You are on page 1of 5

Sistem pendidikan di Malaysia ialah berteraskan falsafah pendidikan

kebangsaan. Falsafah ini bertujuan melahirkan warganegara yang


berketrampilan dan bertanggunjawab dalam segala bidang serta mampu
menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara. Walaubagaimana pun
kurikulum pendidikan masih berteraskan falsafah pendidikan. Kurikulum ialah
segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang dikendalikan
oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan.
Menurut pakar pendidikan kerr (1968) beliau menyatakan bahawa kurikulum
ialah semua jenis pembelajaran yang di rancang dan di pandu oleh sekolah
samada dalam kumpulan atau secara individu di dalam atau diluar sekolah.
Selain itu menurut Hirst (1975) mendifinisikan kurikulum sebagai satu
program yang mengandungi aktivit- aktiviti pembelajaran dan telah disusun
oleh guru untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang telah
ditentukan.

Terdapat empat model kurikulum yang telah digunakan dalam


pembelajaran iaitu Stenhouse, Tyler, Taba, , dan Trend Terkini. Model
Stenhouse (1975) merupakan model proses kurikulum. Model ini membentuk
spesifikasi kurikulum dan proses pendidikan bukan bermula dengan hasil
berbentuk objektif. Model ini lebih berfokus kepada aktivit-aktiviti murid dan
peranan guru. Selain itu model ini juga lebih mementingkan bagaimana
kaedah menjalankan sesuatu tugasan dan bukanya mementingkan matlamat
yang mana pelajar seharusnya membuat keputusan tentang aktiviti
pembelajaran. Kelebihan mode ini ialah ia menekankan peranan yang aktif
oleh guru dan pelajar. Selain itu juga model ini amat menekankan kemahiran
dan aktiviti yang penting yang berguna untuk kehidupan.

Model Stenhouse telah membahagikan pembentukan kurikulum kepada


tiga bahagian iaitu dalam perancangan kurikulum,dalam pembelajaran
empirikal dan dalam pembelajaran proses. Bagi bahagian dalam
perancangan kurikulum ialah guru mesti menentukan bahan pengajaran yang
diajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahan pengajaran amat
penting untuk memastikan proses pengajaran dapat berjalan dengan
lancar. .Atan Long (1981) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga
kumpulan: alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar.
Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 ) alat bantu
mengajar ini digunakan sebagai dara menarik pelajar. Sebagai contoh ketika
menjalankan proses pengajaran berkaitan kaedah atau langkah penggunaan
video secara tidak langsung daat menarik minat pelajar. Selain itu dalam
perancangan kurikulum ini juga ia guru-guru akan mengenalpasti kekuatan
dan kelemahan pelajar. Sebagai contoh sekiranya dalam mata pelajaran reka
cipta. Ia memerlukan pemikiran yang kreatif dalam kalangan pelajar. Guru
seharusnya mengetahui tahap pemikiran setiap anak pelajarnya agar dapat
menghasilkan satu inovasi yang baik. Setelah mengenalpasti kelemahan
pelajar guru boleh memilih pendekatan yang akan digunakan. Sebagai contoh
Pendekatan berpusatkan bahan. Ini secara tidak langsung pembelajaran
dapat dijalankan dengan seronok dan secara tidak langsung Menarik minat
murid untuk memberi lebih fokos terhadap pembelajaran dalam kelas dengan
memberi tumpuan yang sepenuhnya. Secara amnya dalam perancangan
kurikulum ini guru perlu mahir dalam menggunakan kaedah dan urutan bahan
pembelajaran agar.

Bahagian yang kedua dalam model Stenhouse ialah pembelajaran


empirikal. Empirikal bermaksud fakta yang hanya bergantung kepada
pengalaman hidup, pada pemerhatian perkara dan bukan pada teori dan
kaedah saintifik. Pada bahagian pembelajaran empirikal ini guru harus
menentukan apa yang harus dipelajari oleh murid dan mengetahui kaedah
untuk menilai murid tersebut. Selain itu “feasibility” dan kesesuaian juga perlu
di titik beratkan dalam konteks sekolah dan persekitaran. Sebagai contoh
dalam TVET telah di bekalkan oleh setiap pensyarah sibulus dan course
outline bagi setiap muodul pembelajaran. Pensyarah hanya mengikuti setiap
tajuk di dalam silibus tersebut dan memberikan ujian atau tugasan kepada
pelajar. Infraksuktur dan peralatan haruslah bersesuai dengan pembelajaran.
Kaedah Pembelajaran empirikal Kaedah empirikal adalah kaedah yang dibuat
melalui percubaan dan kesilapan,. Kaedah empirikal sangat mempengaruhi
pembelajaran, kerana kita mempelajari fakta melalui pengalaman hidup.
Secara amnya dalam pembelajaran empirikal ia mempunyai hubung kait yang
rapat berkaitan dengan kehidupan kerana pembelajaran ini ialah apa yang
dilakukan seharian.

