Bab 3 - Perlembagaan Malaysia (20 July 2020) PDF

You might also like

You are on page 1of 74

BAB 3:

Perlembagaan Malaysia

MPU2033U1 ETHNIC RELATIONS | Centre for Fundamental Studies (CFS)


Hasil Pembelajaran:
Setelah mempelajari bab ini, pelajar dapat menjelaskan:

2.2 Kontrak
3.1 Sejarah
Sosial antara 3.3 Hak Asasi
Perlembagaan
Melayu & Bukan (Perkara 5-13)
di Malaysia
Melayu
Definisi Perlembagaan
Satu dokumen yang mengandungi himpunan
undang-undang dasar tentang prinsip-prinsip
asas yang dianggap penting untuk pemerintahan
dan pentadbiran sesebuah negara.
• Prinsip-prinsip tentang perkaitan antara sebuah badan
pemerintah dengan badan pemerintah yang lain.

Merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan


bagaimana sesuatu negeri itu di asas dan
diperintah seperti yang termaktub dalam undang-
undang, adat atau peraturan yang lazim dipakai.
Jenis-jenis Perlembagaan
Perlembagaan Bertulis Perlembagaan Tidak Bertulis

• Undang-undang • Perlembagaan yg semua


perlembagaan yang prinsip undang-undang
dikumpulkan dan disusun perlembagaan tidak
dalam satu kanun atau terkumpul dalam satu
naskhah. kanun/naskhah.
• Sukar dipinda KECUALI • Adat resam dan tradisi,
wujud peruntukan tertentu keputusan mahkamah, akta
dalam perlembagaan yg parlimen dan pandangan para
membolehkan ia dipinda. ilmuan undang-undang
terkemuka.

5
Perlembagaan bertulis yang mengandungi segala
peraturan penting berkaitan negara, organ-organ dalam
negara serta kuasa-kuasa mereka.

Menjadi undang-undang tertinggi (Perkara 4 (1)):

• memperuntukkan kuasa
• menghalang penyalahgunaan kuasa
• sukar dipinda (memerlukan persetujuan majoriti @ 2/3 dewan) –
PERKARA 159
Di Malaysia, tiada satu institusi yang boleh
mengatasi Perlembagaan.
• Badan Eksekutif (Pentadbiran/Pelaksana);
• Badan Legislatif (Perundangan);
• Badan Judisiari (Kehakiman); dan
• YDPA tertakluk di bawah ketertinggian Perlembagaan
Malaysia.

Ianya perlu dipatuhi oleh setiap individu rakyat


pelbagai kaum.
Ciri-ciri Perlembagaan
Prinsip-prinsip asas Kedudukan tertinggi
Kukuh (rigid)
(fundamental) (supreme)
• Prinsip tentang corak • Undang-undang • Tidak boleh diubah
pemerintahan, kuasa tertinggi dalam atau dipinda dengan
perundangan, negara. sewenang-
kebebasan asasi dan Peraturan/undang- wenangnya, kecuali
perkara tentang undang yang digubal mengikut prosedur
pentadbiran negara tidak boleh yang digariskan oleh
dan hak-hak yang bertentangan atau perlembagaan.
diperuntukkan melampaui bidang
kepada rakyat. kuasa yang
diperuntukkan oleh
perlembagaan.

8
Tujuan: Menetapkan
Menjadi garis
peraturan bagi
panduan untuk
mengawal
menyelesaikan
pergerakan atau
sesuatu pertikaian
kebebasan rakyat
yang timbul.
dan kerajaan.

Memperuntukkan
Memelihara hak-hak tertentu
kepada setiap
keamanan dan warganegara dalam
kestabilan politik. konteks
perhubungan kaum.

