You are on page 1of 29

Pengenalan orienteering

 Orienteering merupakan aktiviti pandu arah yang bergerak dari satu tepat ke satu
tempat yang lain.
 Orienteering bermaksud peta, hutan dan advanture meliputi pelbagai bidang latihan,
kaedah mainan dan pertandingan.

 Dilakukan secara individu atau kumpulan berpandukan peta dan kompas.Memerlukan


perkiraan yang tepat bagi mengesan sesuatu kedudukan.

 Merupakan sejenis sukan yang memerlukan peserta untuk berfikir dengan pantas.

 Memerlukan koordinasi mental dan fizikal yang baik.

Sejerah / latar belakang orienteering

 Mula diperkenalkan dalam kalangan tentera di Sweden pada tahun 1918


 Telah dipopularkan oleh Major Ernst Killander kepada orang awam dengan
mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetitif

 Pada 1961, Persekutuan Orienteering Antarabangsa (International Orienteering


Federation-IOF) ditubuhkan di Copenhagen.

 IOF disertai dengan keahlian sepuluh buah negara-


Bulgaria,Chezchlovakia,Finland,Denmark,Hungary,Jerman,Norway,Sweden dan
Switzerland.

 Official European Championship pertama telah diadakan pada tahun 1962.

Sejarah orienteering Malaysia
 Mula diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan Orienteering Pulau
Pinang pada tahun 1983
 Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor dan Wilayah Persekutuan

 Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun
1988.

 Malaysia bergabung dengan IOF malalui WOA pada tahun 1992

 Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) ditubuhkan pada tahun 1994

 MOA cawangan negeri Kedah, Johor, Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan
dibuhkan pada tahun 1996

 MOA cawangan Pulau Pinang dan Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.

Sebab orienteering diperkenalkan di Malaysia.
 Dijadikan sebagai salah satu aktiviti rekreasi yang popular
 Sebagai modul dalam pendidikan dan latihan

 Membina keyakinan diri dan sikap positif

 Menguji ketahanan mental dan fizikal

 Boleh digunakan dalam operasi menyelamat.


Peralatan orienteering

Peta Utama (Master Plan)


 Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk muka bumi bagi sesebuah kawasan yang
dilihat dari udara.
 Mempunyai tajuk, kontor,skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan
memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan
berkenaan.

 Peta orieentering akan ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan


kawalan. 

Kandungan peta orienteering


 Tajuk peta
 Arah Utara

 Skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000

 Petunjuk peta

 Garisan melaras utara-selatanKredit-kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja

Warna simbol-simbol dalam peta

Hitam  - Ciri-Ciri buatan manusia


Biru      - Ciri-ciri air
Perang  - Ciri-ciri kontor dan jalanraya
Putih    - Keadaan tumbuhan; hutan – berlari
Hijau     - Keadaan tumbuhan ; hutan –   berjalan/redah
Kuning  - Keadaan tumbuhan ; terbuka

Peta orienteering
Kompas

Kompas ialah alat pengemudi arah yang mempunyai jarum magnetik yang berwarna hitam dan
merah serta ditandai dengan ukuran dalam mil atau darjah. Kompas berfungsi kerana adanya
medan mangnetik.

Kegunaan kompas

 Menentukan arah perjalanan


 Menyelaraskan peta

 Mengira jarak jauh


 Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)

 Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta).

 Penanda kawalan
 Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
 Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna oren muda dan putih sebagai tanda
yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).

 Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik digunakan
untuk menebuk kad kawalan setiap peserta.

 Setiap kod untuk penanda kawalan adalah unik iaitu tidak ada penanda kawalan yang
mempunyai kod yang sama. Kod ini bertujuan untuk memastikan peserta tiba di titik
kawalan yang betul.

 Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan.

 Kad kawalan
 Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara
sebagai bahan bukti atau pengesahan sehingga tamat pertandingan.
 Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan
tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.

 Peserta perlu menebuk kad kawalan ini di ruangan khas dengan menggunakan penebuk
yang tersedia bersama penanda kawalan.

 Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan
masa penamat.

Peralatan orienteering

Jam Randik.
 Digunakan untuk mencatatkan masa pertandingan

Wisel
 Digunakan ketika ahli kumpulan hilang.

Sepanduk.
 Digunakan untuk menandakan tempat berhimpun, garis permulaan dan penamat.

Peti pertolongan cemas.
 Peti pertolongan cemas hendaklah disediakan sebagai bantuan awal kepada peserta
yang mendapat cedera ringan.

Pemilihan kawasan
 Bentuk Muka Bumi: Untuk menganggarkan masa, pemilihan laluan, cara mengatasi
halangan.
 Kemudahan: Maklumat seperti terdapatnya klinik / hospital, balai polis, rumah
tumpangan, kedai yang berdekatan dengan kawasan aktiviti dijalankan.
 Secara amnya orienteering dilakukan di kawasan hutan yang tidak mempunyai semak.

 Sebahagian besar kawasan berhutan ini merupakan hutan di mana peserta boleh berlari
kerana aktiviti orienteering memerlukan peserta yang  berlari bukannya merendah di
hutan yang tebal lagi bersemak.

 Di Malaysia aktiviti ini lazimnya dijalankan di kawasan kebun getah, kebun kepala sawit,
hutan simpan, dan mana2 kawasan yang sesuai.

 Tapak rekreasi dan taman tasik sesuai untuk mereka yang baru mencuba aktiviti ini dan
kurang berpengalaman atau untuk latihan.

Teknik penyediaan peta


  
1. Menentukan titik kawalan diatas peta.
 Titik kawalan ialah satu tanda kedudukan yang perlu disediakan diatas peta bagi
menunjukkan kedudukan yang perlu dilawati peserta.
 Titik kawalan ini mempunyai ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.

