahun ataupun apabila timbul masalah
berkenaan dengan peralatan tersebut.
3. Setiap alat baru akan ditentukurkan sebelum digunakan.
4. Rekod ini akan disimpan oleh pemegang lesen dalam tempoh 2 tahun
selepas aktiviti ini dijalankan.

Rekod
1. Latihan/kursus perlindungan sinaran (refresher awareness course) akan
7 latihan/kursus
diadakan oleh pemegang lesen secara dalaman (in-house) atau luaran kepada
semua pekerja. Latihan ini diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam
tempoh 3 tahun atau lebih kerap sekiranya difikirkan perlu atau diarahkan
oleh AELB.
2. Setiap pekerja yang baru akan diberi kursus kesedaran sinaran (awareness
course) oleh pemegang lesen sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh
perkhidmatan sebagai pekerja.
3. Rekod ini akan disimpan oleh pihak syarikat dalam tempoh 2 tahun selepas
aktiviti ini dijalankan.

14
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

Rekod lawatan/
1. Laporan daripada hasil pemeriksaan lesen baru/mengejut/berkala oleh
8 pemeriksaan
AELB. bahagian penguatkuasaan AELB akan disimpan dalam rekod ini.
2. Rekod ini akan disimpan oleh syarikat dalam tempoh 5 tahun selepas
aktiviti ini dijalankan.

Rekod
Setiap kemalangan yang berlaku yang disebabkan oleh aktiviti senggaraan
9 kemalangan
Sinaran akan direkodkan kedalam fail khas untuk rujukan dan pemeriksaan.

10 Rekod-rekod Pihak syarikat kan berurusan dengan pihak AELB sekiranya terdapat laporan-
lain yang
laporan lain yang berkaitan, dari semasa ke semasa.
diperlukan oleh
AELB dari
semasa ke
semasa.

15
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

BAHAGIAN 6
PROSEDUR KENDALIAN PERALATAN SINARAN
KENDALIAN SEBELUM SEMASA SELEPAS KENDALIAN
BIL KENDALIAN KENDALIAN

1. Penyenggaraan 1. Peralatan permonitoran 1. Tahap sinaran 1. Semua peralatan pengawasan


peribadi atau dosimeter luar akan sinaran seperti lencana filem dan juga
saku akan sentiasa diukur bagi survey meter diletakkan kembali ke
disediakan kepada semua memastikan tiada tempat asalnya.
pekerja sinaran yang kebocoran.
terlibat. 2. Pastikan laporan dibuat kepada
2. Pekerja-pekerja PPS atau PY setelah selesai kerja
2. Peralatan keselamatan bukan sinaran tidak penyengaraan dilakukan. Segala
terutamanya alat dibenarkan masuk insiden atau masalah yang berlaku
pengesan ke dalam kawasan hendaklah dilaporkan.
sinaran luar berfungsi kawalan dan seliaan.
dengan 3. PPS akan hantar semua lencana
baik. filem atau TLD untuk dianalisa setiap
bulan. Dos dedahan (dari bacaan serta
3. Latarbelakang individu merta dosimeter
dan syarikat yang saku) yang diterima setiap kali
melakukan selepas kerja-kerja penyengaraan
penyelenggaraan akan akan direkodkan.
diselidik dahulu
keupayaannya. 4. Laporan penyenggaraan akan
disediakan. Ianya akan mengandungi
maklumat penyenggaraan,
'performancetest' yang memenuhi
keperluan standard, senarai
komponen yang telah dan perlu
diganti dan
cadangan tempoh penyenggaraan
seterusnya.

5. Rekodkan kesemua keterangan


ketika penyenggaraan ke dalam
borang arahan kerja yang disediakan
dan disahkan oleh pengguna.

6. Borang arahan kerja yang lengkap


akan dihantar kepada kaunter untuk
direkodkan ke dalam sistem.

