You are on page 1of 2

Tutorial 3

Tugasan 1

Selepas melihat video power point dibawah, pada pandangan anda, apakah tahap hubungan
etnik masyarakat Malaysia sekarang. Hurai dan berikan contoh-contoh yang bersesuaian untuk
menyokong pandangan anda.

Pada pendapat saya, hubungan etnik di Malaysia harini berada pada tahap Amalgamasi.
Proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras yang
baharu. Ia biasanya berlaku melalui perkahwinan campur antara etnik atau kaum. Ada juga yang
mengaitkan anak hasil perkahwinan campur mempunyai IQ yang tinggi, cerdik, berpenampilan
menarik dan sebagainya. Formula bagi konsep amalgamasi ialah A+B+C=D (Kelompok baharu).
Sebagai contoh, berlakunya banyak perkahwinan campur di Malaysia, antaranya perkahwinan antara
kaum Melayu dan India wujudnya keturunan Mamak dan perkahwinan antara Melayu dan Bangsa
Jawa yang banyak berlaku di Selangor dan Perak.

Tugasan 2

Dengan merujuk latar belakang masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, adakah proses asimilasi
dan amalgamasi boleh melahirkan generasi baharu rakyat Malaysia yang bersatu padu. (jawab tidak
lebih daripada 200 patah perkataan) .

Pada pendapat saya, proses asimilasi dan amalgamasi boleh melahirkan generasi baharu
rakyat Malaysia yang bersatu padu. Hal ini kerana, perpaduan adalah tunjuan utama dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Malaysia telah melakukan pelbagai usaha dalam melahirkan rakyat yang
berilmu dan cerdik pandai yang mengambil iktibar daripada sejarah Malaysia. Sebagai contoh,
melalui pendidikan sejarah, anak Malaysia telah menelusuri Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan
mereka mengambil iktibar daripada peristiwa berikut. Identiti Malaysia juga dibina melalui
pendidikan dengan mengamalkan budaya-budaya yang sama dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh
itu, generasi baharu rakyat Malaysia akan bersatu padu dengan mengamalkan budaya-budaya yang
ada di Malaysia serta menghormati budaya lain kerana merasakan mereka adalah rakyat Malaysia
bukan lagi bangsa-bangsa tertentu.

Tugasan 3:

Berdasarkan video tentang integrasi budaya dalam perayaan di Malaysia. Huraikan isu dan
ancaman integrasi budaya di Malaysia dan cadangkan langkah-langkahnya.

Antara isu integrasi budaya yang sedang hangat di Malaysia hari ini adalah berlaku
pergaduhan antara bangsa Melayu dan Cina apabila banyak tersebarnya video-video pergaduhan
antara kaum Melayu dan Cina. Perkara ini menjadi lebih besar apabila video tersebut
membangkitkan rasa marah kepada kaum yang terlibat. Antara ancaman yang besar dalam integrasi
budaya adalah media sosial, di mana banyak video-video palsu tersebar yang menyebabkan
kemarahan antara kaum semakin membara. Antara langkah yang boleh di ambil adalah, kerajaan
hendaklah mengambil tindakan keras kepada mereka yang menyebarkan berita-berita palsu yang
betujuan untuk membangkitkan perpecahan kaum.
Tugasan 4:

Baca keseluruhan artikel dibawah bertajuk Menelusuri Pendemokrasian di Malaysia dan jawab
soalan berikut :

1. Huraikan apakah perbezaan antara integrasi dan asimilasi yang dimaksudkan oleh penulis
dengan memberikan contoh-contoh negara yang bersesuaian.

Penulis menyatakan bahawa Integrasi nasional merupakan integrasi sosial di peringkat


kebangsaan atau atau negara. Ia juga didefinisikan sebagai percampuran elemen tertentu dari
pelbagai etnik atau kaum. Dalam proses integrasi sosial penerimaan dan kemasukan budaya
merupakan asas utama bagi integrasi berlaku . Manakala asimilasi lunak harus dilakukan kepada
elemen tertentu sahaja sebagai mekanisme integrasi. Sebagai contoh pendidikan dan bahasa.
Sejarah pendidikan Malaysia yang terdiri dari dua sistem iaitu kebangsaan dan vernakular telah
memisahkan masyarakat dari sudut pergaulan dan pemikiran. 

2. Apakah mekanisme integrasi nasional yang penting dicadangkan oleh penulis dalam
mewujudkan negara bangsa. (Hantar jawapan anda sebelum jam 10 pagi.)

Integrasi nasional harus dicapai melalui asimilasi secara lunak bagi mewujudkan
kepercayaan yang kuat walaupun ia terkesan dengan pendemokrasian. Justeru asimilasi yang
berlaku mampu memberikan perkembangan demokrasi yang lebih sihat seperti perlantikan
Obama sebagai presiden Amerika Syarikat dan Sadiq Khan sebagai datuk bandar London yang
berasal dari keturunan imigran di negara kulit putih. Justeru pemilihan mereka secara demokrasi
adalah bersumberkan kepercayaan yang kuat hasil daripada asimilasi generasi awal yang
menghapuskan elemen sentrikisme sebagai warganegara.

Oleh yang demikian asimilasi secara lunak harus dilakukan bagi tujuan kejayaan integrasi
nasional sekaligus membawa kepada perpaduan negara. Asimilasi lunak harus dilakukan kepada
elemen tertentu sahaja sebagai mekanisme integrasi. Sebagai contoh pendidikan dan bahasa.
Sejarah pendidikan Malaysia yang terdiri dari dua sistem iaitu kebangsaan dan vernakular telah
memisahkan masyarakat dari sudut pergaulan dan pemikiran. Peluang untuk memahami satu
sama lain telah dilepaskan di peringkat awal kehidupan bermasyarakat setiap etnik

You might also like