You are on page 1of 4

TABIKA KEMAS KOMTA 1,2,3

KG PDG POLIS, JLN GIAT MARA


21020 B. RAKIT TERENGGANU

TARIKH: 16 OGOS 2020

Kepada:

Semua Jawatankuasa

Tabika KEMAS Komta 123

Tuan/Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA TABIKA KEMAS KOMTA 123 BIL 1 / 2020

Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaimana


berikut:

BIL PERKARA
1 Tempat Tabika Kemas Komta 3
2 Masa 2 Petang
3 Tarikh 24 Ogos 2020
4 Hari Isnin

3. Ini adalah bertujuan untuk pengeluaran duit tabika bagi perbelanjaan Makan minum
pada bulan Ogos. Sehubungan dengan itu, pihak Tabika Kemas berharap agar
Tuan/Puan dapat hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa yang bakal diadakan ini.

4. Semoga perkara dalam pemerhatian Tuan/Puan demi kemajuan dan

kepentingan anak-anak kita. Kerjasama dan Keprihatinan Tuan/Puan diucapkan

setinggi-tinggi peghargaan dan terima kasih. Sekian,Terima Kasih.

“RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Yang Benar,

……………………………………

(MARSITA BINTI MOHAMED)


Setiausaha,
Tabika Kemas Komta 123
MESYUARAT JAWATANKUASA
TABIKA KEMAS KOMTA 1,2,3 BIL/1 TAHUN 2020

Tarikh : 24 OGOS 2020

Masa : 2:00 PETANG

Tempat : TABIKA KEMAS KOMTA 3

KEHADIRAN

1) PUAN HASLINA BINTI SIDI


2) AZIZ BIN DADANG
3) MARSITA BINTI MOHAMED
4) KAMARIAH BINTI JUSOH
5) RIZA AZURA BINTI AZIZ
6) NOOR AZNORA BINTI MAMAT
7) MAYUNI BINTI AZIZ
8) FARAH RAHAYU BINTI A. GHANI
9) SUZI NORHASNIZA BINTI JOHARI
10) NOORMALISA BINTI HASSIN
11) RUHANI BINTI SALLEH
12) FATIMAH BINTI ABDULLAH
13) NORHAYATI BINTI DOLLAH

AGENDA MESYUARAT

1) UCAPAN PENGERUSI

2) MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3) UCAPAN BENDAHARI

4) PERSETUJUAN IBUBAPA UNTUK PENGELUARAN DUIT TABIKA

5) UCAPAN PENUTUP
AGENDA

1) UCAPAN PENGERUSI (HASLINA BINTI SIDI)

- Pengerusi memulakan dengan salam dan bacaan surah Al-Fatihah.


Seterusnya mengucapkan selamat datang serta terima kasih kepada ibubapa yang hadir
pada mesyuarat tahunan kali ini. Beliau juga berharap supaya ibubapa
sentiasa bersama-sama meluangkan masa apabila diadakan mesyuarat.
Dengan peluang ini,semua ibubapa dapat maklumat dan perkembangan anak-anak
di Tabika.

2) MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Puan Fatimah binti Abdullah mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan, Puan
Norhayati binti Dollah menyokong dan mengesahkan mini mesyuarat yang lepas

3) UCAPAN BENDAHARI (CIK WAN RAWIAH ADAWIAH BINTI WAN ZAKARIA)

- Memulakan dengan salam dan mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang
hadir.
- Beliau juga meberitahu tentang penerimaan Wang peruntukan daripada KEMAS
Terengganu ke dalam akaun TABIKA bagi Peruntukan Program Bantuan Makanan
Tambahan (PBMT) TABIKA
- Jumlah tersebut merangkumi perbelanjaan bulan Januari, Februari, Mac dan April
iaitu Peruntukan bagi FASA 1. Julai dan Ogos FASA 2, September,Oktober,November dan
Desember FASA 3
- Untuk makluman AJK, Mesyuarat kali ini adalah untuk mengeluarkan wang PBMT
bagi bulan Ogos

4) PERSETUJUAN JAWATANKUASA UNTUK PENGELUARAN WANG TABIKA (PN RAFIDAH

BINTI JAAFAR)

Puan Rafidah memaklumkan mengenai sebulat suara untuk persetujuan ibubapa bagi
Peruntukan untuk pengeluaran wang tabika untuk PBMT bagi bulan Ogos Seperti berikut
untuk bayaran balik pinjaman wang pendahuluan Pemaju Masyarakat:
- KOMTA 1
Perbelanjaan Program Bantuan Makanan Tambahan Tabika (PBMT) bagi bulan
OGOS:
RM 3.00 X 8 KANAK-KANAK X 16 HARI = RM 384.00
LEBIHAN BULAN FEBRUARI = RM 21.00

JUMLAH PERBELANJAAN = RM 405.00

-KOMTA 2
Perbelanjaan Program Bantuan Makanan Tambahan Tabika (PBMT) bagi bulan
OGOS:
RM 3.00 X 8 KANAK-KANAK X 16 HARI = RM 384.00
LEBIHAN BULAN FEBRUARI = RM 21.00

JUMLAH PERBELANJAAN = RM 405.00

- KOMTA 3
Perbelanjaan Program Bantuan Makanan Tambahan Tabika (PBMT) bagi bulan
OGOS:
RM 3.00 X 4 KANAK-KANAK X 16 HARI = RM 192.00

JUMLAH PERBELANJAAN = RM 192.00

- AJK Bersetuju untuk mengeluarkan wang PBMT mengikut jumlah peruntukan setiap kelas

5) UCAPAN PENUTUP
Sekali lagi pihak pengurusan tabika mengucapkan terima kasih kepada
ibu bapa penjaga yang sudi hadir dan segala sokongan serta kerjasama ibubapa
untuk mendidik anak agar menjadi insan cemerlang, gemilang, dan terbilang kelak.

Disediakan oleh Disahkan oleh

………………………….. ………………………….
(MARSITA BINTI MOHAMED) ( HASLINA BINTI SIDI)
SETIAUSAHA PENGERUSI

You might also like