16
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

BAHAGIAN 7

PROSEDUR KEADAAN DI LUAR JANGKAAN

BIL KEJADIAN SEBELUM SEMASA KEJADIAN SELEPAS KEJADIAN


KEJADIAN

1 Kejadian Tidak berkenaan 1. PPS akan laporkan 1. Pekerja yang terlibat akan
insiden sinaran kejadian diberikan pemeriksaan
ketika dalam tersebut kepada AELB perubatan.
dalam
kendalian.
tempoh 24 jam. 2. Analisis aberasi kromosom
akan dilakukan ke atas pekerja
2. Peralatan pengesan yang disyaki menerima dos
sinaran akan digunakan dedahan melebihi 100
untuk mengukur paras mSv/tahun.
sinaran di sekeliling
kawasan terlibat. Paras 3. Lencana filem dihantar ke
sinaran di luar sempadan agensi penilai yang diiktiraf oleh
akan dipastikan kurang AELB untuk dianalisa
daripada 0.5 uSv/j.
4. Penyiasatan akan dilakukan
3. Lambang amaran bahaya oleh pemegang lesen
sinaran akan diletakkan tentang bagaimana kejadian ini
berhampiran kawasan boleh berlaku.
kejadian dan diawasi supaya
tidak seorang pun memasuki 5. PPS akan melaporkan
kawasan terkawal. kejadian ini dalah tempoh 24
Jam.

6. Laporan bertulis akan


dikemukakan kepada AELB
dalam tempoh 30 hari.
Maklumat yang akan
dikemukakan adalah:
i. Butir-butir pemegang lesen,
masa, tarikh dan
tempat berlaku kejadian.
ii. Bagaimana kejadian ini
berlaku
iv. Sekiranya melibatkan radas
penyinaran:
nyatakan jenis, model,
nombor siri, dan
bilangan radas yang terlibat.
v. Keputusan penilaian dos
individu yang terlibat
dan keterangan mengenai

17
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

bagaimana dedahan
itu diterima (sekiranya
berkaitan).
vi. Tindakan yang telah dan
akan diambil untuk
mengatasi bahaya yang
mungkin timbul dari
kejadian itu.
vii. Prosedur atau langkah yang
telah atau akan
dilakukan untuk mencegah
berulang kejadian itu.
viii. Maklumat lain yang
difikirkan perlu.

2 Melibatkan Peralatan yang Tindakan P 1. Pekerja yang terlibat


peralatan diperlukan : Meter akan dihantar bagi
sinaran (radas tinjau 1. Tutup suis utama melakukan
penyinaran) peralatan sinaran pemeriksaan
serta merta. perubatan.
2. Arahkan sesiapa 2. Lencana filem akan
yang terkena dihantar ke agensi
sinaran supaya yang terlibat untuk
berada di tempat dinilai.
kejadian. 3. Penyiasatan akan
3. Laporkan kejadian dilakukan oleh
kepada PPS dan pemegang lesen
PY. bagaimana kejadian
tersebut berlaku,.
Tindakan PPY/PY 4. PPS akan melaporkan
kejadian tersebut
1. Dapatkan laporan dalam tempoh 24 jam.
kejadian daripada
P yang terlibat.
2. Rehatkan pekerja-
pekerja yang
terlibat daripada
aktiviti sinaran
sehingga kadar dos
mereka diketahui.
3. Periksa peralatan
sinaran terhadap
sebarang
kerosakan yang
berlaku.

18
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

Tidak berkenaan 1. Kenalpasti jenis 1. Rekodkan keterangan


Kerosakan kerosakan. pembaikan ke dalam
3 borang arahan kerja
2. Dicatatkan masa berlaku yang disediakan dan
kerosakan, punca kerosakan,
hendaklah disahkan
cara
diperbaiki dan sebarang oleh pengguna.
perubahan atau tambahan
yang dilakukan ke atas alat 2. Serahkan borang yang
tersebut. lengkap ke kaunter
aduan untuk
pengemaskinian ke
dalam sistem.

4 Kehilangan Tidak berkenaan Tidak berkenaan 1. Dilaporkan kepada pihak


atau Kecurian berikut:
Peralatan a. Polis
b. OBTL, PPS
Sinaran
c. AELB

2. Penyiasatan akan dilakukan


oleh pemegang lesen tentang
bagaimana kejadian ini boleh
berlaku.

