You are on page 1of 7

TEKS BAHAS

TAJUK : PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM PROSES PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN MAMPU MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
(KERAJAAN)

AHLI KUMPULAN : PENDEBAT 1 :NUR HUSNINA SYASYA BINTI JOHAR

PENDEBAT 2 :NUR AFINI BINTI ZULKIFLI

PENGGULUNG :AMIRAH NUR AISYAH BINTI SAMSULAMRI

PENDEBAT 1 :

Bahasa Inggeris sememangnya penting bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk


memajukan negara bagi mencapai Wawasan 2020 supaya setanding dengan negara lain.
Penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris hendaklah dititikberatkan kerana bahasa
Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan secara meluas. Penggunaan
Bahasa Inggeris di Malaysia diajar secara formal dan dimasukkan sebagai silibus pada
seawal pendidikan pra-sekolah (Siti Hamim Stapa, Nadzrah Abu Bakar dan Rozmel Abdul
Latiff , 2007). Mata pelajaran Bahasa Inggeris wajib diambil oleh semua pelajar dari darjah
satu hingga tingkatan lima. Malah, penggunaan bahasa Inggeris juga diperhebatkan di
universiti-universiti tempatan dalam proses pembelajaran. Bahasa Inggeris juga merupakan
bahasa yang paling utama atau bahasa nombor satu dunia. Ia dilihat sebagai bahasa yang
membolehkan penduduk dunia berinteraksi secara mudah dan berkesan di era
perkembangan pesat dan teknologi moden seperti pengenalan televisyen satelit, telefon
selular dan rangkaian komputer malahan hampir 99 peratus maklumat dalam internet adalah
dalam bahasa Inggeris (Ahmad Zahri Jamil, 2002).

Menjelang tahun 2003, bahasa Inggeris telah mula digunakan dalam pendidikan di Malaysia.
Sistem ini dimulakan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa penghantar untuk mata
pelajaran sains dan matematik. Pelaksanaannya dijalankan secara berperingkat-peringkat
yang dimulakan kepada pelajar tahun 1 serta pelajar tingkatan 1. Beberapa tahun kemudian,
semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah telah menggunakan bahasa Inggeris
sepenuhnya dalam pendidikan sains dan matematik. Biarpun program ini diliputi dengan
pelbagai kontravesi namun tindakan kerajaan melaksanakan dasar penggunaan bahasa
Inggeris dalam pendidikan memberi pelbagai kebaikan.
Penggunaan Bahasa Inggeris adalah satu cabaran dalam sistem pendidikan kerana ia
merupakan bahasa asing dalam sistem pendidikan Malaysia. Menurut Kern (2000),
kebanyakan program bahasa asing bertujuan untuk memperkembangkan kompetensi
pelajar dalam bidang ini. Dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan, graduasi perlu
melengkapkan diri dari segala aspek untuk menerajui pentadbiran negara kita. Graduasi
yang cemerlang dilahirkan oleh pusat pengajian yang terdiri dari pensyarah yang serba
boleh.

Kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris tidak dapat dipertikaikan walaupun Bahasa


Melayu menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia. Bahasa global ini digunakan dengan
meluas dan perlu dikuasai terutama golongan pelajar yang akan meneroka bidang ilmu
dalam bidang pendidikan, seterusnya diaplikasi dalam dunia pekerjaan. Sekalipun
Pengajaran Pembelajaran Matematik dan Sains (PPSMI) tidak lagi digunakan, proses
menimba ilmu di universiti terutamanya memerlukan pelajar mempunyai penguasaan
Bahasa Inggeris yang baik.Menjelang tahun 2003, bahasa Inggeris telah mula digunakan
dalam pendidikan di Malaysia. Sistem ini dimulakan apabila bahasa Inggeris dijadikan
bahasa penghantar untuk mata pelajaran sains dan matematik. Pelaksanaannya dijalankan
secara berperingkat-peringkat yang dimulakan kepada pelajar tahun 1 serta pelajar
tingkatan 1. Beberapa tahun kemudian, semua pelajar sekolah rendah dan sekolah
menengah telah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pendidikan sains dan
matematik. Biarpun program ini diliputi dengan pelbagai kontravesi namun tindakan kerajaan
melaksanakan dasar penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan memberi pelbagai
kebaikan.

