You are on page 1of 1

BAHASA MELAYU TAHUN 4 TEMPOH PKP (20 – 24 APRIL 2020)

LATIHAN TATABASA (KATA BILANGAN)


NAMA :
Tandakan ( / ) untuk ayat yang betul.

1. A. Tiga motorsikal itu berjenama Honda. ( )


B. Tiga buah motosikal itu berjenama Honda. ( )

2. A. Dua ribu telur ayam telah direbus untuk majlis kenduri. ( )


B. Dua ribu biji telur ayam telah direbus untuk majlis kenduri. ( )

3. A. Seratus calon telah menghadiri seminar UPSR. ( )


B. Seratus orang calon telah menghadiri seminar UPSR. ( )

4. A. Tiga puluh meja di dalam bilik darjah kami telah rosak. ( )


B. Tiga puluh meja-meja di dalam bilik darjah kami telah rosak. ( )

5. A. Empat pekerja kilang terbunuh dalam kemalangan jalan raya. ( )


B. Empat pekerja-pekerja kilang terbunuh dalam kemalangan jalan raya. ( )

6. A. Lapan ratus pelancong-pelancong asing diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang. ( )


B. Lapan ratus pelancong asing diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang. ( )

7. A. Amran membeli beberapa buah buku cerita. ( )


B. Amran membeli beberapa buku cerita. ( )

8. A. Para orang peniaga di pasar malam diseru agar mengutamakan kebersihan. ( )


B. Para peniaga di pasar malam diseru agar mengutamakan kebersihan. ( )

9. A. Sesetengah bas persiaran beroperasi secara haram. ( )


B. Sesetengah buah bas persiaran beroperasi secara haram. ( )

10. A. Kebanyakan guru-guru hadir dalam mesyuarat kurikulum sekolah. ( )


B. Kebanyakan guru hadir dalam mesyuarat kurikulum sekolah. ( )

11. A. Semua surat telah dihantar kepada para tetamu. ( )


B. Semua surat-surat telah dihantar kepada para tetamu. ( )

12. A. Sebahagian daripada pekerja-pekerja warga asing masuk ke negara ini secara haram. ( )
B. Sebahagian daripada pekerja warga asing masuk ke negara ini secara haram. ( )

13. A. Kedua-dua buah pulau di negara ini mempunyai batu karang yang paling cantik di dunia. ( )
B. Kedua buah pulau di negara ini mempunyai batu karang yang paling cantik di dunia. ( )

14. A. Antara kedua-dua tugas, yang manakah lebih mudah? ( )


B. Antara kedua tugas, yang manakah lebih mudah? ( )

15. A. Berbagai isu-isu dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu dan Bapa. ( )
B. Berbagai-bagai isu dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu dan Bapa. ( )

You might also like