You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN

UJIAN LENCANA WAJIB- PENUNGGANG BASIKAL


SEKOLAH KEBANGSAAN LASAH
31110 SUNGAI SIPUT (U). PERAK
2016

1.0 NAMA PROGRAM


Ujian Lencana Wajib – Penunggang Basikal anjuran unit Pengakap Sekolah Kebangsaan Lasah,
Sungai Siput (U).

2.0 LATAR BELAKANG

Lencana Penunggang Basikal merupakan salah satu daripada dua lencana wajib yang mesti
dimiliki oleh ahli Pengakap Kanak-kanak (PKK) berdasarkan Skim Latihan PKK yang telah
ditentukan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia, Ibu Pejabat, Kuala Lumpur mengikut unit
pengakap masing-masing.

4.0 MATLAMAT

i. Progran ini bermatlamat untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti penilaian yang terdapat dalam Skim
Latihan Pengakap Kanak-Kanak.

ii. Untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap memperoleh lencana berdasarkan Skim Latihan
Pengakap Kanak-kanak.

iii. Mendedah dan melatih kanak-kanak asas ikhtiar hidup.

4.0 OBJEKTIF

1. Memperbaiki tahap pengetahuan pemimpin dan kemahiran murid.

2. Menilai hasil pembelajaran ahli-ahli pengakap di peringkat sekolah.

3. Mendedahkan ahli pengakap terhadap ketahanan mental dan fizikal.

4. Menyemai dan meningkatkan ketahanan jati diri ahli pengakap.

5. Menerapkan pengetahuan dan kesungguhan tentang undang-undang jalan raya, menjaga dan
membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 31 Mei 2016

Hari : Selasa

Masa : 9.00 pagi -1.00 tengah hari

Pendaftaran : 8.30 pagi


6.0 LOKASI

Dewan Sekolah Kebangsaan Lasah

7.0 SASARAN

Ahli Pengakap Kanak-kanak yang telah LULUS Ujian Lencana Keahlian.

8.0 JANGKAAN BILANGAN PENYERTAAN

15 orang Pengakap Kanak-kanak

9.0 BAYARAN PENYERTAAN

BIL BUTIRAN KOS

1 Sijil Penyertaan RM 0.50

2 Buku Log Lencana Wajib – Penunggang Basikal RM 1.00

3 Lencana Penunggang Basikal RM 2.50

JUMLAH RM 4.00

10.0 SYARAT PENYERTAAN

1. Kumpulan dan ahli pengakap yang berdaftar.

2. Memperolehi kebenaran ibu bapa/penjaga.

a) Bawa Borang Kebenaran Ibubapa/penjaga yang telah lengkap diisi.

b) Bawa Borang Perakuan Kesihatan yang telah lengkap diisi.

3. Telah LULUS

a) Ujian Lencana Keahlian


11.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Latifah Binti Md Hariri


(Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Encik Abdul Rasib Bin Ramly


(Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi 1 : Puan Rosniza Binti Idris


(PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : Puan Norhayati Binti Ali


(PK Hal Ehwal Murid)

Penyeralas : Encik Wong Boon Ping


(Pemimpin PKK Kump 41)

Setiausaha : Puan Sabariah Binti Ibrahim


(Penolong Pemimpin PKK Kump 41)

Penolong Setiausaha : Puan Anisah Binti Sanip


(Penolong Pemimpin PKK Kump 41)

Bendahari : Puan Yasmin Binti Basyir Ahmad


(Penolong Pemimpin PKK Kump 41)

12.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM


Semua guru penasihat/ pemimpin unit Pengakap SK Lasah

13.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI TINDAKAN


0830 – 0900 Pendaftaran Semua Pemimpin
0900 -0930 Laungan Agung/ Istiadat Menaik Bendera Pemimpin
0930-1000 Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak Pen. pemimpin
1000-1015 Rehat
Pengetahuan berbasikal/ peraturan
1015-1115 berbasikal/undang-undang berbasikal/isyarat tangan Pemimpin
berbasikal
1115-12.00 Ujian Menunggang Basikal Semua Pemimpin
12.00-12.30 Laungan Agung/ Istiadat Menurun Bendera Pemimpin/ Akela
12.30-1.00 MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL & LENCANA

1.00 Sayonara
14.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan sekolah agar program ini dapat mencapai matlamatnya disamping dapat
membantu murid menguasai kemahiran berpengakap dan juga pengetahuan dan kesungguhan
dalam berbasikal. Segala kerjasama dan bantuan dari pelbagai pihak terutama pihak sekolah,
guru-guru penasihat/pemimpin, ibu bapa dan murid-murid amat dihargai dan didahului dengan
ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Disediakan oleh,

........................................
(Wong Boon Ping )
Penyelaras Program

Disemak Oleh,

.............................................
( Abdul Rasib Bin Ramly)
Penolong Kanan Kokurikulum

Disahkan Oleh,

.............................................
(Latifah Binti Md Hariri)
Guru Besar

You might also like