You are on page 1of 9

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER KEEMPAT SESI 2017/2018


KOLEJ SASTERA DAN SAINS

SGDA 4013
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

ARTIKEL REVIEW

DISEDIAKAN UNTUK :

DR. S. KANAGESWARI A/P SUPPIAH SHANMUGAM

DISEDIAKAN OLEH :

NUR AISHAH BINTI ABDUL GHAFAR (245723)


MUHAMMAD HAKIMI BIN AB RAZZAK (246160)
NUR SYAHIRAH BINTI ROSLAN (246406)
Ulasan Artikel 1

(Meneroka Elemen Integriti dalam ‘Peer Assessment’ oleh Noor Atikah Zainal Abidin,
Alias Masek, dan Nur Sofurah Mohd Faiz , dan Shafizza Sahdan. Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86330 Batu Pahat,
Johor, Malaysia. 2018)

Di ulas oleh Nur Aishah Binti Abdul Ghafar (245723), Muhammad Hakimi Bin Ab
Razzak (246160) dan Nur Syahirah Binti Roslan (246406)
School of Education and Modern Language, 06010, Universiti Utara Malaysia, Sintok,
Kedah.

Artikel ini membincangkan tentang elemen-elemen integriti pelajar dalam menjalankan ‘Peer
Assessment’. Selain itu bagaimanakah cara untuk meningkatkan tahap penerimaan
pendekatan ini dalam kalangan pelajar . N.A.B.Z. Abidin (2017), telah menjalankan kajian ini
menggunakan pendekatan kualitatif untuk meneroka integriti pelajar dalam menjalankan
‘Peer Assessment’. Menganalisis dokumen dan temubual merupakan dua kaedah yang
digunakan untuk mendapatkan hasil kajian.

Menurut A.S. Roberts, et.al (2006), ‘Peer Assessment’ merujuk kepada proses di
mana pelajar berfikir secara kritis dan memberikan gred untuk rakan-rakan mereka. Menurut
K. Topping (2009), ‘Peer Assessment’ merupakan peraturan untuk pelajar
mempertimbangkan dan menentukan tahap, nilai, atau kualiti produk atau prestasi pelajar
lain. Berg (2006), menyatakan bahawa ‘Peer Assessment’ adalah satu proses di mana pelajar
menilai kualiti kerja rakan-rakan mereka dan memberikan maklum balas anatara satu sama
lain. Keupayaan untuk bekerja dengan berkesan dengan orang lain dalam kumpulan adalah
salah satu cara kritikal untuk mencapai kejayaan pembelajaran.

Dalam usaha untuk meningkatkan penerimaan ‘Peer Assessment’, elemen-elemen


seperti integriti diri, integriti dalam interaksi sosial dan komitmen berorientasikan kerja
diperlukan untuk menjalankan penilaian kerana ia merupakan integriti pelajar (N.A.B.Z.
Abidin, 2017).
Integriti diri ditakrifkan sebagai sesuatu yang berlaku di dalam individu atau dalam
fikirannya. Dalam ‘Peer Assessment’, integriti diri seorang pelajar mempengaruhi integriti
dalam menjalankan penilaian iaitu motivasi diri, keberanian atau ketegasan, dan disiplin diri
(N.A.B.Z. Abidin, 2017).

Tindakan individu yang dikaitkan dengan mempunyai hubungan dengan individu lain
merupakan interaksi sosial. Integriti interaksi sosial boleh dikaitkan dengan faktor luaran
yang menyumbang kepada kriteria pelajar iaitu kejujuran, keadilan, konsistensi, amanah dan
perpaduan (N.A.B.Z. Abidin, 2017).

Komitmen kerja adalah penting dalam proses ‘Peer Assessment’ kerana setiap skor
yang diberikan oleh penilai yang dilakukan adalah sah dan boleh digunakan untuk mengukur
prestasi pelajar. Komitmen, ketekunan, tanggungjawab dan etika merupakan elemen-elemen
komitmen kerja (N.A.B.Z. Abidin, 2017).