Antara faedah menguasai bahasa Inggeris dalam pendidikan adalah bagi membolehkan
pelajar menguasai isi pelajaran yang kebanyakannya bersumberkan bahasa Inggeris.
Sebagai contohnya, memandangkan beberapa mata pelajaran penting seperti sains,
matematik, teknologi maklumat dan sebagainya menggunakan bahasa Inggeris maka
kegagalan pelajar menguasai bahasa ini akan melemahkan penguasaan pelajar dalam mata
pelajaran yang disebutkan tadi. Pepatah Melayu pernah menyebut, “kalau tidak dipecahkan
ruyung, masakan dapat sagunya”. Begitulah juga halnya, jika penggunaan bahasa Inggeris
tidak dimulai dari sekarang, selagi itulah para pelajar akan ketinggalan dalam mata pelajaran
tersebut. Justeru, penggunaan bahasa Inggeris adalah amat perlu dikuasai agar para
pelajar dapat memperoleh ilmu npengetahuan yang kebanyakannya hanya dapat diperoleh
melalui kemahiran berbahasa Inggeris.
Selain itu, bahasa Inggeris juga penting dalam pendidikan di negara kita selaras dengan
objektif pendidikan yang ingin melahirkan individu yang mampu bersaing dalam dunia
global. Penguasaan bahasa inggeris yang dimulakan dari sekolah mampu melahirkan
individu yang dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan individu lain dari seluruh dunia.
Sebagai contohnya, kemahiran berbahasa Inggeris amat penting apabila seseorang individu
ditugaskan di luar Negara atau membawa misi negara di luar negara. Kegagalan
berkomunikasi dengan berkesan menggunakan bahasa Inggeris akan menjejaskan pelbagai
peluang baik berupa peluang ekonomi mahupun sosial. Jelasnya, pendidikan bahasa
Inggeris di peringkat sekolah mampu melahirkan individu yang “berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah” dengan masyarakat lain di seluruh dunia.

Penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan juga penting kerana dengan penguasaan
bahasa tersebut para pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan baik dapat berpeluang
untuk melanjutkan pelajaran di luar Negara. Memandangkan bahasa Inggeris telah diterima
sebagai bahasa antarabangsa, kebanyakan universiti teragung di seluruh dunia
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Jika seseorang pelajar dapat
menguasai bahasa tersebut dengan baik maka peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran
ke luar negara adalah lebih cerah. Sebagai contohnya, institusi pendidikan swasta seperti
kebanyakan institusi pendidikan swasta di negara kita juga telah mengimplementasi
penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar mereka di institusi pendidikan
tinggi swasta. Oleh yang demikian, para pelajar yang bercita-cita untuk melanjutkan
pelajaran ke institusi pendidikan tinggi perlulah menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Pada masa yang sama, penggunaan bahasa Inggeris juga penting kepada para pelajar bagi
tujuan mendapatkan pekerjaan pada masa depan. Perlu diingat bahawa majikan akan lebih
tertarik untuk mengambil pekerja yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa
termasuklah berbahasa Inggeris. Sebagai contohnya, pekerjaan dalam bidang
telekomunikasi, penyiaran, teknologi maklumat dan sebagainya amat memerlukan
penggunaan bahasa Inggeris. Oleh itu, lepasan sekolah atau universiti yang mahir
berbahasa Inggeris lebih mudah mendapat pekerjaan berbanding dengan mereka yang
kurang menguasai bahasa Inggeris. Tambahan pula, mereka yang mahir berbahasa
Inggeris lebih diminati oleh majikan dari syarikat-syarikat besar yang biasanya menawarkan
pendapatan lebih lumayan. Jelasnya, bahasa Inggeris amat penting dipelajari di sekolah
demi memanfaatkan pelajar bagi tujuan membina kerjaya pada masa yang akan datang.
PENGGULUNG:

Terima kasih, Tuan Yang Dipertua, yang saya hormati ahli-ahli yang berhormat dan
juga ahli dewan yang dimuliakan.

