You are on page 1of 7

Kemudahan dan Peralatan

Acara lompat jauh tidak memerlukan sebarang kelengkapan.


Namun, sebenarnya ia juga memerlukan peralatan khusus,
iaitu ruang atau kawasan dan juga alatan khas. Berikut
adalah antara ruang dan peralatan yang diperlukan untuk
acara lompat jauh
1. Lorong Larian / The runaway

-Lorong larian yang mempunyai jarak yang sesuai penting untuk


membuat pecutan, larian dan lompatan.
-Jarak lorong larian yang standard ialah 45 m x 1.22 m.
-Ia hendaklah selamat daripada sebarang halangan atau gangguan yang
boleh mengganggu atlit membuat lompatan.

2.

Papan Lonjakan / Take - Off Board

Papan lonjakan digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan.


Saiz papan lonjakan yang standard ialah 1.22 m panjang dan 20 cm lebar
yang diletakkan satu meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan
pendaratan.
Papan ini biasanya berwarna putih.

3. Petunjuk plastasin / Plasticine indicator

Petunjuk plastasin ini digunakan untuk mengesan dan


membuktikan pembatalan dalam sesuatu lompatan yang dibuat.
Plastisin ini diletakkan pada hujung papan pelepas dan sebarang
kesan tapak kaki yang terdapat padanya membuktikan bahawa
lompatan itu dibatalkan dan tidak dikira dalam perhitungan
lompatan yang dicapai.

4. Kawasan pendaratan / Landing Area

-Kawasan pendaratan digunakan untuk mendarat dalam sesuatu lompatan.


- Kawasan merupakan peralatan utama dalam setiap acara lompat jauh.
- Ia diisikan pasir halus dan dilembapkan.
- Saiz kawasan pendaratan yang standard ialah 9 m panjang dan 2.75 m
lebar.

-5. Pita Pengukur / Measuring Tape

-Pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak sesuatu


lompatan.
-Jarak lompatan diukur dari hujung terdekat papan lonjak ke
hujung terdekat tempat pendaratan dalam kotak pendaratan.
-Kini, dalam kejohanan olahraga utama dunia, pita pengukur telah
digantikan dengan alat pengukur elektronik, yang boleh
menghasilkan ukuran yang lebih mudah, cepat dan tepat.

6. Pengukur Halaju Angin / Wind Velocity Indicator

Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju angin


ketika sesuatu lompatan dibuat.
Ia penting untuk menentukan samada lompatan tersebut dibantu
oleh angin atau tidak.
Bagaimanapun, untuk peringkat sekolah atau kelab, alat ini tidak
digunakan.
7. Bendera / Flag

Bendera digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu


lompatan.
Terdapat dua jenis bendera yang digunakan, iaitu bendera putih
dan bendera merah.
1.Bendera putih untuk lompatan bersih
2.Bendera merah untuk lompatan batal.

8. Kasut Berpaku / Spike

Pemakaian jenis kasut yang sesuai adalah penting untuk


memudahkan larian dan juga bertindak sebagai perlindungan
untuk pelompat.
Pakaian yang sesuai juga penting kerana boleh memberi
keselesaan kepada atlit ketika bertanding dan secara tidak
langsung akan mempengaruhi larian.
Kasut yang berpaku dan bertumitkan plastik sesuai digunakan
untuk acara ini.

LAMPIRAN

You might also like