Bahagian yang ketiga ialah pembelajaran proses. Dalam pembelajaran ini


guru mestilah memilih isi kandungan pembelajaran dari segi kreteria dan tidak
perlu bergantung kepada objektifnya. Selain itu guru merancang aktiviti yang
membolehkan murid melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai contoh dalam subjek reka cipta guru meminta pejar
membentuk kumpulan yang kecil bagi menyiapkan projek Ini secara tidak
langsung akan melibatkan semua pelajar dan di pantau oleh ahli kumpulanya.
Menurut Borhan, (2001) pembelajaran koperatif atau pembelajaran
berkumpulan terbimbing adalah merupakan pembelajaran dalam kumpulan.
Melalui kaedah pembelajaran koperatif guru akan dapat menarik minat pelajar
dan pelajar akan melibatkan diri mereka secara aktif. Pembelajaran koperatif
juga dilihat sebagai suatu usaha ke arah mempertingkatkan lagi pencapaian
pelajar dan kemahiran kognitif (Slavin, 1995). Di samping itu Stenhouse ia
menitik beratkan pengajaran guru dan menggalakkan peranan tambahan guru
sebagai penyelidik dengan bertujuan meningkatkan kemahiran. Peranan guru
sebagai penyelidik melalui kaedah kajian tindakan telah pun di jalankan di
setiap sekolah. Sebagai contoh di Kolej Vokasional telah menubuhkan
jawatankuasa kajian tindakan. kajian tindakan dapat membantu guru
membaiki amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Usaha
untuk mengubah sebarang bentuk amalan pengajaran di dalam bilik darjah
tidak akan berjaya sekiranya guru tidak diberi peranan untuk mengubah
amalan tersebut. Menuru (T. Subahan, (2006) Antara perubahan yang boleh
dimainkan oleh guru adalah melalui kajian tindakan di dalam bilik darjah.

Holistiknya, Setiap model mempunyai pandangan yang berbeza dalam


pembangunan kukurikulum. Namun begitu setiap model mempunyai
kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Oleh itu guru haruslah bijak
memilih model yang boleh digunakan dalam aktiviti pembelajaran agar pelajar
lebih berminat untuk beajar. Selain itu perubahan dalam kurikulum boleh juga
berlaku dari masa ke masa. Antara sebab boleh berlaku perubahan ini ialah
faktor luaran seperti keperluan sistem pendidikan itu sendri dan juga faktor
keperluan murid seperti keperluan asas dan keselamatan. Di samping itu
banyak aspek-aspek yang perlu di fokuskan dalam kurikulum di sekolah
antaranya ialah ilmu pengetahun, kemahiran dan sikap seseorang.

Rujukan:
Sheehan, J. (1986). Curriculum models: product versus process. Journal of
advanced nursing, 11(6), 671-678.

Hirst, P. H. (1975). Moral education in a secular society.

Stenhouse, L. (1975). An introduction to curriculum research and


development.

Shanmugavelu, G., Ariffin, K., Vadivelu, M., Mahayudin, Z., & Sundaram, M.
A. R. (2020). Questioning Techniques and Teachers' Role in the Classroom.
Shanlax International Journal of Education, 8(4), 45-49.

Acland, C. R. (2017). American AV: Edgar Dale and the information age
classroom. Technology and culture, 58(2), 392-421.

Hammock, B. D., Moghaddam, M. F., Cheek, J. M., Borhan, B., Fergusson, J.,
Grant, D. F., ... & Sisemore, M. F. (2001). U.S. Patent No. 6,174,695.
Washington, DC: U.S. Patent and Trademark Office.

Stevens, R. J., & Slavin, R. E. (1995). The cooperative elementary school:


Effects on students’ achievement, attitudes, and social relations. American
educational research journal, 32(2), 321-351.

Lilia, H., Kamisah, O., Subahan, T., & Meerah, M. (2006). Trends and Issues
of Research on in-service need Assessment of science Teachers: Global Us
the Malaysia context. Faculty of education, University of Kebangsaan
Malaysia, 43600.

You might also like