You are on page 1of 11

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI, JOHOR


PROSEDUR PENGAMBILAN
NO KELUARAN : 06
CONTOH MAKANAN
NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKE02 NO PINDAAN : 01

TARIKH KUATKUASA : 14 OGOS 2014

PROSEDUR
PENGAMBILAN CONTOH MAKANAN

NAMA TANDATANGAN

Mohd Syafik Bin Mahati


Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Cetakkan Komputer
DISEDIAKAN
OLEH
U29

Dr Fazilahton Binti Rajulin


DISEMAK OLEH Pegawai Perubatan UD54 Cetakkan Komputer
Ketua Pengawal Dokumen

Dr Hjh Hanihaselah bt Mohd Salleh


DILULUSKAN
Pakar Perubatan Keluarga UD54 Cetakkan Komputer
OLEH
Wakil Pengurusan
NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKE02

1.0 OBJEKTIF
Prosedur ini menggariskan tatacara pengambilan sampel makanan secara
formal untuk analisa kimia, fizikal dan mikrobiologi supaya mematuhi keperluan
yang ditetapkan dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan
1985.
a) Untuk menyeragamkan segala proses kerja aktiviti pensampelan
makanan
b) Mematuhi kehendak-kehendak dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-
peraturan Makanan 1985.
.
2.0 SKOP

Prosedur ini digunapakai oleh Pegawai Berkuasa yang dilantik dibawah


peruntukan Akta Makanan 1983 di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dalam
melaksanakan aktiviti pensampelan makanan.

3.0 RUJUKAN

3.1 Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 (Akta 281)
Prosedur Operasi Piawai – Penguatkuasaan dan Perundangan Kesihatan
3.2
Awam
3.3 Manual Prosedur Kerja - BKKM.

4.0 TERMINOLOGI

4.1 PDK ( Pegawai : Mana-mana pegawai yang dilantik di bawah


Diberi Kuasa) peruntukan undang-undang kesihatan awam

4.2 PB ( Pegawai : Pegawai-pegawai yang dilantik di bawah seksyen 3


Berkuasa) Akta Makanan 1983 / Seksyen 3 Akta Pencegahan
& Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 / Seksyen 3
Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit

4.3 UKKM : Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan


4.4 PPKP : Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
4.5 PKA : Pembantu Kesihatan Awam
4.6 BKKM : Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan
4.7 PKD : Pegawai Kesihatan Daerah
4.8 UPP : Unit Penyiasatan & Pendakwaan
4.9 ID : Diari Siasatan
4.10 Sampel Formal : Sampel makanan yang diambil untuk tujuan
penguatkuasaan undang-undang

Page | 2
MS ISO 9001:2008
Prosedur Pengambilan Contoh Makanan
NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKE02

5.0 TINDAKAN DAN TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN TANGGUNGJAWAB
PENSAMPELAN KIMIA & FIZIKAL
5.1
( Di pejabat – sebelum pensampelan )
5.1.1 Mengenalpasti bilangan dan jenis sampel yang hendak PPKP
diambil, jenis makanan yang akan disampel dan tentukan
jenis parameter analisis

Pilihan makanan, bilangan dan jenis;

(a) Pelan Tindakan Kebangsaan


(b) Arahan Kementerian / JKNJ
(c) Isu Semasa / ‘Food Alert’

5.1.2 Periksa senarai semak kit pensampelan dan PPKP


penghantaran sampel.
5.1.3 Kenalpasti Pegawai Diberi Kuasa lain yang akan terlibat PPKP
dalam aktiviti ini.
5.1.4 Pastikan Kad Perakuan Kuasa ada dibawa bersama. PPKP
5.1.5 Pastikan wang tunai yang mencukupi untuk tujuan PPKP
pembelian sampel makanan

5.2 PENSAMPELAN KIMIA & FIZIKAL


( Di lapangan – sebelum pensampelan )
5.2.1 Pegawai Diberi Kuasa memperkenalkan diri kepada orang PPKP
yang bertanggungjawab dalam premis berkenaan.
a) Tunjukkan Kad Perakuan Kuasa
b) Nyatakan tujuan kedatangan
[Rujukan : Seksyen 4 Akta Makanan 1983-pindaan 2010]

5.2.2 Kemudian, dengan disaksikan atau ditemani oleh orang yang


bertanggungjawab dalam premis berkenaan, Pegawai Diberi
Kuasa memilih makanan yang akan disampel.
5.2.3 Setelah makanan dipilih, dapatkan resit belian untuk makanan PPKP
tersebut. Seboleh-bolehnya dapatkan satu resit untuk satu
jenis barang yang diambil dan pastikan resit ditandatangani
serta dapatkan juga cop premis tersebut.
Jika sampel makanan diambil dari pengilang atau agen
pengimport, pembungkus, tiada bayaran dikenakan tetapi
dapatkan akuan pengambilan sampel makanan daripada
pengilang, agen pengimport atau pembungkus.
[Rujukan : Seksyen 5(2) Akta makanan 1983-pindaan 2010]

