You are on page 1of 2

AQILAH BINTI HAMZAH

Alhamdulillah kerana kami berjaya menyiapkan tugasan kami dengan jayanya atas
bantuan Puan Siti Dora selaku pensyarah kursus Statistik Asas (GSA1072) dan rakan-rakan
sekelas saya yang banyak memberi tunjuk ajar. Sepanjang saya menjalankan kerja kursus
Statistik Asas ini iaitu kajian tentang kemudahan di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,
terdapat pelbagai perkara baru yang telah saya pelajari. Saya dapat mengetahui bahawa
statistik dan data merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan seharian kerana
setiap perkara yang memerlukan bukti yang kukuh dan jelas memerlukan data yang terhasil
dalam pelbagai bentuk. Bagi memudahkan penghasilan data dalam bentuk grafik yang saya
faham melalui kajian kami, teknologi terkini telah memperkenalkan perisian Microsoft Excel
yang hanya memerlukan saya memasukkan data dan perisian tersebut akan menunjukkan
hasil data sama ada sukatan kecenderungan memusat atau sukatan serakan.

Saya bersetuju dengan kumpulan kami untuk melaksanakan kajian tentang


kemudahan perpustakaan dengan menilai empat aspek yang penting iaitu aspek suasana
perpustakaan, aspek perkhidmatan pelanggan, aspek sumber rujukan dan aspek rangkaian
internet. Memandangkan kami telah bersepakat untuk mengkaji tentang keempat-empat
aspek tersebut, iainya menjadi kekuatan kumpulan kami. Selain itu, saya faham bahawa
kajian kami mempunyai dua objektif iaitu mengenal pasti tahap kepuasan pelajar PPISMP
Semester 2 terhadap perpustakan IPG Kampus Gaya dan menambahbaik perkhidmatan
perpustakaan dengan meneliti cadangan responden. Kaedah yang kami aplikasikan dalam
kajian ini adalah pemerhatian menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 12
soalan. Kami telah mengedarkan sebanyak 45 borang soal selidik kepada pelajar PPISMP
namun hanya 40 borang soal selidik yang dikembalikan.

Saya merasakan bahawa kaedah yang telah kami laksanakan adalah kaedah yang
terbaik untuk menyoal responden memandangkan kumpulan lain hanya menggunakan
Google Form yang digunakan secara online dan Google Form yang akan mengira peratus
jawapan yang diberikan responden manakala kumpulan kami telah mengira sendiri semua
jawapan yang diberikan oleh responden secara manual. Kekuatan kedua saya dalam kajian
kami adalah borang soal selidik yang telah kami tampilkan adalah hasil soalan-soalan yang
saya olah sendiri berdasarkan aspek yang kami fokuskan dan soalan-soalan tersebut adalah
bersifat spesifik supaya dapat mencapai matlamat kajian kami. Apabila saya berjaya
membantu kumpulan kami menyediakan soalan-soalan yang spesifik, responden akan lebih
mudah faham kerana setiap individu mempunyai pemahaman yang berbeza dan saya tahu
bahawa saya telah menyumbang sesuatu kepada kumpulan kami.

1
Kelemahan yang saya dapati adalah saya telah bersetuju dengan ahli kumpulan
saya untuk tidak mengambil risiko menyoal semua pelajar PPISMP Semester 2 yang
berjumlah 123 orang memandangkan kami hanya menyoal 45 orang pelajar yang
merupakan hampir separuh daripada jumlah sebenar pelajar PPISMP disebabkan kekangan
masa yang terhad. Selain itu, saya kurang mahir menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) iaitu Microsoft Excel menyebabkan saya perlu belajar menggunakan
TMK dalam masa yang singkat kerana sukar untuk mendapatkan data yang tepat sekiranya
tidak menggunakan TMK. Namun saya berjaya menangani masalah tersebut kerana saya
telah berjaya memahami cara penggunaan TMK dengan bantuan panduan yang ada dalam
buku Statistik Asas.

Kelemahan kedua yang saya dapati dalam kumpulan kami adalah kami
memasukkan nilai min, mod dan median yang kami perolehi terus daripada Excel ke dalam
laporan kajian kami dan perkara tersebut telah menyukarkan pihak pemeriksa untuk
memahami maklumat yang cuba kami sampaikan kerana sepatutnya pengurusan grafik
yang telah kami tampilkan dalam bentuk carta pai sudah cukup untuk menunjukkan hasil
kajian kami. Selain itu, terdapat satu pengurusan grafik yang telah kami letakkan dalam
laporan yang merupakan keputusan setiap tahap dalam 12 soalan yang kami telah sertakan
juga sukar untuk difahami oleh pihak pemeriksa disebabkan pengurusan grafik tersebut
terlampau padat dan tidak sesuai disebabkan terdapat 12 data yang perlu ditampilkan.

Konklusinya, saya dapat memahami bahawa perkhidmatan perpustakaan digunakan


oleh para pelajar bagi menyiapkan kerja kursus masing-masing disebabkan perpustakaan
menyediakan perkhidmatan peminjaman sumber rujukan dan kemudahan rangkaian
internet. Saya sangat bersetuju dengan kumpulan saya bahawa kepentingan lain kajian ini
adalah supaya pihak IPG dapat menambahbaik lagi perkhidmatan perpustakaan agar
pencarian maklumat dapat dijalankan dengan mudah. Saya juga faham bahawa statistik
sememangnya sangat penting untuk diaplikasikan dalam kajian kami bagi menunjukkan
keputusan kajian yang nyata dan tepat agar penambahbaikan mudah dilaksanakan.
Tugasan ini telah memberikan saya pengalaman yang baharu misalnya dapat meningkatkan
kemahiran penggunaan Teknologi Maklumat dan saya berharap agar pada masa akan
datang masyarakat akan lebih didedahkan dengan penggunaan TMK supaya negara kita
akan maju setanding dengan negara-negara maju yang lain.

You might also like