2. Melukis landasan laluan diatas peta.
 Landasan ini dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta lain.
 Landasan ialah petunjuk arah perjalanan peserta dari titik kawalan yang pertama dan
seterusnya sehingga ke titik kawalan yang terakhir.

   Tanda – tanda titik yang berkenaan landasan.
 Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
 Titik kawalan dengan tanda bulatan.

 Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.

 ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

Oreinteering berganti-ganti ( belay orienteering) 

 Orienteering Berganti-ganti ini dijalankan  secara berpasukan 3 atau 4 orang.


 Setiap ahli dalam kumpulan akan menamatkan landasan sebelum digantikan oleh rakan
sepasukan di satu tempat penggantian yang telah ditetapkan.

 Setiap peserta dalam pasukan akan melalui landasan yang berbeza.

Teknik orientering
  
-TEKNIK SUSUR TANGAN (HANDRAILS)
 Memilih laluan yang menggunakan ciri-ciri sebagai panduan pergerakkan seperti lorong
kaki, sungai , pagar dan sebagainya .
 Sebelum memulakan pergerakkan cuba perhatikan ciri –ciri garisan yang boleh
digunakan sebagai susur tangan.
 Pastikan ciri tersebut dapat membawa kita seberapa hampir ke titik kawalan yang tujui
ataupun setidaknya ciri tersebut menghala selari ke arah pergerakan kita walaupun
hanya separuh perjalanan sahaja.

Teknik sasaran 

 Titik sasaran merupakan satu siri yang jelas untuk digunakan untuk :-
 Titik panduan untuk mengubah arah pergerakkan. Apabila peserta  tidak menggunakan
arah kompas tetapi membuat pilihan laluan yang lain seperti menggunakan ciri garisan
dan sebagainya, Perlu membuat pembetulan atau mengubah arah pergerakan dari masa
ke semasa untuk tiba ke titik kawalan.

 Oleh yang demikian peserta perlu pastikan satu siri sebagai titik sasaran untuk dijadikan
panduan di mana apabila tiba di titik sasaran tersebut, anda akan mengubah laluan
samada anda akan melaras kompas semula atau menggunakan pilihan laluan lain.

Cari rujukan/sasaran sebelum tiba dititik kawalan


 

 Titik sasaran juga digunakan sebagi satu siri yang boleh dirujuk untuk mengesahkan
yang anda hampir tiba di titik keadaan ini perlulah yang agak hampir dengan sesuatu titik
kawalan.
 Elakkan menggunakan banyak titik-titik sasaran di dalam setiap peringkat pergerakan
anda kerana melengahkan pergerakan.

Perancangan perjalanan
 Tentukan arah di atas peta dengan jelas dan tepat.

  b)     Dalam apa keadaan, kita hendaklah tahu dan cekap meramal    sesuatu yang boleh
ditemui di hadapan kita.

 c)    Kita hendaklah mencatit apa-apa yang luarbiasa yang boleh ditemui di sepanjang
perjalan sebagai rujukan.

 d)    Bagi kawasan tinggi dan berbukit-bukau, mengikut permatang akan memudahkan
perjalanan.

 e)    Bagi kawasan landai dan rata, menyusur sungai menjadi lebih mudah,
walaubagaimanapun patut mengambil perhatian bahawa kawasan sungai biasanya
berpaya, dan mudah banjir.

 Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju dan merancang perjalanan untuk sampai
ke tempat tersebut, kita hendaklah sentiasa menjaga arah haluan perjalan yang
disesuaikan dengan keadaan muka bumi dan tumbuh-tumbuhan, supaya ianya tidak
menyimpang daripada matlamat asal. Jika kehilangan haluan kita hendaklah berhenti
dengan segera, berehat sebentar, tenangkan fikiran dan menyemak semula arah

Perkara yg perlu dibuang sebelum pertandingan dimulakan' 


 Letakkan penanda-penanda di setiap titik kawalan di tempat yang telah dipilih. Sediakan
pegawai di tempat yang tersorok di setiap titik kawalan untuk memastikan peserta
mematuhi peraturan
 Tandakan tempat berhimpun, perlumbaan dan penamat.

 Kumpulkan semua peserta di kawasaan perhimpunan untuk memberi  penerangan


mengenai syarat-syarat pertandingan dan maklumat-maklumat lain yang perlu.
 Mulakan perlumbaan dengan peserta pertama mestilah bermula dengan waktu 0 : 00
dan peserta berikutnya di dalam jangka waktu beberapa minit kemudian dan seterusnya.

Taklimat peserta
 Semasa taklimat ini segala maklumat mengenai pertandingan seperti peraturan, syarat,
maklumat ringkas kawasan perlumbaan dan maklumat-maklumat lain yang difikirkan
perlu akan diberitahu kepada semua peserta.
 Penerangan sepintas lalu mengenai penggunaan kompas dan membaca peta hendaklah
diberi kepada peserta.

Pengadilan
 Pengadil-pengadil yang dilantik hendaklah dari kalangan mereka yang mahir dan
berpengalaman dalam sukan orienteering.
 Bila peserta sampai ke tempat penamat, kumpulkan perlumbaan dan isikan waktu ia
sampai ke dalamnya.

 Periksakan penanda-penanda dari setiap titik kawalan yang dilalui peserta tersebut.Jika
terdapat kesilapan atau penipuan, peserta tersebut dianggap batal. Sebaliknya jika
semuanya betul kirakan 1 masa yang diambil oleh peserta tersebut untuk menghabiskan 
perlumbaan.

 Selepas itu rekodkan masa tersebut ke dalam kertas rekod peserta itu. Dengan itu
peserta boleh mengetahui jangka masa yang diperolehi dan kedudukannya berbanding
dengan  peserta lain.