Kesimpulannya, pelajar perlu mempunyai integriti untuk menjalankan ‘Peer


Assessment’ tentang kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi (N.A.B.Z. Abidin, 2017).
‘Peer Assessment’ yang sah dan boleh dipercayai adalah faktor penting yang akan
meyakinkan semua guru dan pakar pendidikan untuk menerima dan melaksanakan kaedah
penilaian alternatif ini.
Ulasan Artikel 2
(The Use of Self-, Peer and co-assessment in higher education: a review” oleh F.Dochy,
M. Segers & D. Sluijsmans)

Di ulas oleh Nur Aishah Binti Abdul Ghafar (245723), Muhammad Hakimi Bin Razak
(246160) dan Nur Syahirah Binti Roslan (246406)
School of Education and Modern Language, 06010, Universiti Utara Malaysia, Sintok,
Kedah.

Artikel ini membincangkan tentang penilaian yang digunakan untuk menilai pelajar dalam
tiga cara iaitu penilaian kendiri, rakan sebaya, penilaian bersama. Selain itu bagaimanakah
cara keputusan boleh dibawa bersama, dan garis panduan yang diperoleh bagi pengamal
pendidikan. Terdapat beberapa isi penting yang diterangkan di dalam artikel ini. Antaranya
ialah penerangan yang mendalam tentang definisi penilaian rakan sebaya, pendekatan yang
digunakan dalam membuat kajian, dan tema-tema penting yang digunakan untuk mengukur
tahap penilaian dalam diri pelajar.

Penilaian kendiri merujuk kepada penglibatan pelajar dalam membuat keputusan


mengenai pembelajaran mereka sendiri, terutamanya mengenai pencapaian mereka dan hasil
pembelajaran mereka (Boud & Falchikov, 1989) . Ianya adalah satu cara meningkatkan
peranan pelajar sebagai peserta aktif dalam pembelajaran mereka sendiri (Boud, 1995).
Penilaian kendiri merangkumi enam penemuan utama iaitu kebolehan pelajar yang berbeza,
kesan masa, ketepatan penilaian diri, kesan penilain kendiri kaedah untuk penilain sendiri,
dan kandungan penilaian diri. Sebagai contohnya, pengaruh kebolehan yang berbeza, Pelajar
di kelas lebih tinggi boleh meramalkan prestasi mereka lebih baik daripada pelajar di kelas
peringkat rendah. Penilain kendiri membantu pelajar mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
mereka dalam pembelajaran.

Menurut Falchikov (1995) mentakrifkan ‘Peer Assessment’ sebagai proses melalui


kumpulan yang mana daripada individu menilai rakan sebaya mereka. Somervell
menekankan bahawa ‘Peer Assessment’ bukan hanya prosedur penggredan, ia adalah
sebahagian daripada pembelajaran proses melalui kemahiran yang dikembangkan. ‘Peer
Assessment’ dapat dilihat sebagai sebahagian daripada proses penilaian sendiri dan
memaklumkan penilaian diri. Pelajar mempunyai peluang untuk mengamati rakan sebaya
mereka sepanjang proses pembelajaran dan mengetahui lebih terperinci serta pengetahuan
dengan kerja rakan sebaya.

‘Peer Assessment’ menekankan kemahiran, menggalakkan penglibatan, memberi


tumpuan kepada pembelajaran, menetapkan rujukan, mempromosikan kecemerlangan,
memberikan maklum balas yang lebih tinggi, memupuk kehadiran, dan mengajar
tanggungjawab, (Weaver & Cotrell 1986, ms 25). ‘Peer Assessment’ memberi tumpuan
kepada empat aspek yang berlainan iaitu kesahan, keadilan, ketepatan dan kesan.

Penilaian bersama, penyertaan pelajar dan kakitangan dalam proses penilaian, adalah
satu cara untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk menilai diri mereka sambil
membenarkan kakitangan untuk mengekalkan kawalan yang diperlukan ke atas penilaian
akhir (Salam, 1995). Ini memerlukan kedua-dua pihak berunding mengenai butiran penilaian
dan membincangkan apa-apa salah faham yang wujud, dan konsisten dengan pendekatan
bekerjasama, melalui perkembangan hubungan berterusan antara penilai dan penilai.