Page | 3
MS ISO 9001:2008
Prosedur Pengambilan Contoh Makanan
NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKE02

5.2.4 Laksanakan prosedur pensampelan mengikut Peraturan- PPKP


peraturan Makanan 1985.
[Rujukan : Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Makanan 1985-
pindaan 2010]

5.2.5 Label dan tandakan bahagian sampel makanan tersebut serta PPKP
lakkan dengan lak rasmi.
5.2.6 Tawarkan salah satu daripada tiga bahagian sampel makanan PPKP
berkenaan (jika diambil tiga bahagian) kepada orang yang
bertanggungjawab dalam premis berkenaan. Tawaran tidak
perlu dibuat jika sampel diambil satu bahagian sahaja
(termasuk sampel untuk analisa fizikal).
[Rujukan : Peraturan 4(b) Peraturan-Peraturan Makanan 1985-
pindaan 2010]
5.2.7 Keluarkan notis pensampelan makanan kepada orang yang PPKP
bertanggungjawab.

5.3 PENSAMPELAN KIMIA & FIZIKAL


( Di Pejabat – Selepas Pensampelan )
5.3.1 Rekod sampel dalam buku daftar sampel. PPKP
5.3.2 Isi borang permintaan analisis dan nyatakan jenis analisa PPKP
secara spesifik.
5.3.3 Simpan satu bahagian sampel makanan (jika diambil tiga PPKP
bahagian) di tempat yang berkunci dan selamat di pejabat.
[Rujukan : Peraturan 4(1)(d) Peraturan-Peraturan Makanan 1985-
pindaan 2010]

5.3.4 Hantar satu bahagian sampel makanan kepada juruanalisis. PPKP


Penghantaran sampel untuk analisis boleh dilakukan sendiri
oleh Pegawai Diberikuasa atau melalui Pegawai Diberi Kuasa
yang lain atau melalui mel berdaftar A.T. (Akuan Terima).
[Rujukan : Peraturan 4(1)(c) Peraturan-Peraturan Makanan 1985-
pindaan 2010]

5.3.5 Dapatkan surat akuan penerimaan sampel daripada PPKP


juruanalisis.
5.3.6 Mambuat laporan Polis sekiranya berlaku apa-apa PPKP
kecacatan/kerosakan/kehilangan sampel makanan yang
disimpan di pejabat.
5.3.7 Terima laporan keputusan sampel makanan daripada PPKP
juruanalisis.
5.3.8 Rekod keputusan sampel makanan tersebut dalam buku PPKP
daftar sampel.
5.3.9 Semak keputusan analisa tersebut. Buka ID dan serahkan PPKP / PPKPK /
kepada Unit Penyiasatan & Pendakwaan sekiranya terdapat PKD
pelanggaran terhadap Akta Makanan 1983 & Peraturan-
peraturan makanan 1985.

Page | 4
MS ISO 9001:2008
Prosedur Pengambilan Contoh Makanan
NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKE02

5.4 PENSAMPELAN MIKROBIOLOGI


( Di Pejabat – Sebelum Pensampelan )
5.4.1 Mengenalpasti bilangan dan jenis sampel yang hendak PPKP
diambil, jenis makanan yang akan disampel dan tentukan jenis
parameter analisis
Pilihan makanan, bilangan dan jenis;
(a) Pelan Tindakan Kebangsaan
(b) Arahan Kementerian / JKNJ
(c) Isu Semasa / ‘Food Alert’

5.4.2 Periksa senarai semak kit pensampelan dan penghantaran PPKP


sampel.

5.4.3 Kenalpasti Pegawai Diberi Kuasa lain yang akan terlibat PPKP
dalam aktiviti ini.

5.4.4 Pastikan Kad Perakuan Kuasa ada dibawa bersama. PPKP


5.4.5 Pastikan wang tunai yang mencukupi untuk tujuan pembelian PPKP
sampel makanan

5.5 PENSAMPELAN MIKROBIOLOGI


( Di Lapangan – Sebelum Pensampelan )
5.5.1 Pegawai Diberi Kuasa memperkenalkan diri kepada orang PPKP
yang bertanggungjawab dalam premis berkenaan.
a) Tunjukkan Kad Perakuan Kuasa
b) Nyatakan tujuan kedatangan
[Rujukan : Seksyen 4 Akta Makanan 1983-pindaan 2010]

5.5.2 Kemudian, dengan disaksikan atau ditemani oleh orang yang PPKP
bertanggungjawab dalam premis berkenaan, Pegawai Diberi
Kuasa memilih makanan yang akan disampel.