 Pemenang pertandingan adalah peserta menamatkan perlumbaan dalam jangkamasa


yang pendek.
ORIENTEERING
PENGENALAN

Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik


pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan  kemahiran
membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan
imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu
mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain
dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan
diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.
Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan
gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara
mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah
mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan
risiko tersendiri.

Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh  menggunakan


panduan angin untuk menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan
pengetahuan penelitian yang betul kerana cara ini  kelazimannya bergantung kepada
keadaan cuaca dan hari yang terang. Antara  panduan yang lazim dan kerap
digunakan ialah pergerakan matahari dari timur  ke barat pergerakan bintang arah
ke barat; kumpulan bintang yang dapat  menunjuk arah ke utara; pengaliran air
mata air ke sungai dan mengalir terus  ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat
perkampungan dan arah tiupan  angin.

Sejarah dan perkembangan

Sejarah permulaan

Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19.


Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan
yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai
“Bapa Orienteering”. Orienteering mengikut Model Killander merangkumi beberapa
aspek iaitu dalam aktiviti orienteering bagi Ernst Killander ialah seseorang itu
memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi dalam melakukan aktiviti ini. Aspek
stamina merupakan aspek yang diutarakan oleh beliau yang mengatakan stamina
memainkan peranan selepas daya ketahanan tanpa stamina yang tinggi maka
aktiviti yang terdapat dalam orienteering ini tidak dapatberjalan dengan lancar.
Selain daripada itu aspek kecekapan berlari juga merupakan aspek yang penting
kerana seseorang itu perlu tahu bagaimana hendak menggunankan teknik berlari
dengan betul kerana aktiviti orienteering ini dijalankan di atas permukaan yang
berbagai-bagai contoh cara lari menaiki bukit, cara lari turun bukit dan cara lari pada
permukaan yang mendatar semua itu memerlukan aspek kecekapan berlari yang
betul bagi memudahkan aktiviti berjalan.

Aspek kekuatan mental juga merupakan aspek yang penting dalam aktiviti
orienteering kerana kekuatan mental akan menentukan tahap kesabaran seseorang
itu semasa menghadapi liku-liku dan cabaran dan dugaan dalam mencapai objektif
atau tujuan awal yang dirancang sebelum menggapai kejayaan. Selain penggunaan
skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih mencabar.

IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara. Antara-antara 


Kejohanan- kejohanan dunia yang dianjurkan oleh IOF adalah seperti  World
Orienteering Championships (WOC), World Cup (WC), Junior World Orienteering
Championships (JWOC),  Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC), World
Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas. Acara orienteering
terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang melibatkan
penyertaan antara 15000 hingga 25000 orang.

Perkembangan di Malaysia

Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan
Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983.
Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983. Diikuti
dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wil. Persekutuan (WOA) pada
tahun 1986. Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang pertama telah
diadakan dalam tahun 1988. Malaysia bergabung dengan IOF dalam tahun 1992
melalui WOA. Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam tahun 1994.
Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor,
Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996. MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw.
Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.

JENIS-JENIS ORIENTEERING
Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan
Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini
hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah

 Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)


 Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
 Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
 Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
 Orienteering Malam (Night Orienteering)
 Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
 Norwegian Event

Kebaikan sukan orienteering

 Sukan untuk semua


 Meningkatkan kecergasan fizikal
 Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
 Memberi cabaran & keseronokan
 Membina sikap positif & keyakinan diri
 Menggunakan persekitaran yang sihat
 Meningkatkan kemahiran pembacaan peta& kompas
 Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas

TERMINOLOGI DAN ALATAN

Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan-alatan yang digunakan
bagi menjalankan aktiviti ini antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti
berikut:

i. Titik kawalan (Control point)

 Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati
oleh peserta.
 Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang
jelas.
 Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.

ii. Penanda kawalan (Control marker)

 Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.


 Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih
sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
 Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
 Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod
Kawalan.

iii. Kad kawalan (Control card)

 Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai


acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
 Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time)
dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
 Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk
dicatatkan masa penamat.

iv. Peta utama (Master map)

 Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan


keterangan kawalan.
 Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.

v. Keterangan kawalan (Control description)

 Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan


berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod
kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
 Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi
dalam bentuk kod/gambarajah.

vi. Landasan (Course)

 Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke


titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas
peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
 Tanda yang berkenaan landasan adalah:

–       Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.


–       Titik kawalan dengan tanda bulatan.
–       Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
–       ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan

vii. Kompas (Compass)

 Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.


 Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.
PENGETAHUAN ASAS

Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan mudah dan betul,
maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan dengannya, iaitu:

i. Teknik membaca peta


ii. Teknik membaca kompas
iii. Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling

Teknik Membaca Peta Topo

Definisi

Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan
yang dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan.
Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang
akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan
berkenaan.

Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas


peta kepada maklumat sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu gambaran
yang dapat dilihat dari udara ke atas sesuatu tempat atau kawasan yang
menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis tanaman, bangunan, jalanraya,
sungai, paya, hutan tanah tinggi dan sebagainya. Peta yang selalu digunakan untuk
aktiviti orienteering ialah peta topographi.

Jenis-jenis peta

Terdapat beberapa jenis peta yang digunakan dalam aktiviti orienteering. Antara
peta-pta yang diterbitkan ialah peta topo, peta panduan jalanraya, peta khusus,
atlas, peta imejan satelit dan peta orienteering. Peta-peta ini menunjukan tempat
dan bearing tempat yang hendak ditujui. Peta yang sesuai digunakan ialah peta
orienteering. Kandungan dalam peta orienteering ialah mempunyai tajuk peta, Arah
Utara Mempunyai skala – samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000,petunjuk peta,
garisan melaras utara-selatan, Kredit – kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja
dan sebagainya.