Baiklah, bagi bahas yang pertama yang telah dikemukan oleh pembahas pertama
dari pihak pembakang. Saya hendak bertanya, sejauh manakah Yang Berhormat bahawa
bahawa Bahasa Melayu mampu melonjak jauh ke persada dunia? Jelaslah bahawa di sini,
Bahasa Melayu belum lagi mendapat tempat di hati orang di seluruh dunia. Hal ini dapat
membuktikan bahawa, pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris itu bagi mempromosikan
budaya masyarakat Malaysia sekali gus melonjakkan pencapaian pelajar di sekolah dengan
adanya hubungan antarabangsa di mana, ini mampu membantu mereka untuk berlajar cara
berfikiran dengan lebih meluas dan jauh. Hal ini kerana, Bahasa Inggeris bukan sahaja
bahasa ekonomi antarabangsa, malah menjadi bahasa teknologi bagi membolehkan negara
menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing terutama dalam era dunia tanpa sempadan yang
membentuk persekitaran lebih liberal dalam penggunaan perkhidmatan dan sumber
(Yahaya, Hashim, & Che Shariff, 2008; Yahaya, Mohd Noor, Mokhtar, Mohd Rawian,
Othman, & Jusoff, 2009). Keperluan terhadap penguasaan bahasa Inggeris semakin
mendesak dalam era globalisasi sehingga Perancis, China, Jepun dan negara-negara lain
yang sebelum ini amat tertutup dengan bahasa ini mula mengambil langkah
mempelajarinya. Dalam konteks dunia pendidikan pula, seseorang pelajar perlu menguasai
bahasa Inggeris untuk memahami bahan-bahan bacaan dalam bahasa Inggeris yang lebih
banyak dan mudah diperolehi. Bahasa Inggeris telah menjadi perantara dalam interaksi
dalam kalangan penduduk dunia, termasuk mendapatkan pelbagai bahan bacaan, rujukan
dan pengajaran pembelajaran ilmiah bermutu tinggi yang boleh didapati dengan meluas
secara dalam talian. Rujukan ilmiah sebegini terdiri daripada 99% diterbitkan dalam Bahasa
Inggeris dan memerlukan penguasaan serta tahap Issues in Language Studies (Vol. 5 No. 2
- 2016) Penguasaan Bahasa Inggeris dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu di UKM 30
pemahaman bahasa yang baik, selain kemampuan para pelajar itu menguasai teknik
mencari maklumat itu sendiri. Situasi ini mendorong kerajaan melaksanakan dasar yang
mahu pelajar menguasai Bahasa Inggeris.
Seterusnya, bagi bahas yang telah diutarakan oleh pembahas kedua ialah di mana
kebanyakkan guru tidak mahir dalam Bahasa Inggeris. Namun begitu kerajaan telah
melakukan beberapa program yang mampu meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris
dalam kalangan guru. Saya boleh beri contoh di mana, Program Peningkatan Kemahiran
Profesional Guru Bahasa Inggeris (Pro-ELT) walaupun baru bermula kira-kira tiga tahun lalu,
keberkesanan Program Peningkatan Kemahiran Profesional Guru Bahasa Inggeris (Pro-
ELT) yang dilaksanakan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025 telah menunjukkan peningkatan membanggakan dalam mempertingkatkan kecekapan
dan kemahiran pengajaran guru Bahasa Inggeris.Program tersebut yang telah memasuki
tahun ketiga pelaksanaannya bukan sahaja telah berjaya menunjukkan keberhasilan yang
signifikan, malah telah melatih hampir separuh daripada keseluruhan 55,000 guru Bahasa
Inggeris di semua sekolah seluruh negara. Menurut Pengarah Pusat Pembelajaran Bahasa
Inggeris, Kementerian Pendidikan, Mohamed Abu Bakar, sebelum program tersebut
dilaksanakan terdapat pelbagai masalah melibatkan kecekapan dan kemahiran seseorang
guru subjek tersebut dalam mengajar.

Menurut Pengarah Pusat Pembelajaran Bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan,


Mohamed Abu Bakar, sebelum program tersebut dilaksanakan terdapat pelbagai masalah
melibatkan kecekapan dan kemahiran seseorang guru subjek tersebut dalam mengajar.

