You are on page 1of 4

BAB 3:Bank perdagangan

Point penting(buku teks m/s 132-139)

1.Menerima deposit 2.Memberi pinjaman 3.Menerima & 4.Lain-lain


membuat bayaran perkhidmatan
1.akaun 1.overdraf(lebih >baki) 1.Cek 1.pelaburan emas
simpanan(tiada had
masa)
2.Akaun simpanan 2.pinjaman 2.Debit langsung(bil) 2.Saham
tetap(had masa) peribadi(brg tahan
lama+penjamin)
3. Akaun 3.Pinjaman 3.Pindahan kredit (gaji) 3.Unit amanah
semasa(peniaga/cek & bercagar(hartanah)
overdraft)
4.Pinjaman kenderaan 4.Perintah sedia 4.wasiat
ada(tetap-sewa)
5.Pinjaman kad kredit 5.Draf bank(dlm/luar 5.insurans
negara)
6. Mendiskaun bil 6.ATM/kad debit 6.Bayaran eksport
pertukaran import
7.Kad kredit

3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan

Bank perdagangan ialah institusi kewangan milik swasta yang bermotifkan


keuntungan

Menerima deposit  Akaun simpanan


- Masyarakat boleh menyimpan wang dalam jumlah yang kecil dan tidak
tetap. (tiada syarat jumlah)
- Simpanan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
- Antara kemudahan yang diberikan ialah pemindahan wang, kemudahan
kad juruwang elektronik (ATM), perbankan Internet
- kadar faedah yang lebih rendah daripada deposit tetap.(cth caj Rm1)
- ada buku simpanan dan ada kad bank (ATM Kad)

 Akaun simpanan tetap


- simpanan untuk tempoh tertentu sama ada 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan dan
sebagainya
- memberi kadar faedah lebih tinggi
- semakin lama menyimpan, semakin tinggi kadar faedahnya
-pengeluaran deposit sebelum tempoh matang akan mengurangkan faedah
yang akan diterima.

 Akaun semasa (peniaga)


- Pelanggan dikenakan caj perkhidmatan
- membuat pembayaran menggunakan cek.
- Ada kemudahan overdraf.
- Dikenakan caj perkhidmatan (tiada pemberian faedah).
- Penyata akan dihantar setiap bulan kepada pelanggan
- Tidak menggunakan buku simpanan

Memberi pinjaman  Overdraf


- kebenaran mengeluarkan wang lebih daripada baki di dalam akaun
semasa
- hanya boleh dinikmati oleh pelanggan yang mempunyai deposit
semasa sahaja
- Contoh :
Encik Hairi mempunyai deposit semasa bernilai
RM10 000. Bank telah meluluskan permohonan overdrafnya sebanyak
RM5 000. Jika beliau mengeluarkan cek bernilai RM12 000, maka
beliau telah menggunakan overdraf sebanyak RM2 000.

 Pinjaman peribadi
- Boleh dimohon oleh individu berumur 18 tahun ke atas yang
mempunyai sumber pendapatan yang tetap
- pinjaman yang diberikan kepada individu dalam tempoh enam bulan
hingga tiga tahun.
- tidak memerlukan cagaran
- pinjaman diberi berasaskan kepada maklumat peribadi dan pendapatan
pemohon, keupayaan bayar balik dan tujuan pinjaman

 Pinjaman bercagar
- Pembiayaan untuk membeli hartanah spt rumah/tanah. Dikenakan
faedah dan penerima pinjaman boleh membayar pinjaman secara
ansuran.
- pinjaman untuk membeli harta tetap spt. rumah, tanah
- dengan mencagarkan aset tetap kepada bank
- merupakan pinjaman jangka panjang
- tempoh bayar balik melebihi lima tahun

 Pinjaman kenderaan (kemudahan sewa-beli)


- Untuk membiayai pembelian kenderaan baharu atau terpakai. Bank
menawarkan pinjaman sehingga 90% harga kereta dan tempoh
bayaran balik sehingga 9 tahun.

 Pinjaman kad kredit


- bank akan membiayai terlebih dahulu dan pemegang kad akan
membayar kepada bank dengan kadar faedah yang tinggi.

 Mendiskaunkan bil pertukaran


- Bank membeli bil pertukaran pada harga yang lebih rendah daripada
harga muka. Bil pertukaran ialah perjanjian yang dilakukan oleh
penghutang kepada pemberi hutang.
- Contoh : Seorang pengeksport mempunyai bil pertukaran bernilai
muka RM15 000. Bayaran untuk bil ini hanya diterima dalam masa tiga
bulan. Sekiranya pengeksport perlukan pinjaman, dia boleh
menunaikan bil ini dikaunter bank perdagangan. Bank hanya memberi
wang sebanyak RM14 000. Bank akan menuntut pembayaran
daripada pengeluar bil.