9
Sejarah
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Tanah Melayu 1948 dibentuk

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu bebas


merdeka
Tanah Melayu 1957

Malaysia
Perlembagaan Persekutuan dibentuk
Malaysia 16 September 1963
Sejarah Perkembangan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Perlembagaan
Bermula sejak Persekutuan Persekutuan
abad ke19 – Tanah Melayu Malaysia
penjajahan (PTM) 16 September
British 1 Februari 1948 1963

British: Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan
Malayan Union Tanah Melayu
1 Mac 1946 31 Ogos 1957
Malayan Union
(Kesatuan Tanah Melayu) 1946
Malayan Union 1946 telah dibatalkan dan diganti dengan
pemerintahan baharu yang dikenali sebagai
Persekutuan Tanah Melayu 1948

Demokrasi perlu segera dilaksanakan


PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN PERTAMA 1955

Kejayaan penyatuan Parti Perikatan UMNO, MCA dan MIC


KABINET / JEMAAH MENTERI 1955
PERJANJIAN LONDON 1956
1 Januari 1956
• Rombongan ke London untuk rundingan
kemerdekaan.
• Terdiri daripada Tunku Abdul Rahman beserta 4 wakil
Parti Perikatan dan 4 orang wakil raja-raja Melayu.

8 Februari 1956
• Perjanjian London ditandatangani.
• Penetapan tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
• Suruhanjaya Reid dibentuk untuk mengambil pandangan penduduk Tanah
Melayu (131 memorandum bertulis dari individu dan pertubuhan).
Cadangan Suruhanjaya Reid (SR) 1956.
 Tujuan: Menggubal satu perlembagaan baharu bagi
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Pengerusi
Lord Reid (Britain)

Ahli-ahli Suruhanjaya
Sir Ivor Jennings (Britain)
Sir William Mckell (Australia)
Hakim B. Malik (India)
Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
SR membuat 118 Suruhanjaya Reid
tinjauan dan pertemuan mengumpulkan 131
di seluruh negara memorandum bertulis
(individu, parti, dari wakil pelbagai
persatuan, dll). golongan.

Cadangan-cadangan
terbaik adalah dari 2 Jawatankuasa Kerja
memorandum ditubuhkan pada Mei
• Parti Perikatan (UMNO, 1957 (11 ahli SR) –
MCA, MIC) semak laporan SR.
• Raja-raja Melayu
 Suruhanjaya Reid merangka berpandukan syarat-syarat:
A. Membentuk sebuah negara persekutuan dengan
kerajaan pusat yang kukuh.
B. Mengekalkan hak dan kedudukan Raja-raja Melayu sbg
pemerintah berperlembagaan di negeri masing-masing.
C. Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta
hak-hak yg sah bagi kaum lain.
D. Mewujudkan sistem kewarganegaraan yg seragam.
E. Menubuhkan sebuah negara yg berasaskan prinsip-
prinsip demokrasi.
8 OGOS 1957
MENANDATANGANI
PERJANJIAN
PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU
YANG MERDEKA DI
KUALA LUMPUR

20
Rang Perlembagaan telah
diperkenankan oleh Majlis Raja-raja
pada bulan Jun 1957. Majlis Undangan
Persekutuan telah menerima dan
meluluskannya pada 15
Ogos 1957 dan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu
berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957.

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (YANG MERDEKA) TERBENTUK PADA


31 OGOS 1957
Tunku Abdul Rahman Tuanku Abdul Rahman
Perdana Menteri Tanah Melayu pertama Yamtuan Besar Negeri Sembilan,
Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu pertama
16 SEPTEMBER 1963 TANAH MELAYU TELAH BERGABUNG DENGAN SABAH,
SARAWAK DAN SINGAPURA MEMBENTUK PERSEKUTUAN MALAYSIA.
PEMBENTUKAN INI BERJAYA DILAKSANAKAN APABILA
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA 1963
BERJAYA DIBENTUK OLEH JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (JAK) YANG
DIKETUAI OLEH LORD LANSDOWNE.
Persekutuan (Federalisme)
Sistem Pemerintahan Malaysia
Raja Berperlembagaan

Demokrasi Berparlimen

Islam agama rasmi

Bahasa Melayu

Kedudukan istimewa Melayu/Bumiputera

Ketertinggian Perlembagaan

Pengasingan 3 Badan Tertinggi

Hak-Hak Asasi Rakyat


Ketertinggian Perlembagaan

YDPA

Badan Eksekutif

Badan Legislatif

Badan Judisiari
Perlembagaan
Persekutuan Malaysia
16 September 1963

183 Perkara
16 Bahagian

26
PERKARA YANG PERNAH DIPINDA

Pemisahan Singapura

Mengenai gender

Kekebalan raja

Pengurusan bekalan air

Kes rogol
Konsep Kontrak Sosial
Bermula di Eropah pada abad ke-17 dan ke-18 dan dipelopori
oleh tokoh seperti Rousseau, John Locke dan Thomas Hobbes.

