You are on page 1of 2

Menurut Payne (2003) pentaksiran dirujuk sebagai integrasi proses mengumpul maklumat,

menginterpretasi maklumat atau memberiki nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan
berdasarkan maklumat tersebut. Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang
berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bertujuan mendapatkan maklumat yang
berkaitan perkembanga kemajuaan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD pada dahulunya telah
dikenali sebagai pentaksiran sekolah (PS) bermula pada tahun 2011 dan pada tahun 2016 PBS telah
diperkenalkan. PBD ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP bagu semua
mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara murid dengan murid
tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping
secara tidak langsung dapat membantu guru menambah baik pengajaran mereka.

Pentaksiran yang digunakan dalam pembelajaran ialah pentaksiran autentik dan tradisonal.
Pentaksiran autentik ialah pentaksiran yang merangkumi pelbagai aspek merangkumi pengetahun
pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap
persekitaran, dan simulasi terhadap dunia sebenar. Manakala bagi pentaksiran tradisonal pula
Menurut Bailey (1998) ialah pentaksiran secara tidak langsung,tidak autentik, one shot, speed-based,
dan rujukan norma. Selain itu Dikli (2003) menyatakan bahawa pentaksiran tradisional sering
memberi tumpuan kepada kemampuan hafalan dan melihat kembali pembelajaran, yang mana tahap
kemahiran kognitif yang lebih rendah.

Bagi melihat kesesuaian dalam penggunaan pentaksiran untuk subjek vokasional iaitu pemprosesan
makanana perlu melihat kelebihan dan kekurangan pentaksiran tersebut. Penggunaan pentaksiran
autentik adalah lebih sesuai. Ini kerana pentaksiran autentik ia akan mentaksir kemahiran berfikir
yang lebih tinggi berbanding dengan tradional iaitu pentaksiran secara tidak langsung. Perbezaan yang
kedua ialah penggunaan pentaksiran autentik ia secara tidak langsung akan memberi peluang kepada
pelajar untuk menunjukkan hasil yang merek belajar berbanding dengan pentaksiran tradisional iaitu
menurut Law & Eckes, 1995) menggariskan isu yang sama dan menyatakanbahawa pentaksiran
tradisional adalah ujian-peristiwa tunggal (single- occasion tests) iaitu hanya mengukur apa yang
pelajar boleh lakukan pada suatu masa tertentu. Selain itu skor ujian pelajar juga tidak dapat
menunjukkan perkembangan pelajar tersebut. Penggunaan pentaksiran tradisonal ini tidak selari
dengan maksud pentaksiran bilik darjah iaitu mendapatkan perkembangan pelajar. Di samping itu
jensi pentaksiran autentik ini lebih memberi peluang sekiranya pelajar tersebut ggal pada peluang
pertama yang mana pelajar tersebut masih diberi peluang menunjukkan kebolehannya pada bila-bila
masa (Law& Eckes, 1995). . Seterusnya bagi pentaksiran autentik dibangunkan dalam konteks dan dari
semasa kesemasa, guru mempunyai peluang untuk mengukur kekuatan dan kelemahan pelajardalam
pelbagai bidang dan situasi. Manakala bagi pentaksiran tradisonal pula berpandukan kurikulum yang
hanya mencakupi kebolehan pelajar mengingat dan kemahiran menghafal semata-mata.

Sara hoslistiknya terdapat juga keburukan dalam penggunaan pentaksiran autentik iaitu boleh
membebankan guru dari segi masa dan juga tenaga (Law & Eckes, 1995). Sebagai contoh,
kepelbagaian produk dalam portfolio, yang dilihat sebagai salah satu kekuatan yang paling penting,
boleh membawa masalah kepada guru dalam segi praktikal (Bailey, 1998). Namun penggunaan
pentaksiran tradisonal juga ada kelebihanya iaitu ] lebih objektif, boleh dipercayai dan juga sah. Ini
dapat dilihat daripada ujian sumatif yang seragam dan mempunyai standard yang tertentu.
Sebaliknya, pentaksiran alternatif, membawa beberapa kebimbangan dari segi subjektiviti,
kebolehpercayaan dan kesahihannya dalam sistem pendidikan. Sebagai seorang guru haruslah bijak
untuk memilih pentaksiran mengikut bidang masing-masing. Pentaksiran hanyalah garis panduan
tetapi peranan guru amat penting dalam mencapai objektif sesuatu matapelajaran.
Rujukan:
Ueda, H., Howson, J. M., Esposito, L., Heward, J., Chamberlain, G., Rainbow, D. B., ... & Dahlman, I.
(2003). Association of the T-cell regulatory gene CTLA4 with susceptibility to autoimmune disease.
Nature, 423(6939), 506-511.

Goodman, R., Meltzer, H., & Bailey, V. (1998). The Strengths and Difficulties Questionnaire: A pilot
study on the validity of the self-report version. European child & adolescent psychiatry, 7(3), 125-130.

Dikli, S. (2003). Assessment at a distance: Traditional vs. alternative assessments. Turkish Online
Journal of Educational Technology-TOJET, 2(3), 13-19.

Law, B., & Eckes, M. (1995). Assessment and ESL: On the Yellow Big Road to the Withered of Oz. A
Handbook for K-12 Teachers. Peguis Publishers Limited, 100-318 McDermot Avenue, Winnipeg,
Manitoba, Canada R3A 0A2.

You might also like