5.5.3 Setelah makanan dipilih, dapatkan resit belian untuk makanan PPKP
tersebut. Seboleh-bolehnya dapatkan satu resit untuk satu
jenis barang yang diambil dan pastikan resit ditandatangani
serta dapatkan juga cop premis tersebut.

Jika sampel makanan diambil dari pengilang atau agen


pengimport, pembungkus, tiada bayaran dikenakan tetapi
dapatkan akuan pengambilan sampel makanan daripada
pengilang, agen pengimport atau pembungkus.
[Rujukan : Seksyen 5(2) Akta makanan 1983-pindaan 2010]

5.5.4 (Semasa menjalankan aktiviti pemilihan sampel dan PPKP


pembungkusan sampel, Pegawai Diberi Kuasa hendaklah
memastikan aktiviti pensampelan dijalankan mengikut
prosedur piawaian untuk pengambilan sampel mikrobiologi
yang ditetapkan).

Page | 5
MS ISO 9001:2008
Prosedur Pengambilan Contoh Makanan
NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKE02

Laksanakan prosedur pensampelan mengikut Peraturan-


peraturan Makanan 1985.
[Rujukan : Peraturan 5 Peraturan-Peraturan Makanan 1985-
pindaan 2010]

5.5.5 Label dan tandakan bahagian sampel makanan tersebut serta PPKP
lakkan dengan lak rasmi.
5.5.6 Masukkan sampel makanan dalam bekas yang dibawa. Jenis PPKP
bekas yang digunakan bergantung kepada jenis makanan
yang diambil. Pastikan rantaian sejuk diamalkan. Rekod
suhu/tarikh/masa.
5.5.7 Keluarkan notis pensampelan makanan kepada orang yang PPKP
bertanggungjawab.

5.6 PENSAMPELAN MIKROBIOLOGI


( Di Pejabat – Selepas Pensampelan )
5.6.1 Rekod sampel dalam buku daftar sampel. PPKP
5.6.2 Isi borang permintaan analisis dan nyatakan jenis analisa PPKP
secara spesifik.
5.6.3 Hantar sampel makanan ke makmal secepat mungkin (dalam PPKP
tempoh 24 jam) kepada juruanalisis
5.6.4 Penghantaran sampel untuk analisis boleh dilakukan sendiri PPKP
oleh Pegawai Diberikuasa atau melalui Pegawai Diberi Kuasa
yang lain.
[Rujukan : Peraturan 5(c) Peraturan-Peraturan Makanan 1985-
pindaan 2010]

5.6.5 Dapatkan surat akuan penerimaan sampel daripada PPKP


juruanalisis.

5.6.6 Terima laporan keputusan sampel makanan daripada PPKP


juruanalisis.
5.6.7 Rekod keputusan sampel makanan tersebut dalam buku PPKP
daftar sampel.
5.6.8 Semak keputusan analisa tersebut. Buka ID dan serahkan PPKP / PPKPK /
kepada Unit Penyiasatan & Pendakwaan sekiranya terdapat PKD
pelanggaran terhadap Akta Makanan 1983 & Peraturan-
peraturan makanan 1985.

Page | 6
MS ISO 9001:2008
Prosedur Pengambilan Contoh Makanan
NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKE02

6.0. CARTA ALIRAN


Terima arahan daripada JKNJ /
PPKP/PPKPK.
berdasarkan Pelan Spesifikasi Output /
berdasarkan Pelan Tindakan

Perancangan Pensampelan Tahunan Daerah


PPKP / PPKPK
Ke premis yang dikenalpasti bersama PPKP/PKA (saksi) PPKP / PKA

Perkenalkan diri kepada orang bertanggungjawab dalam


premis dengan menunjukkan kad kuasa dan nyatakan
PPKP
tujuan

Periksa dan pilih sampel makanan yang perlu diambil


PPKP

Beli atau dapatkan akuan pengambilan sampel

PPKP
Jalankan pensampelan

Parameter Parameter Parameter PPKP


kimia fizikal Mikrobiologi

Ambil 3 bahagian
Ambil satu bahagian
(jika Praktikal)

Label & lak Label & lak

Simpan dalam bekas & catat suhu/tarikh/masa PPKP


Tawar satu bahagian
(amal rantai sejuk)-untuk parameter mikrobiologi

Keluarkan notis
Keluarkan notis
pengambilan sampel
pengambilan sampel
seksyen 6(1)
seksyen 6(1) PPKP

Rekod dalam buku Rekod dalam buku


daftar sampel daftar sampel PPKP

B B
Page | 7
MS ISO 9001:2008
Prosedur Pengambilan Contoh Makanan
NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKE02