Warna-warna dalam peta


Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah :-

Hitam                   – ciri-ciri buatan manusia & batu


Perang                – kontor & jalanraya
Kuning                – keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka
Putih                    – keadaan tumbuhan : berpokok /boleh berlari
Hijau                    – keadaan tumbuhan :berjalan /redah
Biru                      – kawasan berair

Bentuk muka bumi

Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang
samarata bagi keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui adalah :-

Susuh bukit (spur) – sejalur tanah yang menganjur keluar


Ceruk (re-entrant) – berlawanan dengan susuh bukit
Permatang (ridge) – tanah tinggi yang memanjang
Pelana (saddle) – suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit
Knol  – tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit

Maklumat Peta

Maklumat yang diperolehi dari peta dibahagi kepada dua iaitu:

i. Maklumat bingkai  – iaitu maklumat yang terdapat di luar dari


gambar peta.
ii.Maklumat gambar peta – iaitu maklumat yang menerangkan gambaran
sebenar keadaan muka bumi dan
kegunaan tanah.

Dalam aktiviti pandu arah maklumat yang amat penting untuk diketahui dan
difahami ialah penafsiran garisan kontur yang menggambarkan keadaan rupa bumi
sesuatu kawasan sama ada berbukit, permatang, lurah, tanah rata, ataupun sungai.
Keadaan rupa bumi diterangkan dengan garisan kontur di mana jarak kenaikan
antara garis kontur dipanggil selang koritur biasanya sama ada 25 kaki, 50 kaki atau
100 kaki. lanya menggambarkan kenaikan ketinggian mengikut jarak menegak dan
bukan mengikut cerun atau lereng bukit.
Selain menggambarkan ketinggian, kontur juga menggambarkan bentuk dan
keadaan cerun. Jika keadaan kontur rapat-rapat, ini berertibahawa cerun adalah
curam. Jika jarak antara garisan kontur sama, maka ia menggambarkan cerun yang
seragam. Selalunya garis kontur berbentuk “V” menunjukkan lurah dan “U”
menunjukkan permatang. Arah “V” selalunya menuju ke atas bukit.

Skala

Skala adalah nisbah satu unit sukatan di atas peta dengan unit sukatan yang
sama di atas tanah. Dalam lain perkataan ianya adalah kaitan di antara jarak di atas
peta dengan jarak di permukaan bumi yang sebenarnya yang ditunjukkan oleh skala
peta itu. Contohnya skala peta 1 : 50,000 bermaksud setiap satu unit sukatan di
atas peta mempunyai persamaan jarak 50,000 kali pembesaran di atas tanah seperti
1 em di atas peta bersamaan dengan 50,000 em (5 km) di atas tanah.

Garisan Grid

Semua peta mempunyai garisan grid yang membahagibahagikan peta itu


dengan garis-garis melintang dan membujur. Tiap-tiap garisan melintang (Utara)
dan membujur (Timuran) mempunyai nilai masing-masing yang diwakili oleh dua
angka sahaja. Angka yang terkecil ialah 00 sementara yang terbesar ialah 99.
Garisan girid ini dibuat bagi membantu kita menentukan dengan cepat dan tepat
lokasi di mana kita berada. Pembacaan garisan grid ini dibuat dengan menyebut
angka timuran dahulu dan diikuti dengan angka utara contohnya 98-99 garis bujur
(timuran) dan 48-49 garis lintang (utara).

Utara peta

Dalam aktiviti pandu arah, arah utara di dalam peta adalah merupakan arah
magnetik utara yang ditunjukkan oleh kornpas. Untuk mendapat arah utara atas
peta seseorang itu hanya diperlukan meletakkan kompas di atas peta sehingga
jarum magnetik utaranya selari dengan tanda utara di dalam peta tersebut.

Mengukur Jarak

Sukatan jarak yang lurus di atas peta boleh diukur dengan menggunakan kayu
pembaris skil kompas dan mendarabkan jarak mendatar 200 m dari atas peta.

Kompas

Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah
hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat
bantu dalam sukan orienteering. Kompas digunakan bagi menentukan arah sesuatu
tempat sama ada di atas peta atau di permukaan bumi. Ketetapan sesuatu kompas
adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah dipengaruhi keadaan
sekeliling terutama badan besi dan magnet. Dua jenis kompas yang selalu digunakan
ialah kompas prismatik dan kompas silva. Kompas dari jenis silva adalah yang paling
sesuai untuk digunakan di dalam aktiviti orienteering.

Jenis kompas

Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi
Antaranya adalah Kompas Tentera, Kompas Orienteering, Kompas Marin, Kompas
Kiblat, Kompas Digital.  Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk
dan jenama antaranya baseplate compass, thumb compass dan clip compass. Ianya
direkacipta agar lebih mudah dan praktikal. Dua jenama yang popular adalah Suunto
buatan Finland dan Silva buatan Sweden.

Anatomi kompas orienteering

Gambarajah  Kompas Silva

PETUNJUK
 Skala dalam mm dan inci
 Kepingan tapa telus cahaya
 Utara dail
 Jarum magnetik Utara
 Bekas kompas mengandungi cecair dengan dial berpengukur dan garisan
pengarah
 Anak panah arah perjalanan
 Kanta pembesar
 Petunjuk indeks (untuk menetap dan membaca bearing)
 Anak panah
 Dail
 Lubang untuk ikat tali

Mengukur, bearing di atas peta

Pengukuran bearing dari satu titik kawalan ke titik kawalan yang lain yang
ditandakan di atas peta boleh dibuat melalui beberapa peringkat contohnya di antara
titik K dan titik L.

a)    Letakkan kompas di atas garis penghubung diantara titik K dan titik L yang
ditanda di peta. Jika garisan penghubung sukar dilihat kerana dilindungi oleh
kompas aturkan supaya satu daripada bahagian tepi kornpas selari dengan
garisan penghubung K dan L. Pastikan anak panah mara menghala ke arah
titik yang hendak dicari bearing. Dalam contoh ini titik yang bearingnya
hendak dicari ialah L. Oleh itu anak panah mara hendaklah menghala ke L
dan bukan ke K.

b)    Tanpa mengubah kedudukan kompas di atas peta, pusingkan dial sehingga
anak panah kompas dan garisan girid selari dengan garisan penghubung K
dan L.Pada masa yang sama jarum utara kompas hendaklah sama arah
dengan utara peta.

c)    Bacaan bearing K ke L didapati dari garisan indeks.