Persetujuan bersama rakyat berkaitan hak dan tanggungjawab


mereka. Menglibatkan;
• Trustor/pencipta kepercayaan
• Trustee/pemberi kepercayaan
• Beneficiary/penerima manfaat daripada kepercayaan itu

Hubungan saling mempercayai.

29
Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada hari ini
merupakan hasil dari Kontrak Sosial yang telah dipersetujui
antara etnik dalam proses pembentukan Negara (toleransi).

Bukan-
Melayu
Melayu
Kontrak Sosial antara orang Melayu & Bukan Melayu

Konsep
win-win
Sedia solution/
berkorban situation

Persefahaman,
toleransi,
berkongsi
kuasa
Orang Melayu
Institusi Beraja

Unsur-unsur tradisi dalam


Agama Islam
Perlembagaan

Bahasa Melayu

Kedudukan istimewa orang Melayu


Kontrak Sosial antara & Bumiputera
kaum (Pakatan Murni)
Jus soli (tempat lahir)
Orang Bukan Melayu
Jus sanguinis
Pemberian (keturunan darah)
Kewarganegaraan
Perkahwinan

Bermastautin

32
KONTRAK SOSIAL:
Manfaat kepada
Orang Melayu &
Bumiputera

33
Manfaat kepada Orang Melayu
(Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan )

I. Institusi Beraja

II. Agama Islam

III. Bahasa Melayu

IV. Kedudukan istimewa orang Melayu & Bumiputera

34
I. Institusi Beraja

•Perkara 32, Perkara 38(4)


•Kedudukan Raja-Raja Melayu dalam
sistem pemerintahan negara.
•Dari sistem beraja mutlak berubah
menjadi sistem Raja Berperlembagaan.
•YDPA adalah ketua agama Islam di
Malaysia.

35
Raja Berperlembagaan di Malaysia
Sistem pemerintahan: Raja
Berperlembagaan

Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua


negara.

Agong akan dipilih dalam kalangan sembilan


Raja-raja Melayu.
Majlis Raja-raja akan membuat undian
pemilihan Agong setiap 5 tahun / berlaku
kekosongan jawatan.
Perkara 32. Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan
Isterinya.
• (1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar
Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang
di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding
di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang
ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
• (2) Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi
keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-
Pertuan Agong.
• (3) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh
lima tahun, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat
yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja atau
boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja, dan hendaklah berhenti
memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja.
Institusi Beraja
•Institusi beraja yang wujud di
Malaysia hari ini dilindungi oleh
perlembagaan melalui Perkara
38(4) iaitu TIADA pindaan boleh
dibuat terhadap peruntukan
berhubung dengan Majlis Raja-
Raja, susunan keutamaan dan hak-
hak mereka untuk warisan sebagai
raja negeri masing-masing tanpa
persetujuan Majlis Raja-Raja.
38
Institusi Beraja

Di peringkat negeri,
Di peringkat pusat,
raja bertindak atas
YDPA menjalankan
nasihat Majlis
tugasnya menurut
Mesyuarat
nasihat Kabinet.
Kerajaan.