Menerima dan  1)Sistem cek- disediakan untuk pemegang akaun semasa(peniaga)


membuat bayaran
Arahan kepada bank:
 2)Debit langsung
- pelanggan mengarahkan bank membuat bayaran yang tidak tetap
jumlahnya pada tarikh tertentu kepada penerima(bil air,elektrik,ASTRO)
- Contoh: Puan Hamimah membayar bil elektrik sebanyak RM230 di
Public bank, Kuala Ketil, Kedah.

 3)Pindahan kredit-
- bayaran terus ke akaun penerima di mana-mana bank oleh pemegang
akaun semasa atau tabungan
- lazimnya untuk pembayaran gaji di mana majikan hanya menulis
sekeping cek dengan jumlah tertentu kepada pihak bank
- Contoh: Syarikat Agarshina membayar gaji pekerja di Public Bank,
Kuala Ketil, Kedah.

 Perintah sedia ada


- arahan daripada pemegang akaun tabungan/semasa kepada bank
untuk membayar tetap dan berulang (sewa rumah,premium insurans,
ansuran sewa beli)
- Contoh:Encik Amin membeli sebuah kereta Proton Arena dengan
bayaran ansuran sebanyak RM600 sebulan.

 Draf bank
- cek yang dikeluarkan oleh bank perdagangan apabila diminta oleh
pelanggan
- cara kiriman wang dalam dan ke luar negara
- Contoh: Encik Abdul Ghani membeli buku kaedah mengajar ekonomi
asas di kedai buku UKM. Beliau mengirimkan sebanyak RM45 atas
nama KOPERASI UKM, BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN.

 Kad juruwang elektronik (kad ATM/ Kad Debit)-


- pengeluaran wang, menyemak baki
- boleh membuat bayaran menggunakan “wive”

 Kad kredit
- pelanggan bank membeli barang dan perkhidmatan secara kredit
- pemilik kad kredit boleh membuat pembayaran secara kredit tanpa
membayar tunai
- bank akan membiayai terlebih dahulu dan pemegang kad akan
membayar kepada bank
- Contoh:Pual Azlina membeli barang di Pasaraya Appolo, Kuala Ketil,
Kedah.Beliau menghadapi masalah kekurang wang saku. Oleh itu,
beliau membayar dengan menggunakan kad kredit.
Keburukan
Risiko hilang. segera hubungi bank untuk batalkan kad. Jika tidak pencuri akan
guna wang anda tanpa anda sedari. Pembaziran. Terutamanya kad kredit
sebab awak guna dulu baru bayar. contoh ting wei ada RM3000 dalam akaun,
tetapi dia guna RM7000 beli iphone 12. Ada kadar faedah, terutamanya kad
kredit jika lambat bayar kadar faedahnya tinggi dan meningkat. Menyebabkan
ramai belia/orang muda muflis.
Kebaikan:
Tidak perlu guna wang jadi pembayaran lebih mudah. Tidak perlu bimbang duit
kecil. Lebih selamat. Contohnya untuk melancong tak perlu tukar mata wang
kemudian jika hilang terus telefon bank. Sekat atau batalkan kad. Ringan dan
mudah dibawa kemana-mana.

Perkhidmatan lain  Perbankan Internet (guna komputer/telefon pintar/ peranti mudah alih)
 Pelaburan emas
 Urus niaga saham
 Unit amanah
 Penulisan wasiat
 Perkhidmatan insurans
 Urusan bayaran eksport dan import

Soalan:

1. Apakah kelebihan akaun semasa(peniaga) berbanding akaun simpanan(boleh keluar bila-bila) yang
disediakan oleh bank perdagangan ?

A kemudahan cek (betul)


B faedah yang lebih tinggi (keburukan)
C boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa (akaun simpanan)
D syarat pembukaan akaun yang lebih mudah

2. Pernyataan di bawah berkaitan dengan suatu kemudahan bank perdagangan.

Pasar raya DEON membayar gaji kepada 600 orang


pekerja melalui kemudahan pembayaran yang
disediakan oleh perdagangan.

A Cek
B Debit langsung
C pindahan kredit
D perintah sedia ada

3. Antara yang berikut yang manakah kemudahan pinjaman yang disediakan oleh bank
perdagangan?

A Draf bank( menerima dan membayar )


B Kad kredit
C Pindahan kredit
D Perintah sedia ada

4. Apakah pembayaran yang boleh dilakukan oleh individu melalui kemudahan Debit
Langsung?
A. Bil telefon
B. Gaji pekerja (pindahan kredit)
C. Ansuran kereta (perintah sedia ada-tetap dan berulang)
D. Premium insuran

5. Situasi manakah yang menerangkan fungsi bank perdagangan dalam menerima dan
membuat bayaran?
A Puan Sanggetha mewasiatkan asetnya kepada keluarga (lain2 perkhidmatan)
B Encik Fauzi membuat pinjaman untuk membeli rumah teres (harta tanah)-pinjaman
C Cik Zainah mendepositkan cek yang diterima di Bank Islam
D Cik Nicole menyimpan wang sebanyak RM1 000 untuk tempoh setahun(akaun semasa /tetap)

You might also like