You are on page 1of 6

LATIHAN PENGAYAAN TATABAHASA

Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat
tersebut tanpa menulis semula ayat tersebut.
1. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang
hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.
Istilah: menunda →
Tatabahasa: lain-lain hal →
2. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan
penyelesaian perlu segera diambil.
Istilah: penggunaan →
Tatabahasa: di →
3. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih
bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
Istilah: buruk →
Tatabahasa: Pada masa kini →
4. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai
akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
Istilah: membuang →
Tatabahasa: disenaraihitam →
5. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa
memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri.
Istilah: takat →
Tatabahasa: saling potong-memotong →
6. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng
yang dibaluti tepung itu.
Istilah: dibaluti →
Tatabahasa: gemarkan →
7. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu
berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan.
Istilah: ditangkap →
Tatabahasa: kepada →
8. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh
kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.
Istilah: kumpulan →
Tatabahasa: membincangkan →
9. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan
dengan petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.
Istilah: petikan →
Tatabahasa: Mereka-mereka →
10. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai
masih pada ibu negara berkenaan.
Istilah: sekumpulan →
Tatabahasa: pada →
11. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana
dua butir tayar kereta yang dipandunya meletup.
Istilah: kereta lumba →
Tatabahasa: butir →
12. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging
di taman yang berhampiran.
Istilah: membangunkan →
Tatabahasa: Tiap →
13. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang perjalanan kilang
tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.
Istilah: syarahan →
Tatabahasa: di →
14. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat
dalam kecederaan.
Istilah: kecederaan →
Tatabahasa: berbagai →
15. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api di
kawasan landasan itu.
Istilah: digiling →
Tatabahasa: bila →
16. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas.
Istilah: dipelihara →
Tatabahasa: beribu →
17. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada borang di atas meja tersebut
sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.
Istilah: menjatuhkan →
Tatabahasa: kepada →
18. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Istilah: tangan →
Tatabahasa: menghadiahkan →
19. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain
gagal memasukkan gol.
Istilah: memasukkan →
Tatabahasa: Setengah →
20. Pengkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabak selsema
burung daripada meluas kepada orang ramai.
Istilah: Pengkaji →
Tatabahasa: bagi →
21. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh
perniagaan yang terkenal.
Istilah: pertunjukan →
Tatabahasa: Adalah dimaklumkan bahawa →
22. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke semasa agar tanah
air yang tercinta ini tidak akan dijelajah lagi.
Istilah: dijelajah →
Tatabahasa: masa ke semasa  →
23. Rakyat diseru membeli barangan tempatan demi untuk mengurangkan pegerakan wang ke luar
negara.
Istilah: pegerakan →
Tatabahasa: demi untuk →
24. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air
kita dari ancaman musuh.
Istilah: bergadai →
Tatabahasa: dari →
25. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan
yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.
Istilah: berbelok-belok →
Tatabahasa: Kebanyakan peserta-peserta →
26. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan disediakan dengan berapa jenis
bahan masakan di ruang masakan itu.
Istilah: perlawanan →
Tatabahasa: berapa →
27. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan
rumah kos bawah yang masih terbengkalai.
Istilah: bawah →
Tatabahasa: masih →
28. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah disebabkan oleh kelemahan
pengurusan syarikat terbabit.
Istilah: kejayaan →
Tatabahasa: ialah →
29. Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi.
Istilah: julukan →
Tatabahasa: adalah →
30. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia lakukan, namun
perbuatan jahatnya itu terbungkam juga.
Istilah: terbungkam →
Tatabahasa: dia lakukan →
31. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan yang
sewajarnya pada orang ramai.
Istilah: sekeliling →
Tatabahasa: pada →
32. Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah mereka serahkan kepada pihak
pengantin perempuan.
Istilah: sisih →
Tatabahasa: mereka serahkan →
33. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu tunjukkan adalah
benar setelah melihat sijil asal yang dikemukakan.
Istilah: mengakui →
Tatabahasa: setelah→
34. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan
beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.
Istilah: mengadakan →
Tatabahasa: satu setengah tahun→
35. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama memikir dan mencari jalan
untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita.
Istilah: mengatasi →
Tatabahasa: memikir →
36. Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera.
Istilah: pos segera →
Tatabahasa: Jika sekiranya →
37. Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempuh yang
singkat.
Istilah: tempuh →
Tatabahasa: Ini kerana →
38. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan
yang bakal di buat pada minggu hadapan.
Istilah: di buat →
Tatabahasa: Sehubungan itu →
39. Tumpuan kini ialah kearah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke
semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.
Istilah: mencapai →
Tatabahasa: masa ke semasa →
40. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan
dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.
Istilah: meningkatkan →
Tatabahasa: barang →
Tukarkan setiap ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud
asalnya.

(i) Syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif telah diterangkan oleh pihak penganjur sebentar
tadi.
Ayat songsang: Telah diterangkan oleh pihak penganjur syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif
sebentar tadi.

(ii) Cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya tersusun dengan kemas di dalam almari
perhiasan koleksi.
Ayat songsang: Tersusun dengan kemas di dalam almari perhiasan koleksi cenderamata yang
dihadiahkan oleh rakan-rakannya.

(iii) Sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap Kempen Gaya Hidup Sihat itu Sungguh
menggalakkan
Ayat songsang: Sungguh menggalakkan sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap Kempen
Gaya Hidup Sihat itu.

(i) Budak-budak itu mandi di lombong.


(ii) Sufian Subandoro sedang sakit tenat di hospital.
(iii) Cincin yang bertatahkan berlian itu sungguh cantik
(ii) Anak-anak Pak Man Toya itu berkejar-kejaran di taman.
(v) Keadaan suhu di atas Bukit Melawati sungguh dingin pada awal pagi
(vi) Rumah Kak Limah yang besar di atas bukit itu tidak berpenghuni sejak sepuluh tahun yang lalu

You might also like