You are on page 1of 3

TAJUK 1: TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN

Sila jawab soalan Aktiviti 2 dan Aktiviti 3 di bahan epembelajaran Topik 1 Teknologi dan
Media Pengajaran secara berpasangan dan muat naik jawapan anda secara individu di
ruangan ini.
Aktiviti 2: Secara berpasangan, dapatkan maklumat apa yang dimaksudkan dengan media,
dan apakah peranannya dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti 3: Dengan rakan bincangkan konsep TPACK dan keperluan kepada warga pendidik.
Senaraikan ciri-ciri yang perlu ada kepada guru kini berdasarkan konsep TPACK.

Jawapan Aktiviti 2:
a) Definisi media
Media ialah perantara iaitu antara guru dan pelajar. Media juga merujuk
kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada
penerima. Contoh media ialah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto,
bahan bercetak, komputer dan pengajar. Selain itu, media bertujuan untuk
meningkatkan kefahaman dalam kalangan pelajar (penerima). Menurut Heinich
(2002), media digunakan untuk membantu proses komunikasi. Reiser dan Gagne
(1983) pula mendefinisikan media sebagai cara fizikal yang membolehkan mesej
pengajaran di sampaikan.

Menurut Percival dan Elington (1984) media dibahagikan kepada dua. Media
pertama ialah Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan. Misalnya, perkataan
bercetak, filem, pita, piring hitam, slaid dan kombinasi di antaranya. Media yang
kedua ialah Pelbagai Saluran Komunikasi Massa. Sebagai contohnya, surat khabar,
radio dan televisyen.

Torkelson (1972), membahagikan media kepada tiga bahagian iaitu mesej,


bentuk mesej dan saluran mesej. Mesej adalah isi kandungan, iaitu apa sahaja yang
terkandung dalam media itu sama ada mesej yang berbentuk memberitahu, dan
menaikkan semangat adalah dikira sebagai mesej. Bentuk Mesej pula adalah
berkaitan bagaimana mesej itu disimpan. Ia terangkum dalam satu ruang yang luas,
bermula dengan bentuk bahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh
disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, dan simbol. Manakala
Saluran Mesej pula adalah peralatan fizikal sama ada yang berbentuk elektrik atau
mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar. Misalnya,
televisyen, dan projektor filem.
b) Peranan media dalam konteks pengajaran dan pembelajaran

Media pengajaran ialah satu elemen yang amat penting dalam pengajaran
dan pembelajaran. Ia merupakan penghubung antara pelajar dan guru, antara
pelajar dengan pelajar dan setiap orang yang terlibat dalam proses P&P.

Terdapat beberapa peranan media dalam konteks pengajaran dan


pembelajaran. Media pengajaran dapat memperjelaskan penyampaian mesej. Jika
perkataan disertakan dengan gambar atau simbol ia akan meningkatkan kefahaman
seseorang murid. Misalnya, untuk menyatakan, tunjukkan objek atau gambar yang
menunjukkan saiz besar yang dimaksudkan. Dengan media, segala simbol, verbal
yang abstrak, dapat diperjelaskan dan ini memudahkan pelajar memahami pelajaran.
Jelaslah bahawa dalam era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan dengan
lebih berkesan dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat
meningkatkan kefahaman seseorang murid.

Selain itu, media pengajaran dapat mengatasi batasan ruang, waktu dan
pancaindera. Sebagai contohnya, objek yang terlalu besar atau kecil boleh
digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video. Seterusnya,
penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap
pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman
pelajar tentang realiti.

Peranan seterusnya ialah pengajaran tanpa bergantung kepada guru. Media


boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran guru, sama ada kerana guru tidak
ada atau sedang membantu pelajar lain. Pada masa itu, pelajar akan dibimbing oleh
pereka media tersebut (seperti mana penulis membimbing anda mempelajari modul
ini) dan pengajaran jenis ini dikenali sebagai pengajaran kendiri. Pelajar juga boleh
belajar bersendirian, menurut kemampuan dan keselesaan masing-masing.
Pengajaran seperti ini tidak berhasrat untuk menggantikan tugas guru. Sebaliknya,
dengan cara ini guru boleh menjadi pengurus yang lebih cekap dan kreatif serta tidak
hanya sebagai penyampai maklumat semata- mata.

Di samping itu, peranan media pengajaran ialah pendidikan bagi pelajar


istimewa. Media memainkan peranan yang besar dalam kalangan pelajar yang
kurang berupaya. Misalnya, pelajar pekak memerlukan bahan pembelajaran yang
berbeza daripada pelajar normal. Teknologi masa kini telah menyediakan peralatan
yang bersesuaian dengan mereka yang kurang berupaya/kecacatan. Bagi pelajar
pintar, yang juga terangkum dalam kumpulan pelajar istimewa, mereka disediakan
dengan bahan-bahan tambahan yang membolehkan mereka memupuk kepintaran
yang ada seperti menerokai sesuatu tajuk dan mempersembahkan dapatan kepada
kelas.

Peranan selanjutnya ialah pendidikan jarak jauh (PJJ). Pendidikan jarak jauh
(PJJ) bukan suatu yang asing lagi bagi pelajar di Malaysia. Ia kini berkembang luas
dan menjadi tapak bagi menyediakan peluang belajar pelbagai bidang ilmu kepada
semua orang. Media yang digunakan merangkumi media cetak dan elektronik.
Telekonferensi membolehkan pelajar dari pelbagai tempat bertemu dan berbincang
secara maya. Ruangan berbual dan papan buletin turut menyokong komunikasi
pembelajaran jenis ini.

You might also like