You are on page 1of 6

Pada kali ini dalam kelas silat yang seterusnya,saya telah mendapat buah asas iaitu lanjutan

daripada kaedah asas dan pada peringkat ini  ianya lebih kepada pergerakan serentak tangan
dan kaki dan ia merupakan cara untuk menangkis musuh dari arah hadapan.Terdapat 21 buah
yang akan di ajar dalam peringkat asas ini dan pada kali ini saya telah diajar sebanyak 5 buah
iaitu  buah pertama, keputusan gayong patani, keputusan sendeng atas,buah kilas hadapan dan
juga buah kilas belakang..

BUAH PERTAMA....

gambar

buah pertama ini ia merupakan pergerakan dari kaedah A yang mana ia merupakan cara untuk
menghadapi serangan daripada bahagian dada.Sasaran dalam buah pertama ini juga melibatkan
di bahagian rusuk dan di bahagian pelipat pasangan...

gambar

KEPUTUSAN GAYUNG PATANI...

buah gayung patani ini adalah berdasarkan gerak rasa dan ianya dilakukan dengan
menggunakan kaedah A dan kaedah B dan ianya melibatkan pergerakan kaki( pergerakan gelek)
dilakukan .Ketika mengambil buah ini,orang yang mengambil buah ini tidak memegang
pasangan mereka kerana ia adalah pergerakan rasa dan orang yang mengambil buah hanya
akan melakukan gerak sentuh sahaja.

gambar

KEPUTUSAN SENDENG ATAS....

bagi buah keputusan sendeng atas ini ianya melibatkan pergerakan dengan menggunakan
kaedah B.Pada masa pergerakan ini dibuat tangan sebelah lagi akan melakukan pukulan yang
mana sasarannya adalah dibahagian dagu pasangan dan ianya dilakukan secara serentak
dengan gelekkan kaki.Tapi untuk tujuan belajar ini saya hanya melalukan tangan hingga ke
dagu pasangan

Gambar

BUAH KILAS BELAKANG....

untuk  mengambil buah ini ia adalah menggunakan pergerakan dalam kaedah A dan diikuti
dengan pukulan di bahagian leher pasangan dimana ketika membuat pukulan di bahagian leher
pasangan ianya melibatkan pergerakan yang serentak  antara tangan dan kaki .Dalam buah kilas
belakang ini penekanan perlu diberi ketika punggung bertemu punggung dengan pasangan.Ini
kerana ianya mudah bagi menjatuhkan pasangan apabila mengambil buah jatuh..

Gambar

BUAH KILAS HADAPAN

untuk mengambil buah kilas hadapan ini adalah dengan menggunakan kaedah C iaitu di
bahagian penyawa.Dengan menggunakan kaedah C ini ia membolehkan untuk mengambil
serangan yang datang dari bahagian bawah.

KAEDAH ASAS

Kaedah asas merupakan pergerakan tangan yang menjadi asas pergerakan membuat buah. Ia
mengandungi empat gerakan utama yang dipanggil kaedah 'A', 'B', 'C' dan 'D'. Keempat- empat kaedah
ini dapat melindungi tubuh, dari aras kepala hingga ke kaki.
KAEDAH A KAEDAH B

Kaedah A adalah diilhamkan daripada gerakan Kaedah B adalah diilhamkan dari gerakan Qiam
doa. Daripada kaedah doa ini maka lahirlah buah- dalam sembahyang. Daripada kaedah Qiam ini maka
buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 11 lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak
buah iaitu  Hanafi sebanyak 5 buah iaitu : 

 Buah Pertama   Keputusan Gayung Fatani 


 Buah Kilas Belakang   Keputusan Sendeng Atas 
 Buah Kidung Kiri   Buah Kuntau Jatuh 
 Buah Hentak   Buah Gari 
 Buah Ali Patah Atas   Buah Ali Patah Sudah Pecahan Kedua
 Buah Ali Patah Sudah Pecahan Pertama 
 Buah Selendang   
 Buah Paras 
 Keputusan Pasong Kemanga 
 Buah Luncur 
 Buah Siku Potong

KAEDAH C KAEDAH D

Kaedah C adalah diilhamkan dari gerakan rukuk Kaedah D adalah diilhamkan oleh gerakan takbiratul
dalam sembahyang. Daripada kaedah doa ini ihram dalam sembahyang. Daripada kaedah doa ini
maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak
Hanafi sebanyak 3 buah iaitu :  Hanafi sebanyak 2 buah iaitu : 

 Buah Kilas Hadapan   Buah Kuntau Kiri 


 Keputusan Terlak   Buah Hempok
 Keputusan Lintau

KAEDAH A KAEDAH B KAEDAH C KAEDAH D

 
BUAH- BUAH UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI

Selepas penuntut- penuntut diajar dengan kaedah asas, peringkat yang berikutnya ialah mengajar buah-
buah untuk mempertahankan diri. Terdapat 21 buah pertahanan yang diajar kepada penuntut.
Pengajaran buah- buah untuk mempertahankan diri ini dibahagikan kepada dua peringkat. Pertama,
peringkat BUAH ASAS dan kedua peringkat BUAH JATUH. Pembahagian kepada dua peringkat ini
dapat memudahkan penuntut untuk membuat kaedah- kaedah tersebut secara tepat dan selamat. Ia
menjadikan proses pembelajaran tidak membahayakan pengamal, sehinggakan wanita juga dapat
melakukannya dengan penuh keyakinan.

