You are on page 1of 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jabatan Pendidikan Negeri Johor


Pejabat Pendidikan Daerah Pontian
SMK Telok Kerang,
Jalan Peradin, Telefon : 07-6873903
82020, Pontian, Fax : 07-6868421
Johor Darul Ta’zim Email: JEE6009@moe.edu.my

Ruj. Kami : SMK.PVMA- 01/LANTIKTAC/20 ( )


Tarikh : 05 OKTOBER 2020

Kepada,
……………………………………………………………
……………………………………………………………
……………………………………………………………

Tuan,
PELANTIKAN JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNIKAL ( TECHNICAL ADVISORY
COMMITTEE, (TAC) PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN (HT-012-2:2012)
BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK KERANG, PONTIAN, JOHOR.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang,


Pontian bersetuju untuk melantik tuan sebagai Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC)
bagi Program Vokasional Menengah Atas – Penyediaan dan Pembuatan Makanan
Pentauliahan Pensijilan Kemahiran; SKM Tahap 2 (HT-012-2:2012). Tujuan pelantikan
adalah untuk membantu menilai, menyemak dan mengesahkan kurikulum Program serta
Bersama-sama terlibat dalam melaksanakan Lawatan Verifikasi Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK) bagi pentauliahan Pusat Bertauliah Cawangan (PBC) di sekolah ini.

3. Dengan pelantikan ini, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang,


Pontian berharap tuan /puan dapat memberi kerjasama, khidmat rundingan nasihat dan
menyumbangkan ilmu pengetahuan dalam bidang Penyediaan dan Pembuatan Makanan
demi kecemerlangan pelajar sekolah ini.

4. Bersama-sama dengan surat ini disertakan satu Salinan Curriculum Vitae untuk
dilengkapkan bagi tujuan rujukan dan rekod pihak sekolah. Borang yang telah diisi dengan
lengkap hendaklah diemailkan ke jea6009@moe.edu.my.

5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohamad Hatta Bin Yahaya di talian
017-5085549. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian,
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

...............................................
(AZIZAH BINTI OMAR)
Pengurus Pusat Bertauliah
SMK Telok Kerang,
Pontian, Johor.
BIL : SMK.PVMA- 01/STTAC/20 ( )
TARIKH : 05 OKTOBER 2020

SURAT SETUJU TERIMA

Saya ……………………………………………………. No Kad Pengenalan……………………..


Berkhidmat di
……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………...
.
Dengan sesungguhnya berjanji bahawa akan mematuhi Peranan dan Tanggungjawab
JawatanKuasa Penasihat Teknikal (TAC) bagi program:
(HT-012-2:2012) PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN / FOOD
PREPARATION AND PRODUCTION
yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Jabatan
Pembangunan Kemahiran semasa menjalankan tugas sebagai TAC. Maka dengan itu saya
berjanji sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peranan dan Tanggungjawab TAC
bahawa saya hendaklah:
1. Memberi maklum balas tentang keberkesanan modul-modul tertentu dalam struktur
kurikulum berdasarkan keperluan industri yang berkaitan.
2. Mencadangkan aspek penambahbaikan modul-modul tertentu dalam struktur
kurikulum agar selari dengan keperluan industri dan standard antarabangsa.
3. Menilai dan memastikan pencapaian objektif program dan hasil pembelajaran
program adalah di tahap yang baik.
4. Memberikan cadangan penambahbaikan berterusan kualiti program untuk
memastikan murid yang dilahirkan oleh program tersebut berkualiti dan menepati
kehendak pasaran.
5. Mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama tenaga pengajar/murid untuk
mempertingkatkan kefahaman tentang bidang pengkhususan program akademik
yang berkaitan.

Saya sesungguhnya faham bahawa dengan peranan dan tanggungjawab seperti di atas.

………………………………………………….
Tandatangan TAC
Nama TAC :
Tarikh :

You might also like