3. PPS akan melaporkan


kejadian ini kepada AELB dalam
tempoh 24 jam.

4. Sediakan laporan kepada


AELB dalam tempoh 30
hari.

5 Program Mengenalpasti 1. Kenalpasti jenis 1. Dilaporkan kepada pihak


Keselamatan punca-punca kemalangan. berikut:
Sinaran kejadian a. Polis
kemalangan 2. Dicatatkan masa berlaku b. OBTL, PPS
sinaran di tempat kemalangan, punca c. AELB
kemalangan dan cara 2. Penyiasatan akan dilakukan
kerja.
mengatasinya. oleh pemegang lesen tentang
bagaimana kejadian ini boleh
berlaku.
3. PPS akan melaporkan
kejadian ini kepada AELB dalam
tempoh 24 jam.
4. Sediakan laporan kepada
AELB dalam tempoh 30
hari.

19
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

BAHAGIAN 8

PELAN KESELAMATAN SINARAN

Pelan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti aspek risiko dari aktiviti yang melibatkan
sumber sinaran dan juga bahan-bahan berbahaya lain yang turut diguna di syarikat atau agensi
masing-masing seperti bahan kimia, bahan mudah terbakar, menghakis dan sebagainya.

Kajian dan pemerhatian menyeluruh diperlukan bagi mengenalpasti segala bentuk risiko yang
mungkin berlaku akibat daripada faktor-faktor seperti Bencana Alam, Manusia, Teknologi dan
pengendalian Bahan-bahan Berbahaya (HAZMAT).

Ianya adalah untuk memastikan pemegang lesen sentiasa peka terhadap aspek keselamatan
yang mungkin berlaku dan bersedia untuk menghadapinya serta membuat penambahbaikan
bagi mengawal dan mengelak di masa-masa akan datang.

20
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

21
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

22
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

23
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

24
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

RUMUSAN ANALISIS BAHAYA

Jumlah Keseluruhan
Bencana Alam Faktor Teknologi Manusia HAZMAT Untuk Kemudahan
Kebarangkalian 0.5 0.21 0.19 0.05 0.95
Keseriusan (Severity) 0.5 0.17 0.16 0.05
Risiko Khusus Bahaya
Relatif 1 0.38 0.35 0.1

Risiko Bahaya Relatif

Kebarangkalian dan Tahap Keseriusan Bahaya

25
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

RUJUKAN

1. Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304).

2. Peraturan-Peraturan Perlindungan Sinaran( Perlesenan) 1986 [P.U. (A) 149].

3. Peraturan-Peraturan Perlindungan Sinaran (Standard Keselamatan Asas) 1988 [P.U. (A) 61].

4. Peraturan-peraturan Perlesenan Tenaga Atom ( Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010 (P.U.
( A) 46).

5. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)

6. Syarat-syarat Lesen Syarikat.

26
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

MNE SOLUTIONS (M)SDN BHD/BIO MEDITECH SYSTEM (M) SDN BHD MNE-F33
FORM
Corrective Action Request Revision: 0
PART A AUDIT NO : CAR NO : DATE ISSUED :
DEPT. : AUDITOR NAME:
ACITIVITY : AUDITEE NAME:
REFERENCE/CLAUSE:
PART B NONCONFORMITY STATEMENTS

Auditor (Signature): Auditee (Signature):


PART C PROPOSED CORRECTIVE ACTION
ROOT CAUSE:

CORRECTIVE ACTION :

Date of Completion :

Signature : Signature :
(Departmental Representative) (Auditor)
PREVENTIVE ACTION :

Date of Completion :

Signature : Signature :
(Departmental Representative) (Auditor)
PART D VERIFICATION OF CORRECTIVE ACTION
FOLLOW-UP DETAILS :

CAR Closed Out : Signature :


(Date) (Auditor)

27
Program Perlindungan Sinaran Bagi Penyelenggaraan Peralatan Sinaran

28

You might also like