BUAH ASAS

Buah asas adalah pergerakan kaedah yang merupakan sambungan daripada kaedah asas. Pada
peringkat ini, tangan dan kaki sama- sama digunakan untuk menangkis serangan lawan. Ini bermakna
pada peringkat ini penuntut berupaya untuk menghindarkan serangan lawan tetapi masih belum diajar
kaedah- kaedah pukulan dan kuncian yang intensif. Di sini ditunjukkan sebahagian daripada buah- buah
asas. (4 daripada 21)
Buah Asas Pertama Buah Asas Kuntau Jatuh 

Berasaskan daripada kaedah A untuk menghadapi Berasaskan daripada kaedah B, penyerang yang
serangan di bahagian dada, sasarannya adalah besar dan kecil pasti jatuh. Sasarannya ialah dagu
rusuk dan liang ketiak penyerang atau khalkum penyerang
 

Buah Asas Kilas Hadapan  Buah Asas Hempok 

Berasaskan daripada kaedah C, sasarannya ialah Berasaskan daripada kaedah D, sasarannya ialah
dada dan muka penyerang lengan dan kaki lawan
BUAH JATUH

Peringkat jatuh merupakan sambungan kepada peringkat buah asas. Apabila penuntut telah mahir
membuat buah- buah asas maka ia memudahkan mereka membuat buah- buah jatuh. Pada peringkat ini
setiap buah akan diajar hingga sempurna termasuk teknik- teknik pemakan dan kuncian.
Buah Jatuh Pertama Buah Jatuh Kuntau Jatuh

Pelipat dan tangan penyerang dikunci sementara Buah yang dapat menjatuhkan penyerang
khalkum, dada dan penyawa menjadi sasaran terakhir secara cepat dengan kakinya dikunci kemas.
Sasaran terakhirnya ialah penyawa
penyerang
 

Buah Jatuh Hempok


 Buah Jatuh Kilas Hadapan
Istimewa untuk menghadapi serangan musuh
yang ditujukan ke bahagian kepala, badan
Buah yang dapat digunakan untuk menangkis serangan musuh akan terlangkup manakala kaki dan
tangan dari bawah termasuk layangan kerambit dan tangan dikunci kemas
menangkis serangan kaki yang ditujukan ke perut dan ke
bawah. Buah ini akan mengakibatkan tangan penyerang
dikunci beserta lehernya, manakala sasaran terakhirnya
ialah dada dan muka
BUAH POTONG

Selepas selesai pelajaran buah jatuh, penuntut akan memasuki pelajaran peringkat buah potong pula.
Penuntut dikenakan sekali lagi ijazah dengan guru dipanggil IJAZAH POTONG.

Pada peringkat buah potong penuntut akan diajar cara- cara untuk memotong segala buah jatuh yang
telah dipelajari, sekiranya ada orang yang menggunakan buah- buah tersebut terhadap mereka. Ini
bermakna pada peringkat ini orang yang menyerang akan menang. Namun begitu, penuntut masih
belum diajar kaedah menyerang yang sebenar.

Walaupun di peringkat ini, penuntut hanya diajar cara memotong buah- buah potong silat ini, tetapi
kaedah pemotongan yang ditunjukkan boleh digunakan untuk memotong segala rupa buah tangkisan
walaupun bukan daripada buah- buah silat ini.

PERINGKAT TAMAT

Selepas selesai mempelajari peringkat pelajaran buah potong, penuntut perlu menjalani majlis ijazah
ketiga bersama- sama guru. Ijazah kali ketiga ini dipanggil Ijazah Tamat.

Semasa memberi buah tamat inilah baru penuntut dibenarkan bertanya mengenai bertanya mengenai
kaedah- kaedah persilatan termasuk buah- buah pelajaran yang dipelajari dari cara- cara
mempertahankan diri semasa sebelum belajar SIlat Cekak Hanafi. Bertanya dalam tafsiran silat ialah
untuk mencuba. Mencuba di sini bukan bertujuan untuk bermegah atau menyombong tetapi lebih untuk
meyakinkan penuntut terhadap kebaikan kaedah- kaedah yang telah mereka sendiri pelajari. Adalah
diharapkan mereka akan merasa lebih yakin dan hilang segala keraguan semasa proses pembelajaran
yang dilalui dahulu.

BUAH UMUM

Pada peringkat ini penuntut akan ditunjukkan cara- cara menggunakan kaedah Silat Cekak Hanafi dalam
menghadapi gelagat musuh semasa bertempur. Beberapa kaedah serangan dan mempertahankan diri,
gaya- gaya lain yang bahaya atau tampak memang bahaya akan dijadikan sebagai mata pelajaran untuk
dikaji dan dianalisa. Ini termasuklah cara menagkis serangan kaki berbahaya, buah- buah pertahanan
yang mengancam dan serangan serentak di antara kaki dan tangan. 

You might also like