Mencari Bearing Objek Di Atas Tanah

Cara mencari bearing kompas dengan menggunakan kompas orienteering adalah


seperti berikut:

a)    Hendaklah berdiri menghala ke arah objek yang akan dicari bearingnya.
b)    Kompas hendaklah diletakkan di atas tapak tangan denqan kedudukan tapak
tangan rata. Tentukan kedudukan anak panah mara menghala ke arah objek
yang hendak dicari bearing. Selepas itu pusingkan badan anda perlahan-
Iahan sehingga anak panah mara betul-betul menghala kepada objek yang
tuju.

c)    Tanpa membuat apa-apa perubahan kedudukan kornpas,pusingkan dial


sehingga jarum kornpas bertindih selari dengan anak panah kompas.
Tentukan utara jarum kompas sehala dengan utara anak panah. Bearing
kepada objek tersebut diperolehi pada bacaan yang ada di garisan indeks.

Menentukan Kedudukan Peta dengan menggunakan kompas

a)    Peta diletakkan di atas permukaan yang rata. Kemudian letakkan pula
kompas di atas peta tersebut di mana anak panah kompas menghala ke utara
peta dan selari dengan garisan grid timuran di peta. Kemudian pusingkan
peta sehingga jarum kompas bertindih selari dengan anak panah kompas.
Dalam keadaan sedemikian peta diorientasikan sejajar dengan bumi.

Panduan Lazim

Bagi pengembaraan yang tidak menggunakan peta dan kompas, terdapat cara lain
yang boleh digunakan untuk menunjuk arah. Walaubagaimanapun cara ini
memerlukan pengalam dan penelitian yang terang dan jelas. Di antara panduan
lazim yang biasa digunakan ialah:

a)  Matahari

Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di barat. Arah ini boleh
diketahui melalui bayang-bayang. Jika kita dapat mengetahui arah barat dan
timur, maka bolehlah kita tentukan arah yang hendak kita tuju.

b)  Bulan

Bulan juga terbit di sebelah timur. Oleh yang demikian dapatlah kita
mengetahui arah mata angin dengan berpandukan bulan pada waktu malam.

c)  Bintang

Bintang bergerak arah ke barat.


d)  Sungai

Air mengalir kehilir, selalunya ke hilir sungai ada terdapat perkampungan.


Oleh yang demikian, jika kita menghilir sungai, kita akan berjumpa dengan
manusia, dan dari situ dapatlah kita menentukan semula arah.

BERGERAK KE TEMPAT DITUJU

Perancangan Perjalanan

Sebelum bergerak ke tempat yang dituju sedikit perancangan perlu dilakukan untuk
memastikan perjalan akan menjadi lebih mudah dan selamat. Beberapa perkara
yang perlu diberi perhatian dalam perancangan adalah seperti berikut:

a)    Tentukan arah di atas peta dengan jelas dan tepat


b)     Dalam apa keadaan, kita hendaklah tahu dan cekap meramal sesuatu yang
boleh ditemui di hadapan kita

c)    Kita hendaklah mencatit apa-apa yang luarbiasa atau mercu tanda yang boleh
ditemui di sepanjang perjalan sebagai rujukan

d)    Bagi kawasan tinggi dan berbukit-bukau, mengikut permatang akan

e)    Bagi kawasan landai dan rata, menyusur sungai menjadi lebih mudah,
walaubagaimanapun patut mengambil perhatian bahawa kawasan sungai
biasanya berpaya, berbelit dan mudah banjir.

Kaedah Pergerakan

Bergerak dalam kumpulan

a)    Hendaklah bergerak dengan tertib dan formasi yang teratur

b)    Adakan perbineangan sebelum perjalanan dibuat

c)    Hendaklah bergerak dalam pasangan, jangan berpecah terutamanya pada


waktu malam gelap. Tiap pandangan hendaklah sentiasa berada dalam jarak yang
mudah  dilihat dan didengar panggilannya.

d)    Jika bergerak dalam kumpulan yang besar, boleh mengarahkan satu kumpulan
kecil untuk mencari jalan, rintis dan (jika perlu) menyediakan tapak khemah untuk
rehat
e)    Ketua kumpulan jangan bergerak terlalu cepat. Jika ada rintangan perhatikan
semua telah melepasinya dan mendapatkan rehat yang cukup

f)     Adalah lebih baik melangkah dengan seragam dan bergerak perlahan kerana ini
kurang memenatkan. Sebaik-baiknya hendaklah melenggang dan jangan
memasukkan tangan di dalam saku.

g)    Kerapkali mengambil rehat dan bertanya keadaan setiap orang. Jika membawa
galas, hendaklah sentiasa dibetulkan dan disusun semula supaya kemas dan
seimbang.

7.2.2 Bergerak waktu malam

Berjalan di waktu malam di kawasan yang kurang diketahui sangat membahayakan


kerana penglihatan yang terhad dan kurang jelas. Keadaan ini boleh menyebabkan
kita mudah kehilangan arah yang dituju. Oleh yang demikian, penggunaan kompas
untuk memandu pergerakan amatlah perlu. Di samping itu hendaklah sentiasa
menggunakan pendengaran dan hiduan, di samping melangkah dengan perlahan dan
menguji tempat dipijak sebelum bergerak.