39
Perkara 34. Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong, dsb.
• (1) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsinya sebagai
Raja Negerinya kecuali fungsinya sebagai Ketua agama Islam.
• (2) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang
baginya ada apa-apa saraan.
• (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam
apa-apa perusahaan komersil.
• (4) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menerima apa-apa jua jenis
emolumen yang kena dibayar atau terakru kepadanya sebagai Raja
Negerinya di bawah peruntukan Perlembagaan Negeri itu atau peruntukan
mana-mana undang-undang Negeri.
• (5) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh, tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja,
meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada lima belas hari, kecuali
semasa lawatan Negara ke suatu negara lain.
40
16 YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA)
DI MALAYSIA
1957 - 1960: Abdul Rahman (Negeri Sembilan)
1960 - 1960: Hishamuddin Alam Shah (Selangor)
1960 - 1965: Syed Harun Putra from Perlis
1965 - 1970: Ismail Nasirrudin Shah (Terengganu)
1970 - 1975: Abdul Halim Mu'adzam Shah (Kedah)
1975 - 1979: Yahya Putra from Kelantan
1979 - 1984: Ahmad Shah al-Mustain Billah (Pahang)
1984 - 1989: Mahmud Iskandar from Johor
1989 - 1994: Azlan Muhibbudin Shah from Perak
1994 - 1999: Ja'afar from Negeri Sembilan
1999 - 2001: Salehuddin Abdul Aziz Shah (Selangor)
2001 - 2006: Syed Sirajuddin from Perlis
2006 - 2011: Mizan Zainal Abidin from Terengganu
2011 - 2016: Abdul Halim Mu'adzam Shah (Kedah)
2016 - Kini : Sultan Muhammad V (Kelantan)
2019 – Kini : Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah 15 16
II. Islam Agama bagi Persekutuan
•Perkara 3: Islam sebagai agama bagi
Persekutuan. Harus dibaca bersama-
sama dengan Perkara 8, 11, 12, 160
dan kedudukan Agong dalam hal
ehwal agama Islam.
•Perkara 11 (1): Walaupun agama Islam
dianggap sebagai agama rasmi, namun
agama-agama lain boleh diamalkan
secara bebas dalam Persekutuan
Malaysia.
Perkara-perkara Berkaitan Perkara 3

•Perkara 11 (4): kawal dan sekat penyebaran agama lain


kepada orang Islam.
•Perkara 11 (5): kawal dan sekat penyebaran agama
sekiranya mengancam keselamatan negara.
•Perkara 160: memberi definisi Melayu (beragama
Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat
istiadat Melayu).
•Raja/Sultan merupakan
Ketua bagi agama Islam
di negeri baginda.
•YDPA pula merupakan
Ketua agama Islam di
negeri baginda,
Melaka, Pulau Pinang,
Sabah, Sarawak dan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Wilayah Persekutuan. (Sultan negeri Perak)
III. Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu

• Perkara 152(1): Bahasa Melayu sebagai Zaman Kesultanan Melaka:


bahasa rasmi, namun penggunaan dan menggunakan tulisan Jawi

pembelajaran bahasa-bahasa lain tidak


dihalang.
• Tidak menjejaskan penggunaan bahasa
ibunda kaum lain malah dijamin oleh
Perlembagaan Persekutuan.
• Cth: Penggunaan bahasa Cina dan Tamil di
media cetak atau elektronik, di sekolah-
sekolah, dan subjek seperti Bahasa Iban,
Kini, menggunakan tulisan
Bahasa Kadazan, Bahasa Cina dan Bahasa Rumi
Tamil di sekolah.
Bahasa pengantara negara ini sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka lagi.

Sebelum Perang Dunia Kedua, BM digunakan secara


meluas bagi tujuan rasmi (mesyuarat, surat-menyurat,
perundangan & kehakiman di Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu, Jabatan Polis dan sebagainya)
• Memudahkan urusan pentadbiran kerana kakitangannya terdiri
daripada pelbagai kaum (Mohd Salleh 1984).

Bahasa kebangsaan untuk memenuhi keperluan bagi


menyatupadukan pelbagai etnik melalui penggunaan satu
bahasa yang sama.
Perkara 150 (6A): hal-hal yang berhubung dengan bahasa Melayu,
walaupun dalam keadaan darurat adalah dilindungi oleh perlembagaan.
Perisytiharan darurat mempunyai kesan menggantung sebahagian besar
peruntukan perlembagaan.

Perkara 10 (4) yang menjadikan bahasa Melayu adalah antara perkara


sensitif yang dilarang daripada dibahaskan di tempat terbuka atas tujuan
keselamatan dan ketenteraman awam.

