You are on page 1of 8

SULIT 3766/2

SOALAN PRAKTIS BESTARI


PROJEK JAWAB UNTUK JAYA (JUJ) 2018

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 3766/2


PERNIAGAAN
Kertas 2 / Set 2

2 Jam 15 Minit Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 3 bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C


2. Jawab lima soalan daripada Bahagian A , dua soalan daripada Bahagian B dan satu
soalan wajib di Bahagian C.
3. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang disediakan.
4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan.
5. Penggunaan kalkulator yang tidak boleh diprogramkan dibenarkan.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

3755/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2018 [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 2 3766/2

BAHAGIAN A
[ 50 markah ]
Jawab lima soalan sahaja.

1 Gambar di bawah menunjukkan sejenis perniagaan di Malaysia.

a) Jelaskan kelebihan perniagaan ini kepada francaisor. [ 4 markah ]

b) Terangkan aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan di 1 ( a ).


[ 4 markah ]

c) Jelaskan kesan deflasi kepada negara. [ 2 markah ]

2 Keratan akhbar berikut berkaitan dengan agensi kerajaan yang membantu kegiatan perniagaan.

SME Bank, Matrade kerjasama bantu PKS

KUALA LUMPUR 23 Jan. – SME Bank dengan kerjasama Perbadanan


Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menjalankan
projek berimpak tinggi, SME Go untuk membantu mempertingkatkan
produktiviti Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dalam Pelan Induk PKS
yang telah dirancang dengan dana bernilai RM100 juta.
Ubah suai daripada Utusan 23 / 1 / 2015

a) Nyatakan empat peranan agensi kerajaan yang dapat mempromosikan perniagaan di atas.
[ 4 markah ]
b) Jelaskan tujuan perkongsian strategik dua agensi tersebut. [ 3 markah ]

c) Bagi memastikan penyata kewangan sesebuah perniagaan mudah disediakan dan lengkap,
perniaga perlu menyimpan dokumen. Nyatakan dokumen yang perlu disimpan oleh peniaga.
[ 3 markah ]

3766/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2018 [Lihat halaman sebelah


SULIT 3 3766/2

3 a) Sesebuah perniagaan perlu menetapkan objektif yang mampan. Jelaskan ciri-ciri objektif
perniagaan. [ 4 markah ]

b) Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat Jaya Sdn.Bhd. pada tahun 2017.

Nisbah / Tahun 2016 2017

Nisbah pusing ganti stok (kali) 4.6 5.11

Nisbah pusing ganti aset (kali) 2.35 2.29

Jualan stok pada musim perayaan (%) - 20

Takrifkan nisbah pusing ganti stok. [ 3 markah ]

c) Nyatakan kedudukan prestasi perniagaan Syarikat Jaya Sdn.Bhd berdasarkan nisbah pusing
ganti stok pada tahun 2017. [ 3 markah ]

4 Maklumat berikut berkaitan dengan klasifikasi dan skala perniagaan Encik Hairul.

Encik Hairul ingin meneruskan perusahaan ternakan ikan sangkar ayahnya di


Kuala Lipis, Pahang. Beliau memohon pembiayaan dari Agro Bank untuk
membeli benih ikan. Beliau memilih ternakan ikan sangkar kerana permintaan
yang sangat tinggi tetapi penawarannya adalah terhad. Setelah lima tahun,
beliau telah mampu mengupah 10 orang pekerja dan memiliki 150 buah
sangkar ikan yang dapat menampung permintaan dari negeri berhampiran.

a) Jelaskan sektor dan skala bagi perniagaan yang diusahakan oleh Encik Hairul. [ 2 markah ]

b) Terangkan dua faktor penyumbang yang perlu ada pada Encik Hairul untuk memulakan
perniagaan tersebut. [ 4 markah ]

c) Apakah prosedur mendapatkan sumber pembiayaan luaran bagi sesebuah perniagaan.


[ 4 markah ]

3766/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2018 [Lihat halaman sebelah


SULIT 4 3766/2

5 Maklumat di bawah berkaitan dengan trend persekitaran perniagaan.

Puan Chin dan Puan Sonam menjalankan perniagaan pengeluaran makanan


ringan semenjak lima tahun yang lalu di Kawasan Perindustrian Gebeng,
Pahang. Pada awal perniagaan, mereka memasarkan produk di pasar raya
sekitar negeri Pahang sahaja. Setelah lima tahun beroperasi , aktiviti dan
operasi perniagaan mereka semakin berkembang dan keuntungan semakin
meningkat. Mereka juga mempunyai sumber manusia yang memiliki
kepakaran dan pengalaman yang membantu meningkatkan prestasi
perniagaan. Kestabilan ekonomi dan politik negara juga membantu perniagaan
terus berkembang di pasaran.

a) Jelaskan jenis trend persekitaran perniagaan di atas. [ 4 markah ]

b) Terangkan kesan keberuntungan perniagaan selain di atas. [ 4 markah ]

c) Terangkan maksud guna tenaga. [ 2 markah ]

6 Jadual di bawah menunjukkan pengiraan Titik Pulang Modal (TPM) Syarikat Penerbitan Suria bagi
keluaran bukunya.

Pengiraan TPM

Kos tetap : RM 5, 000


Kos berubah seunit : RM 5.00
Harga : RM 10.00

TPM :
= RM 5,000
RM 10.00 – RM 5.00
= RM 5,000
RM 5.00
= 1,000 buah buku

a) Tanpa menggunakan skala, lukiskan graf Titik Pulang Modal berdasarkan jadual tersebut.
[ 5 markah ]
b) Pada rajah yang dilukis pada (a), lorekkan kawasan yang menunjukkan perbezaan antara
jumlah hasil dan jumlah kos, sekiranya kuantiti dijual meningkat sebanyak 200 buah buku.
[ 3 markah ]

c) Jelaskan maksud pengecualian cukai. [ 2 markah ]

3766/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2018 [Lihat halaman sebelah


SULIT 5 3766/2

BAHAGIAN B
[ 30 markah ]
Jawab dua soalan sahaja.