7.2.3 Bergerak dikawasan bukit dan gunung

Di kawasan berbukit dan melereng, adalah baik bergerak di kawasan yang tinggi
iaitu mengikut permatang. Perjalanan mengikut sungai adalah memakan masa
kerana ianya mungkin menempoh jeram, tebing tinggi dan batu licin yang sukar
hendak dilalui dengan berjalan kaki. Di kawasan lereng curam, langkah hendaklah
dipendekkan. Penggunaan tali atau pun pemegang semasa menuruni lereng licin
amatlah digalakkan. Bagi lereng yang terlalu curam, bergerak mengikut arah zigzig
adalah digalakkan untuk mengelakkan berlaga lutut. Semasa menuruni lereng yang
curam, lutut hendaklah sentiasa dibengkokkan, dan gunakan tumit untuk mencari
tapak.

7.2.4 Bergerak di dalam hutan

Berjalan dalam kawasan hutan ada kalanya perlu membuat rintis dan menebas
tumbuhan untuk memudahkan perjalanan. Jika perlu menebas tebang pokok kecil,
hendaklah dibuat seberapa rapat ke tanah supaya pokok tumbang tidak menghalang
jalan dan tidak terdapat tunggul yang boleh membahayakan, terutamanya jenis
buluh. Jika terdapat tumbuhan duri Mengkuang dan Asam paya yang tebal, jangan
cuba dirintis tetapi sebaik-baik buatlah susuran.

7.2.5 Menyeberengi sungai

Panduan berikut boleh diikuti untuk keselamatan

a)    Kuala sungai selalunya luas dan dalam, dan terikat dengan keadaan air pasang
surut. Cuba elakkan dari menyeberangi kawasan ini kecuali ada perahu atau rakit.

b)    Sebelum menyeberang semak dahulu kedalaman air dan kekuatan aras.

c)    Ulu sungai walaupun tidak luas, airnya selalu laju, ada terdapat jeram, tebing,
curam dan berbatu-batu.

d)    Jangan mengharung air jika terlau sejuk, ini mung kin menyebabkan terjadinya
ketegangan otot. Boleh menyeberang jika air kurang dari paras lutut dan segera
keringkan seluar selepas sampai ke darat.

e)    Gunakan kayu untuk mengukur kedalaman dan kelajuan air.

f)     Jika berseluar panjang hendaklah dilipat untuk mengurangkan tolakan/tarikan


air.

g)     Hendaklah menyeberang secara mengereng di kawasan air dalam, jika air laju
hendaklah membelakarigkan tebing yang dituju kerana tolakan air laju akan
memudahkan kita menyeberang.

7.2.6 Panduan Jarak dan Tempoh Masa Perjalanan

Dalam keadaan biasa, kelajuan perjalan yang diambil adalah berbeza dari satu
situasi yang lain. Bagi membantu kita merancang perjalanan untuk sampai ke
sasaran, panduan kelajuan berikut bolehlah digunakan.

7.2.7   Keadaan muka bumi Kelajuan

tanah lapang ………………………………………….4 – 5 kmj

mendaki ……………………………………………….2 -2.5 kmj


meredah hutan rata………………………………….. 2.5 – 3.5 kmj

meredah hutang lereng ………………………………1 – 1.5 kmj

meredah lalang tebal …………………………………0.5 – 0.8 kmj

meredah resam tebal………………………………… 0.1 – 0.3 kmj

meredah hutan pava dalam………………………… 0.1 – 0.2 kmj

8.0 TINDAKAN APABILA SESAT JALAN

8.1       Tanda-tanda awal yang menunjukkan berlakunya kejadian sesat jalan


ialah apabila kita didak sampai ke tempat yang dituju dalam masa yang sewajarnva.
Dalam keadaan ini

Langkah-Iangkah berikut perlulah diambil:

a)    Hentikan perjalanan dan berehat dahulu. Jangan panik.

b)    Teliti peta dan bandingkan dengan perjalanan yang telah dibuat.

c)    Berpatah balik ke belakang ke titik kawalan atau lokasi terakhir jika kita tidak
dapat memastikan di tempat sebenar kita berada.

d)     Jika selepas berpatah balik ke lokasi akhir juga tidak dapat membantu mencati
sasaran, maka gunakan deria untuk menetap dan mencari kawasan yang ada
manusia. Gunakan kompas untuk mengambil bearing ke arahnya.

e)    Jika anda masih gagal, carilah aliran air atau anak sungai dan mengikutnya
sehinqqa ke sungai dan berjumpa perkampungan.

8.2       Langkah pencegahan daripada sesat jalan

Langkah-Iangkah berikut hendaklah diberi perhatian yang mengelakkan dari


berlakunya sesat jalan.

a)        Jangan terburu-buru semasa bergerak.

b)        Selalu semak arah perjalanan menggunakan peta dan kompas dengan
keadaan muka bumi yang ditempuhi.
c)         Lakarkan laluan perjalanan dari satu titik ke titik kawalan yang lain dan
menandakan ciri-ciri muka bumi yang ditemui

d)        Jika mengesyaki sebarang kesilapan berlaku, maka pergerakan hendaklah


dihentikan segera. Selepas semakan dan· pembetulan ke atas bacaan kompas dan
peta dibuat, perjalanan bolehlah diteruskan.

9.0 PERSEDIAAN SUKAN

9.1       Persediaan Peserta

Maklumat-maklumat berkaitan persediaan peserta hendaklah diedarkan semasa


pengambilan borang permohonan. Maklumat ini mengandungi tempoh masa dan
jarak perjalanan, keperluan makanan dan minuman serta keperluan yang patut
dibawa, jenis pakaian yang perlu dipakai.