• Tidak dapat dipinda oleh Parlimen jika tidak mendapat sokongan 2/3 dewan
dan perkenan Majlis Raja-Raja melalui Perkara 159 (5).
IV. Kedudukan Istimewa Orang Melayu
& Bumiputera Sabah dan Sarawak
•Perkara 153: Kedudukan
Istimewa orang-orang
Melayu dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak. Hak
keistimewaan ini meliputi:
•Perjawatan dalam
perkhidmatan awam
•Permit, lesen
perniagaan
•Pendidikan
Perkara 89: Perkara 90: Perkara 8 (5) (f):

• Tanah rizab • Pengecualian • Kemasukan


Melayu undang-undang untuk
yang ada perkhidmatan
berkenaan Rejimen Askar
tanah adat di Melayu di-Raja
Negeri Sembilan hanya
dan Melaka diperuntukkan
serta tanah kepada orang
orang Melayu di Melayu.
Terengganu.

49
Keempat-empat unsur tradisi ini dilindungi di bawah
Akta Hasutan 1948
Ia dianggap perkara sensitif, dilarang menjadi
perbincangan awam.
KONTRAK SOSIAL:
Manfaat kepada
Orang Bukan
Melayu

51
Manfaat kepada Bukan Melayu
(Pemberian Kewarganegaraan)
Tertakluk kepada peruntukan
dalam Bahagian 3, Perkara 14 -
Perkara 20.

Perkara 23 - Perkara 28 pula


menjelaskan mengenai
penamatan kewarganegaraan.
Manfaat kepada Bukan Melayu
(Pemberian Kewarganegaraan)

Jus Soli (tempat lahir)

Jus Sanguinis (keturunan darah)

Perkahwinan

Bermastautin

53
Jus soli (tempat lahir)
• Seseorang yg lahir antara Hari Merdeka
dengan bulan October 1962 akan terus
menjadi warganegara tanpa mengambil kira
kewarganegaraan ibunya.
• Seseorang yg lahir selepas September 1965;
• Semasa dilahirkan, salah seorang daripada ibu
bapanya ialah warganegara.
• Semasa dilahirkan, salah seorang daripada ibu
bapanya ialah orang yang tinggal bermastautin
secara kekal di Malaysia.
• Semasa dilahirkan, dia tidak mempunyai
kewarganegaraan mana-mana negara.

54
Jus sanguinis (keturunan darah)
 Seseorang yg berketurunan warganegara akan tetap
menjadi warganegara walaupun dia dilahirkan di luar
negara kerana mewarisi kewarganegaraan bapanya.
 Seseorang yg lahir di luar negara, syarat (kepada setiap
yg lahir sebelum atau selepas Hari Malaysia);
 Bapanya sendiri dilahirkan di Malaysia.

 Bapanya berkhidmat dalam perkhidmatan awam


pada peringkat pusat/negeri.
 Kelahirannya didaftarkan di Pejabat Konsul
Malaysia atau kerajaan Malaysia dalam tempoh satu
tahun selepas kelahirannya, atau tempoh panjang,
tertakluk pada kerajaan.

56
Bermastautin
• Contoh: Orang yang berumur 18
tahun ke atas dan dilahirkan dalam
Persekutuan sebelum Hari
Merdeka dengan syarat;
• Bermastautin selama 5 tahun dari
7 tahun terdahulu dari dan hingga
tarikh permohonan.
• Berniat untuk kekal bermastautin
dalam Persekutuan. • Melalui dua kaedah;
• Berkelakuan baik. • Kaedah Pendaftaran
• Berpengetahuan bahasa Melayu • Kaedah Masukan
yang mudah.

57
• Orang yang berumur 18 tahun ke atas dan pada Hari
Malaysia, dia bermastautin di Sabah dan Sarawak, buat
permohonan sebelum September 1971, dengan syarat;
 Bermastautin di Sabah dan Sarawak, dan kemudian
di mana-mana negeri, selama 7 tahun dalam tempoh
10 tahun terdahulu dari tarikh permohonan, dan 12
bulan terdahulu dari dan hingga tarikh itu.
 Berniat untuk kekal bermastautin dalam Persekutuan.
 Berkelakuan baik.
 Berpengetahuan bahasa Melayu atau bahasa
Inggeris atau bahasa Bumiputera Sarawak (selepas
1965 dan umur 45 tahun ke atas sahaja).

