You are on page 1of 4

12.

1 SISTEM SIRKULASI

12.1.1 PINJAMAN BUKU RAK TERBUKA

* Ditempatkan pada rak buku Bahagian Pinjaman.


* Boleh dipinjam dalam tempoh masa yang ditetapkan.
* Dilengkapkan dengan tempoh masa yang ditetapkan.

Prosedur Pinjaman Buku

1. Keluarkan kad buku daripada koceknya apabila


buku itu dibawa oleh peminjam ke kaunter.

2. Tulis nama peminjam di baris kosong yang di atas


sekali pada kad buku itu.

3. Capkan tarikh pulang pada slip tarikh pulang,


kemudian serahkan buku itu kepada peminjam.

4. Capkan tarikh pulang pada kad buku tadi.

4. Rekodkan nama peminjam dalam Rekod Pinjaman


Mengikut aliran tahun yang berkenaan dan
lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.

5. Susunkan kad-kad itu dalam laci peminjaman


mengikut Nama kelas yang berkenaan.

6. Semak tarikh pulang di slip tarikh pulang buku itu.


Sekiranya buku itu lewat dikembalikan, kenakan
denda yang telah ditentukan oleh Pusat Sumber. Ini
untuk menggalakkan sifat tanggungjawab dan
berdisiplin.

7. Keluarkan kad buku itu daripada susunan kad-kad

8. dalam laci peminjaman mengikut penunjuk tarikh


yang berkenaan. Tentukan tarikh di kad buku sama
dengan tarikh yang ada di slip tarikh pulang buku itu.

9. Kembalikan kad buku itu ke dalam kocek buku yang


berkenaan.
Semua kenyataan di kad buku dengan kenyataan di kocek
buku mestilah sama. Buku-buku yang dikembalikan pada
hari itu disusun semula di atas rak-rak yang berkenaan
( mengikut nombor pengkelasan dewey ).

12.2 KAD KEAHLIAN

12.2.1.1 PERATURAN PINJAMAN

1. Hanya murid-murid yang mempunyai kad pinjaman


dibenarkan membuat pinjaman buku.

2. Buku yang terdapat di perpustakaan hanya boleh


dipinjam dalam jangkamasa seminggu.

3. Sebarang kehilangan atau kerosakan pada buku yang


dipinjam menjadi tanggungjawab peminjam untuk
menggantinya. Sila rujuk kepada Penyelaras PSS untuk
maklumat lanjut.

4. Setiap orang murid boleh meminjam dua buah buku


dalam sesuatu masa, iaitu sebuah buku fiksyen Bahasa
Melayu dan sebuah lagi buku dari mana-mana bahagian
sama ada fiksyen Bahasa Inggeris, 000, 100, 200, 300,
400, 500, 600, 700, 800 atau 900.
5. Kehilangan kad pinjaman ini perlu dilaporkan segera
kepada Penyelaras PSS untuk mendapatkan kad yang
baru.

6. Segala urusan berkaitan sila berhubung dengan :-

GURU MEDIA
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG UTAMA
68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN.

Contoh peraturan pinjaman terdapat pada kad keahlian.

12.3 PROSEDUR PINJAMAN BUKU RUJUKAN

Pinjaman Buku Rujukan

- Ditempatkan pada rak ‘ Bahagian Rujukan ‘.


- Tidak boleh dipinjam, oleh itu tiada kad buku dan tiada slip
tarikh pulang.
- Ditandakan dengan huruf ‘R’ pada label tulang buku.

12.4 PROSEDUR PINJAMAN BUKAN BUKU

Pinjaman Bukan Buku

Jenis-jenis Bahan :
- carta
- peta
- permainan pendidikan
- glob
- model
- disket computer
- pita audio
- transparensi
- bahan CD multimedia
- filem slaid
- pita video

Direkodkan dalam rekod pinjaman bukan buku.

You might also like