9.2       Pemilihan Peserta

Peserta-peserta yang dipilih adalah yang sihat dan cergas. Bagi peserta di bawah
umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa. Keutamaan akan diberi
kepada peserta yang boleh membaca peta dan menggunakan kompas.

9.3       Peralatan

a. Kad perlumbaan

Kad ini merupakan kad yang “standard” digunakan untuk menentukan peserta-
peserta sampai ke titik-titik kawalan yang ditetapkan. Kad ini juga memberi
maklumat seperti nama, alamat/ institusi, nombor permulaan, kelas, waktu
permulaan, waktu tam at, jumlah masa menamatkan pertandingan dan tempat
penamat. kad ini hendaklah diberikan kepada setiap peserta yang mengikut
perlumbaan.

b. Kertas Rekod

Kertas ini disediakan untuk menyenaraikan maklumat-maklumat mengenai semua


peserta, nombor permulaan dan masa, alamat/ institusi, tempat dan markah. lanya
dipegang dan disimpan oleh pihak penganjur di tempat perlumbaan.

c. Peta
Peta mesti disediakan lebih awal. Garis Utara dan Selatan, pembetulan dan
tambahan mesti dimasukkan ke dalam setiap peta. Setiap titik kawalan ditanda atau
dibulatkan di dalam peta dan disambung dengan garis arah laluan mengikut susunan
dan setiap titik itu diberi nombor.

d. Kertas Penerangan

Kertas yang menerangkan tempat di mana setiap titik kawalan berada yang mesti
ditemui oleh setiap peserta. lanya diberi kepada para peserta sebelum pertandingan
dimulakan.

e. Jam Randik

Sekurang-kurangnya dua jam randik digunakan untuk mencatatkan masa permulaan


dan penamat.

f. Kompas

Penganjur metilah menyediakan kompas yang baik dan mencukupi

g. Sepanduk

Digunakan untuk menandakan tempat berhimpun, garis permulaan dan penamat.

h. Penanda Kawalan

Penandan berwarna atau mempunyai kod adalah perlu di setiap titik kawalan.

i. Papan Hitam/Putih

Diperlukan untuk memberi keterangan mengenai keputusan setiap peserta untuk


pengetahuan umum.

j. Keperluan Lain

Walaupun barang ini tidak begitu diperlukan tetapi ra boleh melicinkan pengurusan
dan keseronokan untuk para peserta seperti wisel, pembesar suara, minuman dan
lain-lain.

9.4       Kemahiran asas


Kemahiran asas yang perlu ada oleh setiap peserta adalah pengetahuan membaca
peta dan menggunakan kompas dengan betul supaya dapat mengemudi arah dengan
berkesan dalam perlumbaan jika para peserta tidak mempunyai kemahiran asas
tersebut maka pihak penganjur perlu memberi penerangan terlebih dahulu supaya
dapat mengelak daripada berlaku sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku
semasa pertandingan sedang berlangsung.

10.0 PENGENDALIAN SUKAN

10.1    Perkara-perkara Yang Perlu Dibuat Sebelum Sukan Dimulakan

1. i.        Letakkan penanda-penanda di setiap titik kawalan di tempat yang


telah dipilih. Sediakan pegawai di tempat yang tersorok di setiap titik kawalan
untuk memastikan peserta mematuhi peraturan
2. ii.        Tandakan tempat berhimpun, perlumbaan dan penamat.

3. iii.        Kumpulkan semua peserta di kawasaan perhimpunan untuk memberi 


penerangan mengenai syarat-syarat pertandingan dan maklumat-maklumat
lain yang perlu.

4. iv.        Mulakan perlumbaan dengan peserta pertama mestilah bermula


dengan waktu 0 : 00 dan peserta berikutnya di dalam jangka waktu beberapa
minit kemudian dan seterusnya.

10.2    Taklimat Peserta

Taklimat kepada semua peserta hendaklah diadakan sebelum perlumbaan bermula.


Taklimat ini diadakan di suatu kawasan lapang yang sesuai untuk peserta
berhimpun. Semasa taklimat ini segala maklumat mengenai pertandingan seperti
peraturan, syarat, maklumat ringkas kawasan perlumbaan dan maklumat-maklumat
lain yang difikirkan perlu akan diberitahu kepada semua peserta. Penerangan
sepintas lalu mengenai penggunaan kompas dan membaca peta hendaklah diberi
kepada peserta.

10.3 Pengadilan

Pengadil-pengadil yang dilantik hendaklah dari kalangan mereka yang mahir dan
berpengalaman dalam sukan orienteering.Bila peserta sampai ke tempat penamat,
kumpulkan perlumbaan dan isikan waktu ia sampai ke dalamnya. Periksakan
penanda-penanda dari setiap titik kawalan yang dilalui peserta tersebut. Jika
terdapat kesilapan atau penipuan, peserta tersebut dianggap batal. Sebaliknya jika
semuanya betul kirakan masa yang diambil oleh peserta tersebut untuk
menghabiskan  perlumbaan. selepas itu rekodkan masa tersebut ke dalam kertas
rekod peserta itu. Dengan itu peserta boleh mengetahui jangka masa yang diperolehi
dan kedudukannya berbanding dengan  peserta lain. Pemenang pertandingan adalah
peserta menamatkan perlumbaan dalam jangkamasa yang pendek.

10.4    TEMPAT BERHIMPUN/PERMULAAN/AKHIR

Kawasan berhimpun adalah tempat di mana semua peserta melapor diri dan
menerima segala maklumat mengenai pertandingan. kawasan ini boleh disediakan di
mana-mana tempat yang lapang dan jauh dari tempat permulaan.