Garis panduan dalam penilaian kendiri, rakan sebaya dan penilaian bersama,kriteria
harus ditentukan terlebih dahulu sebelum membuat penilaian. Selain itu, memberi latihan dan
kemahiran perlu diberi terlebih dahulu kepada pelajar untuk menilai diri sendiri dan rakan
sebaya.

Kesimpulannya, kaedah penilaian yang dilakukan sangat berkesan dalam membantu


para pelajar mengesan kelebihan dan kelemahan diri mereka.
Ulasan Kritikal

Artikel tersebut menekankan kearah penilaian kerja berkumpulan di antara pelajar.


Maksudnya, pelajar perlu membuat penilaian sesama mereka mengikut rubrik permakahan
yang diberikan. Penilaian di antara rakan sebaya merupakan satu kaedah yang baik dalam
membantu guru mengukur prestasi setiap pelajar. Menurut Adler, P. A., & Adler, P. (1998)
aktiviti penilaian merujuk kepada pembelajaran berasaskan kes dan masalah yang ditujukan
ke arah menghasilkan pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran dalam menyelesaikan
masalah, berkemahiran professional dan pembelajaran otentik atau konteks kehidupan
sebenar. Dalam era ini memerlukan pelajar yang beradaptasi, berfikir serta mampu
berkomunikasi dan bekerjasama dengan orang lain. Melibatkan pelajar dalam penilaian dapat
memberikan sumbangan kepada pertumbuhan kecekapan yang lebih efektif. Oleh sebab
itulah guru menggunakan kaedah ini. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu guru dalam
mengenal pasti punca penurunan prestasi atau peningkatan prestasi. Menurut Abdul Hadi di
dalam Farhana Hama (2004), penilaian dapat membantu pensyarah-pensyarah atau guru-guru
dalam memberikan maklumat tentang latar belakang pelajaran pelajar. Selain dari
menentukan dan menjalankan objektif-objektif pembelajaran kepada pelajar, penilaian juga
dapat menilai pencapaian objektif pendidikan.

Selain itu, kaedah ini juga merupakan cara yang adil. Para pelajar akan memberikan
markah sendiri mengikut sejauhmana ahli kumpulan mereka memberi kerjasama dalam
membuat sesuatu tugasan. Bukowski et.al (2008) penilaian rakan sebaya sangat membantu
dalam memperlengkapkan maklum balas formatif pelajar, terutamanya apabila pelajar
mendapat tugasan tanpa melibatkan pengiraan markah. Guru selalunya tidak dapat memberi
fokus kepada setiap pelajar, jadi guru hanya membuat penilaian secara umum. Oleh sebab
itulah pelajar patut membuat penilaian kepada rakan mereka sendiri kerana mereka lebih tahu
dengan keseluruhan prestasi ahli kumpulan mereka sama ada positif atau negatif.

Walau bagaimanapun, kaedah ini juga memberi kesan negatif kepada pelajar. Seperti
yang kita sudah tahu, pelajar-pelajar ini kadang kala tidak serius dalam membuat sesuatu
perkara. Tambahan dalam hal yang berkaitan penilaian ini, kemungkinan besar mereka hanya
main-main dalam memberi markah. Bukan itu sahaja, ada sesetengah pelajar yang
mengambil kesempatan dengan memberi markah rendah kepada ahli yang mereka tidak suka
walhal ahli tersebut memberi kerjasama dengan baik. Di samping itu, ada juga pelajar yang
akan memberi markah yang tinggi dan baik kepada kawan karib mereka. Sebab itulah artikel
ini menekankan tentang integriti diri, integriti dalam interaksi sosial, dan komitmen dalam
kerja. Pelajar perlu mendalami dan menghayati ketiga-tiga perkara yang ditekankan di dalam
artikel sebelum mereka membuat penilaian. Jika mereka tidak menghayati dengan betul,
maka mereka akan membuat penilaian mengikut kehendak diri sendiri tanpa menyulami
aspek-aspek kejujuran, keadilan, etika, tanggungjawab, keikhlasan dan lain-lain lagi. Menurut
Ann Cale Kruger (1993) pelajar mungkin mempunyai kebimbangan atau keraguan dalam
memberikan penilaian dan hal ini menyebabkan kaedah penilaian lebih memihak kepada
pelajar yang lebih pintar dihadapan dalam memperolehi markah penilaian yang lebih baik.