B B
PPKP

SImpan satu bahagian


sampel dalam peti
berkunci PPKP / PPKPK

PPKP / PKA
Lapor Polis sekiranya
sampel
hilang/cacat/rosak
PPKP
Isi borang analisa Isi borang analisa
sampel sampel
PPKP

Hantar sampel ke Hantar sampel ke


makmal dalam masa 48 makmal dalam masa 24
jam jam PPKP

Terima laporan PPKP


keputusan analisis
sampel

Rekod dalam buku


daftar sampel PPKP / PKA

Semak sekiranya
sampel melanggar Akta
/ Peraturan
PPKP

Buka ID dan serah UPP sekiranya


terdapat pelanggaran
PPKP / PPKPK

TAMAT

Page | 8
MS ISO 9001:2008
Prosedur Pengambilan Contoh Makanan
NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKE02

7.0. REKOD KUALITI

TEMPOH
BIL JENIS REKOD LOKASI
SIMPANAN

Senarai peralatan pengambilan


1 5 tahun UKKM
sampel

2 Akuan pengambilan sampel 5 tahun UKKM

3 Label bagi sampel makanan 5 tahun UKKM

Borang notis pengambilan sampel


4 5 tahun UKKM
makanan

Borang permintaan analisis


5 5 tahun UKKM
sampel makanan

Resit penerimaan sampel


6 5 tahun UKKM
makanan

Laporan keputusan analisa


7 5 tahun UKKM
sampel makanan

8.0 INPUT

8.1 SUMBER MANUSIA


8.1.1 Pegawai Kesihatan Daerah
8.1.2 Pegawai Kesihatan
8.1.3 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
8.1.4 Pembantu Kesihatan Awam
8.1.5 Pekerja Awam

8.2 DATA / MAKLUMAT


8.2.1 Jadual Aktiviti / Takwim
8.2.2 Surat Arahan Dari JKNJ / BKKM
8.2.3 Aduan

8.3 PERALATAN
8.3.1 Peralatan pensampelan makanan
8.3.2 Kad kuasa
8.3.3 Kenderaan
8.3.4 Almari berkunci

Page | 9
MS ISO 9001:2008
Prosedur Pengambilan Contoh Makanan
NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKE02

9.0 OBJEKTIF PROSES

9.1 OBJEKTIF KESELURUHAN


Menjalankan aktiviti pensampelan makanan mengikut sasaran
tahunan dengan berpandukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-
peraturan Makanan 1985.

9.2 OBJEKTIF SUB PROSES

9.2.1. Sekurang-kurangnya sepuluh pelanggaran daripada


pengambilan sampel dikesan dan diambil tindakan dalam
tempoh setahun

9.2.2. Setiap pelanggaran sample perlu dibuka sampul kecil dalam


masa 5 hari bekerja selepas keputusan makmal diterima

10.0 KLAUSA YANG BERKAITAN

5.5.1 Tanggungjawab dan kuasa

Page | 10
MS ISO 9001:2008
Prosedur Pengambilan Contoh Makanan
NO RUJUKAN : JOH-PKKT-PK-AKE02

REKOD PINDAAN

Adalah menjadi tanggungjawab pemegang dokumen ini untuk memastikan salinan


dokumen terkawal ini sentiasa dikemaskini dengan memasukkan semua pindaan-
pindaan yang dinyatakan di dalam Rekod Pindaan

HALAMAN DIPINDAAN
TARIKH NO NO BUTIR-BUTIR PINDAAN DILULUSKAN
M/S
KELUARAN PINDAAN

01.03.2012 Keluaran 05 Pindaan 00 Keseluruhan Perubahan keseluruhan Cetakkan


Mukasurat mukasurat berdasarkan
keperluan pengawal Komputer
dokumen.

Keseluruhan
01.03.2014 04 00 Perubahan / Cetakkan
Penambahbaikan format
Dokumen mengikut keperluan Komputer
yang lebih mudah

Terdapat 50% pemegang


prosedur telah bertukar dan
terdapat cadangan pindaan
dilakukan

Terdapat perubahan sasaran


dan KPI yang ditetapkan oleh
JKNJ / KKM.

10
14.08.2014 06 01 9.2.1 Sekurang-kurangnya Cetakkan
sepuluh pelanggaran
daripada pengambilan Komputer
sampel dikesan
dan diambil tindakan dalam
tempoh setahun

9.2.2 Setiap pelanggaran


sample perlu dibuka sampul
kecil dalam masa 5 hari
bekerja selepas keputusan
makmal diterima

Page | 11
MS ISO 9001:2008
Prosedur Pengambilan Contoh Makanan

You might also like