58
Perkahwinan
• Seseorang wanita asing yg telah menjadi isteri
kepada warganegara Malaysia boleh membuat
permohonan untuk didaftarkan menjadi
warganegara dengan syarat suami wanita itu
telah menjadi warganegara pada awal Oktober
1962 dan perkahwinan masih kekal.
• Atau didaftarkan dengan syarat-syarat;
• Telah bermastautin di Persekutuan selama
dua tahun sebelum permohonan dibuat
dan berniat untuk kekal bermastautin di • Jika perkahwinannya telah
dalam Persekutuan. didaftarkan menurut undang-
undang yg berkuat kuasa
• Berkelakuan baik. dalam Persekutuan.
59
Perkara 23-28
PELUCUTAN KEWARGANEGARAAN
Menolak kewarganegaraan atas sebab tertentu;
• Mendapat kewarganegaraan asing
• Menetap diluar negara melebihi 5 tahun secara berterusan tanpa
mendaftarkan diri di pejabat konsulat setiap tahun
• Tidak taat setia kepada negara melalui percakapan atau perbuatan
• Berkerjasama dengan negara musuh Malaysia
• Mendapat kewarganegaaran secara pendaftaran tetapi melakukan
kesalahan yang melanggar undang-undang hingga disabitkan
kesalahan.
61
HAK ASASI RAKYAT
Laporan Suruhanjaya Reid mencadangkan agar Perlembagaan 1957
memperuntukkan hak-hak asasi bg mewujudkan sebuah demokrasi
dan bebas.

Tujuan diwujudkan adalah untuk :