Menariknya, artikel ini dapat memudahkan guru untuk menjalankan proses penilaian
berasakan rakan sebaya. Hal ini demikian kerana artikel ini telah menekankan banyak perkara
penting yang perlu ditekankan oleh guru kepada pelajar sebelum membenarkan mereka
membuat penilaian. Seterusnya, artikel ini juga telah menggunakan pendekatan kualitatif di
mana mereka mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar dan menemu duga beberapa
orang pelajar yang terpilih. Pendekatan ini digunakan adalah bertujuan untuk meneroka
integriti pelajar dalam membuat penilaian terhadap rakan sebaya. Kajian yang dilakukan ini
amatlah realistik, maka guru dapat menggunakan artikel ini dalam mengukur dan meneroka
integrity pelajar sebelum membenarkan mereka membuat penilaian.

Pada pendapat saya artikel ini amatlah baik dan boleh diguna pakai oleh guru-guru
yang sedang mengkaji dalam isu yang sama. Artikel ini cukup kuat dijadikan rujukan kerana
kajian yang dilakukan ini melibatkan orang-orang yang professional dan melibatkan pelajar-
pelajar. Kaedah penilaian merupakan salah satu kaedah yang memberi kesan postitif kepada
pelajar. Artikel ini menjelaskan bahawa penilaian lebih menunjukkan keadilan, kesahan, dan
boleh dipercayai berbanding dengan ujian yang dinilai pada hujung tahun. Walaupun ianya
memberi input positif, sebagai seorang guru, kita perlu merujuk dan menyelidik lebih banyak
artikel. Ianya bukanlah kajian biasa yang dilakukan secara logik akal tetapi ianya dibuat
dengan realistik. Terdapat pelbagai lagi aspek penting yang boleh dibincangkan mengenai isu
ini.

Rujukan
Adler, P. A., & Adler, P. (1998). Peer power: Preadolescent culture and identity. New
Brunswick, NJ: Rutgers University Press.

A.S. Roberts, S.I. Benrimoj, T.F. Chen, K.A. Williams, P. Aslani. Implementing cognitive
services in community pharmacy: A review of facilitators used in practice change.
International Journal of Pharmacy Practice, 14, 163 – 170 (2006)

Ann Cale Kruger (1993) Peer collaboration: conflict, cooperation, or both? , Georgia State
University, Atlanta, Georgia U.S.A : Department of Educational Psychology and Special
Education.

Boud, D. & Falchikov, N. (1989) Quantitative studies of self-assessment in higher education:


a critical analysis of findings, Higher Education, 18, pp. 529-549.

Bukowski, W. M., Velasquez, A. M., & Brendgen, M. (2008). Variation in patterns of peer
influence: Considerations of self and other. In M. J. Prinstein & K. Dodge (Eds.),
Understanding peer influence in children and adolescents (pp. 125–140). New York:
Guilford Press.

Falchikov, N. (1995) Peer feedback marking: developing peer assessment, Innovations in


Education and Training International, 32, pp. 175-187.

K. Topping. Peer Assessment. Theory Into Practice. 48 (1), 20 – 27 (2009).

N.A.B.Z. Abidin, S.B. Sahdan. Peer assessment : A challenge in the new generation.
Advanced Science Letters, 23 (3), 908 – 911 (2017)
Nur Farhana Mohd Hama (2008). Pengaplikasian kaedah penilaian rakan sebaya ke atas
pelajar tahun empat bagi kursus pembangunan multimedia berasaskan cd-rom. Universiti
Teknologi Malaysia (pp. 2)

V.D.I. Berg. Peer assessment in universiti teaching : Evaluating seven course designs.
Assessment and Evaluation in Higher Education, 31 (1), 19 – 36 (2006)
Weaver Ii, R. & Cotrell, H.W. (1986) Peer evaluation: a case study, Innovative Higher
Education, 11,pp. 25-39.

You might also like