7 Maklumat berikut berkaitan dengan pengurusan sumber fizikal kepada sebuah perniagaan.

Daniel menjalankan perniagaan komputer. Beliau telah membeli sebuah premis


perniagaan di Jerantut, Pahang tiga tahun yang lepas. Selain menjual komputer,
beliau juga menawarkan perkhidmatan seperti mencetak, membaik pulih komputer,
mengimbas, fotostat dan faksmili kepada pelanggan. Beliau telah dibantu oleh dua
orang pekerja yang bertanggungjawab melayani pelanggan yang datang ke kedai
beliau.

a) Pada pendapat anda, apakah jenis insurans yang boleh digunakan oleh Daniel untuk
melindungi sumber fizikal perniagaannya? [ 7 markah ]

b) Terangkan kepentingan interaksi di atas. [ 8 markah ]

8 Dialog di bawah menunjukkan gaya pengurusan Lina dan Alias.

Lina : Saya membayar gaji mengikut tanggungjawab dan jenis tugas yang
dipikul oleh pekerja. Saya juga memberi kebebasan kepada pekerja
untuk membuat keputusan dalam kerja kerana yakin mereka dapat
melakukan kerja dengan baik.

Alias : Tidak sama dengan saya. Saya lebih suka membuat keputusan sendiri
tanpa bergantung kepada pekerja-pekerja. Saya ingin mencapai
matlamat yang telah ditetapkan tepat pada masa. Pekerja-pekerja
hanya ikut arahan untuk melakukan kerja.

a) Apakah faktor lain yang menentukan sistem penggajian bagi perniagaan Lina? [ 8 markah ]

b) Huraikan bentuk gaya pengurusan yang diamalkan oleh Lina dan Alias. [ 7 markah ]

3766/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2018 [Lihat halaman sebelah


SULIT 6 3766/2

9 Gambar di bawah berkaitan dengan alat teknologi maklumat dan komunikasi.

a) Jelaskan tujuan penggunaan alat tersebut dalam sesebuah organisasi perniagaan.


[ 8 markah ]
b) Huraikan prosedur mengurus alat teknologi maklumat dan komunikasi tersebut. [ 7 markah ]

3766/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2018 [Lihat halaman sebelah


SULIT 7 3766/2

BAHAGIAN C
[ 20 markah ]
Jawab dua soalan sahaja.

10 Cik Fatini, seorang lepasan ijazah dalam bidang rekaan fesyen. Beliau telah memulakan perniagaan
butik pengantin di Bandar Tun Razak, Rompin kerana minatnya yang mendalam dalam rekaan
busana pengantin serta gubahan hantaran pengantin. Sejak membuka perniagaan tersebut, beliau
telah mengalami kerugian hampir RM50 000. Beliau gagal menarik pelanggan kerana pesaingan
daripada beberapa butik pengantin yang berdekatan. Ini disebabkan beliau tidak mahir dalam seni
andaman pengantin. Beliau mempelawa rakannya Puan Maria, seorang jurumekap untuk bergabung
tenaga bagi menjalankan perniagaan bersama. Puan Maria menerima pelawaan tersebut dan
menandatangani perjanjian yang telah dipersetujui bersama untuk menubuhkan Butik Pengantin
Idaman.

Bagi memastikan perniagaan yang dijalankan boleh kekal dalam pasaran, Butik Pengantin Idaman
telah menggunakan titik pulang modal sebagai asas ukuran untuk mengetahui pernigaan boleh terus
beroperasi atau tidak. Berikut merupakan maklumat tentang kos pengeluaran gubahan pengantin
untuk tempoh setahun.

Perkara Harga (RM)

Kos tetap RM 12 000


Kos berubah per unit RM 12
Harga jualan per unit RM 20

Dalam tempoh 2 tahun pembukaan Butik Pengantin Idaman, sambutan yang diterima sangat
menggalakkan. Koleksi rekaan baju pengantin yang terkini untuk disewa juga diperlukan bagi
menampung bilangan pelanggan yang meningkat terutama semasa cuti persekolahan. Walau
bagaimanapun butik yang diusahakan oleh Cik Fatini dan Puan Maria menghadapi masalah
kewangan. Cik Fatini berpendapat mereka perlu memohon pembiayaan daripada Majlis Amanah
Rakyat (MARA) selain menggunakan simpanan sendiri.

Selepas mendapat bantuan daripada MARA, Butik Pengantin Idaman semakin bertambah maju.
Puan Maria menyarankan mereka meningkatkan pelaksanaan strategi pemasaran dengan meluaskan
operasi perniagaan dengan menyediakan pakej pengantin yang berpatutan ke daerah-daerah
berhampiran iaitu Kuantan dan Pekan. Butik Pengantin Idaman juga telah memilih media sosial
untuk memberitahu tentang perniagaannya.

3766/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2018 [Lihat halaman sebelah


SULIT 8 3766/2

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan yang berikut:

a) Terangkan kelebihan pemilikan perniagaan yang dijalankan oleh Butik Pengantin Idaman.
[ 4 markah ]
b) Hitungkan titik pulang modal dalam unit dan hasil. [ 6 markah ]

c) Jelaskan kekuatan sumber pembiayaan yang digunakan oleh Butik Pengantin Idaman.
[ 4 markah ]
d) Terangkan campuran pemasaran yang dilaksanakan oleh Butik Pengantin Idaman.
[ 6 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

3766/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2018 [Lihat halaman sebelah

You might also like