You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU AMPUAN NAJIHAH

70400 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
‘PROJEK SUDUT NILAI-NILAI MURNI’
DI BAWAH KEGIATAN
PENDIDIKAN MORAL
1.0 PENGENALAN

Institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam membantu membangunkan


minda komuniti warga sekolah melalui persekitaranyang kondusif. Hal ini kerana,
persekitaran kawasan sekolah yang kondusif dan ceria adalah merupakan wahana
untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.

Sehubungan dengan itu, ‘Projek Sudut Nilai-nilai Murni’ ini telah dirancang
khusus di bawah kegiatan Pendidikan Moral bagi mewujudkan suasana sekolah yang
lebih kondusif dan ceria di samping dapat menerapkan elemen nilai-nilai murni dalam
kalangan murid SMK Tunku Ampuan Najihah

2.0 RASIONAL

Projek banner ini adalah merupakan satu daripada aktiviti yang telah dirancang
di bawah kegiatan Pendidikan Moral. Oleh sebab itu, projek ini lebih memberi fokus
kepada elemen nilai-nilai murni.

Selain itu, projek sudut ini juga bertujuan untuk menghiasi bahagian dinding-
dinding sekolah yang masih kosong agar kelihatan lebih ceria di samping dapat
meningkatkan penghayatan murid terhadap nilai-nilai murni.

3.0 OBJEKTIF

Melalui projek sudut ini, kami berharap dapat :


i. Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang kondusif,
cantik dan indah.
ii. Meningkatkan penghayatan murid terhadap nilai-nilai murni.

4.0 PELAKSANAAN

‘Projek sudut Nilai-nilai Murni’ ini akan melibatkan kawasan tangga blok sanyum
dan kawasan lain yang dirasakan sesuai. Lakaran awal akan dibuat terlebih
dahulu bagi melihat kesesuaian banner dengan saiz dinding pada kawasan yang
telah ditetapkan.

1
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran perbelanjaan bagi projek ini adalah seperti berikut :

Bil
Perkara Kuantiti Jumlah
.
1. Banner Nilai Univesal 18 RM 170.00
Pendidikan moral
2. Banner Amalan baik 3 RM 350.00

3. Papan kenyataan 4 RM 290.00


JUMLAH BESAR RM 810.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan bagi projek ini adalah seperti berikut :

Bil
Sumber Kewangan Jumlah Peruntukan
.
1. PCG Pendidikan Moral RM810.00

2
10.0 PENUTUP

Diharapkan agar ‘Projek Sudut Nilai-nilai Murni’ ini dapat dilaksanakan dengan baik dan
lancar sepertimana yang telah dirancang sekaligus dapat menceriakan lagi persekitaran
Sekolah.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

………………………………………. …………..……………………………………………
(Pn. Balkis binti Zakaria) (Pn. Hjh. Siti Norezan binti Jalil)
Ketua Panitia Pendidikan Moral Pengetua
SMK Tunku Ampuan Najihah

You might also like