Beliau berkata, masalah tersebut timbul disebabkan kemahiran guru terbabit semakin
menurun selepas kurang berkomunikasi dan menggunakan bahasa tersebut dalam urusan
harian terutamanya melibatkan guru di sekolah kawasan pedalaman dan luar bandar.

“Kita ada beberapa program melibatkan guru terbabit antaranya kursus selama empat hari
untuk guru yang telah mahir dan kursus selama tiga bulan khusus bagi menambah bilangan
subjek mengajar dalam Bahasa Inggeris dengan melatih guru Matematik, Bahasa Melayu
dan sebagainya, kursus ini selalunya dibuat untuk guru di kawasan pedalaman Sabah dan
Sarawak.

“Selain itu, kita juga telah melatih sebanyak 5,000 guru Bahasa Inggeris dalam kumpulan
pertama untuk jangka masa 480 jam yang mana 240 jam dilakukan secara bersemuka dan
selebihnya melalui dalam talian, hasilnya sebanyak 76 peratus daripada guru terbabit yang
mengikuti ujian Aptis mencatat peningkatan ke satu tahap band kecekapan yang lebih
tinggi,” katanya kepada media baru-baru ini. Menurut Mohamed, berdasarkan sistem
penarafan Common European Framework of References (CEFR) setiap guru terbabit akan
dinilai berdasarkan enam tahap iaitu C2, C1, B2,B1, A2 dan A1. Katanya, tahap C2 dan C1
merupakan peringkat tertinggi bagi menentukan kecekapan dan kefasihan guru terbabit
manakala, A2 dan A1 merupakan penanda aras paling lemah dalam penguasaan bahasa
tersebut. Menurutnya, rata-rata guru terbabit berada dalam kelompok B1 dan B2 yang
dikategorikan pada tahap baik. Mengulas lanjut, Mohamed berkata, sebanyak 9,000 guru
yang dilatih dalam kumpulan kedua pada dua tahun lalu telah menunjukkan peningkatan
yang baik dan pada tahun ini sebanyak 5,000 guru lagi yang sedang dilatih bukan sahaja
telah berjaya meningkatkan kefasihan masing-masing malah telah diterapkan teknik
pengajaran dan pembelajaran terkini dalam bilik darjah.

Akhir sekali, Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) adalah
satu program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris (MBMMBI). Ia dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rintis pada tahun 2016
melibatkan 300 buah sekolah. Program DLP memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang
layak untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selain
daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran
berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada bahasa Inggeris
secara tidak langsung. Dengan pengukuhan dwibahasa seseorang murid, DLP boleh
memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk
bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan.
Hal ini demikian kerana, penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah merupakan antara lima
faktor utama yang mempengaruhi kesukaran graduan mendapatkan pekerjaan. Ini disokong
dengan kajian dilakukan Abdullah (2007) yang mendapati 33.3% pengangguran dalam
kalangan graduan berpunca daripada penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah. Menurut
Kementerian Sumber Manusia terdapat seramai 20,217 orang siswazah yang menganggur
di negara ini, merangkumi siswazah lulusan dalam dan luar negara (The Star, 2006a),
antaranya berpunca daripada penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dan tidak
memahami keperluan majikan serta pekerjaan yang ditawarkan. Ini menyebabkan mereka
tidak layak diterima berkerja walaupun terdapat banyak kekosongan sehingga Kementerian
Sumber Manusia melaksanakan Program Latihan Siswazah Menganggur bagi membantu
menangani isu pengangguran dalam kalangan siswazah (Berita Harian, 2005; The Sun
Daily, 2006). Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan Bahasa Inggeris semasa proses
pembelajaran dan pengajaran amat penting kerana kita dapat melihat bahawa kenanyakkan
rakyat yang meningkatkan nama Malaysia di persada antarabangsa menguasai Bahasa
Inggeris sepenuhnya.

Kesimpulannya, saya dan rakan di pihak kerajaan masih teguh dengan pernyataan bahawa
penggunaan Bahasa Inggeris dalam Proses pengajran dan pembelajaran mampu
meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

You might also like