• Menjamin pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak-hak dan


kebebasan orang lain.
• Untuk menjamin akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan umum dlm
masyarakat demokratik.
Hak-hak Asasi
Perkara 5 Kebebasan diri.
Perkara 6 Keabdian dan Kerja Paksa dilarang.
Perkara 7 Perlindungan daripada undang-undang jenayah
yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan
berulang.
Perkara 8 Kesamarataan di sisi undang-undang.
Perkara 9 Larangan buang negeri, dan kebebasan bergerak.
Perkara 10 Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan
persatuan.
Perkara 11 Kebebasan Agama.
Perkara 12 Hak-hak berkenaan dengan pelajaran.
Perkara 13 Hak terhadap pemilikan harta.
PERKARA 5 – Kebebasan Diri
• Tiada seseorang pun boleh diambil
nyawanya atau dilucutkan kebebasan
dirinya kecuali menurut undang-undang.
• Jika pengaduan dibuat kepada
Mahkamah Tinggi atau kepada mana-
mana hakim Mahkamah Tinggi
menyatakan bahawa seseorang adalah
ditahan dengan menyalahi undang-
undang, maka mahkamah itu hendaklah
menyiasat pengaduan itu dan,
melainkan berpuas hati bahawa tahanan
itu adalah sah di sisi undang-undang,
mahkamah itu hendaklah memerintahkan
orang itu dibawa ke hadapan mahkamah
itu dan melepaskannya.
PERKARA 6: Keabdian dan
Kerja Paksa Dilarang
• Tiada sesiapa pun boleh ditahan
sebagai abdi.
• Segala jenis kerja paksa adalah
dilarang, tetapi Parlimen boleh
dengan undang-undang membuat
peruntukan bagi perkhidmatan
kerahan bagi maksud-maksud
negara.
• Kerja berkaitan dengan menjalankan
hukum penjara yang dijatuhkan oleh
mahkamah tidak dikira sebagai kerja
paksa dalam erti Perkara ini.
PERKARA 7: Perlindungan
daripada undang-undang
jenayah yang berkuatkuasa
kebelakangan dan perbicaraan
berulang
• Tiada seorang pun boleh dihukum
kerana sesuatu perbuatan atau
peninggalan yang tidak boleh dihukum
menurut undang-undang pada masa
perbuatan atau peninggalan itu dilakukan
atau dibuat, dan tiada seorang pun
boleh menanggung hukuman yang
lebih berat kerana sesuatu kesalahan
daripada yang telah ditetapkan oleh
undang-undang pada masa kesalahan
itu dilakukan.
• Seseorang yang telah dibebaskan
daripada sesuatu kesalahan atau
disabitkan atas sesuatu kesalahan
tidak boleh dibicarakan semula
kerana kesalahan yang sama
(Double Jeopardy) kecuali jika
sabitan atau pembebasan itu telah
dibatalkan dan perbicaraan semula
diperintahkan oleh suatu mahkamah
yang lebih atas daripada mahkamah
yang telah membebaskan atau
mensabitkannya itu.
PERKARA 8: Kesamarataan di sisi
undang-undang
• Semua orang adalah sama rata di sisi undang-
undang dan berhak mendapat perlindungan
yang sama rata di sisi undang-undang.
• Tidaklah boleh ada pembezaan terhadap
warganegara semata-mata oleh sebab
ugama, kaum, keturunan atau tempat lahir
dalam mana-mana undang-undang atau
dalam perlantikan bagi apa-apa jawatan atau
pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa
awam atau dalam pentadbiran mana-mana
undang-undang berkenaan dengan
memperolehi, memegang atau melepaskan
harta atau berkenaan dengan menubuh atau
menjalankan apa-apa tred, perniagaan,
profesyen, vokesyen atau pekerjaan.
PERKARA 9: Larangan buang negeri,
dan kebebasan bergerak
• Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-
mana undang-undang mengenai keselamatan
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,
ketenteraman awam, kesihatan awam atau
hukuman bagi pesalah-pesalah, tiap-tiap
warganegara adalah berhak bergerak dengan
bebasnya di seluruh Persekutuan dan
bermastautin di mana-mana bahagiannya.
• Selagi sesuatu Negeri lain ada dalam kedudukan
istimewa di bawah Perlembagaan ini berbanding
dengan Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh
dengan undang-undang mengenakan sekatan-
sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-negeri
yang lain, ke atas hak-hak yang diberi oleh Fasal
(2) berkenaan dengan bergerak dan bermastautin.
PERKARA 10: Kebebasan
bercakap, berhimpun dan
menubuhkan persatuan
• BERCAKAP: Terdapat sekatan demi
menjaga kepentingan keselamatan negara,
hubungan baik dengan negara lain,
ketenteraman awam atau prinsip moral, serta
menentang penghinaan mahkamah, fitnah
• BERHIMPUN: Semua warganegara adalah
berhak berhimpun secara aman dan dengan
tidak bersenjata, perlu mendapat kebenaran
polis 10 hari sebelum perhimpunan.
• MENUBUHKAN PERSATUAN: Semua
warganegara adalah berhak menubuhkan
persatuan.
PERKARA 11: Kebebasan
Agama
• Tiap-tiap orang adalah berhak
menganuti dan mengamalkan
ugamanya dan, tertakluk kepada
Fasal (4), mengembangkan
ugamanya.
• Tiada sesiapa pun boleh dipaksa
membayar apa-apa cukai jika
pendapatan dari cukai itu adalah
diuntukkan khas sama ada
kesemuanya atau sebahagiannya bagi
maksud-maksud sesuatu ugama yang
lain daripada ugamanya sendiri.
PERKARA 12: Hak-hak
berkenaan dengan
pelajaran
• Dengan tidak menyentuh keluasan
makna Perkara 8, tidaklah boleh
ada pembezaan terhadap mana-
mana jua warganegara semata-
mata oleh sebab ugama, kaum,
keturunan atau tempat lahir – pihak
berkuasa harus menyelenggara
institusi pendidikan.
• Setiap kumpulan agama berhak
menubuhkan institusi pendidikan
berasaskan agama masing-
masing.
PERKARA 13: Hak
terhadap pemilikan
harta
• Tiada seseorang pun boleh
dilucutkan hartanya kecuali
mengikut undang-undang.
• Tiada sesuatu undang-
undang pun boleh membuat
peruntukan bagi mengambil
atau menggunakan harta-
harta dengan paksa dengan
tiada pampasan yang
mencukupi.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia terhasil dari semangat
toleransi, pengorbanan dan permuafakatan generasi
terdahulu dari pelbagai etnik.

Kontrak sosial yang telah dipersetujui dan telah tercatat secara


bertulis dalam perlembagaan yang harus dihormati oleh semua
kaum di Malaysia, atas prinsip ketertinggian atau
KELUHURAN PERLEMBAGAAN

74
RUJUKAN
Zaid Ahmad, et al. (2017). Hubungan Etnik di
Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul


Hubungan Etnik. Bangi: Institut Kajian Etnik
Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like