Tempat permulaan hendaklah disediakan jauh dari tempat berhimpun. Jalah dari
kawasan berhimpun ke tempat permulaan hendaklah dltanda dengan jelas. Disini
peserta akan diberi semua keperluan yang dlgunakan dalam sukan ini iaitu peta,
kompas dan kertas penerangan. Tempat penamat sebaik-baiknya berdekatan
dengan kawasan permulaan. Di sini juga merupakan tempat semua pegawai penjaga
waktu, rekod dan pengadil berkumpul.

11.0    PERTOLONGAN CEMAS

Semasa perlumbaan peserta adalah terdedah kepada berbagai bahaya seperti


kemalangan dan kecederaan. Oleh ltu langkah-Iangkah keselamatan pertolohgan
cemas hendaklah diambil. Peti pertolongan cemas hendaklah disediakan sebagai
bantuan awal kepada peserta yang mendapat cedera ringan.

Jika perlumbaan ini melibatkan ramai peserta dan masa yang panjang, kehadiran
pertolongan cemas amat digalkkan.

12.0CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI ORIENTERING

12.1Aktiviti 1: Pandu Arah dan Orienteering

Aktiviti ini menggunakan konsep sukan ‘orienteering’ dan digabungkan dengan


pemerhatian alam semulajadi disesuatu stesen. Kesedaran dan keprihatinan
masyarakat masa kini terhadap alam semulajadi memberikan satu peluang yang
baik untuk aktiviti ini berkembang. Kelebihan yang sedia ada pada aktiviti ini adalah
ianya merangkumi penglibatan dan pengujian mental dan fizikal sesuatu kumpulan
dan individu. Di samping itu, ia menguji semangat berpasukan serta komitmen yang
perlu bagi sesiapa yang terlibat.

Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan juga mendekatkan
mereka kepada alam semulajadi berlandaskan soalan-soalan dan pencarian yang
perlu mereka jawab dan cari. Dengan ini, mereka akan lebih prihatin dan sedar akan
kepentingan alam sekitar kepada mereka.

OBJEKTIF

 Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan kompas


 Menggalakkan semangat berpasukan dikalangan pelajar

 Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai khazanah hutan.

PERALATAN

 Kompas
 Kad kompas dan soalan

 Peta kawasan

 Wisel

CARA PERLAKSANAAN

1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. Setiap


kumpulan akan melantik seorang ketua.

1. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap
kumpulan. Pada kad kompas terdapat beberapa ‘check point’yang perlu
dicari. Setiap ‘check point’ pelajar dikehendaki membuat pemerhatian di
stesen tersebut serta menjawab soalan yang telah disediakan.

1. Contohnya mungkin di stesen 1, pelajar dikehendaki mengkaji bentuk-bentuk


daun yang ada dan terangkan fungsi daun. I stesen 2, pelajar dikehendaki
membandingkan corakcorak akar banir dan fungsinya.

1. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan


menggunakan kompas untuk mencari arah.
1. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum aktiviti
dijalankan .

1. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.

1. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa.

1. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan
menjawab semua soalan dengan betul akan dikira pemenang.

Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator terlebih dahulu
melalui denai atau kawasan tersebut menjalankan aktiviti untuk
menentukan kesemua ‘check point’ dan soalan yang akan diberikan).

Check Point 1

Bearing : 156

Pembayang : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasa

Tempat orang  berehat

Soalan : Bandingkan bentuk daun-daun yang ada dan fungsi-fungsi

daun kepada tumbuhan.

12.2Aktiviti 2: Pencarian Dan Penjelajahan Alam Semulajadi

Aktiviti ini menggunakan konsep sukan ‘orienteering’ dan digabungkan dengan


‘environmental hunt’. Kesedaran dan keprihatinan masyarakat masa kini terhadap
alam semulajadi memberikan satu peluang yang baik untuk aktiviti ini berkembang.
Kelebihan yang sedia ada pada aktiviti ini adalah ianya merangkumi penglibatan dan
pengujian mental dan fizikal sesuatu kumpulan dan individu. Di samping itu, ia
menguji semangat berpasukan serta komitmen yang perlu bagi sesiapa yang
terlibat.Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan juga
mendekatkan mereka kepada alam semulajadi berlandaskan soalan-soalan dan
pencarian yang perlu mereka jawab dan cari. Dengan ini, mereka akan lebih prihatin
dan sedar akan kepentingan alam sekitar kepada mereka.

OBJEKTIF
 Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan kompas
 Menggalakkan semangat berpasukan dikalangan pelajar

 Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai khazanah hutan.

Peralatan

 Kompas ‘Suunto”
 Kad kompas dan soalan

 Peta kawasan

 Wisel

CARA PERLAKSANAAN

1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. Setiap


kumpulan akan melantik seorang ketua
2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap
kumpulan. Pada kad kompas terdapat beberapa ‘check point’ yang perlu
dicari. Setiap ‘check point’ akan dipandu dengan “bearing” serta clue. Di
setiap “check point” juga ada disediakan soalan-soalan untuk dijawab.

3. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan


menggunakan kompas untuk mencari arah.

4. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum aktiviti


dijalankan .

5. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.

6. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa.

7. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan
menjawab semua soalan dengan betul akan dikira pemenang.

Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator terlebih dahulu
melalui denai atau kawasan tersebut menjalankan aktiviti untuk menentukan
kesemua ‘check point’ dan soalan yang akan diberikan).

Check Point 2

Bearing : 156
Clue : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasa

Tempat orang berehat

Soalan : Apakah jenis akar pokok berkenaan dan apakah

kepentingannya kepada pokok serta ekologi kawasan berkenaan.

You might also like